LGE : BAPA HARIMAU TIDAK MUNGKIN MELAHIRKAN ANAK ANJING

on Tuesday, November 29



Akhbar China Press, 27 November 2011: Lim Guan Eng berpura-pura
 Penulis: Cheah Cheng Huat

1. Pengerusi parti Gerakan Koh Tsu Koon mengisytiharkan tidak mencalonkan dirinya pada PRU akan datang, orang yang paling kecewa tidak lain tidak bukan ialah  setiausaha DAP Lim Guan Eng, kerana beliau secara tiba-tiba kehilangan “padang sasar”, tempat beliau membuat persediaan untuk serang pada PRU akan datang sudah hilang, sebab itu beliau “berpura-pura” menyeru supaya Koh Tsu Koon diberi peluang kali yang kedua seterusnya dicalonkan untuk bertanding pada PRU akan datang.

2. Pada Tsunami politik tahun 2008, Lim Guan Eng secara tidak sengaja menjadi ketua menteri Pulau Pinang, apa yang memeranjatkan orang ramai ialah bidalan dalam perpatah Cina “bapa harimau tidak mungkin melahirkan anak anjing” yang dikatakan “ anak tunggu di belakang pintu sahaja”. Lim Guan Eng juga mempunyai “kelebihan” seperti bapanya Lim Kit Siang, apabila mereka hadapi musuh “suaranya sangat menekan musuh”, tidak hiraukan orang lain, “benarkan perbuatan diri sendiri sebaliknya tegah orang lain buat perkara yang sama” dan sebagainya.

3. Tentang isu ini sebenarnya Lim Kit Sing lebih hebat, kerana beliau pandai berpura-pura baik, selalu bersikap pura-pura, contohnya apabila Lim Guan Eng jadi ketua menteri, Guan Eng berkata beliau sanggup beli rumah sendiri di situ semasa pergerakan kempen Tanjung 1, Tanjung 2 dan Tanjung 3, tidak mahu terlibat dengan perpindahan di kediaman rasmi ketua menteri, akhirnya beliau berpindah juga ke kediaman rasmi ketua menteri, sebenarnya di dalam jiwa beliau memang beliau sangat inginkan tinggal dalam kediaman rasmi itu, kerana di situ beliau boleh tunjukkan status pangkat ketua menteri.

4. Anak muda yang berjiwa muda dalam parti dan juga speaker DUN Selangor Teng Chang Khim, agak tergesa-gesa berkecimpung dalam politik, rasa tidak puas hati sikap pura-pura itu,  dimana Teng keluarkan satu artikel dalam suratkhbar bertajuk: ‘pegang jawatan kerajaan jangan berpura-pura’, apa yang disebut oleh Teng Chang khim itu amat bagus, dan apa yang disebut itu memang benar dan tepat: dari zaman dahulu sehingga ke zaman sekarang, pegawai kerajaan mempunyai kenderaan rasmi dan tempat kediaman rasmi, itu semua adalah satu kenyataan benar.

5. Lim Guan Eng lebih hebat daripada Lim Kit Siang, kerana kelebihan Lim Guan Eng pandai membuat sebaran berita, beliau boleh pergi ke warung di kaki lima cipta berita menjamu selera, secara kebetulan wartawan tiba-tiba boleh muncul di situ, di keesokan harinya gambar-gambar beliau dimuatkan ke dalam suratkhabar, memuji ketua menteri sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat jelata dan beramah mesra dengan rakyat.

Wartawan Akan Hadir Pada Masa Yang Tepat

6. Pada hari Ching Ming Jie (hari membersih kubur Cina), Lim Guan Eng balik ke Batu Pahat membersihkan kubur di sana, wartawan muncul pada masa yang tepat, dengan itu Lim Guan Eng “cuba kaitkan kisah lama’ di situ, berwatakan memperingati orang-orang lama di situ, dan dapat paparan luas di dalam suratkhabar.

7. Sebaliknya watak Koh Tsu Koon, memang bersikap orang terpelajar dan berwatak seorang berilmiah tinggi walaupun beliau telah berkecimpung dalam politik selama 30 tahun, Koh tetap kelihatan lembut dan sederhana, memang mempunyai sikap seorang ahli politik yang sejati, tidak terlibat dengan perbalahan dalam berpolitik. Pada masa beliau masuk ke dalam politik beliau adalah diangkat oleh Dong Zong ataupun beliau sebenarnya berasal dari Dong Zong, beliau bertanding di atas tiket mewakili pendidikan sekolah-sekolah Cina, pada masa itu beliau telah menyinggung perasaan Lim Kit Siang. Sebenarnya pada masa itu oleh kerana Lim Kit Siang mahu alihkan pandangan orang ramai, kerana tidak berani lawan Lim Chong Eu bertanding PRU di Seremban, Kit Siang tumpukan kekuatan lawan Koh Tsu Koon di Pulau Pinang.

8. Pada PRU 2008 selepas Gerakan kalah teruk, Koh Tsu Koon dengan segera secara pantas susun atur upacara angkat sumpah untuk Lim Guan Eng sebagai ketua menteri Pulau Pinang, ini menggambarkan bahawa Koh Tsu Koon bersikap ahli politik yang sejati yang boleh terima apa jua keadaan, sikap-sikap seperti ini yang kurang pada Lim Guan Eng.

Sumbangan Terjemahan oleh A.H./D.N.A.

PRODUK 1MALAYSIA DI SABAH

on Wednesday, November 23

Kedai Rakyat 1Malaysia Perlu Ada Di Sabah Juga

1. Para peniaga, atau yang baru hendak berniagam atau pencenis yang hendak berniaga digalakkan supaya membuka Kerai Rakyat 1Malaysia. Bukan sahaja ianya merupakan Idea YAB DS Najib Tun Razak yang baik, namun juga rakyat di Sabah sendiri boleh mendapatkan harga dan barangan yang lebih murah, berkualiti sama dengan kedai-kedai yang lain dan bersih.

Menu Rakyat 1Malaysia Boleh Jadi Bisnez Baru Di Sabah

2. Begitu juga, di bandar-bandar besar seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan dan Tawau perlu diwujudkan Menu Rakyat Restoran 1Malaysia yang lebih murah dan baik. Dengan cara ini, pekerja-pekerja berpendapatan rendah dan sederhana di bandar-bandar besar, bolehlah menikmati makanan yang tidak mahal.


Klinik 1Malaysia Juga Perlu Diperluaskan Di Sabah

3. Klinik 1Malaysia satu lagi produk jenama 1Malaysia yang perlu diperluaskan di Sabah. Khabarnya Tawau & Kalabakan akan menerima sebuah Klinik 1Malaysia tidak lama lagi.

4. Mungkin anda mempunyai idea lain yang belum dibuat sekarang ini. Silakan memberikan idea itu. YAB PM mempunyai fikiran terbuka dan sangat suka dengan idea-idea anda yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara kita.

* TQVM rakan blogger yang memberi contoh-contoh gambar berkaitan 1Malaysia.

ADAKAH DAP AKAN TARIK BALIK DASAR INI !

on Monday, November 14



1. Walaupun pemimpin-pemimpin PR seperti DS Anwar Ibrahim dan YB Sallehudin Ayub menafikan akan memberhentikan kakitangan awam seandainya PR memerintah, ianya dilihat sebagai satu usaha mereka divertkan isu tersebut.

2. Namun, Tony Pua, pemimpin kanan DAP yang memberikan taklimat tersebut kepada akhbar-akhbar Cina belum lagi menafikan atau menarik balik hasrat tersebut. Jika anda tinggal di Selangor, walaupun MB daripada PKR namun Exco-Exco DAP merupakan 'pembuat keputusan' di mana MB Selangor hanyalah 'tukang membaca keputusan mesyuarat kabinet', kerana DAP memiliki Exco teramai dalam Kabinet Selangor.

Ini adalah gambaran sebenar apabila PR memerintah negara ini, di mana mereka akan memainkan peranan membuat keputusan. DAP (29) memiliki kerusi paling banyak di Parlimen hari ini berbanding PKR(23) dan PAS(22). Tidak ada sesiapa yang berani menegur atau meminta DAP menarik balik dasar DAP untuk mengecilkan jumlah kakitangan awam di Malaysia apabila berkuasa. Terjemahan,


Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,  sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.


3. Perkara inilah yang dilihat sangat merugikan oleh YB Dato' Dr. Hassan Ali.

PRO-ULAMA SEMAKIN MENDEKATKAN DIRI

on Thursday, November 10


1. Tokoh-tokoh PAS Pro-UMNO semakin mendekatkan diri kepada program-program anjuran kerajaan BN termasuklah oleh GLC BN seperti Media Prima di TV3 ataupun di TV9. Suara Dr. Hassan Ali juga sudah pernah berkumandang di Radio IKIM. Perkembangan ini menunjukkan ada sesuatu yang sedang berlaku secara positif dan sehat.

2. Konsep Kesederhanaan yang di bawah DS Najib nampaknya sangat disukai oleh tokoh-tokoh PAS yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan. Forum Perdana Ehwal Islam kembali semula seperti tahun-tahun 1990-an dahulu. Mereka semua ingin kembali, dan akan kembali semula. Berita selanjutnya kemudian...

AMBIGA vs MAT INDERA

on Tuesday, November 8

In appreciating the people’s aspirations, Pakatan Rakyat therefore declares our commitment to fully internalise and carry out an agenda of new politics by mobilizing the people’s power from the various races, religions and cultures as one force.

Further, we have confidence; we can change our policy framework from narrow
racial approach to principles based on religious faiths, humanism, ethical and
human rights, and equality before the law regardless of status, race or group.

The policies that are derived from adherence to the Constitution and universal
principles of justice will safeguard the rule of law and the independence of the
judiciary, which in turn will guarantee that the human rights and dignity of the
people will continuously be defended and upheld.
(The Policies Of Pakatan Rakyat, page 2)

1. MATLAMAT Pakatan Rakyat khususnya DAP bukan setakat hendak mengurangkan, ataupun lebih jauh lagi memberhentikan kakitangan kerajaan apabila memerintah, sebenarnya ianya lebih jauh daripada itu. Kakitangan kontrak, sambilan malahan yang tetap akan berdepan dengan risiko diberhentikan sama ada secara pentadbiran ataupun secara politik. Anda mesti bersedia dengan kemungkinan tersebut, kerana Tony Pua sudah menyatakannya dengan jelas dan secara terbuka. Sebagai salah seorang pemimpin DAP, Tony Pua rasanya mendapat arahan daripada LGE dan LKS sebagai pemimpin tertinggi mereka, Tony Pua tidak akan bercakap soal dasar jika bukan keputusan mesyuarat parti.

2. Sebenarnya, penulis juga ingin mengajak pembaca supaya berhati-hati dengan satu gerakan baru di Malaysia, yang dikenali sebagai gerakan Total Change. Ubah segala-galanya, Ubah 100%, bukan setakat mengubah kerajaan, tetapi terdedah di dalam bahaya akan diubah ialah Institusi Sultan, Institusi Agama (anda mesti faham bagaimana YB Ronnie Liu lebih berkuasa daripada Dr. Hassan Ali dalam menentukan hak orang Islam di Selangor). Arahan YB Ronnie Liu lebih mengatasi arahan Dr. Hassan Ali. Anda boleh dapatkan bukti dan bertanya kepada pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya atau Majlis Perbandaran Sepang dan lain-lainnya di Selangor.

3. Kumpulan Kerajaan Perpaduan yang digerakkan oleh YB Nasha (sudah tentu arahan Presiden) Datuk Harun Taib, juga YB Salehudin turut pernah bersama mengetahui perkara ini, namun mereka tidak dapat bergerak bebas, lantaran tekanan kuat kumpulan Erdogan dan pemimpin de facto yang mencaturkan banyak perkara di dalam PR. Tokoh-tokoh Ulama yang Pro Perpaduan seperti Dato Harun Din, YB Taib Azamudin turut berada di dalam kelompok yang sama.

Penulis percaya kesilapan memilih Mat Sabu akan lebih parah lagi menjelang PRU13. Mat Sabu teman baik LGE sudah menjadi mangsa keadaan. DAP sudah memanupulasi Mat Sabu. Mat Sabu tidak dapat mempertahankan kredibiliti partinya. Setiap ucapan Mat Sabu mesti memuji dan mempertahankan DAP dan LGE. Mat Sabu tidak boleh memberi komen acara pasangan songsang di dalam program Seksualiti Merdeka 2011.

Anda tidak percaya, silakan bertanya kepadanya 5 soalan sahaja mengenai Seksualiti Merdeka, nescaya dia terpaksa menutup mulutnya! Kerana, kakinya sudah dirantai oleh dirinya sendiri! Mat Sabu boleh bercakap mengenai Komunis dan Mat Indera Tetapi Mat Sabu tidak boleh bercakap isu Seksualiti Merdeka dan Ambiga. Ia satu dosa dan fatamorgana kepada pergerakannya, apa boleh buat, ianya keputusan politiknya.

Apa pun sinar akan menyebelahi Islam. Hamas dan Fatah sudah kembali bersama. Kita sambung akan datang dengan isu Total Change ini.



DR. HASSAN ALI SELAMAT KEMBALI KE ....

on Friday, November 4

1. DR. HASSAN ALI, ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah menghalang penjualan Arak secara terbuka kepada orang Muslim, tetapi dihalang oleh kumpulan YB Ronnie Liu yang sangat berkuasa di Selangor, walaupun di dalam hal-ehwal Islam.

2. Dr. Hassan Ali, atas nama Aqidah, menerjah Arahan PAS Pusat untuk tidak menghadiri HIMPUN Selamatkan Aqidah Umat Islam. Kata beliau, saya sudah 64 Tahun, tidak lena tidur saya jika tak pergi HIMPUN. Kalau main bola Selangor VS Kelantan tiada keperluan beliau menontonnya. Maksud politiknya ialah jika pertemuan MB Kelnatan VS MB Selangor, tiada keperluan beliau hadir.

3. DR. HASSAN ALI, sekali lagi menyokong JAIS dan Sultan Selangor di dalam Kes Memurtadkan Umat Islam di DUMC Selangor. Walaupun ditentang oleh puak-puak Liberal dan Syiah di dalam PAS Selangor.

4. DR. Hassan Ali, hari ini, sekali lagi menyokong Demo di Masjid Shah Alam, menentang Seksualiti Merdeka, anjuran Majlis Peguam dan Ambiga. PAS Selangor yang Pro Liberal dan Pro Syiah amat-amat marah kepada Dr. Hasan Ali.

5. Kata Dr. Hassan Ali, beliau sudah 64 Tahun...

6. SELAMAT DATANG DR. HASSAN ALI BERSAMA ....

TIDAK BERAPA LAMA LAGI, KALAU KAMU FAHAM.

on Tuesday, November 1


1. RAKYAT MALAYSIA sama ada sedar atau tidak, peka atau kurang peka, akan menantikan satu period baru sejarah negara tidak berapa lama lagi, barangkali sebulan dua ini, barangkali keputusan yang akan menentukan masa depan si Biru atau masa depan si Hijau di dalam PR, mahupun masa depan si Roket di dalam PR, sama ada mereka kekal bersama, atau terpaksa terlerai, hanya masa tersebut nanti akan menentukan. Sebagaimana ayat yang sering dibaca oleh sesiapapun, wamakaru wamakarallah...dan seterusnya.

2. Jika anda faham apa yang penulis katakan di sini, baguslah. Kemenangan, seperti kemenangan perlawanan bola sepak Terengganu VS Negeri Sembilan, 1 - 2, atau 2 - 3, atau 3 - 5, atau apa sahaja jenis kemenangan sama ada di mahkamah 1 juri berbanding 2 juri. Semua itu sudah menjadi sejarah. Kesilapan pihak pertahanan, kesilapan teknikal pengadil, kesilapan pasukan pendakwa, kelemahan bukti, akan melepaskan si pesalah, akan menyambung hayat si pesalah, akan menyambung nafas si politikus terbijak, namun, ianya tidak akan selama-lamanya, kerana macam ayat di atas tadi, Manusia boleh merencanakan apa saja, namun Allah juga ada perancangan.

3. Sang Pengadil adalah manusia biasa, dia ada nafsu yang keterbergantungannya, pengawalannya, kesilapannya jika dia melakukannya, secara sengaja atau tidak, pada pandangan penulis, sebaiknya kita menghukumnya dia lebih awal, atau dia berhenti sahaja menjadi pengadil, supaya segala yang sudah 100%, atau segala yang sudah benar dan betul, tidak mengapalah kalau 99.9%, tetap begitulah.Janganlah dengan hanya satu dua ayat, janganlah hanya dengan satu tiupan wisel, ianya merosakkan negara ini. Anda tidak faham lagi, bacalah dua tiga kali.

4. Dia sang si kaya, apa sahaja bisa dilakukannya, sarapan pagi di Jakarta, Lunch di Perth, Dinner di Washington, apakan pula tukang membaca skrip, skrip yang diubah-ubah, diubah lagi, lima angka sekelip mata sahaja menjadi enam angka, yang patah sekelip mata saja bisa lurus, ianya bukan silap mata, tetapi mata kamu silap, malangnya hati kamu juga disilapkan, lalu kamu menanda dia yang si kaya itu sebagai sang hero, walaupun dia bakal menghumban anak-anak kamu ke lembah gelap gulita, bukan sekarang, tetapi selepas dia sudah tiada.

5. Tidak berapa lama lagi, tidak sampai 100 hari rasanya, jangan bimbang, Malaysia tidak akan kiamat, hanyasanya barangkali PR akan gempa bumi, rasanya 6.6. skala hitc. Jangan risau, ISA sudah tiada, kamu akan sentiasa selamat. Tiap-tiap bulan November dan Disember, sering sahaja berlaku gegak-gumpita, banjir lah, Tsunami lah, atau barangkali ada lagi, kiralah harinya, kita tunggu. Kamu tidak percaya, tunggulah.

6. Cukuplah setakat ini, kamu faham atau tidak, jika tidak penulis akan mempermudahkan lagi bahasa ini. Kalau kamu orang sastera gampang sahaja kamu memahaminya, kalau kamu biasa berpolitik enteng sahaja bahasa ini, kalau kamu masih pening, oh tidak, penulis tunggu dulu komen kamu, tunggulah, jika roket terbang terlalu tinggi di atas dia akan meletup dan hilang kawalan, kalau bulan di tengahari kadang-kadang tidak nampak, atau tidak nampak langsung, dan yang satu itu, akan tinggal satu juga macam dulu, kerana apa..., kerana gempa bumi 6.6 sudah mari. Bukan sekarang, tunggu, tidak berapa lama lagi...tetapi dengan satu syarat, si pengadil itu orang yang adil. Jika dia tidak adil, perumpamaannya dia membunuh 30Juta rakyat Malaysia.

Selamat membaca, selamat memahami.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan