SINGAPURA LEBIH BIJAK

on Thursday, June 30

1. DI SINGAPURA, dengan 70% penduduknya Cina, di mana orang Melayu yang dahulunya penduduk asal di negara Temasek itu kini hanya dalam lingkungan 15% sahaja, pada hari ini mempunyai dasar keselamatan paling ketat di dunia selepas Israel.

2. Di Singapura, Kerajaannya bukanlah asing lagi sangat Membataskan dan Menyekat apa sahaja Suara Kebebasan terutama Kebebasan Akhbar dan Demonstrasi.

Ia bukan rahsia lagi, kalau pun dunia luar marah, Singapura tidak pernah peduli suara mereka. Hatta penulis orang Putih pun dipenjarakan hanya kerana mengkritik Kebebasan dan Kediktaktoran di Singapra.

Pemimpin-pemimpin DAP dan pemimpin De Facto PKR sering memberi contoh Singapura sebagai negara hebat, demokratik dan bebas. Maka, jika begitu, sekali-sekala apalah salahnya Malaysia mencontohi kalaupun ya mengikuti kebijakan pemerintah Singapura menutup para demonstrat dan pendemo-pendemo.

Lee Kuan Yew berkata dalam memoirnya, jika kamu mahu Singapura maju ke hadapan, ketegasan, ketegasan yang paling tegas, mesti digunakan di Singapura. Bukan hanya amaran...

3. Bagi Lee Kuan Yew, tanpa menerapkan demokrasi liberal ala barat, Singapura mampu menjadi negara yang moden, maju, dan makmur. Sila baca buku Lee Kuan Yew (Memoir Lee KUan Yew).

4. Di Singapura, menghalang pemberontakan manja ala BERSIH mudah sahaja diatasi. Di Malaysia, nampaknya sukar sekali.

Dikongsi penulisan melalui minda sdra. Eddy Maszudi, pengamat masalah ekonomi-politik internasional dan Ketua Centre Strategic for Development and International Relations (CSDIR).

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA AMBIL ALIH?

on Saturday, June 18

1. TIMBALAN KETUA POLIS Negara telah memberi kata dua kepada para penganjur BERSIH2 sama ada menghentikan rancangan demo atau menghadapi tindakan tegas pihak keselamatan. Namun, kata dua itu tidak sedikit pun menakutkan pemimpin penganjur BERSIH2, malah pihak polis dicabar pula. Bayangkanlah betapa pihak polis pun boleh diperlekehkan.

2. Namun, penulis ingin mencadangkan supaya pihak polis menjemput Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk sama-sama menghalang demo BERSIH2 yang tidak ada keperluan dilakukan, melainkan niat politik pihak tertentu yang terdesak mencari sokongan melalui demo demo yang sedemikian rupa.

3. Pada pandangan penulis, pihak polis janganlah menunggu 9 Julai baru hendak bertindak. Sebaik-baiknya ialah langkah pencegahan. Tidak adakah peruntukan undang-undang untuk menghalang mereka yang mencemarkan keamanan, kebahagian dan ketenangan ibu kota.

4. Perhatikanlah, DYMM Yang Dipertuan Agong terpaksa campur tangan dan menitahkan pilihanraya masjid di Pulau Pinang dibatalkan. DAP terpaksa tunduk kepada DYMM Yang Dipertuan Agong. Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan berani berkata tidak kepada Raja-Raja Melayu.

Sebab itulah kita mesti mempertahankan sistem Raja-Raja Melayu kerana di antara benteng yang akan mempertahankan kesucian agama Islam, kesucian masjid-masjid, hak-hak Istimewa orang Melayu ialah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

5. ATM di bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sudah tentu mempunyai kredibiliti, daulah, keistimewaan dan keupayaan yang tinggi. Isunya mudah, jika pihak PDRM perlukan bantuan ATM apa salahnya?

6. PDRM tidak seharusnya bersendirian untuk menjaga, memulihara dan memastikan keamanan di ibu kota berterusan. ATM sudah tentu mempunyai akta yang membenarkan mereka turut serta memelihara keamanan kesejahteraan dan menghalang musuh-musuh negara yang berselindung di sebalik NGO-NGO yang ditaja barangkali oleh musuh negara di luar sana.

7. Penulis bukan tidak bersetuju demo itu, bersetuju jika ada keperluannya, tetapi buatlah di Stadium Shah Alam Kah? Stadium Kota Bhatu kah? Stadium Darul Amankah? Buatlah berjam-jam tiap-tiap pemimpin yang hendak berucap berucaplah berjam-jam lamanya sampai dinihari. Kemudian buatlah lintas langsung, pancarkan ke TVSelangor. TVHarakah, IPTV Selangor dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir pun pernah buat demo di Stadium Bukit Jalil menentang kekejaman Israel dan kekejaman Amerika ketika menyerang rakyat Iraq.

8. Kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang hendak turut serta di gelombang BERSIH ini, penulis nasihatkan, berfikirlah dua kali, anda terlalu muda untuk menunjukkan taring yang belum kukuh. Kita boleh bersefikiran dengan pembangkang jika kita menentang kekejaman Israel dan Yahudi seperti dahulu, tetapi kita tidak seharusnya terikut-ikut dengan agenda mereka yang bertopengkan nama demokrasi, sosialis, kesamarataan dan keadilan ala barat.

9. Jika penulis Ketua Pemuda UMNO Malaysia, penulis akan perkukuhkan dahulu pemuda di peringkat cawangan dan bahagian untuk menghadapi PRU13 yang tidak lama lagi. Tahukah anda betapa lesunya pemuda di peringkat bahagian dan cawangan sekarang. Anda tidak perlu marah, kerana kita perlu menegur orang yang tidur, atau orang yang lena, atau orang yang syok sendiri.

IDEA LEE KUAN YEW PALING BAGUS ATASI DEMO 'BERSIH2'.

on Sunday, June 12

1. Demo BERSIH2 yang dirancang pada awal Julai akan menguji sejauhmana keberkesanan dan kecekapan pihak berkuasa menghalangnya.

2. Masalah utama kerajaan kita ialah kita tidak memiliki individu yang hebat untuk menangani penganjuran demo seperti BERSIH ini. Anda boleh cadangkan mereka lakukan Demo BERSIH2 di dalam stadium, namun mereka menjawab ianya bukan pertunjukan.

Cuba baca Memoir Lee Kuan Yew, katanya, Tun Razak dan Tun Dr. Ismail, individu yang sangat dihormati dan ditakuti. Kita tidak perlu mencari Umar Al-Khatab, apabila dia marah, syaitan pun bertempiaran lari.

3. Anda memberikan isu merosakkan perniagaan para peniaga, mereka tidak akan peduli, malah Timbalan Presiden PAS yang baru mengatakan tiada yang bankrap selepas demo.

4. Maka, apakah caranya? Ada kuasa tetapi tidak tahu menggunakannya? Berikan jawatan tersebut kepada Mr. Lim Guan Eng, penulis percaya tindakan yang lebih tegas malah berat akan diambil.

5. Perhatikan Singapura, seorang penulis, hanya menulis dan mengkritik pemerintah, dia dipenjara berpuluh-puluh tahun! http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenuliswargaBritaindipenjarakeranahinasistemkehakimanSingapura/Article/pos_art

6. Kesimpulannya, anda perlu lebih tegas, bukan memberi amaran. Rakyat Malaysia perlu hidup dalam suasana harmonis dan aman, bukan demo yang mengganggu lalu lintas, urusan harian dan sebagainya. Kuala Lumpur perlu tenang, gembira dan peacefull.

Jika kamu tandus idea, bilang aja, barangkali idea saya boleh digunakan.

Selamat berhari minggu.

PERDANA MENTERI BERBAJU HIJAU

on Wednesday, June 8

1. KITA mungkin sudah lupa, bahawa Tun Dr. Mahathir telah mengisyhtiharkan negara Malaysia sebuah negara Islam. Malah fundemental Islam. Malah satu-satunya Presiden Parti yang mengkritik Israel dengan isu anti semetik. Presiden parti lain walaupun menggunakan nama Islam tidak akan berani mengistihar negara Malaysia sebuah negara Islam, malah tidak juga akan berani mengutuk kejahanam Israel.

2. Hari ini, mereka sudah menggugurkan perjuangan menegakkan negara Islam. Negara Islam bukan agenda utama lagi.

3. Soalnya, bukankah lebih baik UMNO pula, yang sekian lama memperjuangkan kebajikan orang Melayu dan, umat Islam, meletakkan pula dirinya sebagai sebuah parti yang lebih berfokus menjadikan negara Malaysia ini menjadi sebuah negara betul-betul Islamik suatu hari nanti.

4. Seorang Intelektual Melayu, Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud (UTM), berkata di dalam bukunya yang terkenal Pembangunan Di Malaysia, Ke Arah Satu Kefahaman Yang Lebih Sempurna (UM), menyatakan sebaiknya kerajaan yang sedia ada diberikan input, ditambahbaik, bukan dihancurkan, bukan dirobohkan, malah dipandu ke arah membawa nilai-nilai yang lebih Islamik, pengamalannya, kepada umat Islam dan bukan Islam, di dalam negara kita.

5. Selama ini UMNO dilihat hanya memperjuangkan orang Melayu, sebagaimana MCA/DAP/MIC/ memperjuangkan kaum mereka, parti-parti lain yang kelihatannya sekularbebas seperti PKR/PBS/GERAKAN juga masih majoritinya dicengkam oleh satu kaum,PAS walaupun bertujuan kepada Islam tetapi majoritinya dan harapan besarnya masih juga kepada orang Melayu dan sedikit umat Islam yang lainnya.

Maka, UMNO yang dari dulunya juga memperjuangkan umat Islam di negara ini, hendaklah pula meletakkan, menaikkan, hightlightkan perjuangan Islam mereka lebih nampak, daripada parti lain. UMNO masih gagal di segi ini, masih gagal meyakinkan sebilangan pengundi atas pagar ini.

Mereka tidak faham kenapa Presiden Parti UMNO memakai baju Melayu hijau sebagai salah satu gambar rasmi beliau. Mereka sangat tidak faham. Mereka tidak baca permainan warna Perdana Menteri.

PILIHANRAYA KE-13 : BELUM BERSEDIA 100% KERANA SINDROM MISKIN

on Tuesday, June 7

1. JIKA anda perhatikan ke belakang, semasa PRU-12, jentera dan poster Pakatan Rakyat (PR) lebih besar dan terkedepan berbanding jentera parti UMNO dan BN?. Barangkali ramai yang tidak bersetuju dengan penulis.

2. Terdapat banyak cerita-cerita yang perlu disahkan ketika itu,terutama sumber dan kakitangan wang PR yang sangat luar biasa. Dengan kekuatan sumber kewangan tersebut, penulis dan kita semua perhatikan betapa mereka berjaya menambah jumlah kerusi dan berjaya menawan beberapa buah negeri.

Di alam siber, blog, portal dsbnya ketika itu banyak dikuasai oleh pasukan pembangkang, manakala UMNO dan BN jauh terkebelakang. Sudah tentu, untuk membina sebuah portal yang besar memerlukan sumber kewangan yang besar juga. Ini tidak dinafikan. UMNO dan BN baru sedar perkara ini selepas PRU12.

Kejayaan demo BERSIH dahulu juga banyak memberi kesan positif kepada PR. Sebab itu demo BERSIH2 mereka sedang gerakkan untuk menaikkan momentum sokongan. Kegagalan menyekat BERSIH2 kali ini sebenarnya melambangkan kelemahan Menteri yang dipertanggungjawabkan dan pasukannya.

3. Sebaliknya, UMNO khususnya dan BN kelihatannya miskin sumber kewangan, atau terhad kewangannya. Kemenangan UMNO terutamanya pada tahun 2008 itu banyak bersandarkan kepada keyakinan orang Melayu dan umat Islam kepada perjuangan UMNO sejak merdeka, mereka belum lagi melihat parti lain sebagai pengganti yang sesuai.

4. Untuk menghadapi PRU13, UMNO dan BN perlu berkorban. Pemimpin-pemimpin UMNO & BN perlu berkorban. Mereka yang sudah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO dan BN perlu membalas balik jasa itu dengan memberi derma kepada UMNO dan BN di seluruh negara bagi menghadapi kekayaan PR khususnya kekayaan Pemimpin De Facto mereka.

Ramai orang tidak sedar pemimpin de facto boleh mengadakan sejumlah sumber kewangan yang lebih besar daripada sumber kewangan UMNO dan BN!

Ramai orang di luar sana melihat UMNO dan BN ini sebuah parti yang kaya, sebenarnya, pada pandangan penulis, yang kaya bukan parti UMNO dan BN, yang kaya itu ialah segelintir daripada ahli-ahli UMNO dan BN yang mendapat nikmat hasil perjuangan parti.

Perkara ini pasti berlaku, kerana, contohnya; http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm


Semasa pemimpin de facto di dalam UMNO, penggunaan sumber kewangan yang besar dan maha besar, untuk mencapai cita-citanya adalh sangat besar dan berlebih-lebihan. Ini dapat dirasai sehingga di peringkat bahagian dan cawangan. Sekarang ini, ahli-ahli UMNO kembali seperti dahulu, keluar wang poket sendiri untuk mengadakan majlis dan sebagainya.

4. Pada pandangan penulis, UMNO dan BN belum mencapai 100% bersedia untuk PRU13 tahun ini. Anda barangakali tidak bersetuju.

SERANGAN SEBELUM SOLAT JUMAAT : KICKDEFELLA - EXCO KANAN - NAIB PRESIDEN PRO-ULAMA OR PRO-ANWAR

on Friday, June 3

1. KICKDIFELLA bukanlah asing kepada penulis, kerana penulis sendiri pernah berjumpa dan bekerjasama dengan beliau dalam usaha meletakkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara ini berada di kedudukan yang terbaik.

Rujukan, Pada 18 Mei 2010 penulis sendiri telah menemuramah beliau, dan penulis memberi kesimpulan begini,http://jentayuabaka.blogspot.com/2010/05/kickdefella-seorang-yang-jujur.html

2. Apa pun, semalam selepas beberapa blogger menulis mengenai sejumlah wang yang sangat besar diterima oleh beliau, katanya dari Exco Kanan Kelantan, ia amatlah memeranjatkan. Exco anan Kelantan tersebut, yang dikaitkan sebagai ketua team Erdogan, atau team Pas Pro-Anwar, menafika perkara tersebut.

RM350,000.00 itu sangat besar. Jika wang tersebut penulis bawa ke Parlimen Kalabakan atau di DUN Merotai,Sabah penulis boleh menaiktaraf Madrasah Nurul Iman Bombalai dan membesarkan jalan masuk ke Madrasah di Sungai Imam, serta menaiktraf parking Masjid Babut Taqwa di Sungai Imam, Bombalai.

Tetapi wang itu diberikan kepada blogger.

3. Menariknya, bahasa Presiden PAS ialah, "parti itu mengalu-alukan siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas kes berkenaan demi membersihkan parti itu daripada pemimpin yang terlibat rasuah".


"Kita tidak ada kuasa, yang ada kuasa ialah SPRM. Mengikut amalan pentadbiran, orang yang hendak bertindak mesti mendapat green light daripada menteri besar dan juga menteri.

"Sebab itu menteri besar Pakatan Rakyat terbuka untuk SPRM menyiasat semua yang dituduh, yang difitnah, dibuat dengan rasuah kerana kita betul-betul hendak bersih kerajaan kita.

"Walaupun exco walaupun menteri besar sekalipun kalau tidak betul, kita pecat. Dalam sejarah PAS (ada) kita pecat. Kita tidak mahu pelihara orang yang ada penyakit ini," katanya dalam satu sidang media di muktamar parti itu di Gombak hari ini.

3. Apakah serangan ini sekali lagi membantukan perjalanan Exco Kanan Kelantan tersebut ke jawatan Naib Presiden, kita tunggu dan lihat kesannnya.

Jika pada tahun lalu, isu Erdogan berjaya menewaskan beliau dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden, kali ini serangan sebelum Jumaat nampaknya sangat bertalu-talu.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan