BUKU JINGGA PAKATAN

on Sunday, February 27

1. PILIHANRAYA Kecil di Merlimau dan Kerdau merupakan ujian besar kepada penerimaan rakyat kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat. Kedua-dua PRK ini merupakan eksperimen sama ada rakyat masih memberi kepercayaan kepada sekian banyak janji-janji manis PR yang masih tidak ditunaikan sehingga ke hari ini.

2. Jika sebelum ini, pada setiap kali PRK, PR akan mengumumkan calon mereka lebih awal seminggu berbanding calon BN. Namun demikian, keadaan sudah berubah apabila BN dengan penuh yakin telah mengumumkan calon-calon PRK lebih awal berbanding PR. Sama ada di Tenang, Galas, Batu Sapi, dan semuanya yang dimenangi BN sejak akhir-akhir ini, kelihatan PR berhempas pulas mengumumkan calon-calon mereka. Mereka sudah hilang keyakinan sebelum bertempur pun.

3. Transformasi Politik yang lainnya ialah, Pengarah PRK dilantik di kalangan Pengerusi-Pengerusi BN Negeri, manakala di pihak PR, Pengarah PRKnya berubaha-ubah mengikut kehendak kem-kem di dalam PR itu sendiri.

Selamat membaca & Selamat berfikir.

4. Antara lainnya ialah perpaduan di kalangan pemimpin-pemimpin BN dalam setiap kali PRK sangat kuat, tanpa mengira dari negeri mana, dari parti politik mana, mereka datang berkumpul di setiapkali PRK untuk membantu calon-calon BN.

Sebaliknya, di pihak PR, kehadiran Pemimpin De Factonya sendiri adalah bermusim. Sekejap hadir, jika tidak yakin menang, akan terbang ke Amerika ataupun ke Jakarta, kononnnya ada persidangan antarabangsa.

5. Penulis optimis, kedua-dua PRK ini akan dimenangi oleh BN. Namun, yang perlu diusahakan ialah menambah majoriti kemenangan, sebagai lambang rakyat sudah kembali kepada BN.

Tatkala kerajaan Selangor semakin bergelut sama ada hendak meneruskan atau memotong subsidi air percuma 20Liter yang ditanggung oleh SYABAS sebenarnya.

TUN DR. MAHATHIR = MENTERI KANAN = SARAWAK = PRU-13

on Tuesday, February 15




1. DI DALAM Usia 86 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih menerima jemputan di dalam dan di luar negara untuk bercakap mengenai ekonomi dunia 10 tahun akan datang. Negara India yang merupakan antara negara pasaran hebat pada masa akan datang telah menjemput Tun Dr. Mahathir beberapa kali,khusus bercakap isu ekonomi. Malah Israel meletakkan Tun Dr. Mahathir di kedudukan ke-3 sebagai pemimpin dunia yang perlu diberi perhatian.

Penulis melihat, Tun Dr. Mahathir mempunyai kekuatan untuk membantu menjayakan Program Transformasi Ekonomi yang sedang rancak dijayakan sekarang khususnya di bawah projek-projek NKRA dan NKEA, di samping sedang berjalan Bajet 2011 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (2010-2015).

2. Di dalam negara, kepimpinan parti PAS sekian lama terus memberi penghormatan dan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir. Tidak lama dahulu, apabila Tun Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, parti PAS merupakan parti yang paling cepat mempelawa Tun Dr. Mahathir menyertai PAS. Malah, YAB Menteri Besar Kedah turut memberi penghargaan kepada Tun Dr. Mahathir.

Ini menunjukkan tuduhan-tuduhan yang dahulu kononnya Tun Dr. Mahathir Maha Firauan, Maha Zalim dan sebagainya sudah tidak relevan, ia sebenarnya hanya omong-omong kosong sesetengah pemimpin mereka yang jumud*meminjam kata-kata', (berbeza dengan DS Anwar Ibrahim pernah berucap PAS parti Jumud).

3. Di antara isu yang boleh dibantu oleh Tun Dr. Mahathir ialah isu Jambatan Bengkok Malaysia-Singapura. YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak telah berjaya menyelesaikan beberapa isu tertunggak melibatkan Malaysia-Singapura khususnya tanah KTM dan wang EPF pekerja-pekerja Malaysia yang semakin menampakkan kemajuan. Di dalam isu jambatan ini, Dr. Mahathir perlu diberi peluang untuk merealisasikan impian tersebut, memandangkan DYMM Sultan Johor juga memiliki impian yang sama untuk melihat kejayaan projek jambatan tersebut.

4. Program Transformasi Politik yang sedang dilaksanakan oleh DS Najib semakin memberi kejayaan. Satu demi satu YB mahupun cabang-cabang parti pembangkang membubarkan keahlian mereka. Terbaru Pemimpin DAP Tawau minggu lalu, dan semalam Ketua Bahagian Cabang PKR Kalabakan dan Ketua Wanita PKR Cabang Kalabakan, tidak termasuk Pengerusi PKR Negeri Sabah membubarkan kepercayaan mereka.

Satu demi satu Pilihanraya Kecil dimenangi oleh BN, yang terkini d Tenang Johor. Dijangka rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan di PRK Merlimau dan Kerdau.

5. Penulis ingin mencadangkan supaya Pilihanraya Uumum Ke-13 disekalikan dengan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak. Tempoh kerajaan negeri Sarawak pada Julai ini, tetapi SPR mempunyai masa 90 hari untuk mengadakan plihanraya. Jika ini berjalan, Pilihanraya Negeri Sarawak boleh dilaksanakan pada hujung tahun 2011 dan sejarah menunjukkan PRU sering diadakan pada setiap 4 tahun walaupun diberikan tempoh 5 tahun.

ENAM JUTA & ENAM BILLION

on Saturday, February 12

Penasihat PKR dicabar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehnya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC, Amerika Syarikat (AS) yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.


Bekas Setiausaha Sulitnya, Muhamad Rahimi Osman mendakwa, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh Anwar yang hanya berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.

Malah, katanya, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

“Bayangkan Anwar mempunyai sebuah pejabat di Washington. Saya lihat perbelanjaan bagi pejabat itu bagi 2006 hingga 2007 hampir RM6 juta.

Mana dia dapat duit sebanyak ini dan dari sumber mana dia perolehnya atau siapakah yang membiayai kos operasi pejabat itu? Saya yakin ramai pemimpin dalam PKR tidak tahu akan hal ini.

“Dalam ceramah, dia cakap tidak ada duit, minta sumbangan dan sebagainya. Dia harus jelaskan mengenai perkara ini,” dakwanya ketika berucap pada majlis ceramah mengenai isu-isu semasa di Kampung Jalan Kebun.


KEDUA:

Para penganalisis pertahanan menolak dakwaan seorang anggota Parlimen pembangkang bahawa usaha kerajaan mendapatkan enam kapal tempur pesisir pantai (LCS) dengan kos RM6 bilion adalah 870 peratus lebih daripada apa yang dibayar negara-negara lain untuk kapal yang sama.

Penganalisis pertahanan dan keselamatan Dzirhan Mahadzir berkata perbandingan yang dibuat Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua dalam satu portal berita tempatan, adalah berdasarkan kepada kapal-kapal yang jauh berbeza.

" Jumlah kerajaan itu adalah dalam lingkungan anggaran yang berpatutan mengenai kosnya dengan keupayaannya dikatakan menyamai bagi SGPV-LCS ( kapal rondaan generasi kedua – kapal tempur pesisir pantai)," katanya kepada Bernama di sini hari ini apabila diminta mengulas kenyataan Pua dalam laman web itu.


Editor Asian Defence Journal Mohd Ghazemy Mahmud
, berkongsi pandangan yang sama bahawa kos yang tinggi dalam mendapatkan enam LCS itu adalah rasional, jika diambil kira keupayaan dan kecanggihan kapal-kapal itu.

" Walaupun kapal-kapal itu berasaskan kepada reka bentuk korvet , ia sebenarnya dikenali sebagai LCS dan peralatannya jauh lebih canggih,berkemampuan dan lebih unggul daripada enam kapal-kapal rondaan luar pantai (OPV) yang terdahulu dan oleh itu, kosnya lebih tinggi," katanya.

Ghazemy berkata disebabkan pembinaan kapal laut itu yang semulajadinya rumit dan kompleks, adalah mudah ia terkeliru berhubung jenis kapal-kapal laut dan kos sebenar.

"Jumlah itu (RM6 bilion) adalah anggaran standard dalam industri pembinaan kapal laut. Hanya mereka yang terbabit dalam industri itu dapat memahami mengenai pembinaan kapal laut yang secara semulajadinya agak kompleks," katanya.

Katanya pembelian itu adalah sebahagian daripada keseluruhan program yang dirancang lebih daripada sedekad lalu di mana Tentera Luat Diraja Malaysia (TLDM) mahu membina 17 kapal perang jenis korvet bagi menggantikan kapal-kapal rondaan buatan British yang dibeli pada tahun 60an dan 70an.

Dzirhan, seorang koresponden bagi Janes Defence Weekly berkata pembelian enam LCS itu bukan sahaja meningkatkan bilangan kapal-kapal armada bagi menghadapi cabaran abad ke-21, kapal-kapal yang dirangka dengan pengesan dan radar juga akan memberikan TLDM kemampuan pemantauan kelautan yang moden bagi mengesan dan mencegah kegiatan lanun dan keganasan.

" Dengan kemampuannya yang dirancang bagi penangkis udara, penangkis permukaan dan penangkis perang kapal selam, kapal-kapal itu akan dapat meningkatkan keupayaan TLDM bagi menghadapi ancaman sedemikian (lanun, keganasan dan pertikaian wilayah) semasa perang," katanya.

Berhubung isu bahawa pembelian kapal-kapal itu tidak dijalankan melalui bidaan yang kompetitif berbanding dengan negara-negara maju yang lain, Dzirhan berkata Pua mendapatkan fakta yang salah.

Dzirhan berkata sebelum itu Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bahawa kapal-kapal itu akan dibina oleh Boustead Naval Shipyard dengan kerjasama enam limbungan kapal luar negara.

"TLDM telah memohon untuk sebut harga dan cadangan yang dikumpul dari syarikat-syarikat asing pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) pada 2009.

" Sebenarnya, ia telah dilaporkan sejak itu beberapa kali mengenai fakta ini dan bahawa kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan luar. Penelitian sebut harga dan cadangan juga dijalankan mengenai sistem persenjataan kapal-kapal, radar, peralatan elektronik dan sensor yang kesemuanya bersumber daripada pelbagai pembekal asing," katanya.

Bagaimanapun, semuanya dijalankan secara tertutup, "bukan hanya kerana kerajaan mahukannya sedemikian, tetapi juga kerana syarikat-syarikat juga tidak mahu cadangan dan tawaran harga mereka diketahui oleh pesaing mereka."

Dzirhan berkata pengalaman dalam pembinaan kapal-kapal dan pemindahan teknologi dan kepakaran akan membolehkan industri pertahanan tempatan membangunkan keupayaan bagi memenuhi matlamat kerajaan untuk berdikari sendiri dalam pertahanan.

Hingga ke hari ini mereka mendiamkan diri.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan