KU LI vs PEMIMPIN DE FACTO

on Sunday, July 31




1. TERLEBIH dahulu JENTAYUABAKA mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Sebelum berpuasa, seperti biasa penulis juga mengambil kesempatan memohon maaf jika penulisan jentayuabaka selama ini mengguris hati dan minda pembaca. Apa pun perkogsian minda adalah sehat untuk kita sama-sama menilai rasional, faktanya, sebab musababnya dan tujuan masa depannya.

2. Tengku Razaliegh bukan asing dalam dunia politik, Tun Dr. Mahathir pernah menulis, sekiranya Ku Li sabar sedikit, beliau sudah pasti akan menjadi Perdana Menteri. Tun Dr. Mahathir mengatakan, bukan beliau marah atau sakit hati Ku Li mencabarnya sebagai Presiden UMNO suatu ketika dahulu.

3. Tengku Razaliegh pernah mengetuai kumpulan parti pembangkang dengan nama Gagasan Rakyat, di mana beberapa hari menjelang PRU-10, Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar daripada BN dan menyertai Gagasan Rakyat. Kekuatan Ku Li menjadikan Terengganu tumpas ke tangan PAS, Kelantan kekal dengan PAS.

4. Namun, Ku LI juga seorang pemimpin yang berpijak di bumi yang nyata, seorang yang rasional, akhirnya beliau membubarkan Semangat 46 dan menyertai semula UMNO. Bukan mudah kembali ke pangkal jalan sekiranya tidak kerana sayangkan agama, bangsa dan negaranya. PKR sebuah lagi serpihan UMNO,bilakah pula hendak dibubarkan?

5. DAP mahu pun PAS, mereka sudah sedar, perjalanan mereka menuju Putrajaya tidak akan tercapai dengan bergantung kepada pemimpin de facto. Mereka ingin Ku Li kembali memimpin mereka. Mereka sedar tidak ada gunanya, malah membuang masa hanya membangkang dasar-dasar kerajaan persekutuan secara membuta tuli, brutal dan senteng.

Mereka sedar, untuk terus kuat, pembangkang mesti jadi pembangkang yang bijak, pembangkang untuk pembangunan, bukan membangkang gila nak jadi Perdana Menteri, bukan jadi pembangkang yang merosakkan perpaduan dan kekuatan sedia ada negara, bukan membangkang kerana hanya menjadi pembangkang.

6. Kerana itu, Ku Li kelihatannya menepati aspirasi mereka. Ku Li menyokong kerajaan negeri Kelantan dalam isu Royalti Minyak, itu rasioanliti Ku Li. Namun, Ku Li mempertahankan parti UMNO dan kerajaan Persekutuan.

7. Ku Li, anak Raja yang turun menjadi pemimpin rakyat. Ku Li perlu diberi peluang menjadi sebahagian daripada pemimpin masa depan. Kerajaan BN memerlukan pembangkang yang kuat, pembangkang yang membangkang untuk kemajuan negara dan rakyat, bukan pembangkang yang gila hanya mahu jadi Perdana Menteri sahaja.

8. Apakah Ku Li sekali lagi akan membawa kepada penyatuan umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini sama seperti ketika zaman Tun Razak dahulu. Apakah Ku Li jambatan kepada perpaduan?

Ada cerita di belakang cerita. Pemimpin De Facto tidak perlu gundah.

NAJIB PERLU LAWAT 222 KAWASAN PARLIMEN UNTUK HIDUPKAN GELOMBANG NAJIB

on Sunday, July 24

1. DI MANA-MANA sahaja Y.A.B. Perdana Menteri pergi melawat dalam konteks turun berjumpa rakyat, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu rakyat hadir untuk bersalam dan berjumpa beliau. Tidak kira apa bangsa, Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain hadir untuk melihat anak Tun Abdul Razak ini.

2. Sehari selepas menjadi Perdana Menteri, beliau melawat kawasan stesen bas Pudu Raya, hasilnya kini Pudu Raya berwajah baru, lebih ceria, meyakinkan dan selamat.

3. Semasa Pilihanraya Kecil di Hulu Selangor yang dimenangi BN P. Kamalanathan, Najib berucap di hadapan sekolah jenis kebangsaan Cina, di hadapan ibu bapa dan guru-guru dan berjanji memberikan sumbangan. Walaupun di kawasan Peti Undi Cina di sekolah tersebut BN kalah, tetapi dalam tempoh beberapa hari wakil sekolah tersebut telah dijemput oleh Najib untuk menerima sumbangan tersebut. Inilah Najib, sedang mengikuti kenegarawan ayahandanya, Tun Abdul Razak.

4. Tian Chua yang membuat superimposed dan membuat pertindihan gambar dengan gambar Altantunya pun sampai hari ini, kita tak tahu Tian Chua tahu malu atau tidak kerana membuat gambar palsu itu, tetapi Najib tidak mengambil apa-apa tindakan kepada Tian Chua, sebaliknya apabila Tian Chua memohon maaf, Najib memaafkannya.Kalau kena pada Pemimpin Defacto yang terkenal dengan Raja Saman, penulis yakin Tian Chua sudah disaman beratus juta.

5. Banyak lagi cerita begini yang rakyat tidak sedar atau tidak diberitahu dengan tepat. Dahulu, semasa tahun 1998 dikeluarkan kononnya Menteri-Menteri di Malaysia punya simpanan wang yang banyak di bank-bank di Switzerland. Selepas disiasat, rupanya ianya hanyalah edaran palsu. Samalah juga seperti isu Timbalan Presiden sebuah parti yang kononnya dilanggar polis tetapi apabila pihak polis mengeluarkan gambar sebenar dan video sebenar, Timbalan Presiden sebuah oparti itu cuba pulak menegakkan benang yang basah, walaupun dari segi sejarah, dia ini ada masalah bolehdipercaya.

Mereka lupa, kali ini dan pada masa akan datang pihak polis sudah bersedia dengan beratus-ratus juru foto kiri kanan depan belakang untuk menunjukkan perkara yang sebenar.

6. Apakah maksud penulis menceritakan sedikit cerita di atas? P{ada hemat penulis, untuk BN menang 2/3 dalam PRU 13 nanti, BN memerlukan kekuatan Najib sebagai Perdana Menteri. BN memerlukan Najib melawat semua di 222 kawasan.

BN memerlukan GELOMBANG NAJIB kerana GELOMBANG NAJIB lebih kuat, lebih meyakinkan, lebih gempur berbanding GELOMBANG BN.

Pengundi Cina mungkin tidak sokong BN, tetapi mereka sokong NAJIB! Tidak percaya, bacalah mentor mereka Lee Kuan Yew di dalam bukunya MEMOIRS OF LEE KUAN YEW.

BERBANDING DAHULU = HAMPIR 50% BERITA DI malaysiakini PRO-BN, APAKAH MAKNANYA?

on Tuesday, July 12

http://www.malaysiakini.com/news/169755
Ekonomis: BERSIH tak ubah persepsi dunia
Jul 12, 11 7:49pm

Perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu tidak menjejaskan persepsi terhadap ekonomi dan politik negara ini kerana Malaysia negara yang stabil, kata Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors.

"Ia merupakan sebahagian daripada langkah demokrasi yang lebih luas yang kebanyakan negara lalui dalam pembangunan mereka.

"Ia tidak mungkin mengubah persepsi antarabangsa terhadap Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil," kata Dr Shane Oliver kepada Bernama di Singapura.

AMP Capital Investors merupakan pakar pengurus pelaburan dengan lebih A$99 bilion dalam dana yang diurus.

Ia adalah anak syarikat milik penuh AMP, satu daripada penyedia pencen korporat dan runcit terbesar Australia, dengan lebih 160 tahun pengalaman.

Dengan pejabat di Australia, China, Hong Kong, India, Jepun, Luxembourg, New Zealand, Singapura, United Kingdom, dan Amerika Syarikat, ia juga merupakan pengurus hartanah global utama dan satu daripada pengurus infrastruktur tertua.

Shane menyifatkan Malaysia sebagai negara yang menunjukkan prestasi yang baik berbanding dengan negara-negara Asia lain dan tidak diragukan lagi akan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana yang dirancang, lapor Bernama.

"Malaysia pada kedudukan yang baik untuk mencapai aspirasiya untuk menjadi ekonomi pendapatan tinggi," beliau dipetik sebagai berkata.

Seorang lagi pakar ekonomi yang turut bersetuju dengan pendapat Oliver, berkata beliau optimistik perhimpunan berkenaan tidak akan mengganggu pertumbuhan ekonomi dan daya saing Malaysia dalam menarik pelabur asing.

"Sejak bertahun, kita telah melihat Malaysia merupakan negara yang stabil, dari segi politik atau ekonomi.

"Di bawah pentadbiran perdana menteri sekarang ini, Malaysia akan terus mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik," katanya.

DEMO BERSIH REKOD DUNIA KALAHKAN PIDATO BUNG KARNO

on Wednesday, July 6


1. PADA Hari ini. kali kedua Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menyelamatkan negara kita daripada dihuru-harakan. Dengan Titah DYMM SPB Yang Dipertuan AGong, maka penganjur yang begitu degil akhirnya tunduk kepada Titah DYMM SPB Yang DiPertuan Agong. Kali pertama bulan lalu, DYMM SPB Yang DiPertuan AGong turut menitahkan supaya Pilihanraya AJK Masjid di Pulau Pinang dibatalkan, ada kata ditangguhkan, penulis yakin ia dibatalkan. Siapakah rakyat Malaysia yang sanggup Menyanggah Titah DYMM SPB Yang Dipertuan Agong!

2. Cadangan Penulis supaya Demo Bersih itu dibuat sahaja di mana-mana Stadium dan supaya Angkatan Tentera Malaysia dijemput bersama-sama PDRM, untuk mengawal keamanan ibukota dan negara kelihatannya diterima. Rujuk http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/06/angkatan-tentera-malaysia-ambil-alih.html dan http://www.malaysiakini.com/news/168964 dan http://www.malaysiakini.com/news/168953


3. Jika begitu, Penulis sekali lagi mencadangkan supaya Demo Bersih ini yang akan diadakan di dalam Stadium supaya dibuat rally 48 Jam pecahkan Malaysia Book Of Record dan Rekod Dunia. Datuk Ambiga bolehlah berucap tanpa henti maybe dalam 5 jam,Tuan Hj Mohd Sabu bolehlah berucap 10 Jam tanpa henti (berhentilah ketika Solat), jika Pemimpin De Facto hendak berucap maybe boleh gunakan kebolehan berpidatonya selama 15 Jam (atasi Rekod Pidato Bung Karno yang hanya dalam 5 ke 7 Jam tanpa henti). Lain-lain pemimpin yang hendak berucap berilah mereka peluang, jika 48 Jam tidak mencukupi tambahlah lagi 24 jam. Buatlah sehingga betul-betul puas hati.


4. Penulis yakin dengan kesungguhan yang ada pada mereka, mereka boleh pecahkan rekod dunia.

Anda mungkin tidak percaya, mereka boleh.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan