KENAPA TUN RAZAK MENAIKI TEKSI KE RUMAH AYAH PAK LAH?

on Sunday, December 30

DIKAGUMI DISEGANI DIHORMATI: TUN RAZAK

JIKA semua ahli BN mahukan kemenangan majoriti 2/3 kepada DS Najib dalam PRU13 nanti, semua pihak sama ada dicalonkan atau tidak mesti berlapang dada menerimanya. Saya optimis kemenangan BN, namun untuk mendapatkan majoriti 2/3 semakin mudah memandangkan Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir telah memberikan sokongan, bantuan dan bersama-sama DS Najib menjayakan perpaduan dan kekuatan politik BN kali ini.

Beberapa contoh yang boleh dilihat, pertamanya DSP Salleh Said Keruak. Beliau merupakan mantan Ketua Menteri Sabah yang termuda, kemudian dipilih menjadi Ahli Parlimen Kota Belud (2004), namun pada tahun 2008 nama beliau tidak tersenarai. Ianya sangat mengejutkan, namun beliau turun membantu Datuk Abd. Rahman Dahlan di Kota Belud. Keikhlasan DSP Salleh Said terbalas apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah dan Speaker DUN Sabah. Datuk Abd. Rahman Dahlan adalah dari kelompok Pemuda UMNO, sudah tentulah dikaitkan pencalonannya dengan Khairy Jamaludin yang ketika itu bermentuakan Pak Lah. Kali ini, KJ tidak boleh diberi kebenaran mengganggu Perdana Menteri dalam hal calon.

Ayah kepada Pak Lah iaitu Haji Ahmad Badawi merupakan calon UMNO yang akan mempertahankan kerusi parlimennya di Kepala Batas jika saya tidak silap (1974). Namun begitu, Tun Razak ketika itu Perdana Menteri dengan bantuan DS Mahathir Mohamad (Tun) telah pergi ke rumah Hj. Ahmad Badawi untuk memberitahu keputusan Tun Razak untuk mencalonkan orang lain bagi menggantikan Hj. Ahmad Badawi. Sambil makan masakan yang dimasak oleh Hj Ahmad Badawi, Hj. Ahmad Badawi bersetuju dengan rela hati. 

Bagaimanakah Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir pergi ke rumah Hj. Ahmad Badawi ketika itu? Untuk supaya tidak dikenali atau tidak diganggu oleh orang lain, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir hanya menaiki Teksi sahaja.

Cerita ini hendaklah menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi calon dalam PRU13 nanti. Saya katakan beberapa kali bahawa DS Najib mahu menjadi Perdana Menteri yang terbaik di zamannya, terbaik kepada semua rakyat Malaysia http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/ds-najib-semakin-islamik.html, maka beri peluang kepada DS Najib untuk menang besar dalam PRU13 ini.

Jika kita meminta-minta hendak menjadi calon, persoalan dan pertanggungjawapannya di depan Allah SWT kelak sangatlah besar, terutama jika kita gagal menunaikan tanggungjawab yang kita minta-minta itu. Sebab itulah, sunah Rasulullah SAW ialah jangan meminta-minta untuk menjadi pemimpin, adalah lebih baik jika anda diangkat oleh masyarakat.

Teringat saya akan kisah Umar Abdul Aziz dan Hisyam Abdul Malik pada zaman Khalifah Sulaiman Abd Malik. Dipendekkan cerita, apabila Raja ibnu Waihah membaca surat wasiat Sulaiman Abd Malik supaya melantik Umar Abdul Aziz sebagai penggantinya, adiknya iaitu Hisyam Abd Malik telah berkata kepada Umar Abd. Aziz, "adalah bencana jika engkau menjadi Khalifah kami keturunan Abdul Malik!". Maka dijawab oleh Umar Abd. Aziz, " aku tidak suka dibaiat menjadi khalifah kalian!" (m/s 54, Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz,oleh Dr. ALi Muhammad Al-Shallabi, 2011).

bersambung...






KEGAGALAN MEREKA MENJATUHKAN PERDANA MENTERI

on Wednesday, December 26

MENJELANG PRU13: BERHATI-HATI 
LEE KUAN YEW walaupun berstatus Ketua Menteri Singapura semasa masih berada di dalam Malaysia, namun semasa melawat negara-negara Eropah pada awal tahun 1960an, mengandaikan dirinya sebagai Perdana Menteri, pegawai-pegawainya diberi gelaran bertaraf Duta. Perkara ini sangat tidak menyenangkan allahyarham Tunku Abdul Rahman. Sudah tentu sebagai sebuah negara berdaulat, tentulah hanya ada seorang sahaja Perdana Menteri Malaysia, iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.(Baca di Memoir LKY)

Anak-anak muda mesti membaca seberapa banyak minda Lee Kuan Yew, kerana beliau adalah mentor kepada negara baru Singapura (dahulunya dikenali Temasek milik Kerajaan Johor). Mengapa Lee Kuan Yew? Jawapannya ialah, apabila DAP berjaya membentuk kerajaan DAP di Pulau Pinang, Lee Kuan Yew dan delegasi PAP merupakan pemimpin luar yang paling awal dan paling kerap mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau sebaliknya.

Semasa Kerajaan Singapura berjaya memenangi Pulau Batu Puteh di Mahkamah ICJ, saya menghubungi salah seorang pemimpin Persatuan Sejarah Johor, Tuan Hj. Kamdi, kebetulan bekas pensyarah saya di Johor Bahru dahulu. Beliau menyatakan, Kerajaan Malaysia mempunyai asas lain yang boleh ditunjukkan untuk membuat Semakan Semula keputusan ICJ itu. Dalam hal ini, saya menyokong kita berusaha mendapatkan semula Pulau Batu Puteh itu. Mahkamah Antarabangsa memberi kita peluang untuk Membuat Semakan keputusan itu dalam masa 10 tahun dari tarikh penghakiman, jika terdapat bukti baru.

Kita harus beringat, Singapura di Selatan merupakan negara ketiga paling sibuk dalam perniagaan perkapalan dunia, mereka menguasai perairan Selat Melaka di selatan. Manakala, Pulau Pinang di Utara turut menggenggam perairan Selat Melaka. Tahukah kamu apa implikasinya dalam dunia politik? Fikirkanlah...

Kesilapan kita ialah kita tidak membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ideanya dicadangkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Semasa Tan Sri Syed Mokhtar mencadangkan pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal tahun 1990an dahulu, Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya agak kurang yakin idea ini. Namun,  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya membuktikannya dan Tun Dr. Mahathir begitu gembira.

Saya sangat yakin, menjelang PRU13 nanti, Singapura akan memainkan peranan penting dalam mencorak pemikiran pengundi, khususnya di seberang tambak dan negeri Johor. Berpuluh ribu pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari akan didedahkan dengan 'Singaporean Nice" untuk kita melihat, mendengar, membaca, memerhati dan membuat keputusan sama ada akan mengundi BN atau Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, sebenarnya.

Kita mesti menghalang Singapura, khususnya Temasek Holding, daripada melaburkan wang mereka tanpa kawalan di Malaysia. Kita mesti mengkaji niat dan tujuan sebenar mereka. Kita harus ingat simpanan Temasek Holding 3 atau 4 kali ganda banyaknya berbanding Khazanah Holding yang semakin berkembang pesat.

Bukankah Thaksin Shinawatra Jatuh dan Dijatuhkan ketika proses Temasek Holding hendak membeli Syarikat Telekomunikasi negara Thailand?

Bukankah Pasukan Bola Sepak Malaysia dikalahkan 0-3 oleh Singapura selepas wajah-wajah asing menghiasi muka-muka pemain Singapura? Bukankah Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan dahulu, jika mahu adil, dengan keluasan padang yang sama, saiz badan yang sama, tinggi tubuh badan yang sama, bermain dengan 11 pemain, mungkin Malaysia boleh menang Piala Dunia?

Bukankah Lee Kuan Yew pernah berkata, sepatutnya Singapura membina Litar Lumba Formula 1 sepuluh tahun lebih awal sebelum Malaysia. Walaupun lambat, walaupun mereka tiada litar, mereka berjaya juga menganjurkannya selepas Malaysia hampir 20 tahun menjadi penganjur siri Formula 1.

Jika bank-bank di Malaysia berjaya membeli bank-bank di Indonesia, Temasek Holding tidak akan membiarkan Singapura ketinggalan oleh Malaysia.

Singapura hanya berdiam diri apabila Presiden BJ Habibie berkata, ""Apa itu Singapore, negara yang tidak ada dalam peta dunia!".

Bagaimanakah kita hendak menghentikan semua ini. Jawapannya mudah, ada di tangan anda, iaitu jangan menangkan DAP dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya.

bersambung...







UTUSAN MEMANG SILAP...

on Saturday, December 22




RAKYAT INDONESIA SEMAKIN MATANG MENANGANI ISU DUA HALA MALAYSIA-INDONESIA


Zainudin Maidin menulis istilah "the dog imperialisme" dan dengan menggunakan media siber, pihak pembangkang khususnya DS Anwar berjaya menghu ha hu ha kan isu ini, tetapi Anwar nampaknya gagal membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia. Rakyat Indonesia semakin matang di mana mereka tidak mengambil pot akan hal ini, tidaklah sampai "menggoncang" pintu pagar Kedutaan Malaysia di Jakarta sebagaimana kebiasaannya..

"The Dog Of Imperialisme" dan banyak lagi istilah-istilah menarik seperti "The Mother of Election", " The Dog Of Nashville", di Amerika Syarikat pula peminat Mercedes dahulu menyebut salahsatu jenama yang diminati sebagai "The Dog Of  Cantina". 


Para Wartawan atau berkecimpung dalam bidang penulisan, istilah itu adalah lumrah. Perkara ini diamalkan oleh Rafizi.


Dalam banyak isu, Rafizi akan menyebut, contohnya, "Beliau mendakwa, dokumen tersebut mungkin mengaitkan individu tertentu berhubung kutipan wang deposit konsesi balak Sabah (rujuk Malaysiakini)... maknanya Rafizi hanya mendakwa, Rafizi menyebut mungkin mengaitkan...ayat-ayat ini tidak dapat diterima jika kita membuat ijazah sarjana atau PhD di Univerisiti Malaya. Kemungkinan bukanlah Kebenaran, ia hanya bersifat Andaian semata-mata, dengan harapan massa akan terpengaruh.

Pada 13/12/2012 , Rafizi sekali lagi menyebut "Ada Kemungkinan Besar Musa Didakwa" (Malaysiakini). Semua ini adalah permainan persepsi media sahaja, supaya orang mempercayainya. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berada 30 Hari di Kota Kinabalu untuk menyiasat dakwaan RM40 Juta. Di akhir siasatan itu, ICAC mendapati ianya tiada kes rasuah. Ianya hanya sumbangan kepada mana-mana NGO atau parti politik, samalah juga dana-dana yang diterima oleh PKR, DAP, Malaysiakini, ABIM dan sebagainya. Jika saya mempunyai NGO, ada pihak hendak menyumbang dana kepada NGO yang saya tubuhkan, mengapa saya perlu menolaknya. Kita hanya perlu ucap Terima Kasih.


Berbalik kepada "Dog" atau pun "Anjing", ianya binatang haram kepada umat Islam. Hukum ini tidak boleh dipermain-mainkan. Jika hendak lebih detail, kita hendaklah bertanya kepada mereka yang ahli dalam bidang hukum. Oleh kerana anjing haram, maka istilah anjing sangat jijik di mata  umat Islam. Tidak ada siapa mahu dikaitkan dengan anjing.


Dalam konteks pemberitaan, adakah Zam bermaksud mantan Presiden BJ Habibie sebagai Anjing.  Saya tidak melihat begitu, saya bersetuju dengan Datuk Seri Azman Ujang bahawa tulisan Zam tidak salah, yang salah ialah tafsiran pembaca. 


Utusan Online pun buat silap kerana memadamkan terus artikel itu. Jika saya mengetuai Political Desk Officer di Utusan, saya tidak akan padam.


Yang dimaksudkan Anjing oleh Zam di situ ialah "Imperialisme" bukannya BJ Habibie. Adakah Zam menulis "The Dog Of BJ Habibie"...Zam hanya tulis "The Dog Of Imperialisme". Maksudnya banyak-banyak imperialisme contohnya "imeperialisme Jepun', "imperialisme Srivijaya", imperialisme Russia' dan sebagainya, satu-satunya "The Dog Of Imperialisme' ialah "Imperialisme Pemikiran" ataupun "penjajahan minda"...itulah antara maksud pemikiran Zam.


Isu besar ialah, Siapakah yang mempopularkan istilah "Anjing"? Siapakah yang mempopularkan istilah "Anjing Kerajaan"...ataupun "The Dog Of Government"? 


Jika anda mempunyai anak atau saudara mara bekerja sebagai Polis, Tentera dan sebagainya kemudian diberi gelaran "Anjing Kerajaan", apakah perasaan kamu? 


Yang mana lebih sadis, "The Dog Of Imperialisme" yang ditulis oleh Zam atau "Anjing Kerajaan" yang dipopularkan oleh Anwar.


Makanya...jangan lupa sejarah...


Apabila saya meletakkan tajuk "UTUSAN MEMANG SILAP..." adakah saya bermaksud Utusan memang buat silap?


Selamat Membaca. 


BAGAIMANA MEREKA BERUSAHA MENJATUHKAN PERDANA MENTERI

on Wednesday, December 19

BANGUNAN BARU KEDUTAAN SINGAPURA DI MALAYSIA
Di Mali baru-baru ini, untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mali sangat mudah, dengan hanya beberapa orang tentera mengepung dan menghalang laluan PM Mali, dia menggeletar ketakutan dan jatuhlah dia sebagai Perdana Menteri.

Kejatuhan Perdana Menteri Thailand selang 3 atau 5 tahun bukanlah perkara baru. Sejarah Thailand menunjukkan sejak tahun 1930an, Thailand bertukar-tukar Perdana Menteri jika PMnya tidak sehaluan dengan Angkatan Tentera Thailand. Sehingga kini, sudah hampir 50 PM di Thailand berbanding di Malaysia yang lebih aman dan berkesinambungan.

Mula-mula, saya ingin menulis mengenai Thaksin Shinawatra, dia dilahirkan pada tahun 1949, dia bekas Polis sebenarnya sebelum menjadi Bisnesman Telekomunikasi. Pada tahun 2006, Thaksin sedang berucap di PBB dan keesokan harinya di Thailand dia dilucutkan jawatan PMnya. Tuduhan ke atasnya ialah penipuan undi semasa Pilihanraya. Pada bacaan saya, bukan itu sebenarnya, tetapi melainkan Kesilapan Thaksin menjual saham Syarikat Telekomunikasinya kepada Temasek Holding.

Bila menyebut Temasek Holding, ianya sebenarnya adalah milik Lee Kuan Yew, pengasas negara baharu Singapura (sebelumnya milik Kesultanan Johor). Thaksin tidak peka, kerana Telekomunikasi bermaksud Rahsia-Rahsia Negara termasuklah perbicaraan, perbualan telefon, sms, dan apa sahaja akan menjadi pegangan Singapura selama-lamanya. Di Singapura, jika ada rancangan talkshow, jika anda pemanggil telefon untuk mengkritik PM Singapura, panggilan telefon anda dalam beberapa saat sahaja akan diputuskan. Amalan ini sudah diamalkan oleh mereka sejak dahulu lagi, apakah hari ini sudah berubah?

Bolehkah anda bayangkan jika Sistem Telekomunikasi Thailand tempoh hari berjaya dibeli oleh Temasek Holding? Bayangkan jika Perdana Menteri Thailand sedang berbual dalam telefon dengan Menteri Pertahanannya, ianya mudah dipintas sepantas kilat oleh pihak Singapura.

Kamu tidak percayakah? Saya mengkaji lama negara Singapura ini khususnya permainan Lee Kuan Yew ke atas negara-negara jirannya. Lee Kuan Yew dalam buku Memoirnya menulis, "jika kamu mahu Singapura berjaya, kita mesti Melemahkan pembangkang". Anda boleh baca seterusnya di dalam tulisan Lee Kuan Yew. Sebab itulah, pembangkang di Singapura tidak mampu mengkritik atau membangkang apa-apa dasar kerajaan dan kelemahan PM Singapura, kerana mereka mengamalkan cara jika kamu menentang maka kamu akan dibicarakan, dihukum bankrap dan sebagainya. Itulah yang berlaku kepada Jeyaratnam dan sebagainya. Sebab pada tahun 1965, Lee Kuan Yew sudah menanam polisi amalannya bahawa Pembangkang mesti dimatikan, dilemahkan dan jangan diberi peluang. Saya melihat Lim Guan Eng dan DAP sedang mengulangi cara-cara Lee Kuan Yew ini.

Sebab itu, kita di Malaysia adalah lebih baik tidak berurusniaga dengan Temasek Holding dalam hal-hal yang berkaitan Keselamatan negara kita. Kita jangan menjual aset-aset negara seperti Hospital, Telekomunikasi, Pertahanan, Media, Pendidikan kepada Temasek Holding. 

Apakah yang saya hendak sampaikan sebenarnya? Terlalu panjang yang berintroduksi.

Di Malaysia, PRU13 semakin dekat, yang terkini Dap meminta tambahan 3 Kerusi Parlimen dan 10 DUN menunjukkan cita-cita mereka untuk menjayakan konsep "The Dap Belt" from Singapore to Pulau Pinang. Saya sangat yakin 10 kerusi DUN yang diminta itu meliputi kawasan-kawasan bandar di Seremban, Ipoh, Georgetown, Johor Bahru dan Selangor. Istilah "The Middle Malaysia" atau pun di Israel disebut "The Middle Israel" menjadi satu fokus yang penting oleh Dap. Mereka sangat yakin menghadapi PRU13.

Baik PKR atau pun Pas tidak membantah permintaan 10 dan 3 kerusi ini. Kita tidak tahu, apakah diam bermakna setuju atau tidak setuju.

Kerajaan BN diramal oleh banyak Centre of Studies akan masih memenangi PRU13, namun DS Najib mahukan kemenangan yang besar, kemenangan melebihi 2/3. Kemenangan yang besar amat penting kepada DS Najib supaya beliau boleh merealisasikan Wawasan 2020 yang tinggal 7 tahun lagi.

DSP Lajim Ukin, menurut fikiran saya, apabila beliau tidak boleh lagi bersama dengan BN Sabah, beliau keluar dan tidak mahu menyusahkan BN, ataupun dilihat menjadi musuh dalam selimut kepada BN. Maka rakyat Sabah maklum bahawa beliau tidak bersama BN Sabah lagi, tetapi benarkah beliau tidak menyokong DS Najib. Sudahkah anda membaca surat DSP Lajim kepada PM.

Mereka yang diberi kepercayaan oleh PM, perlu menzahirkan kepercayaan itu dalam PRU13 ini. Bolehkah anda bekerja untuk PM tetapi anda mempercayai Ketua Pembangkang, ataupun anda bekerja untuk Ketua Pembangkang dan anda juga bekerja dengan PM! Jika anda bersikap seperti ini, stand tidak jelas, di zaman Lee Kuan Yew di Singapura, dia akan pecat anda 24 jam!

Dengan DS Najib, nampaknya DS Najib tidak mengamalkan cara kukubesi Lee Kuan Yew, DS Najib berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Namun, kita yang berasa gusar dan gundah.

Selamat membaca. Tafsiran anda tidak semestinya menepati tafsiran artikel ini. 



50% MUKA BAHARU

on Friday, December 14



Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suntikan muka baharu itu penting memandangkan negara hanya mempunyai tempoh lapan tahun untuk mencapai status negara maju.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sebelum ini, BN akan meletakkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka baharu kerana mahu memastikan calon-calon yang berada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu bersaing dengan situasi semasa.

"Namun, jumlah muka baharu itu perlu diseimbangkan dengan muka-muka lama kerana tidak semua mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik berbanding muka lama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, di sini semalam.

Beliau mengulas ruangan Cuit tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan Rabu lalu, berhubung formula 80 peratus muka baharu dan 20 peratus muka lama yang akan digunakan BN dalam pilihan raya akan datang.

Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan menjurus ke arah formula 80 peratus dan 20 peratus tersebut kerana melihat keseimbangan antara muka baharu dan lama itu boleh memberi kesinambungan tugas yang cemerlang kepada parti berkenaan.

Katanya, pembangkang mungkin mahu mengemukakan calon-calon baharu yang lebih berkelayakan tetapi calon-calon tersebut tidak semestinya boleh mendekati rakyat.

"Kita melihat bukan sekadar muka baharu atau berkelulusan lebih tinggi, tetapi kita juga mahu melihat mereka mendekati akar umbi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan golongan lama atau 'warlords' dalam UMNO tidak akan memberi ruang kepada muka-muka baharu, Ahmad Zahid menjelaskan, parti-parti pembangkang sebenarnya mempunyai budaya itu yang mana ramai dalam kalangan mereka tidak mampu berkhidmat dengan cara yang sepatutnya.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga lebih mengetahui melalui maklum balas tentang personaliti bakal calon dan kawasan yang boleh dimenangi atau sebaliknya. (UM).

MENJATUHKAN MUSA AMAN BAGAIKAN MERUNTUHKAN GUNUNG KINABALU

on Tuesday, December 11

SALAH SATU GAMBAR YANG SAYA AMBIL KETIKA  BERSAMA KETUA MENTERI SABAH (2010)

DSP Musa Aman, telah memegang teraju CM Sabah sejak 10 tahun yang lalu (2003), satu tempoh yang hebat mengatasi allahyarham Tun Datu Mustapha, Tun Muhamad Fuad Stephen, Datuk Harris Salleh dan DSP Pairin Kitingan sendiri. Artikel ini yang kedua saya tulis mengenai DSP Musa Aman, sebelumnya http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/gaya-ketua-menteri-sabah.html

Sebagai seorang yang memiliki backround korporat yang berjaya khususnya semasa menerajui Yayasan Sabah, beliau berjaya mentadbir Sabah dengan hebat. Sudah banyak kritikan terhadap beliau, tetapi kejayaan Negeri Sabah sebagai Negeri Terbaik di Malaysia dalam pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri mengatasi Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur malah Kelantan membuktikan DSP Musa Aman seorang yang bekerja dan berpengalaman. Ulangan di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120926/dn_15/Sabah-antara-negeri-terbaik-urus-kewangan---Ambrin

Bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat bahagian beliau di Sandakan pun sudah ada pihak yang hendak menjatuhkannya. Ianya lumrah dalam politik, seperti kata YB Datuk Ghapur Salleh kepada saya bulan lalu, " itu biasalah bah tu". Maksudnya dalam politik memang ada persaingan, sokong tak menyokong dan lawan berlawan. 

Serangan peribadi terhadap Musa sebenarnya bermula sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Usaha-usaha pihak-pihak tertentu untuk menghalang Musa dilantik telah diusahakan melalui 81 Dalil ini http://www.scribd.com/doc/39214/81-dalil-kenapa-Musa-Aman-hilang-kelayakan-menjadi-Ketua-Menteri-Sabah.

Cubaan menjatuhkan Musa dipopularkan sebagai Musagate berhubung sumbangan individu tertentu terhadap Umno Sabah yang bernilai RM40 juta.

Sumbangan RM40 juta ini menjadi makluman umum apabila berlaku PRK Permatang Pauh pada tahun 2008. Selepas PRK itu, Ketua Pemuda PKR membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa berlaku rasuah antara Musa dan seorang individu yang bernama Michael Chia.

Sebagai badan yang cukup terkenal dalam memerangi rasuah (ICAC) bertindak membuka Kertas Siasatan (IP), dan pegawai penyisaat ICAC telah berada di Sabah lebih sebulan untuk menyiasat dakwaan itu.

Hasil daripada siasatan itu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa ICAC mendapati tiada didapati hubungan antara DSP Musa Aman dengan RM40 juta sepertimana dilaporkan, sebaliknya wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik individu yang tidak mahu dikenali kepada Umno Sabah.

Walaupun ICAC telah sebulan di Sabah, menyiasat setiap hari, Ketua Pemuda (PKR) masih tidak berpuashati, kononnya dia ada maklumat terkini berkenaan hal ini http://www.malaysiakini.com/news/216394. Bagi saya, ianya Sumbangan individu kepada parti, jika ianya Sumbangan, apa salahnya parti menerimanya. Sesebuah pertubuhan boleh menerima atau menolak sesuatu sumbangan, dalam kes ini UMNO Sabah menerimanya. Samalah juga dengan sumbangan-sumbangan yang diterima oleh parti PKR, PAS, DAP, SAPP, LDP, Parti Republikan dan Demokrat di Amerika, daripada pelbagai individu untuk aktiviti parti mereka. Berbezakah? Ianya sekadar Sumbangan. Apakah dia makna Sumbangan, kepada mereka yang belum faham ketibaan makna Sumbangan, sila rujuk di sini DBP makna Sumbangan.

Malangnya keputusan SPRM dan ICAC itu tidak dapat diterima oleh pihak PKR. Keadaan amat berbeza, apabila pihak SPRM membuat keputusan berhubung akuan bersumpah bekas Penolong Gebanor Bank Negara yang mendakwa bahawa DS Anwar Ibrahim mempunyai master akaun yang bernilai RM2bilion. Keputusan SPRM itu diterima dengan baik oleh pihak pembangkang.

Saya mendapat khabar DSP Musa Aman bukan hendak menjadi Ketua Menteri sepanjang hidupnya. Beliau membayangkan untuk menyerahkan terajui kepimpinan negeri kepada orang yang betul, orang yang layak dan berpengalaman. Sebagai manusia biasa, beliau juga mahu menikmati rehat yang cukup, bersama anak dan cucu, melancong dan tidak diganggu dengan kesibukan politik sepanjang malam.

Jika dilihat dari heirarki parti di peringkat negeri sudah tentulah DSP Salleh Tun Said. Satu perkara yang saya terlepas pada tahun 2009. Semasa kami berbual di Parlimen, DSP Salleh Tun Said mengajak saya ke rumah beliau di Kota Kinabalu kerana kebetulan saya akan ke KK ketika itu. Malangnya saya terus ke Ranau dan amat kecewa kerana tidak dapat singgah di rumah beliau, namun saya gembira kerana sehingga ke hari ini setiap kali saya sms DSP Salleh Tun Said beliau akan membalasnya.




KERUSI PINJAMAN BAKAL DIKEMBALIKAN

on Sunday, December 9

KALABAKAN TANAH BERSEJARAH

Tun Dr. Mahathir dalam banyak ucapannya menyebut, UMNO tidak akan menang hanya dengan sokongan ahli UMNO sahaja, begitu juga parti lain, PAS PKR DAP tidak akan menang dengan undi ahli-ahli mereka sebaliknya, undi orang-orang yang bukan ahli parti sangat diperlukan.

Menjelang PRU13, DS Najib bercakap mengenai "winable candidate". Sehingga ke saat ini, tiada siapa berani mengesahkan diri mereka bakal menjadi calon di mana-mana kawasan. Semuanya bersifat spekulatif.

Semua parti baik BN dan PR, masing-masing sudah mempunyai nama untuk diketengahkan. Saya hendak bercakap mengenai sejarah, kerana ilmu yang sedikit dan pengalaman yang sedikit, semoga perkongsian ini boleh memberi sesuatu makna.

Jika anda membaca buku-buku yang ditulis oleh Lee Kuan Yew, anda akan dapati bahawa Lee Kuan Yew dan pemimpin-pemimpin PAP amat gerun kepada Tun Abdul Razak, juga Tun Dr. Ismail. Dalam satu bahagian Lee Kuan Yew menulis, semasa mereka mengunjungi Tun Abdul Razak mereka tidak berani untuk mengangkat muka lebih tinggi, atau bercakap sesuatu yang lebih tinggi. Malah, ada satu bahagian dalam coretan Lee Kuan Yew, di mana mereka tidak berani membantah kata-kata Tun Abdul Razak.

Begitu juga yang dialami oleh pemimpin-pemimpin MCA, semasa era Tun Dr. Tan Siew Sin, tetapi Tun Abdul Razak tetap melantik Tun Dr. Tan Siew Sin di kabinet terkanan beliau.

Apabila Tan Sri Koh Tsu Koon diganti oleh Dr. Teng di Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon tidak membantah sebaliknya memberi sokongan atas apa yang dipilih oleh DS Najib. Semalam, program DS Najib bersama rakyat Pulau Pinang dihadiri beribu-ribu rakyat Pulau Pinang. YB Zahrain (Bebas) dan mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang (Aminah), menyerahkan borang menyertai UMNO. 

Saya mendapat khabar terkini, menjelang PRU13, YB DSP Lajim tidak ada sebab, akan kembali menyokong DS Najib jika satu perkara itu dapat diselesaikan. Mereka berdua tiada permusuhan peribadi. 

Di kawasan saya, DUN Merotai yang dipinjamkan kepada LDP sudah sampai masanya dikembalikan kepada UMNO semula. Perkara ini sudah diminta oleh UMNO Kalabakan, tetapi rundingan masih terbuka. Di DUN Merotai 70% pengundi adalah Islam dan Bumiputera, UMNO terlalu baik hati tetapi apakah UMNO harus baik hati selama-lamanya. Parti LDP harus kembali kepada tempatnya sendiri di mana kaum Cina ramai, tidak kiralah di mana di Sri Tanjung, Kota Kinabalu atau Sandakan. Sudah sampai masanya Merotai dikembalikan semula kepada UMNO, bukankah ia hanya pinjaman sahaja?

Di Semenanjung, terdapat kerusi yang dulunya dipinjamkan atas setiakawan UMNO kepada komponen BN telah berjaya dikembalikan melalui 'win-win situation' sebagaimana di Perak.

Sehari sebelum saya menunaikan ibadah Haji bulan lepas, saya telah bercakap dengan YB Datuk Ghapur Salleh melalui telefon. Saya fikir Datuk Ghapur Salleh masih ingin mewakili Parlimen Kalabakan. Tetapi jika kali ini (PRU13), beliau tidak terpilih apakah beliau akan berpindah atau meneruskan sokongan kepada UMNO. Kita tidak tahu, UMNO sangat berjasa kepadanya.

Dahulu (2008), beberapa minit sebelum penamaan Calon, saya telah menelefon Datuk Ghapur Salleh kenapa beliau tidak pergi ke rumah rasmi Ketua Menteri Sabah (di Kota Kinabalu) untuk sebutan calon-calon UMNO. Beliau berkata kepada saya, "nama saya tiada dalam senarai". Lima minit kemudian, nama beliau ternyata dicalonkan di Kalabakan. Saya menelefon kembali dan mengucapkan tahniah. 

Dua bulan lepas, seorang AJK Bahagian Kalabakan, sudah tentu orang kuat YB Datuk Ghapur Salleh, menelefon saya. 

Semasa saya bertemu Tun Dr. Mahathir 3 bulan lepas, saya juga bercakap mengenai Kalabakan dan Merotai. Tetapi, bukan untuk didedahkan di sini.

Bacaan ulangan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/kenangan-bersama-wakil-rakyat.html

Selamat membaca.

GAMBAR MENARIK: HAMAS & FATAH RUNDING BERSATU

on Wednesday, December 5


SEBAHAGIAN PEMBESARAN MASJIDIL HARAM YANG SUDAH SIAP
PEMBANGUNAN MASJIDIL HARAM KOTA SUCI MEKAH BERJALAN LANCAR

RUMAH NABI MUHAMMAD SAW. YANG KINI MENJADI MAKTABAH KEKAL TIDAK DIROBOHKAN

SUASANA DI PERKARANGAN MASJID NABI DI MADINAH AL MUNAWWARAH
PELBAGAI JENIS KURMA
AIR ZAM-ZAM

Kota Suci Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah, jika kita dipilih oleh Allah SWT untuk mendatangani kedua-dua kota suci itu yang di dalamnya penuh keberkatan Masjidil Haram, Kaabah, Hijir Ismail, Bukit Safa, Bukit Marwah, Makam Ibrahim (tapak kaki Nabi Ibrahim), Hajar Aswad, Air Zam-Zam, Arafah, Mina, Gua Hira,Bukit Uhud, Masjid Nabi Madinah, bekas rumah Rasulullah SAW, bekas rumah Saidina Abi Bakri As-Siddiq, bekas rumah Saidina Umar Al-Khatab dan sebagainya.

Setiap kali kita mengunjungi kedua-dua kota Suci Makkah dan Madinah ini, baik untuk mengerjakan Umrah ataupun Haji, kita akan menyaksikan betapa Islam itu agama perpaduan, alangkah baiknya jika umat Islam di Malaysia khususnya dapat bersatupadu dengan sama-sama saling maaf-memaafkan, saling bertolak-ansur dan bermuafakat. 

Usahlah kita mengulangi Perang Siffin, di mana kedua-dua pihak juga adalah Sahabat-Sahabat Rasulullah, baik Pasukan Ali Abu Talib mahupun pasukan Muawiyah Abu Sufian. Kedua-duanya mengerjakan Solat Subuh sebelum mereka berperang, kedua-dua pasukan mengaji Al-Quran dan berzikir sebelum mereka berperang. 

Hari ini, Hamas menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk membincangkan Perpaduan dengan Fatah. Presiden Mahmood Abbas pula semalam bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi Fatah bagaimana untuk bergabung dengan Hamas. Mereka sudah lihat besarnya hikmah jika bersatu padu kepada bangsa Palestin. Di Malaysia, PAS dan UMNO bila pula untuk memberi hikmah kepada bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia?

Keputusan PRU13 akan memberi impak yang sangat besar kepada masa depan kita. Janganlah yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu, mereka pula bertepuk sorak.

YB NASHA : JIKA ANWAR PM, BAGAIMANAKAH NASIB RAKYAT PALESTIN DI GAZA

on Friday, November 30

DS NAJIB, DR. YUSUF QARDAWI, YB.NASHARUDIN, PLO & HAMAS  BERSATU HATI   MENJAYAKAN IMPIAN  RAKYAT PALESTIN


Semasa saya di Mekkah dan Madinah, saya telah bertemu beberapa individu seperti pelajar Palestine, pegawai bank dari Bihar, ahli perniagaan dari Turki, juga jurutera dari Mesir yang sama-sama menunaikan ibadah Haji. Semasa berehat-rehat, kami telah bertukar pandangan khususnya isu serangan Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza.

Saya dapat membuat kesimpulan bahawa perpaduan ummah semakin terserlah di negara-negara Arab kini. Semuanya bersatu mendoakan kemenangan umat Islam di Palestine. Apabila mereka mengetahui saya dari Malaysia, mereka menyebut Dr. Mohamad Mahathir (Dr. Mahathir Mohamad).

Apabila semalam, DS Najib Tun Razak mengumumkan negara Malaysia akan menubuhkan Kedutaan Malaysia di negara Palestin, keputusan ini sebenarnya satu "political will" DS Najib yang beberapa langkah terkehadapan.

Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat – Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Menurut Osama (Hamas), UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan DS Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.

Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.

Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.  Dalam kenyataan DS Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas.  Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.

Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu.   Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.

Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel. Tetapi apakah risiko perubahan dalam pendirian Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.

Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu DS Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.

Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat  kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel.(Dr. Muslim Omar)

Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.

Nasharudin, sebagai pemimpin Pas walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.(Dr. Muslim Omar)

Ini kerana, menyatakan bahawa Pas tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana Pas nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.(Dr. Muslim Omar)

Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.  Sekali gus pendirian peribadi Pas yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa.(Dr. Muslim Omar)

Malah, pada hari ini juga Pas boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.(Dr. Muslim Omar)

Walaupun Pas menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ Pas nampaknya tidak diiktiraf dunia. (Dr. Muslim Omar)

Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan penubuhan negara Palestin akan tertangguh walaupun Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf ia sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota badan dunia itu.
"Ia (pengiktirafan itu) tidak akan menuju ke arah penubuhan sebuah negara Palestin. Sebaliknya, ia akan melengahkan penubuhan negara itu," kata Netanyahu semalam.
Israel sebelum ini memujuk supaya negara-negara Eropah tidak menyokong usaha Palestin untuk menjadi negara pemerhati bukan anggota di PBB. 

HAJI

on Saturday, October 20




Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Ketika Saudara/Saudari membaca blog ini, saya sedang menuju ke Mekkah Al-Mukarramah & Madinah Al-Munawarrah untuk menunaikan Ibadah Haji. Insyaallah, yakinlah Allah SWT akan turut memanggil Saudara/Saudari untuk menunaikan Rukun Islam yang ke-5 ini, hanya masa sahaja yang akan menentukan bilakah ia.

Atas kesempatan ini, saya memohon maaf kepada semua pembaca jentayuabaka seandainya terdapat idea dan artikel saya yang tidak sealiran/sependapat dengan saudara/saudari. 

Pandangan-pandangan yang berbeza tidak mengapa, itulah kebesaran hidup ini, diciptakan oleh Allah SWT dengan kepelbagaian, tetapi kita masih tetap sama, iaitu kita adalah hambaNYA, punya kelemahan dan kekurangan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Labbaik kallah humma labbaik! Labbaik kallah syari kala qa labbaik! Innal hamda! Wal niaqmata! Lakawal mulk! Laa syarikalaq!

SEMALAM DI KB, YB NASHA SAMPAIKAN SALAM DR. YUSUF AL-QARDAWI

on Wednesday, October 10

YB NASHA MEMBAWA SALAM DR. YUSUF QARDAWI KEPADA PM NAJIB

Saya kini berada di Kota Bharu, perjalanan dari Kuala Lumpur melalui pekan Raub - Kuala Lipis - Gua Musang semalam amat meletihkan. Bertemu kepimpinan grassroote, kepimpinan mahasiswa UMK dan UITM, juga para pemikir rakyat Kelantan di peringkat bawah, memberikan petunjuk akan kesungguhan mereka untuk selari dengan keazaman untuk menang.

Kenyataan-kenyataan Dato' Harun Din dan Prof. Emeritus Dato' Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan PAS sudah tersasar dan lari dari landasan masih tidak dapat dijawab oleh Presiden Pas dan Mursyidul Am. Kedua-duanya masih belum memberi respon.

Semalam di PWTC, YB Ahli Parlimen PAS, Dato Nasharudin Mat Isa berkata dengan maksud, jika PAS hendak menyingkirkannya, silakan, keahlian PAS tidak penting katanya, yang lebih penting ialah Islam. Presiden dan Mursyidul Am juga masih berdiam diri dengan kenyataan YB Nasharudin Ahli Parlimen PAS Bachok ini.

Semalam juga,  tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi mengutus surat kepada kerajaan Malaysia bagi menghargai sumbangan negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa, surat daripada ulama tersohor berkenaan diserahkan oleh Timbalan Pengarah Al-Quds Beirut, Dr. Aiman Zaidan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam, selepas Majlis Perasmian Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


“Al-Qaradawi yang merupakan Pengerusi Majlis Pemegang Amanah Yayasan Al-Quds International yang beribupejabat di Beirut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia di atas sumbangan berterusan terhadap isu Palestin.

Menurut YB Nasharudin dari PAS, selain menghargai keprihatinan Malaysia dalam isu Palestin, Al-Qaradawi juga mendoakan kesejahteraan Najib, Muhyiddin, kerajaan dan rakyat Malaysia.

“Al-Qaradawi yakin bahawa Malaysia akan terus memberi sumbangan dan sokongan terhadap isu-isu Islam serta umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestin,” katanya.

Sehingga ke saat ini, saya masih belum sempat ke Pasar Siti Khadijah.






DR. ZAKIR NAIK MALAM ESOK DI PWTC

on Saturday, October 6



DR ZAKIR NAIK DAN TUN DR. MAHATHIR DI PWTC



Blog ini http://mymassa.blogspot.com/2012/10/menggemparkan-lge-seru-orang-kristian.html menulis perkara ini "At the mosque today, a few friends asked whether i attended Dr. Zakir Naik, an Indian preacher's talk at IIUM yesterday which was attended by more than full house. But some non muslims don't like his style where in one instance he challenged anyone to show him a bible wherein God says Jesus is his son - if there's one he would be prepared to convert to Christianity".

This is reminiscent of the late Ahmad Deedat. And they are viral in cyberspace asking Malaysian Goventment to ban Zakir from preaching in Malaysia again. Muslims bloggers must oppose this and ask where Zakir was wrong.

Esok petang, Dr. Zakir Naik seorang doktor perubatan yang beralih arah kepada dakwah akan menemui kita semua di PWTC. 

ULANGKAJI

on Thursday, October 4





ATAU



Selama ini, terdapat banyak doa-doa yang kita baca semasa solat dan majlis-majlis agama seperti doa selamat dan sebagainya. Kadang-kadang kita perlu melihat semula untuk mengulangkaji jika terdapat sebutan-sebutan yang mungkin kita tersilap sehingga menjejaskan makna sebenarnya. Lebih baik sebenarnya jika kita berguru dengan guru-guru agama, dengan imam-imam dan ustaz-ustaz yang bersebelahan dengan kita. jentayuabaka berkongsi beberapa doa yang baik yang terdapat dalam youtube.

DOA QUNUT


LEE KUAN YEW MEMBERI TUNJUKCARA

on Tuesday, October 2

SELEPAS sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri, DS Najib bukan sahaja memperkenal Transformasi Ekonomi dan Sosial, tetapi juga Transformasi Politik dalam UMNO dan Kerajaan. Selepas 3 tahun, kita dapat melihat dan merasai bahawa pembaharuan politik dalam UMNO dan BN akan menjadi suatu pemerhatian yang paling besar kepada rakyat. 

Dalam PRU12, undi kepada Pakatan Rakyat mengikut kaum adalah Melayu 36%, Cina 80% manakala India 40%, dan undi pos cuma lingkungan 15%. Namun. angka itu semakin berubah kepada BN pula, kata seorang blogger pakatan di bawah.

Untuk PRU PRU13,  hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati kecenderungan pengundi Cina keadaannya masih tidak berubah dalam memberikan sokongan kepada PR manakala bagi pengundi Melayu kecenderungan memberikan kesetiaan kepada BN telah berubah dengan nyata sekali. 

Di atas perubahan besar sikap pengundi Melayu ini kepada pihak BN (UMNO) telah memberikan tumpuan untuk memberikan sepenuh perhatian dalam pemilihan calon agar benar-benar disenangi dan akan dipilih oleh pengundi.

Sekiranya UMNO dan BN masih meletakkan calon-calon yang dipertikaikan oleh rakyat, maka kita harus menerima penghakiman rakyat. Di Selangor khususnya, UMNO hendaklah meletakkan calon-calon yang berwibawa, bersih, diterima rakyat walaupun mungkin dia bukan Ketua Bahagian, bukan Ketua Pemuda bah kan mungkin dia hanya bekas seorang guru, doktor, pensyarah dan sebagainya tetapi disenangi dan diterima oleh rakyat!

Kita ambil contoh DAP, yang terkini dalam blog Helen Ang, beliau meramalkan dalam PRU13 nanti DAP akan mendapat untung besar untuk mendapat sokongan orang Cina! Baca di sini...http://www.anwaraidc.com/?p=28009. Di Kajang, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak DAP mengambil bekas-bekas Guru yang aktif sebagai calon mereka dan ternyata semuanya menang besar. 

Berdasarkan carta di atas, timbul persoalan yang besar:

1. Adakah PR memberi tumpuan kepada pemilihan calon yang disenangi pengundi?

2. Adakah calon berdasarkan kecenderungan parti atau kecenderungan pengundi?

Menurut sebuah blog pro pakatan rakyat, PR dilihat  mengutamakan pemilihan calon berbanding kepada kecenderungan parti dan tidak menghiraukan kecenderungan pengundi! http://mediaperak.com/2012/09/27/mampukah-pakatan-rakyat-merampas-kembali-negeri-perak/


Dalam pada itu, kita jangan terlalu seronok dengan kehadiran berpuluh ribu dan beratus ribu dalam program-program UMNO dan Kerajaan sahaja. Di Sabah, semua orang melihat semasa penamaan calon tahun 1985, penyokong-penyokong dan bendera parti BERJAYA (Datuk Harris Salleh) menguasai semua dewan-dewan penamaan calon, namun akhirnya rakyat Sabah memberi kemenangan kepada PBS.

Begitu juga dengan nasehat Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahawa, UMNO atau PAS tidak akan menang Pilihanraya hanya dengan ahli-ahli mereka, sebaliknya UMNO dan PAS memerlukan pengundi-pengundi yang bukan ahli mereka untuk menang.

Wanita UMNO dan Puteri UMNO pada zaman Datuk Rafidah Aziz dan Datuk Azalina Othman memiliki pasukan yang sangat berkesan seperti K10. Sebagai Ketua Pemuda, YB Khairy Jamaludin perlu membuat sesuatu yang lebih berkesan dalam masa terdekat ini, keutamaan untuk menang besar sangat penting kepada DS Najib. 

Menang sahaja tidak mencukupi, kerajaan perlu majoriti 2/3, Lee Kuan Yew mempunyai satu teori yang menarik bagaimana dia memajukan Singapura. Idea Lee Kuan Yew dalam bukunya, lemahkan pembangkang, jangan beri mereka bersuara lebih, sekat pergerakan mereka, undang-undang Singapura mesti ketat untuk menghalang pembangkang, barulah saya boleh memajukan Singapura, itu antara idea Lee Kuan Yew dalam bukunya. Anda bacalah, ia menarik. 

Sebuah buku lagi oleh penulis barat Jim Baker (CrossRoads: A Popular History Of Singapore and Malaysia) menyatakan, Pulau Pinang dan Singapura mempunyai banyak kesamaan walaupun Pulau Pinang hanya sebuah negeri dalam negara Malaysia. Apakah maksud penulis itu???







NEGARA KITA DALAM ZON ANCAMAN

on Sunday, September 23

BAJET KETENTERAAN SINGAPURA

Pertemuan saya dengan Tun Dr. Mahathir pada bulan lalu adalah rahsia antara saya dengan Tun Dr. Mahathir. Yang perlu saya hebahkan saya hebahkan kebaikan pertemuan itu seperti ini http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/08/eksklusif-bersama-tun-dr-mahathir.html. Hari ini saya mahu menulis mengenai rahsia Putrajaya.

Masihkah anda ingat, suatu ketika dahulu, sebuah parti berkata jika mereka memerintah mereka akan "melelong" Putrajaya. Banner melelong Putrajaya dipampang di sekitar KL dan Putrajaya. Mereka bermati-matian berceramah untuk melelong Putrajaya. Hari ini, mereka mmengubah nada kepada "Road To Putrajaya". Hari ini dia sudah menjadi Timbalan Presiden partinya, semakin memudahkan DAP menjayakan The Middle Malaysia dan seterusnya The Chinese Belt.

Manakala DAP  pula tidak hendak melelong Putrajaya sebaliknya akan menjadikan Putrajaya bahagian mereka dengan sebaik-baiknya. Pada tahun 2008, walaupun Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen, mereka hanya mampu memenangi undi rakyat di 23 kawasan sahaja, sebaliknya parti-parti sekular seperti DAP dan PKR menang 28 dan 31 kerusi sebelum satu demi satu keluar menjadi wakil rakyat bebas.

Ramai yang melihat Putrajaya hanya sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sahaja. Rakyat biasa hanya mengetahui bangunan-bangunan kerajaan sahaja untuk berurusan, Dataran Putra, Masjid Putra, Masjid Besi dan sebagainya. Dari seawal 7.30 pagi sehingga jauh malam, Putrajaya dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara. Kerajaan Indonesia turut bercakap di Parlimen mereka supaya mencontohi Malaysia mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan mereka.

Kita mesti mempertahankan Putrajaya kerana Putrajaya adalah jantung negara. Segalanya di sini, pentadbiran, keindahan dan paling penting keselamatan negara seandainya suatu masa kelak negara kita diserang oleh musuh-musuh negara.

Apabila Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam pada tahun 2003, dan pada masa yang sama Tun Dr. Mahathir mengkritik kekejaman Yahudi dan Israel ke atas Palestin. Maka seluruh warga Yahudi mengecam Tun Dr. Mahathir sebagai anti-semetik (anti-Yahudi/anti Israel). Dalam temubual dengan BBC, moderator BBC telah provok Tun Dr. Mahathir akan hal ini, namun Tun Dr Mahatir menjawab beliau hanya mengemukakan fakta akan kekejaman Israel ke atas Palestin. Dengarkan ini http://www.youtube.com/watch?v=vP-3B5lb0zc

Berbalik isu Putrajaya, adakah kamu boleh mempercayai negara Israel? Di Asia Tenggara, Lee Kuan Yew telah menekankan kerisauannya sejak tahun 1965 lagi betapa sukarnya Singapura hidup dikelilingi oleh negara-negara Islam Melayu yakni Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sehinggakan, apabila Presiden Habibie memberi warning kepada Singapura, lihat peta dunia, negara kamu hanya satu titik pen merah sahaja, Singapura tidak lagi berani membuli Indonesia.  Ini adalah fakta sejarah.


AMERIKA HANTAR 2 KAPAL USS KE LAUT CHINA SELATAN
Dua Armada Laut Amerika kini sudah berada di Laut China Selatan kononnya isu Spratly. Manakala Singapura memperkuatkan hubungan ketenteraannya dengan negara Israel. Kedutaan Israel di Singapura dan Kedutaan Singapura di Israel membuktikan keakraban mereka. Malah elemen-elemen keselamatan Israel dan Yahudi semuanya bertapak di Singapura khususnya selepas PRU12 (2008). Most of them relocated in Singapore. Saya menulis perkara ini sejak tahun 2008 dan 2009 lagi. Anda boleh search dalam blog saya ini. Baru-baru ini di Kota Bharu semasa bantahan filem hina Nabi Muhammad SAW, MB Kelantan Datuk Nik Aziz memijak-mijak dan membakar replika Shimon Perez dan menyeru rakyat Malaysia memulaukan barangan Yahudi.http://pemuda.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=645:bantah-israel-nik-aziz-bakar-patung-bush-shimon-peres&catid=1:terkini&Itemid=2

Ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang begitu lambat memohon maaf kemudiannya masih terus menghentam pemimpin-pemimpin Islam menunjukkan dengan jelas isi hati DAP terhadap Islam. Sama  ada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau Karpal Singh yang anti-Islam kata YB Nasharudin, semua mereka mendiamkan diri dengan membiarkan isu ini tenang dahulu. Apakah umat Islam boleh bertenang dengan penghinaan ke atas Nabi kita? Minggu lalu, saya mendengar ceramah Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri di Radio IKIM, beliau ternyata amat marah dan dalam isu ini beliau menerangkan bahawa Nabi  Muhamad SAW bukanlah manusia biasa yang sebagaimana orang lain faham. Rasulullah SAW adalah kekasih Allah SWT dan kita mesti terkedepan untuk mempertahankan Rasulullah SAW!!! 

Jika 50 atau 100 tahun akan datang negara kita diserang, tempat yang mula-mula akan dihancurkan ialah Putrajaya! Ia sama dengan kehancuran Kota Baghdad, Kabul, Tripoli oleh tentera-tentera atau bantuan tentera Amerika. Soalnya ke mana penduduk Putrajaya hendak lari? Lari ke mana, Melaka, Port Dickson atau ke mana?

Sebab itu, apabila Lim Guan Eng melawat Singapura tidak berapa lama dahulu, tertulis oleh beberapa pihak kononnya Lim Guan Eng menjanjikan Kem Tentera Port Dickson kepada Singapura kepada mereka. Sama ada benar atau tidak, kita mesti melihat ia satu ancaman besar. Lim Guan Eng seolah-olah mengetahui Putrajaya dan Port Dickson mempunyai sesuatu.

Secara peribadi, saya menyeru kita mempertahankan Putrajaya sehingga titisan terakhir! Mengapa? Bagaimana hendak mempertahankan Putrajaya, mudah sahaja, sama ada anda UMNO atau PAS, anda mesti menolak DAP! Dalam ucapan Lee Kuan Yew di Shanghai pada tahun 2004, Lee Kuan Yew mengatakan kemungkinan Singapura menyertai Malaysia adalah besar dengan syarat hapuskan keistimewaan orang Melayu(Islam adalah agama orang Melayu)! Bagaimana hendak menghapuskan ketuanan orang Melayu dan Islam, mudah sahaja hapuskan UMNO dan perkecilkan peranan PAS.

Putrajaya adalah pertahanan terakhir negara kita. Tun Dr. Mahathir semasa merangka Putrajaya, sudah memasukkan elemen-elemen keselamatan tahap tertinggi yang hanya diketahui oleh sesetengah pihak sahaja. Generasi baru, orang-orang yang tidak mengetahuinya seperti Mat Sabu boleh berkata dengan mudahnya untuk melelong Putrajaya. Tetapi orang-orang yang mengetahui rahsia Putrajaya seperti Lim Guan Eng saya yakin, dia tidak akan melelong Putrajaya kerana dia tahu apa yang terdapat di Putrajaya!

Setakat ini sahaja, saya tidak hendak menulis dengan mendalam dan terperinci, tetapi dari segi politik, semasa PRU13 nanti, saya menyeru anda menolak DAP, sama ada anda UMNO atau PAS!
THAILAND TURUT  MENGKAJI TENTERA KITA
Ancaman dari dalam dan luar negara sedang memusatkan mata mereka ke arah Malaysia! Anda mesti sedari perkara ini. Singapura adalah jiran yang baik tetapi bukanlah yang terbaik, tetapi PAP adalah kawan yang terbaik kepada DAP.




CALON-CALON PRU13 DI SABAH

on Wednesday, September 19

ALLAHYARHAM TUN MUSTAPHA & TUN FUAD DALAM KENANGAN - AL FATIHAH
PRU13 dinantikan oleh semua pihak baik parti-parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Dalam PRU12 yang lalu, DAP telah memperkenalkan beberapa calon baru dan lebih muda dengan memberikan pilihan yang terbaik kepada pengundi. Hasilnya, pengundi dilihat lebih yakin kepada calon-calon DAP berbanding calon-calon MCA dan Gerakan yang masih mempertahankan nama-nama lama.

Di London, kebanyakan YB berusia di bawah 50 tahun. Ia satu kemahuan yang mesti dibaca dengan betul. David Beckham adalah pemain yang hebat, nama yang besar dan kekayaannya masih tertinggi berbanding Rooney W, Theo Wallcot, Andy Carol, Jermain Defoe dan lain-lain. Namun jurulatih England tidak memilih David Beckham dalam senarai pemain utama negara kerana walaupun namanya gah, namun kudratnya tidak sekuat pemain muda. Sebab itulah juga nama-nama besar seperti Datuk Samy Vellu, Datuk Shahrizat dan lain-lain tewas semasa PRU12. Apakah UMNO dan BN sudah mempelajari hal ini?

Saya berada di Kuantan sekarang, saya dapati kerusi Parlimen Kuantan sebelum YB Fuziah, ianya dimiliki MCA. Apakah bacaan ini? Maknanya, rakyat di Kuantan sudah bersedia memilih calon Melayu di Kuantan, dan untuk itu BN Pahang perlu memikirkan calon UMNO di Kuantan. Selama merdeka UMNO terlalu baik kerana asyik bersabar dan memberi laluan kepada komponen BN yang lain. Contohnya di kawasan saya Merotai, 75% pengundi di DUN Merotai adalah Melayu Islam, secara matematiknya kerusi Merotai hendaklah ditadbir oleh YB Melayu Islam, perkara ini sudah diminta oleh YB Datuk Ghapur Salleh, Ketua Bahagian Kalabakan beberapa tahun lalu.

Apakah Merotai kali ini akan kembali kepada UMNO? Jawapannya mudah, sekiranya BN Sabah berjaya mendapatkan ganti tempat lain yang majoriti Cina, maka kemungkinan besar Merotai kembali kepada UMNO adalah cerah. Perkara ini tidak menyakitkan hati parti LDP, sebab semasa YB Phang Yuk Ming berhari raya di rumah saya di Tawau, beliau menyedari dan memahami isu ini bahawa BN mengamalkan prinsip adil di mana jika Merotai diberikan semula kepada UMNO, parti LDP pula akan diberi ganti tempat lain.

Saya yakin, dalam PRU13 ini akan menyaksikan DS Najib akan melakukan Transformasi Politik kepada UMNO dan BN. Kita mesti bersedia dengan pembaharuan yang akan berlaku nanti. 

Di Semenanjung Malaysia, PAS berusaha untuk menambahkan kuantiti YB mereka di Parlimen. Mereka berusaha menjadi majoriti dalam Pakatan walaupun sejarah menunjukkan PAS pada tahun 2008 hanya menang 23 kerusi Parlimen, DAP 28 dan PKR 31 sebelum ramai yang keluar menjadi Bebas. Kali ini PAS berharap bertanding di 80 kerusi Parlimen berbanding 66 pada tahun 2008. Beberapa nama yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan menjadi sasaran mereka untuk dijadikan calon seperti Datuk Fauzi Shaari walaupun ditolak oleh PAS Larut dan khabarnya Datuk Ramli Yusuf.

Beberapa nama yang suatu ketika dahulu gah di Sabah seperti Datuk Lajim Ukin, Datuk Yahya Lampong, TS Dr Ibrahim Menudin telah mengisyhtihar keluar UMNO tetapi seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, selagi DSP Pairin Kitingan masih berada di dalam BN, Sabah tetap akan kekal bersama BN. 

Khabarnya senarai nama calon-calon BN sudah pun ada, hanya DS Najib sebagai Presiden UMNO mempunyai kuasa untuk memuktamadkan calon-calon tersebut. Jika anda terpilih tahniah. 










Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan