BUGIS SABAH MESTI ADA WAKIL DI DALAM RCI DAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

on Wednesday, March 28

Beberapa artikel penulis sebelum ini mendapat respon dari pembaca di Sabah. Namun pagi ini, penulis tersentak membaca artikel di bawah. Bagaimanakah YB Jimmy Wong, DAP, Sri Tanjung boleh diberi harapan permohonannya menjadi Anak Negeri Sabah. Bagaimanakah masyarakat Bugis Sabah yang sudah beratus tahun atau berpuluh tahun yang lahir di Sabah, ibu bapa mereka lahir di Sabah, ibu bapa mereka berada di Sabah sebelum tahun 1957, atau sebelum tahun 1963, atau ibu bapa mereka yang bekerja dengan Kerajaan British di Sabah, bersekolah dari Tadika hingga bekerja dan banyak lagi kategori...apakah beza mereka ini dengan YB Jimmy Wong ini.

Baca Laporan berita di bawah,

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan

28/03/2012 2:14am

KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.

Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.

"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.

"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis ingin mencadangkan supaya wakil-wakil Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia, Kecapi dan lain-lain NGO Bugis supaya mengambil bahagian di dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kedua-dua saluran ini akan memberi banyak keuntungan kepada masyarakat Bugis di Sabah.

Hanya pandangan penulis, kita mestilah akur kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Jika Rexy Mainaky dari Indonesia, Yuan Yu Fuang dari China dan banyak lagi yang diberi taraf kerakyatan Malaysia kerana sumbangan mereka kepada negara Malaysia, maka anda yang sememangnya layak sudah tentu tidak mempunyai masalah. Hanya nasehat penulis, ikuti segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.


6 Komen:

Alisha Residenc said...

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

KERIS TAJAM said...

MACAM KISAH OBAMA LA PULA YE...AGAK-AGAKNYA DALAM SIJIL LAHIR PM, DATUK SERI NAJIB, KETURUNAN APA YA...BUGIS ATAU MELAYU???

Anonymous said...

Kata orang putih, " this is just the tip of the iceberg". Kita berharap proses penyiasatan terhadap isu 'status native' terhadap adun dap ini dapat dilanjutkan lagi kepada para taukeh-taukeh besar yang hari ini mengunakan fasiliti status tersebut untuk mengarap semua tanah-tanah NT khususnya didaerah pedalaman.

Anonymous said...

mengada-ngada pula suda bugis ni........huhuhu...mo ada wakil RCI dan mahkamah anak negeri lagi........hakhakhak.... jgn mimpi la... silap2 bertambah lagi PATI di sabah ni nnt..

Anonymous said...

Siapakah orang bugis disabah. ........ Mereka ini ada 3golongan 1.lahir sebelum merdeka atau berada disabah sebelum merdaka 2.berada atau lahir selepas merdeka 3.memang lahir disulawesi indonesia datang kesabah untuk bekerja diladang2. Golongan satu memang layak jadi pribumi sabah. Golongan dua layak warganegara. Golongan 3 pendatang dengan izin

Anonymous said...

Bagus lagi bagis rajin berusaha

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan