TUN DR. MAHATHIR NASIHAT CALON WINABLE CANDIDATE BOLEH AMBIL DARI LUAR UMNO

on Thursday, March 29

 Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional
Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno."Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS."Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka" (Malaysiakini)

Apabila Tun Dr Mahathir memberi komen di atas supaya UMNO membuka peluang kepada para cendikiawan, profesional, doktor dan guru untuk aktif di dalam politik UMNO, penulis rasakan sesuatu yang dinamik akan kembali kepada UMNO. Kita harus ingat, tokoh-tokoh yang pernah berjasa membangunkan UMNO ialah para guru lulusan UPSI seperti Tun Ghaffar Baba dahulu. Malah mantan guru seperti Tun Daim Zainudin, Tan Sri Isa Samad, MB Pahang, YB Sipitang kebanyakannya bermula dengan profesyen perguruan.

Namun, apabila UMNO semakin maju dan melahirkan ramai Bisnesman, maka golongan Ahli Perniagaan mula memasuki UMNO, dengan harapan lain akan turut mendapat beberapa nikmat perniagaan selepas merdeka. Ianya tidaklah salah pun. Namun begitu, dalam situasi sekarang, Rakyat hendakkan Integriti. Rakyat mahu melihat sesuatu yang diyakini daripada UMNO itu. Rakyat agak tidak suka dengan kebendaan yang berlebih-lebihan, mereka melempiaskan kemarahan mereka di atas media massa dengan membanding-bandingkan pemimpin BN dengan pemimpin PR. Yang paling merugikan ialah apabila rakyat melepaskan kemarahan mereka di atas kertas undi.

Walaupun YB Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kaya raya, namun mereka sangat bijak untuk memakai kereta buruk atau motor buruk di hadapan pengundi sahaja. YB UMNO pula, menunjukkan kehebatan kebendaan mereka, menunjukkan kereta besar mereka. Maka dalam keadaan begini, rakyat terpaksa melihat kepada kelompok marhaen yang berkereta buruk itu. Namun persepsi ini nampaknya semakin berubah, jika anda ke parlimen, anda akan melihat YB-YB pembangkang turut juga menaiki kereta-kereta mewah seperti Lexus, Merc, BMW dan sebagainya.

Pengalaman penulis di Airport KLIA, penulis pernah melihat YB Datuk Chua Soon Bui (ketika itu masih dalam BN), hanya menaiki Teksi Airport menuju ke Parlimen. Manakala, penulis melihat sendiri, YB Datuk Ghapur Salleh menaiki kereta nasional Proton Persona sahaja. Dan penulis pernah melihat YB Lim Kit Siang (DAP) menaiki MPV Honda. Maksudnya persepsi sekarang semakin berubah-ubah.

Apapun, kita mesti melihat serius pandangan Dr Mahathir supaya memberi peluang kepada Guru dan Doktor sebagai calon BN kali ini. Penulis tidak hairan, dalam DAP mereka telah menggunakan guru-guru sebagai Calon mereka, sehingga Calon Guru di Kajang menang besar semasa PRU12.

Mari kita berkongsi pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm&arc=hive dan http://www.malaysiakini.com/news/193473 

Selamat membaca. Salam Hari Jumaat.

2 Komen:

Bujang Senang said...

salam perjuangan bro...

http://antirepublik.blogspot.com

Anonymous said...

and when did this begin?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan