SEORANG LAGI AKAN KELUAR PKR SEBELUM BATERI 3A HABIS CAS

on Sunday, January 30

1. BUKANKAH mereka mewar-warkan kepada rakyat jelata bahawa merekalah Parti yang memperjuangkan Demokrasi Tulen konon, Keadilan konon, Kesamarataan konon, tetapi rupa-rupanya indah khabar dari rupa. PKR semakin cacamerba dengan masalah dalaman yang semakin kronik, dengan pelbagai amaran dan surat pemecatan, surat tunjuk sebab, surat segala macam kepada ahli-ahlinya, yang seolah-olah bermaksud tutup mulut kamu, ikut sahaja arahan, jangan mengkritik Team 3A ( Anwar, Azizah, Azmin ).

2. Yang terkini,selepas keluarnya Datuk Zaid Ibrahim yang dipuja-puja kemudiannya dihina-dina, kini N. Gobalakrisnan yang terkenal dengan ayat Wamakaru Wamakarullah mengambil keputusan nekad. Keluar parti dan meletak semua jawatan di dalam PKR. Tumbukan TKO yang paling hebat kepada pemimpin Defactonya yang konon Maha Adil, Maha Demokratik dan Maha Samarata. Alasan N. Gobalakrisnan,

"...Saya sudah fed up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,"

3. Pada hemat penulis, cerita ini adalah ulangan sejarah Hitler, seorang Diktator yang maha kejam yang tidak membenarkan suara berkumandang, malangnya modus operandi mereka tidak sesuai diamalkan di Malaysia. Anwar lupa, Kekayaannya, Kekuasaan Mutlaknya, Keegoannya bukan jawapan kepada Malaysia yang Sejahtera.

4. Khabarnya, seorang lagi Pemimpin Tertinggi PKR akan keluar parti. Khabarnya dia salah seorang pengasas yang menjadikan hampir 95% pengasas parti keluar. Sebabnya mudah, PKR diperintah secara Total oleh 3A. Anda harus ingat, bukan bateri 3A. Bila? Dia akan keluar sebelum bateri 3A hilang casnya.

Orang keluar PKR ini macam sudah tiada nilai berita, hendak keluar keluarlah, tiada siapa terkejut lagi, ianya seumpama makan roti tandori di kedai mamak.
Terima kasih , selamat membaca.

SURAT DARI SINGAPURA

on Thursday, January 27








1. PENULIS Menerima surat dari Melayu Singapura, sudah lama sebenarnya penulis menerima surat ini tetapi penulis tidak hendak mewar-warkan untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.

2. Walaubagaimanapun, kali ini penulis terdetik untuk menyiarkannya, pada hemat penulis sesuai masanya memandangkan isu yang berlaku di Singapura sekarang di mana Lee Kuan Yew menimbulkan isu Melayu Singapura. Selamat Membaca.

KAKI KIRINYA KAKI KANANNYA

on Wednesday, January 19


1. Sebelum menjadi isu lebih mengnegatifkannya, Ketua Pembangkang cepat-cepat mengalah bahawa beliau bukan hendak berdebat dengan DS Najib, katanya hanya hendak berbincang. Sebuah portal kontra melaporkan, Ketua Pembangkang berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri untuk berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang. Katanya ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

2. Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat tidak hendak mahu mengalah, walaupun SUK sudah dilantik dan sudah diperkenan oleh DYMM Sultan Selangor, namun ada tangan-tangan liar mendesak MB Selangor supaya mengadakan Sidang DUN Khas Selangor untuk, sebenarnya menjawab kekalahan mereka ketika majlis angkat sumpah SUK. Mereka tidak dapat terima kemenangan ini.

Apaka anda sedar? Inilah ciri-ciri mereka yang tidak akan mahu tunduk dan mengaku kalah, hatta kepada Raja Selangor pun. Maka diusahakanlah Sidang DUN untuk mengubah perlantikan SUK yang sudahpun sah. Mereka memaksa MB Selangor tidak hadir semasa majlis angkat sumpah SUK yang baru di hadapan Tuanku Sultan Selangor, namun MB hadir juga yang merupakan, kaki kirinya ditarik ke balakang, kaki kanannya memaksa melangkah ke hadapan.

3. Untuk memastikan mereka mendapat undi lebih, kerana mereka tahu undi mereka tidak cukup untuk meminda perlembagaan dalam DUN Selangor, maka dipaksakosongkan kerusi Pelabuhan Klang. Walaupun YB nya menolak alasan speaker, namun diberikan kata-kata tidak ada ruang untuk membuat rayuan.

Namun ADUN tersebut berkata,..Aggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Badrul Hisham yang dihubungi berkata, beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham... apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja,”.

5. Bagi penulis,pertarungan ini tidak akan habis begitu saja. BN harus bersedia. Jika SPRM dan ADUN Pelabuhan Klang dapat membuktikan pemecatannya itu tidak sah, kemungkinan DUN Selangor akan menjadi lebih terok daripada suasana DUN Perak ketika dikuasai DAP.DUN Selangor barangkali akan lebih bingit, bising, baling-membaling, rosak dan lebih memalukan lagi.

Setakat ini mereka berusaha menghalau ADUN Pelabuhan Klang, mereka dapat mengurangkan defisit 1 Undi, kemudian mereka menyerang lagi Dr. Khir Toyo dengan dakwaan projek RM273juta, tujuannya mudah supaya BN defisit 2 Undi.

6. Mungkin anda tidak bersetuju.

Asal : 19.1.2011
Ubah font/warna : 2.1.2014

TUJUAN SEBENAR

on Saturday, January 15


1. KEMELUT perlantikan SUK Negeri Selangor sebenarnya sudah Tamat apabila Majlis Angkat Sumpah di Hadapan DYMM Sultan Selangor telah diadakan dengan turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor.

2. Di dalam hal ini, penulis mengajak kita berfikir bahawa sebenarnya penolakan sebenar bukannya oleh Menteri Besar Selangor. Yang menolaknya dan yang menentangnya hanyalah orang-orang lain yang mengelilingi MB Selangor. Yang rapat dan mengikat segala pergerakan dan percakapan MB Selangor. Merekalah yang sebenarnya tidak bersetuju.

3. Menurut antara lain orang yang mengikat MB Selangor, sebagaimana dilaporkan oleh sebuah portal,"....Sehubungan itu, Selangor akan mengambil langkah meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada suruhanjaya perkhidmatan awam negeri itu, melantik kakitangan awam ke jawatan tertinggi, termasuk jawatan setiausaha kerajaan negeri, kata exco kerajaan negeri, Teresa Kok.


Teresa mendedahkan butiran tersebut yang akan dibentangkan dalam sidang DUN pada 24 Januari ini, di sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) di ibunegara malam tadi.

4. Hal yang sama berlaku apabila Pesuruhjaya PAS Selangor yang mula mesra dengan SUK Negeri Selangor, diganggu dan diulang ganggu seperti kes terdahulu. Kali kedua ini, orang lain yang sering mengelilingi MB Selangor, berkata dan bertindak,bahawa,...Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dua Exco kerajaan negeri daripada DAP iaitu Teresa Kok dan Ronnie Liu yang dilaporkan meminta MPSJ menarik balik peraturan melarang orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak.

Larangan itu didedahkan oleh sebuah portal berita semalam yang memetik kenyataan Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd. Rashid iaitu premis perniagaan yang gagal mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan kompaun atau lesen ditarik balik.

Ronnie yang merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan dilaporkan mengesahkan pekeliling telah dikeluarkan kepada Yang Dipertua MPSJ, Datuk Md. Adnan Ikhsan untuk menarik balik larangan itu kerana mendakwa ia tidak disedari oleh kerajaan negeri...
.

5. Semuanya hendak dipersoalkan, yang agak terkini juga mereka mempersoalkan melalui suara ketiga, mengapa dan apakah di sebalik pertemuan MB Kelantan, PM, TPM & DYMM Yang Dipertuan AGong. Mereka bertanya kenapa MB Kelantan pergi tanpa restu Pakatan Rakyat?...

6. Mungkin anda lebih kritis...

RAHSIA PERTEMUAN PM - MURSYIDUL AM PAS

on Monday, January 3


1. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengakui bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

“Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

“Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya,”


2. Umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini khususnya perlu menyedari Kepimpinan Tertinggi Negara bukan tutup mata dan tutup telinga akan apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga mencederakan nama baik Raja-Raja Melayu, mengikis Kesucian agama Islam sehingga ke tahap mempertikai hak istimewa bangsa Melayu.

3. Jika dahulu MB Kelantan memberi seribu alasan menolak Kerajaan Perpaduan, kerana kesilapan pengaturnya yang membelakangkan Mursyidul Am, sebaliknya hanya memberi keutamaan kepada Presiden nya. Harus difahami, di dalam sistem mereka, Musyidul Am lebih berkuasa berbanding Presiden yang hanya pada sistemnya sahaja.

4. Pertemuan Sulit tersebut seharusnya Disulitkan. Namun, nampaknya ada juga ahli-ahli di dalamnya yang bimbang. Seharusnya juga, jika Presiden dan Mursyidul Am sudah bersetuju, orang bawahan ikut sahaja. Inilah amalannya. Barangkali penentangan itu berpunca kerana anasir-anasir daripada parti-parti yang bobrok kepada agama bangsa dan tanah air ini, yang mahukan kesamarataan, kesamaan, rata-rata dan sama-sama tinggi rendahnya, tanpa melihat kepada insitunya, aspek sejarahnya, dan keberadaan tanahair ini.

5. Penulis yakin dan percaya, kejayaan Tun Razak akan berkesinambungan oleh anaknya DS Najib Tun Razak. Sejarah adalah roda yang berputar. Sejarah adalah kebenaran Roda yang berpusing. Dia berhenti pada rona-rona yang telah ditetapkan. Rona-rona itu datang pada tahun-tahun tertentu, dan pada orang-orang tertentu.

6. Maka, apakah harapan Tahun 2011?

7. Anda jangan terkejut, langit Malaysia akan bertambah biru, tanah Malaysia akan bertambah hijau. 

Tidak akan ada roket terbang tinggi melalui tanah Malaysia...

8. Rakyat Malaysia, rahsianya mudah sahaja,"...selamat Bergembira...".

PESANAN PERDANA MENTERI TAHUN 2011

on Saturday, January 1


1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru seluruh masyarakat Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab bagi mencorakkan masa depan yang lebih baik demi generasi akan datang, serta meletakkan negara di kedudukan yang sepatutnya.

2. "Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.

2. "Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya,".

3. "Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuhkan keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan,".

4. "Sebagai kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan naluri rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang keputusan yang pada mata kasarnya popular namun hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua,"

5. "Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang 2010, kita telah merancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan," katanya.

Antara yang diperkenalkan termasuk pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) bersama enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan 12 NKEAnya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2011 - yang merupakan peta laluan komprehensif untuk mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

6. "Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara.

7. "Sayangnya terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan sewenang-sewenangnya menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata itu tidak benar sama sekali,"

Sinis menepis kritikan beberapa pihak, khususnya pembangkang, mengenai pembinaan beberapa projek seperti pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Menara Berkembar Petronas dan Jabatan Pulau Pinang, Najib berkata, pihak yang sama kini tersipu-sipu malu dan terkesima untuk mengakui kesilapan mereka kerana terbukti projek-projek yang dilaksanakan kerajaan itu telah memberi manfaat kepada rakyat terbanyak.

8. "Persoalannya jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka?

9. "Apatah lagi baru-baru ini janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara,".

Berharap rakyat Malaysia mampu melihat dan menilai "yang mana kaca, yang mana permata", Najib menegaskan bahawa kerajaan sejak dahulu telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan.

10. "Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," katanya yang menyeru seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama untuk menyahut seruan untuk menuju ke puncak kejayaan

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan