BUGIS SABAH PERLU ADA SENATOR

on Wednesday, March 7

Dua artikel saya iaitu  http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/03/rekod-bugis-sabah-sebelum-sabah-merdeka.html dan  http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html menerima banyak respon daripada pembaca. Saya ucap terima kasih kepada anda semua. 

Dalam politik Bugis Sabah, satu-satunya wakil masyarakat Bugis di DUN Sabah ialah YB Datuk Muis Picho. Saya pernah menemuinya di Putrajaya dan semasa beliau mengiringi YB DSP Ghapur Salleh (Ghapur) di Parlimen. Pada tahun 2007, saya telah bercerita dengan Ghapur di parlimen bersama-sama dengan DSP Salleh Said Keruak. 

Dalam cerita itu, Ghapur telah menyebut nama Muis Picho dan Hamisah sebagai Calon PRU 2008. Ternyata apabila PRU 12 ketika itu, kedua-dua mereka ternyata terpilih. Sebenarnya beberapa minit sebelum penamaan calon di Seri Gaya, saya telah menelefon Ghapur dan ternyata beliau terpilih lagi sebagai calon parlimen Kalabakan pada tahun 2008. Itulah antara sedikit kisah kami. 

Sebenarnya ramai orang tidak tahu, semasa mula-mula kemasukan UMNO ke Tawau. Dalam satu mesyuarat AJK USNO Bahagian Tawau ketika itu, tidak ada AJK USNO Bahagian Tawau yang mahu menandatangani borang menyokong kemasukan Ghapur sebagai ahli UMNO Bahagian Tawau. Hanya ayah saya dalam mesyuarat itu mencadangkan dan menyokong supaya Ghapur diterima sebagai ahli UMNO Bahagian Tawau. Mereka mahu Gapur di bahagian lain.

Tujuan ayah ketika itu satu sahaja, supaya semua kaum tanpa mengira etnik Bugis, Jawa, Banjar, Arab, Tidung dan lain-lain supaya bersatu di dalam UMNO. Itulah niat murni ayah saya ketika itu. Datuk Hj Said Senang, ketika itu wakil rakyat Merotai boleh mengesahkan perkara ini, dan lain-lain AJK USNO yang masih hidup. 

Ada orang berkata kalau masuk UMNO akan mendapat bermacam-macam projek. Sebenarnya itu tidak benar kerana sejak ayah saya menjadi Penaja UMNO Sabah bahagian Tawau sehinggalah sekarang tidak pernah menerima satu projek pun dari UMNO. Kerana itu bukan tujuannya.

Berbalik kepada tajuk di atas. Ya...saya mencadangkan supaya Ketua-Ketua masyarakat Bugis supaya membuat kertas cadangan kepada Perdana Meneteri untuk dipertimbangkan satu jawatan Senator untuk masyarakat Bugis di Sabah. 

Kalau masyarakat Siam yang lebih sedikit jumlahnya boleh diberikan apakah bezanya masyarakat Bugis di Sabah? Oleh kerana masyarakat Bugis di Sabah masih tidak diterima sebagai Bumiputera Sabah, maka kepada Kerajaan Persekutuanlah segala masalah masyarakat Bugis di Sabah boleh diadukan. Perlembagaan Persekutuan mendefinisikan masyarakat Bugis Sabah adalah dalam kategori Melayu.  

Terlalu ramai yang hendak menjadi calon dalam pilihanraya, tetapi kerusi masyarakat Bugis di Bahagian Kalabakan hanya ada satu sahaja. Walaupun ianya bukanlah dasar dan ketetapan parti, tetapi dalam konteks Sabah, amalan yang digunapakai ialah semua masyarakat diberi peluang dan mempunyai wakil di DUN Sabah. UMNO mengamalkan perkara ini dengan baik. Sebab itulah, selepas Datuk Dr Patawari tidak dicalonkan, tempat itu masih diberi kepada masyarakat Bugis iaitu Datuk Muis Picho. Soal siapa selepas itu kita tidak tahu, tiada siapa tahu siapa akan menjadi calon seterusnya. 

Ghapur dalam pertemuan dengan saya di Parlimen ada menyatakan bahawa beliau mencadangkan semua AJK di Bahagian Kalabakan sebagai calon. Itu sudah bagus, tetapi tentulah tidak semua akan terpilih. 

Sebab itu, saya melihat jalan keluar kepada masalah ini ialah mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya seorang Bugis Sabah dilantik ke jawatan senator. 

Anda bagaimana, bersetuju atau tidak? Saya yakin, jika Ghapur membaca cadangan ini, barangkali beliau juga akan menyokongnya kerana inilah satu cadangan untuk menyelesaikan pelbagai isu masyarakat Bugis Sabah. Saya tidak tahu apa pendapat anda?


26 Komen:

Dare to change said...

Cadangan yang baik, tetapi siapakah calonnya? kerana bangsa ini terutamanya pemimpin bugis di Sabah tidak bersatu, majoriti daripada mereka hendak menjadi pemimpin untuk mengaut kekayaan sendiri dan keluarga.Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang ikhlas berjuang kerana Agama, bangsa dan negara....
Mulakan dengan penggabungan semua persatuan bugis yang penulis nyatakan sebelum ini?

Anonymous said...

ya siapakah yg paling sesuai, yg mengutamakan masalah2 bangsa ini, sudah terlalu lama menderita.

JJ.KK.

Anonymous said...

stuju

manusia bugis said...

Mungkin OJ(Osman Jamal) ?

Anonymous said...

siapa siapa bah jgn saja cara kita jadi macam yang dikerjar berciciran yang dikendong tak dapat, pikir baik2, jgn berebut smua mau jadi YB semua tak dpt...siapa2 sj yg ada jiwa perjuangan.

mus.tawau.

Anonymous said...

bukan OJ mau jadi calon Kalabakan kah, susah bah selagi ada Gapur, bagus juga idea penulis ni.

org.kg.tawau.

HAJAH ROSMA said...

NAK SENATOR LA PULA...BUGIS TIDAK BERSATU...BERPECAH...BANYAK PERSATUAN...PKBS LA...KECAPI LA... APA-APA LA...LIHAT SUKU BAJAU...HEBAT DI LAUT...HEBAT DI DARAT...

AWAN NANO said...

NAK SENATOR LA PULA...BUGIS TIDAK BERSATU...BERPECAH...BANYAK PERSATUAN...PKBS LA...KECAPI LA... APA-APA LA...LIHAT SUKU BAJAU...HEBAT DI LAUT...HEBAT DI DARAT...TETAP BERSATU HATI...SEHATI SEJIWA...BUGIS ASYIK CEMBURU MENCEMBURUI...IRI HATI...DOTI SANA...DOTI SINI...GUNA-GUNA...

From sandakan said...

Ini cuma cadangan. Hahaha bajau worst..

Anonymous said...

iyya lor

OTO' said...

WORST PUN WORST LA... YANG PENTING KAMI BERSATU, KERJASAMA, BAHASA BAJAU KAMI FASIH...ADA REGATA LEPA-LEPA, SEMPORNA EMPAYAR KAMI...BUGIS TENGALAM DENGAN LABU-LABUNYA...BIARKAN...BIARKAN...

Anonymous said...

tak setuju,,,,bagi saya sesiapa pun bboleh jadi wakil yg pnting berkhidmat dgn ikhlas jujur dan amanah dalam membantuh rakyat tanpa mengira kaum,

apa yg dilihat skrg ini kebanyakan wakil rakyat hanya mengharapkan peruntukan projek utk memenuhkan poket sendiri dan kroni perkara ini sudah lama berlaku dan berakar umbi,sebab itulah sabah tercatit sebagai negeri paling miskin di malaysia..walaupn berjuta malah berbilion ringgit telah diperuntukan tapi duit itu tak kemana jua malainkan kedlm poket pemimpin dan kroni..

Sabah memerlukan pemimpin yg benar2 berjuang utk kemajuan rakyat jika inginkan sabah menjadi antara negeri yg maju di malaysia.

Anonymous said...

Kalau tiada dsp gapur s semua bugis temgelam tunggu nanti rci baru tau tinggi rendah langit.. Apa pun kita org sabah malaysia ingat2 pm kita org apaheehe

Anonymous said...

RCI akan menguntungkan org Bugis kerana dlm Jkuasa itulah nanti org Bugis atau sapa2 saja boleh tunjukkan hak2 mereka, sejarah mereka, dan perkara2 yg sepatutnya mereka berhak, RCI sgt penting utk bezakan org Cina Taiwan dgn Cina Sabah dgn Cina Hong Kong, RCI juga penting nak tunjuk org Dusun sbenarnya hanya kat Utara Sabah sahaja, tiada org Kadazan yg menetap di Tawau dekat Nunukan sepanjang Sabinda pada awal tahun 1770an. Sy dah baca beberaoa buku, pandangan penulis ini ada kebenarannya dan sy syor penulis ini dedahkan lebih byk fakta.

Pensyarah Pelawat, UMS.

DAENG PARANI said...

BLA PENULIS DAH DEDAH KEBENARAN FAKTA TENTANG ORANG UGIE...HARAPA-HARAP PM UMUMKAN BUGIS BUMIPUTERA SABAH...MACAM JUGA ORANG SIAM...

Anonymous said...

saya setuju. tapi biarlah perjuangan agama didahulukan. kemuliaan dan kehinaan datang dari allah. tak kira bangsa/suku apa sekalipun. kalau dia ada iman/kalimah la ilaha illala dia saudara saya walau di hujung dunia mana sekali pun dia berada.kalau kita letak agama di depan insyaallah kita bersatu. tapi kalau material/kebendaan letak didepan insyaallah sampai bila bila pun tak bersatu. sebab manusia kalau dah cinta dunia akan datang sifat tamak. kalau dia cinta akhirat pasti dan pasti dia akan ambil dunia sekadar keperluan. baru lah dia boleh jadi khalifah.

Anonymous said...

bagaimana bugis sabah mau bersatu..skrg ini ada 3 persatuan bugis d sabah...masing2 mau jd penggawa...OJ,PP,SA..duduk la 1 meja..berbincang ttg nasib bugis d sabah...buang agenda peribadi

Anonymous said...

siapa-siapa pun bisa jadi.. yang penting hak kita diperjuangkan.. jgn la ada yang berpuak-puak.. ya jgn yg dikejar xdpt, yg dikendong tercicir pulak kn.. renung2 kanlah wahai saudara semalaysia.. :)

Anonymous said...

Anonymous said...

RCI akan menguntungkan org Bugis kerana dlm Jkuasa itulah nanti org Bugis atau sapa2 saja boleh tunjukkan hak2 mereka, sejarah mereka, dan perkara2 yg sepatutnya mereka berhak, RCI sgt penting utk bezakan org Cina Taiwan dgn Cina Sabah dgn Cina Hong Kong, RCI juga penting nak tunjuk org Dusun sbenarnya hanya kat Utara Sabah sahaja, tiada org Kadazan yg menetap di Tawau dekat Nunukan sepanjang Sabinda pada awal tahun 1770an. Sy dah baca beberaoa buku, pandangan penulis ini ada kebenarannya dan sy syor penulis ini dedahkan lebih byk fakta.

Pensyarah Pelawat, UMS.
Wednesday, March 14, 2012
------------------------------------------------------------------------------------------------

KO SILAP.. TUJUAN RCI NI DITUBUHKAN BAGI MENGHAPUS KEGIATAN PROJEK IC YG BERLELUASA DI SABAH BKN SURU DORG SIASAT SAPA YG DATANG DLU BERKAMPUNG D SABAH.. KALAU DORNG SIASAT KEHADIRAN AWAL BANGSA ITU ALAMAT TAK SELESAI LAH MASALAH PENDATANG TANPA IZIN D SABAH.. LAST2 SABAH JADI TANAH JAJAH INDONESIA LAH JAWAPNYA.. KORG BKN TDK TAU MATLAMAT DORG SKG INGIN MERAMPAS PULAU SABAH DARI MALAYSIA..

Anonymous said...

KITA TUNGGU DAN LIHATLAH APA AKAN JADI DGN SABAH KALAU 1MALAYSIA TDK BERSATU MENENTANG ORG2 INDON YG DTG SABAH PASTU D BERI KERAKYATAN MALAYSIA DAN SEKARANG DIANGKAT PULA JADI YB..HAHAHA.. TUNGGULAH 50 ATAU 100 TAHUN DARI SEKARANG ORG2 INDON BERANI CKP YG SABAH NI MEREKA PUNYA, SEPERTIMANA YG BERLAKU DI SIMPADAN,SEMPORNA...

ain stein said...

Betul dan rci juga akan membezakan antara bugis indon dan bugis sabah. Org bugis indon yg beli ic projek jgn mimpi la mau dpt kebumiputeraan ya. Saya

Anonymous said...

sya setuju,sedang pun org suluk tlah diberi peluang yg baik,india,cina,si katak lompat dari pkr,hingga ada yg melantik diri mau jadi sultan of north borneo,klu gitu kaum bugis pun boleh minta lantik jadi sultan sabah selatan,kaum murut sultan sabah barat selatan,org berunai sultan sabah barat selatan,org sungai sultan kinabatangan,org bajau sama jadi sultan pantai barat bukit sabah,peluang utk semua adil saksama dlm 1Malaysia,bukan suluk saja yg menduduki sabah tapi banyak lagi kaum lain yg tlah tingal di sabah beratus tahun lama nya !! daripada berperang bertumpah darah lebih baik guna kuasa politik,kepala otak,pen dan jari utk mencapai matalamat sesebuah impian,hanya ogr bodoh saja mau berbunuh-bunuh utk merampas harta atau kuasa .

iyank s said...

Saya setuju betul dgn pendapat ANONYMOUS

Anonymous said...

Stuju dgn pendapat ANONYMOUS

iyank s said...

Setuju

iyank s said...

Setuju

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan