MENTERI BESAR KELANTAN YANG BARU

on Monday, February 6



PERDANA MENTERI telah menyebut PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sehingga April,2013. Fokus rakyat kini menjadi semakin laju memandang beberapa perubahan besar telah berlaku baik di dalam BN mahupun PR.

Kenyataan TGHaji Hadi seminggu lalu untuk tidak bertanding  di dalam PRU13 dan menyerahkan nasibnya kepada parti PAS amat-amat mengejutkan, khususnya kepada kepimpinan PKR dan DAP. Di dalam PAS sendiri, berita itu menimbulkan konflik yang lebih besar. Walaupun usaha-usaha yang dilakukan oleh Kepimpinan PAS berjaya memujuk TGHaji Hadi untuk kembali bertanding di dalam PRU13, namun pengumumannya yang lebih awal sudah menjadi hak pembaca. Ianya tidak boleh dipadamkan.

Penulis ingin memberi fokus kepada Kelantan (kemudian kepada Selangor, Kedah dan Pulau Pinang). Kehadiran YTM Tengku Razaliegh (Ku Li) di dalam Mesyuarat UMNO sehari dua yang lepas memberikan gambaarn yang jelas bahawa Ku Li masih setia dengan UMNO, cuma kita faham semangat UMNO yang ada di dalam jiwaraga Ku Li adalah semangat UMNO Tunku Abd Rahman, semangat UMNO Tun Abdul Razak di mana kedua-dua pemimpin ini memberikan sentimental value kepada Ku Li. Barangkali isu AMANAH sebuah NGO yang diketuainya itu sebagai pemanis pemasam politik sahaja.

Penulis yakin, seperti juga DSP Pairin Kitingan, Ku Li juga tidak akan mengulangi sejarah lamanya ketika Semangat 46 dahulu. Pengorbanan Ku Li kepada UMNO dan kepada PAS sememangnya besar. Ku Li diterima dan berguna kepada UMNO dan PAS, atau pun disimpulkan dengan mudah, Ku Li sangat penting kepada rakyat Kelantan.

Isunya kepada penulis ialah kepada ketua-ketua kumpulan di dalam UMNO Kelantan ini. Beberapa nama yang dikatakan memiliki kumnpulan penyokong-penyokong yang besar iaitu Dato' Mustapha Mohamed, Datuk Awang Adek, Tan Sri Anuar Musa, Ku Li dan mungkin ada satu dua nama lagi.

Maksud penulis, di kalangan mereka ini, kenapa tidak buat satu ketetapan di pihak UMNO Kelantan, bahawa sekiranya UMNO Kelantan menang di dalam PRU13 UMNO Kelantan Sebulat Suara akan melantik Ku Li sebagai Menteri Besar Kelantan. Ini yang gagal dilaksanakan oleh UMNO Kelantan. Anda mesti ingat tidak semua Ahli Republikan Menyokong Romney sebagai Presiden Amerika akan datang, tetapi selepas pemilihan Presiden di dalam Republikan, yang menentang Romney pun akhirnya akur juga jika beliau menang Presiden Amerika mengalahkan Obama.

Kita tahu bahawa pihak PAS telah menggunakan Ku Li dalam tuntutan Royalti Minyak Kelantan. Kita tahu Ku Li juga menuntut Royalti Minyak Kelantan ini diberikan terus kepada rakyat Kelantan. Ku Li telah diberi peluang berucap di hadapan ahli-ahli PAS, di dalam stadium majlis PAS, maka mengapa UMNO Kelantan tidak mahu berkorban dengan memberikan pengiktiran kepada pemimpin veteran ini.

Penulis yakin, YAB Presiden UMNO,  DS Najib Tun Razak tidak mempunyai halangan di dalam hal ini, kerana seringkali penulis tekankan bahawa DS Najib Ingin Menjadi PM yang terbaik di dalam hidupnya. DS Najib ingin menjadi PM yang terbaik di dalam sejarahnya, kepada semua pihak pembangkang dan penyokong beliau. Penulis yakin, DS Najib ingin menjadi PM yang menggembirakan semua rakyatnya dan menikmati kesenangan, kemakmuran sebagaimana arwah ayahnya menjadi PM.  Apakah UMNO Kelantan belum membaca Minda Kesederhanaan PM kita? Penulis yakin, DS Najib tidak gembira dengan polemik, konflik dan cha keting yang berpanjangan.

Anda mungkin tidak bersetuju dengan penulis, tetapi inilah idea yang tidak menarik, yang tidak anda suka agaknya, tetapi penulis perlu menulis perkara ini. Apa jua idea, yang penting kejayaan.Selamat membaca.

3 Komen:

C L J said...

WALAU APA PUN KELOMPOK KELOMPOK YANG BERSEDIA UNTUK CHAH KETING KELOMPOK LAIN ADALAH SIFAT SEMULAJADI ANAK KELANTAN YANG SUKAR DIHAPUSKAN. PAHIT BENAR RASANYA NAK MELEPASKAN KATAKATA INI. MAAFLAH DAH TERLEPAS DAH.

Anonymous said...

Setuju benar dan molek sungguh bos bos umno menginsafi kekuatan kejaguhan kewibawaan ketokohan kemashuran keajaiban ku li .. Buat deklarasi gua musang bahawa ku li perlu diankat sbg ku li perlu dinobatkan mb kelantan .

Ku li perlu diberi sbg the most winnable candidate for parlimentary n state seat ..!

Jgn lupo ku li pernah jadi jaguh ankatan perpaduan umah sehiingga umno tewas hingga sekarang.. jgn lupo ku li juga mampu menebus menebus semula kekalahan itu

Bersedialah bos bos umno kelantan jika tuan ikhlas berjuang demi rakyat kelantan ! Berilah panji perjuangan ini kpd ku li

SG IMAM said...

DARI UMNO ANUAR IBRAHIM DATANG, KE UMNO JUGA DIA AKAN KEMBALI...DARI UMNO DR HASSAN ALI DATANG, KE UMNO JUA DIA AKAN KEMBALI...HATI-HATI WAHAI PEMIMPN PAS!!!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan