SIAPA BAPA KOMUNIS MELAYU MODEN MALAYSIA...

on Thursday, September 8

1. APABILA Timbalan Presiden PAS berucap memuji dan memuja perjuangan Komunis, mendewakan perjuangan Komunis, memperkecilkan yang terbaru jasa Allahyarham Tunku Abd Rahman dan Dato' Onn Jaafar,di mana semuanya hampir menyerupai malah seia dan senada dengan suara pejuang-pejuang PKM dan khususnya perjuangan DAP, maka kita semua diletakkan di dalam minda kita ke dalam satu bracket.

2. Maka mulalah ada pihak mempersoalkan jasa dan perjuangan Tunku Abd Rahman dan Dato Onn Jaafar, malah Profesor Emeretus Dato Khoo Kay Kim pun dipersoalkan oleh Ketua Pemuda sebuah parti di Johor.

3. Pada tahun lalu, penulis sempat menemuramah Allahyarham Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail, Jeneral ATM yang pertama...http://jentayuabaka.blogspot.com/search?q=tun+ibrahim+ismail...dan....http://jentayuabaka.blogspot.com/2009/10/malay-warrior.html...

4. Dipendekkan cerita,pada tahun 1970an, semasa keluar bekerja beliau pernah ditembak oleh anggota Komunis, tetapi tembakan tersebut tersasar ke tempat lain, maka selamatlah sebutir bintang Melayu dan Islam dari Johor ini. Ketika membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan Jepun, beliau yang terleibat sebagai anggota Force 136 dari pusat tentera British di Ceylon, menaiki kapal selam Diesel lama, mengatur dan memberikan bahan keperluan kepada pejuang-pejuang Melayu di dalam hutan. Entah berapa banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera Jepun...bacalah Novel TERJEBAK karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

5. Sehari sebelum Tun Ibrahim Ismail meninggal dunia, penulis dihubungi oleh sebuah NGO Antarabangsa untuk menyampaikan kepada keluarga Tun IBrahim Ismail, akan hajat NGO Antarabangsa tersebut untuk memberikan beliau Penghargaan din peringkat Antarabangsa. Malangnya beliau sudah tenat di Hospital, pembantu beliau Jeneral Dato Shukor juga sudah tidak dapat berbuat apa-apa, namun begitulah, wamakaru wamakarallah...Beliau pergi menemui Allah SWT selepas menyediakan negara ini sebuah keamanan.

6. Jika yang manakah baik Chin Peng atau Henry Gurney, maka siapakah pula yang lebih baik sama ada Chin Peng atau Tun Ibrahim Ismail. Penulis yakin, pengucap itu memberi kredit kepada Chin Peng. Barangkali kerana manusia berbudi dan berbahasa, maka jasa-jasa sebuah jabatan kerajaan menjelaskan bil-bil hospital pesakit itu, perlu dibalas dengan sedemikian rupa jugak.

7. Pakar mengenai Komunis di Malaysia, mendiang C.C. Too menyatakan walaupun PKM telah diharamkan, tetapi ideologi Komunis tidak pernah mati di Malaysia. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh pakar mengenai Komunis berketurunan Cina Malaysia ini. Sayangnya...yang memuji memuja memberi kradit mengangkat semangat memberi peluang PKM, DAP, Komunis ini ialah Timbalan Presiden sebuah parti Islam, walaupun tidak lah Islamik pun.

8. Penulis ingin mencadangkan supaya bekas-bekas PKM, penyokong-penyokong ideologi Komunis agar memberikan Anugerah Khas kepadanya Mat Sabu, maybe Tokoh Komunis Melayu Moden Sebenar, atau apa-apalah, Bapa Komunis Melayu Moden kah, atau apa-apalah yang sesuai dengan jasa nya memuji memuja memberi kradit dan memperjuangkan perjuangan Komunis dan PKM di Malaysia, begitu.

Se;amat Membaca.

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan