DNA PERDANA MENTERI

on Sunday, March 20

1. BERMULA Esok, PKR melalui tukang karutnya YB Saifudin Nasution yang bakal disaman oleh YB Gobalakrisnan atas fitnahnya isu pembayaran RM1.4Juta tanah di Kelantan, akan memulakan kempen mengedarkan risalah-risalah memfitnah YAB Perdana Menteri DS Najib pula. Dengan apa yang mereka gelarkan Dato' Najib Altantunya (DNA).

2. Hari ini, YAB DS Najib berkata beliau bersedia bila-bila masa menyerahkan DNA nya,. begitu juga Timbalan Perdana Menteri, YAB TS Muhyiddin. Soalnya Ketua Umum PKR bila lagi nak serahkan DNA nya. Bak kata mantan orang kuatnya Datuk Zaid Ibrahim dan YB Zulkifli Noordin, serahlah untuk membuktikan Ketua Umum berada di pihak yang benar.

3. Semasa YAB DS Najib sebagai TPM dulu, semasa berkempen di Permatang Pauh, DS Najib juga sudah bersumpah wabillahi watallahi wallahi bahawa beliau sekali-sekali tidak terlibat dengan kes Altantunya. Ketua Umum PKR pula, sejak bertahun-tahun masih tidak ingin bersumpah.

4. Dalam hal ini, dilaporkan Ketua Umum berkata DNA nya nak diserahkan kepada siapa? Pakar Hospital Kerajaan? Kita tahu Ketua Umum PKR bukanlah seorang yang patriotik, kerana beliau kelihatannya amat meragui pakar-pakar hospital kerajaan, sebab itu beliau lebih percaya Hospital di negara Jerman. Tak mengapalah, kerana Ketua Umum PKR merupakan individu politik antara yang paling Kaya Raya di Malaysia.

5. Berbeza dengan Tun Dr Mahathir yang pembedahan jantungnya memilih IJN, Kuala Lumpur. Begitu juga DS Najib, memilih Hospital Kuala Lumpur untuk merawat sakitnya hari itu.

6. Penulis berpendapat, jika Ketua Umum meragui pakar-pakar hospital kerajaan, dia boleh memilih sesiapa sahaja pakar-pakar di dalam negara atau di luar negara dan berilah DNA nya itu.

Jika PM dan TPM sanggup beri DNA, tak kan Ketua Umum tidak hendak? Bukankah beliau terkenal dengan ungkapan, " kalau takut dengan ombak, usah berumah di tepi pantai, kalau takut dengan cabaran, usah bicara soal perjuangan ".

7. Titik dan Noktah. Anda pembaca lebih bijak.

Asal : 20.3.2011
Ubah Font/Warna : 2.1.2014

BUKU TEKS SEJARAH SINGAPURA

on Tuesday, March 15








1. SEJAK setahun dua ini, terdapat desakan pihak-pihak tertentu supaya buku-buku Teks Sejarah di Malaysia dirombak, kononnya tidak tepat.



2. Sebagai bekas guru Sejarah yang berpengalaman mengajar Sejarah lebih 10 tahun,ianya merupakan satu desakan yang boleh dibahaskan lagi. Kebanyakan pelajar tidak berminat dengan subjek Sejarah kerana, buku Teks Sejarah gagal memberikan keyakinan kepada mereka akan pentingnya sejarah lama. Maka sebab itulah isu-isu lain seperti Buku Teks Sastera Interlok timbul walaupun buku itu sudah 40 tahun lebih diterbitkan.

3. Buku Teks Sejarah kita gagal menunjukkan gambar-gambar sebenar,manuskrip sebenar, gambar-gambar tersebutlah akan menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah di dalam negara. Kekurangan gambar-gambar di dalam Buku Teks Sejarah kita, barangkali kurangnya kajian atau kerjasama dengan Arkib Negara Malaysia khasnya.


4. Peranan gambar-gambar lama dan manuskrip-manuskrip lama, sangat penting kerana ianya akan memberikan mereka kebanggaan akan kehebatan sejarah negara kita,seterusnya dapatlah menyedarkan mereka akan pentingnya jati diri dan semangat menyayangi negara kita.


5. Gambar-gambar di atas antara contoh yang perlu dimasukkan di dalam Buku Teks Sejarah.

6. Perhatikanlah bagaimana mereka menulis Buku Teks Sejarah Singapura.

KEKALAHAN DEMI KEKALAHAN; MUNGKINKAH MURSYIDUL LETAK JAWATAN

on Sunday, March 6

1. CALON BN ROSLAN AHMAD memenangi PRK Merlimau dengan Majoriti semakin besar 5,962, Calon PAS hanya mendapat 2,319. Majoriti BN sebanyak 3,643 berbanding tahun 2008 sebanyak 2,154 peningkatan sebanyak 1,489 undi.

2. Manakala Calon BN di Kerdau, Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi berbanding Hasanudin Salim dari PAS mendapat 2,336 undi. Majoriti BN turut meningkat 2,724 undi.

3. Kesimpulannya mudah, Rakyat Malaysia di mana-mana sahaja sekarang baik di Perlis, Kelantan, Sabah, Melaka, Pahang kini semakin memberi kepercayaan kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dan gandingannya YAB TPM TS Muhyidin Yassin.

Manakala, gandingan Anwar-Lim Kit Siang-Nik Aziz-Karpal Singh-Hadi Awang semakin dipinggirkan.

3. Yang amat rugi dalam persahabatan mereka ini ialah PAS. Orang Melayu dan Umat Islam di Malaysia semakin menolak PAS, walaupun Mursidul Amnya di saat-saat akhir memujuk orang-orang Melayu.

4. Yang paling untung hanya DAP seorang. Penyokong PAS dan penyokong PKR memberi Undi kepada DAP, sebaliknya penyokong DAP didapati tidak memberi undi kepada PAS. Buktinya di Tenang, masyarakat Cina yang suatu ketika dahulu memberi Undi besar kepada DAP, tetapi kini mereka memberi Undi meninggalkan PAS keseorangan. PAS tewas di semua Pusat mengundi sama ada di Kerdau ataupun di Merlimau.

5. Penulis berborak lama dengan seorang Profesor di Universiti Malaya. Katanya, PAS dan UMNO tidak usah bersatu di dalam BN. Lebih baik PAS berada di luar BN di mana PAS boleh menjadi Suara Pendesak kepada kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Katanya, biarkan UMNO di dalam BN yang memperjuangkan orang Melayu dan umat Islam.

6. Beliau berkata, di dalam hal ini, DAP telah berfungsi dengan berkesan apabila menjadi pendesak terbesar kepada masyarakat Cina di luar BN, walaupun ada MCA, LDP, SUPP dan GERAKAN.

Walaupun penulis lebih suka melihat penyatuan UMNO dan PAS sebagaimana tahun 1970an dahulu, namun idea Profesor itu sangat menarik. Katanya lagi, sepatutnya di dalam BN, harus ada lebih parti yang mewakili orang Melayu, bukannya UMNO sahaja. Jika UMNO hanya terusan berseorangan, sekiranya Tragedi 1988 berlaku lagi, maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

7. Anda tidak bersetuju dengan saya? atau anda bersetju idea Profesor itu? Selamat Membaca.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan