SURAT, DATO' DR. HASSAN ALI

on Thursday, December 22

Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh.

Dato' yang dihormati,

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' atas keberanian Dato' mempertahankan prinsip perjuangan Dato' memperjuangkan agama Islam, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara kita. Walaupun Dato' diserang dengan tidak sepatutnya oleh rakan-rakan di dalam parti seperti Setiausaha Agong parti dan kepimpinan parti di negeri Selangor, ianya tidak mematahkan kekuatan minda dan jihad fisabillillah yang Dato' perjuangkan.

Sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di negeri Selangor, sememangnya insiden di DUMC tempohari amat menggugat kemarahan kita apabila saudara seagama kita ditarbiyahkan dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian, yang nantinya akan membawa kepada isu yang lebih besar iaitu Pemurtadan. Saya percaya ada banyak lagi kes lain yang Dato' tidak sempat sebutkan seperti kes penjualan  Arak dan aktiviti Judi di kawasan penduduk majoriti masyarakat Islam. Keberanian Dato' menegur Exco Kanan DAP dalam Kerajaan DAP Selangor dalam kes ini telah membuka pekung dan masalah besar yang berlaku di dalam pasrti PAS selepas berkawan dengan DAP.

Apabila Dato' bercakap isu 3R (Religion, Royal & Race), Dato' telah dituduh sebagai bersuaranada UMNO. Apabila Dato' menentang dasar baru parti iaitu Negara Berkebajikan sebenarnya Dato' memang bukan berada di arena yang betul. Seperti kata Dato', pembuat Dasar di dalam parti PAS hari ini dikuasai oleh kira-kira 65% golongan profesional, dan tinggal lagi hanya kira-kira 35% golongan Ulama. Maka, sudah tentu istilah-istilah sekular seperti Negara Berkebajikan, PAS For All (kalau di Israel, mereka gunakan kod Israel For All), Islam Liberal, Islam Plural (seperti Ucapan DS Anwar di Eropah yang memberi maksud semua agama sama yakni mempunyai Tuhan yang satu), Kesamarataan dan sebagainya akan juga menjadi seperjuangan kepada parti PAS itu. Semua itu adalah sesuatu yang alergik kepada PAS khususnya di dalam era Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, Allahyarham Ustaz Yusuf Rawa malah asing juga kepada TG Haji Hadi Awang.

Pada saya, sama juga seperti kata Dato', tiada gunanya menjadi kerajaan (pemenang) sekiranya air mata berderai melihat umat Islam di Selangor tidak mampu dibela. Dato' hampir-hampir umpama patung bernyawa. Bukan sahaja isu di DUMC dan kes penjualan Arak itu Dato' tidak berjaya atasi, walaupun Dato' mempunyai kuasa exco atas hal-hal berkaitan agama Islam dan  adat-adat bangsa Melayu di Selangor. Dato' pasti tidak lupa masalah besar yang belum meletup di Sepang, bagaimana surat dan arahan Dato' di sana terpaksa dibakulsampahkan kerana kakitangan telah mendapat arahan baru dari dua orang Exco Kanan DAP. Rukun Tetangga di situ, ahli kareah di situ, kebanyakannya ahli PAS pun Dato' tak mampu hendak membela masa depan mereka dek kuatnya DAP menutup dan mengikat pergerakan Dato'. Berapa banyak surat mereka yang Dato' sendiri malah Menteri Besar pun tidak mampu tolong. Malahan Menteri Besar Selangor pun terpaksa tunduk kepada Exco-Exco kanan DAP dalam hal ehwal umat Islam. Kerana kerajaan DAP Selangor menggunakan konsep samarata, samakuasa, sama-sama di dalam banyak perkara.

Maka, tidak ada gunanya lagi Dato' berada di dalam satu jamaah yang Dato' tidak boleh berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Saya telah menulis banyak tentang Dato', saya berharap Dato' mufaraqah dengan segera demi kebaikan umat Islam di Selangor, bangsa Melayu dan Institusi Raja-Raja di negara. Dato' Mahfuz sendiri meminta Dato' segera meninggalkan jamaah tanpa perlu menunggu masa dipecat. Dato' harus ingat suara itu adalah suara siapa?

Salam Hormat.
Assalamualaikum.


TWITTER PEMBANTU TIMBALAN KETUA MENTERI PULAU PINANG

on Thursday, December 15



 Sinchew Daily News
13 Disember 2011 (Selasa)

Tajuk: GodFather VS Pemberontak
Penulis: Lim Sue Guan

DAP pulau Pinang tahun ini menggunakan slogan “negeri Pulau Pinang-harapan Malaysia” sebagai slogan utama mereka, apa yang menyinggung perasaan ialah isu dalaman parti semakin meningkat, menyebabkan seluruh rakyat negara ini melihat DAP berlaku perbalahan dalaman yang ketara.

Isu “GodFather” bukan berlaku secara tiba-tiba kerana ia sudah terpendam lama yang akan terdedah dan menular, ia tidak mungkin berlaku hanya dengan perkataan “pemberontak dan GodFather” yang terus menjadi kecoh yang begitu besar, di dalamnya sudah tentu tidak boleh ada dua kepala dalam sesuatu tempat, kerana dalam hasil sumber  politik ia akan berlaku pembahagian yang tidak sama rata dan bercanggah.

Pengerusi DAP Karpal Singh pada bulan September tahun ini mencadangkan, menghadkan calon PRU akan datang tidak boleh bertanding 2 kerusi sekali gus, iaitu kerusi parlimen dan kerusi DUN untuk calon yang sama, di mana pemimpin Pakatan Rakyat yang menjawat jawatan Menteri besar ataupun ketua menteri tidak dihadkan untuk bertanding 2 kerusi itu, contohnya seperti Lim Guan Eng.

Cadangan Karpal Singh itu semata-mata mahu lebih ramai  orang-orang baru dapat ambil bahagian dalam pertandingan kerusi, sebaliknya telah memberi kesan kepada beberapa pemimpin, termasuk timbalan ketua menteri II Pulau Pinang Dr. Ramasamy a/l Palanisamy.

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy pernah menjadi pensyarah di UKM selama 25 tahun, pada tahun 2005 beliau masuk DAP. Pada PRU 2008 beliau sebagai calon baru yang diperkenalkan, bertanding kerusi Parlimen di Batu Kawan berdepan dengan Koh Tsu Koon, dan diterima juga untuk bertanding kerusi DUN Perai, akhirnya pada Tsunami politik itu beliau menang kerusi Parlimen dan kerusi DUN kedua-duanya, dan menjadi kaum India yang pertama menjawat jawatan timbalan ketua menteri di Negara ini.

Apabila memegang jawatan tinggi, beliau mempunyai hasil sumber dalam politik yang banyak, sudah tentu beliau punyai pengikut yang ramai.  Dalam akhbar Tamil Nisan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy memberitahu, pada PRU akan datang beliau akan bertanding kerusi perlimen dan kerusi DUN, dan akan mencadangkan 3 lagi wanita kaum India dalam parti untuk bertanding  dalam PRU akan datang.

Mencadangkan 3 kaum wanita India bertanding, hanya semata-mata beliau mahu mendapat lebih ramai penyokong, ini adakah satu keperluan dalam politik; tetapi Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah umumkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen dan kerusi DUN, menyebabkan karpal Singh kurang senang, dengan itu Karpal Singh memberi amaran bahawa pemimpin dalam parti tidak boleh melanggar keputusan jawatankuasa pusat dan menjadi “askar pemberontak”; selepas itu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy membidas, parti bukan sahaja perlu hapuskan “askar Pemberontak” malah perlu hapuskan “GodFather”.

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy dilahirkan sebagai ahli pendidik, mungkin beliau kekurangan pengetahuan dalam berpolitik, beliau tidak boleh memberi banyak janji-janji kepada penyokong sendiri, supaya pada belakang hari tidak dapat menjawabnya dan tidak dapat kotakannya.

Isu “GodFather” semakin rancak dimainkan, fakta yang utama adalah untuk kepentingan penyokong-penyokong mereka dalam politik, yang boleh membimbangkan dan merungsingkan. Pada mulanya 2 orang ahli dewan yang menyokong Karpal Singh pada 9 haribulan yang menggerakkan perhimpunan beramai-ramai secara aman, tetapi di atas nasihat pemimpin-pemimpin parti perhimpunan itu dibatalkan.

Tetapi pihak penyokong-penyokong dari Dr. Ramasamy a/l Palanisamy tidak dapat hentikan perhimpunan itu, menyebabkan majlis jadi kecoh dan membantah Karpal Singh, Karpal Singh yang selalunya bersikap tegas dan angkuh, macam mana boleh terima dan sabar lagi? Sebab itu apabila Dr. Ramasamy a/l Palanisamy cuba berlembut mahu bersalaman dengan Karpal Singh, Karpal Singh tidak menyapa dan tidak tunjuk reaksi untuk menyambut salaman itu.

Jika dilihat dari reaksi perbualan kedua belah pihak, boleh dilihat mereka mahu ketengahkan Karpal Singh dan Dr. Ramasamy a/l Palanisamy yang telah memberi sumbangan besar kepada kaum India di Pulau Pinang, di mana Dr. Ramasamy a/l Palanisamy lebih menyerlah dalam kedudukan sebagai “Big Brother”,  beliau bijak dalam berkata-kata dan mempunyai pengaruh dari hasil sumber politik.

Sebaliknya Barisan Nasional lebih bergembira apabila melihat mereka membuka pekung di dada mereka sendiri, seterusnya pembantu Dr. Ramasamy a/l Palanisamy telah menulis di Twitter ada berlakunya penyelewengan wang kerajaan dan isu duit kontraktor dan duit kontraktor oleh 2 wakil rakyat Pakatan Rakyat, ini akan menjadi isu dan bahan penting bagi pihak BN untuk dipergunakan pada PRU akan datang.

Kaum India bukan semudah itu dalam Tsunami PRU 2008, baru sahaja mendapat menikmati kedudukan kuasa dalam politik yang begitu tinggi, sepatutnya dihayati dan dijaga dengan baik, tetapi oleh kerana sesuatu kepentingan, kedua-dua belah mata telah kabur, mungkin dalam sekelip mata sahaja semuanya akan menjadi kosong.

Terjemahan disumbangkan oleh : RA & STA
       

DR. HASSAN ALI SERTAI KERAJAAN BN...

on Tuesday, December 13


1.Dr. Hassan Ali, satu nama yang tidak diperlukan lagi oleh PAS Selangor. Dendam lama kumpulan PAS Syiah dan Kumpulkan Husam  Erdogan kepada Dr. Hassan Ali sudah sampai ke kemuncaknya. Pengumuman PAS Selangor bahawa Dr. Hassan Ali tidak diperlukan telah difahami  beliau,kini menunggu masa yang sesuai.

2. Sebagai Mantan Timbalan Ketua Pengarah BTN beberapa tahun dahulu, Dr. Hassan Ali masih tidak boleh membuang idealisme Mempertahankan Orang Melayu, Mempertahankan Raja-Raja Melayu, Mempertahankan Agama Islam terutama apabila semua itu dipermain-mainkan oleh PAS la ne, apatah lagi oleh DAP.


3. Maka, jalan terbaik kepada Dr. Hassan Ali adalah menyegerakan balik semula ke pangkal jalan, dengan kembali semula kepada perjuangan asalnya. Dr. Hassan Ali sudah berusaha sedaya upaya untuk menyatukan PAS dengan UMNO dengan bantuan Kumpulan Ulama yang diwakilkan kepada Ustaz Nasharudin. Walaupun ianya tidak berjaya, namun idealisma Dr. Hassan Ali menunjukkan, jika sudah begitu jalannya, bukan satu masalah besar Dr. Hassan Ali keluar dari jamaah PAS.


4. Penulis telah banyak menulis tentang Dr. Hassan Ali, seorang motivator yang hebat suatu ketika dahulu, pada saya beliau patut dipelawa kembali segera kepada jemaah Islam Melayu yang lebih besar. Tambahan di
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/11/dr-hassan-ali-selamat-kembali-ke.html
Ulangan di 
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/10/jawapan-dr-hassan-ali-sertai-himpun.html
dan di
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/10/tahniah-dr-hassan-ali-berani-menyanggah.html
Juga di
http://jentayuabaka.blogspot.com/2011/10/hassan-ali-kembali.html
Serta di
http://mymassa.blogspot.com/2011/12/khalid-ibrahim-kena-sindir-dengan-dr.html

5.  Jika Dr. Hassan Ali belum bersedia sertai UMNO, beliau boleh sertai Kerajaan BN. Tiada Masalah. Perjuangan masih boleh diteruskan. Semua mantan BTN tidak akan lupa istilah Perjuangan walaupun sudah lama meninggalkan perjuangan, seperti Dr. Hassan Ali masih tebal lipatan dan semangat Perjuangan, kecuali mereka yang dot dot...

AMARAN KEPADA MCA: FAKTOR SINGAPURA AKAN MEMPENGARUHI

on Friday, December 9




Lawatan penulis ke Singapura memberikan beberapa kesan di fikiran penulis. Penulis ingin berkongsi pandangan ini dengan anda.

Minggu lalu, DAP) berpendapat pada PRU13 akan datang DAP yakin dapat tawan parlimen Kulai dan parlimen Kluang, sebaliknya DAP tidak yakin parlimen di Ayer Hitam dan Tanjung Piai. Maknanya ada tambahan 2 Parlimen DAP yakin akan menang di Johor.

DAP berkeyakinan menang di Kulai, kerana mereka telah menang di DUN Senai; di Kluang pula DAP lebih yakin kerana mereka telah menang di DUN Mengkibol.

MCA lebih yakin boleh menang di kawsan Ayer Hitam, Tanjong Piai, Labis dan Gelang Patah. MCA nampaknya masih gah di empat kawasan tersebut. Di kawasan lain, jika MCA sendiri tidak yakin, kenapa tidak berikan kepada UMNO jika pengundi Melayu melebih 60%. Give and take lah, bukankah UMNO sejak sekian lama memberikan undi dan menolong memenangkan kerusi-kerusi MCA bahkan MIC dan Gerakan.

Keputusan PRU di Singapura yang lalu pasti akan memberi kesan pada pengundi di Johor, khususnya kepada masyarakat Cina. Penulis sangat yakin PRU di Singapura yang baru sahaja lepas boleh memberi impak kepada pengundi-pengundi di negeri Johor. Pertumbuhan ekonomi Singapura begitu baik terbaru telah mengatasi Hong Kong sebagai bandaraya paling mahal di dunia, sebaliknya parti pemerintah PAP masih tidak dapat mempertahankan jangkaan sebenar bilangan undi yang mereka diperolehi.

Perkara ini menyebabkan Pakatan Rakyat sedang  menunggu saat-saat sebegini iaitu kelekaan di pihak kerajaan membaca momentum pengundi Cina, kerana masyarakat Cina akan lebih dulu melihat kemampuan kerajaan mengurus ekonomi mereka dengan baik. Ini boleh menunjukkan reaksi pengundi-pengundi di negeri Johor yang sebenar, kebanyakan pengundi di Selatan negeri Johor bekerja di Singapura, maka ianya lebih banyak dimanipulasi oleh Singapura. Jangkaan penulis ialah di Selatan negeri Johor akan ada sesuatu perubahan, tetapi peratusan yang boleh menggugat itu masih tidak jelas. Masih silent majority or silent minority.

Sebahagian pandangan penulis asal artikel ini, "...Apakah perbezaan masyarakat negeri Johor dan di negeri-negeri lain? Orang-Orang Johor Lebih Pentingkan Ekonomi. Orang-orang Johor lebih suka bincang masalah bisnes dan ekonomi, contohnya satu ketika dahulu apabila Mahathir dan Lee Kuan Yew bertelagah kefahaman, ada setengah orang Johor berkata, tolong janganlah bergaduh, nanti tiada orang Singapura yang datang ke Johor Baharu. Orang-orang Johor lebih merealisasikan sesuatu yang ada di depan mata, orang-orang Singapura pula adalah pelanggan orang-orang Johor. Pada PRU 2008 tidak kira tiket undi Cina mahu pun tiket undi Melayu dari segi sokongan kepada kerajaan di sebelah Utara Johor MCA agak tergugat, dimana di sebelah Selatan Johor masih agak stabil..."

"...Di negeri Johor MCA mempunyai 8 kerusi Parlimen, paling teruk sekalipun akan kalah berapa kerusi sahaja? Mungkin kerusi parlimen MCA di negeri Johor MCA tidak dapat ditawan semula, di kerusi DUN pula jika mereka masih leka mereka juga akan kehilangan 2 kerusi DUN lagi. Saya tidak berani cakap kerusi DUN kawasan mana yang akan hilang. Kerana ada beberapa kerusi DUN yang tiket undinya terlalu hampir tewas. Dalam pengiraan ini MCA sendiri telah faham keadaan itu, hidup mati MCA hari ini perlu lihat PRU di negeri Johor..." 

(Pandangan penulis ini disesuaikan daripada tulisan saudara Tan Shao Lian, Nanyang Siangpau, 7 Disember 2011) .

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan