BISIKAN PERDANA MENTERI DAN TRANSFORMASI

on Sunday, April 1

Hari Pertama DS Najib Sebagai PM:Penulis Berbaju Biru
1. KETIKA peralihan kuasa di antara Pak Lah dengan DS Najib pada tahun 2009, penulis segera bergegas ke bangunan Perdana Putra untuk mengucapkan Selamat Jalan kepada Pak Lah, dan memberi Ucap Tahniah kepada YAB DS Najib.

2. Penulis telah berbisik kepada Pak Lah supaya teruskan berjuang dan jangan lupakan 'sahabat'. Semasa penulis mengajar di SMK Abaka, Tawau (1992-1995) dan (1998-2002), pengetua SMK Abaka ketika itu berbisik kepada penulis supaya sampaikan salam kepada Pak Lah, katakan bahawa beliau juga adalah Sahabat. Pada mulanya penulis ingat "sahabat" itu sebagai sahabat biasa, rupa-rupanya ianya adalah satu ikatan persahabatan, persaudaraan dan ukhuwah yang sangat jitu. "sahabat" ini sangat murni perjuangan mereka, yakni memastikan umat Islam, orang Melayu, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu kekal didaulatkan sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan.

3. Penulis berbisik kepada Pak Lah, "Pak Lah, teruskan perjuangan, jangan lupa sahabat-sahabat kita". Pak Lah menjawab, "Insyaallah, saya tidak akan lupakan Sahabat, katanya lagi, pastikan semua sahabat beri sokongan padu kepada pengganti saya". Semasa bertemu di rumah beliau berdekatan Istana Negara pada tahun 2008, penulis sempat juga menyampaikan idea-idea penulis tentang isu-isu terkini. Rujuk di http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/06/perbincangan-dengan-pak-lah.html

4. Berbalik kepada DS Najib, selepas bersalam dengan YAB DS Najib yang ketika itu baru sejam lebih menjadi Perdana Menteri, penulis berbisik kepada beliau juga, "Datuk Seri, kami akan memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri". Sambil penulis menunjuk kepada rakan-rakan penulis yang turut datang meraikan DS Najib yang menunggu nun jauh di bawah. Kami sama-sama mengenakan pakaian Baju Melayu.

TRANSFORMASI
5. Sudah 3 tahun lebih DS Najib bercakap mengenai Transformasi, ramai yang faham tetapi ramai lagi yang masih samar-samar. Khususnya Transformasi Politik di dalam UMNO.

6. PRU13 semakin dekat, tetapi ramai yang tidak mempunyai jiwa besar sebesar jiwa YaBhg. Tun Dr. Mahathir, ataupun sebesar jiwa DS Idris Jusoh yang sudah awal-awal berkata berilah peluang kepada orang-orang muda yang berpendidikan, berpandangan jauh dan berpandangan besar. Tun Dr. Mahathir bercakap kenapa UMNO tidak pilih golongan Guru yang sekarang berjumlah mendekati 600,000 orang di seluruh negara. Calon Guru DAP di Kajang menang besar pada tahun 2008. Begitu juga calon Doktor, sebab itulah PAS menggunakan kelemahan ini dengan menjemput semua para Doktor menyertai parti itu.

7. UMNO Bahagian satu institusi yang mesti dihormati, tetapi apabila YAB Presiden UMNO sudah membuat keputusan, maka hendaklah penghormatan itu dikembalikan semula kepada YAB Presiden. Ketua Bahagian boleh calonkan sesiapa sahaja, tetapi keputusan mutlak di tangan Presiden Parti.

8. Di peringkat Kerajaan, YAB DS Najib mula memberikan kradit kepada sesiapa sahaja kakitangan kerajaan yang memiliki akademik yang semakin baik. Ramai kakitangan kerajaan menaikkan pendidikkan mereka dari sijil kepada diploma, dari diploma kepada Ijazah, dari Ijazah kepada Sarjana, dari Sarjana kepada PhD dan seterusnya.

Perubahan atau transformasi ini perlu difahami di dalam parti UMNO juga. Datuk Zahid Hamidi sendiri melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Malah Ketua Menteri Melaka bersama-sama penulis mengambil Master di Universiti Malaya. Negara Singapura adalah negara Maju, negara Malaysia juga hendak menjadi negara Maju dengan target tahun 2020. Di Singapura, anda mesti memiliki sekurang-kurang satu ijazah untuk menjadi wakil rakyat. Ini adalah realiti. Inilah Target YAB DS Najib, dengarilah ucapan beliau dalam konteks Transformasi politik baik-baik.

9. Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, seharusnya perubahan dan transformasi yang ingin dibawa oleh YAB DS Najib difahami oleh semua ahli-ahli UMNO di semua peringkat.

10. Apa pun sesiapa yang dicalonkan kelak, kita akan memberi sokongan. Pandangan penulis di atas adalah pandangan peribadi penulis. 

Selamat membaca.

Asal : 4.1.2012
Ubah Font/Warna : 2.1.2014

15 Komen:

Anonymous said...

xde substance

Anonymous said...

Salam sedara, jgn takut menulis, jgn terlalu berlapik2, direct to point aje, zaman berlapik2 ne dah berlalu

Dare to change said...

yes, direct to the point. Mesej artikel ini transform dalam pemilihan wakil rakyat yang layak dan berilmu bukannya dari kalangan keluarga dan kroni.

Anonymous said...

Dicadangkan supaya para intelektual Bugis, ustaz2, para profesional berjumpa, buatlah satu meja bulat, hasilnya resolutionnya beri kpd kepimpinan tertinggi di peringkat bahagian, negeri dan negara. Saudara boleh gerakkan tak? saya sedia bantu.

Senior Kuhara.1977.

Anonymous said...

good idea Senior Kuhara

Anonymous said...

Salam. Saya setuju dengan pandangan penulis bahwa transformasi politik harus dan mesti dilaksanakan sekarang demi kesinambungan perjuangan untuk memertabatkan melayu melalui umno. Namun masih ramai yang tak sedar diri masih ingin menongkat langit. Contoh paling jelas ialah KB umno kalabakan yang sudah terlalu tua untuk memimpin generasi yang sudah ramai berpendidikan juga berkebolehan.

Sejak zaman Berjaya (1976) hinggalah ke zaman umno (1994) hingga kini. Berpenggal2 sudah masa hidupnya dalam kedudukan sebagai wakil rakyat. Namun apakah yang rakyat tawau/kalabakan boleh banggakan hasil daripada ia menjawat pelbagai peringkat jawatan menteri kerja raya sabah, menteri kewangan dan tim ketua menteri. Nol. Tiada yang boleh dibanggakan. Namun demikian pembangunan di kawasan juga masih jauh terpinggir dan terkebelakan jika nak dibandingkan dengan Kinabatangan.

Malahan pernah buat rekod letak jawatan sebanyak 2 kali daripada kabinet negeri dan persekutuan secara emosi. Tentu masih ingat sejarah letak jawatan sebagai menteri kewangan sabah dengan tajuk akbar masa itu menyingkap masalah "GAGAL".Kemudian letak jawatan kali kedua sebagai Tim Menteri Alam Sekitar Persekutuan pada 2008.

Juga telah cuba letak jawatan sebagai ahli parlimen suatu ketika yang lalu. Bukankah tindakan2 ini menunjukkan ketidakmatangan dari segi cara berfikiran dan menunjukkan sikap yang terburu2.

Rakyat hari ini sudah bijak dan pemimpin khususnya PM kita tidak akan melayan perangai pemimpin yang suka mengertak2. Rakyat pun sudah muak dan jemu dengan pemimpin yang sudah terlebih masanya dalam kedudukannya tanpa membuat kerja untuk kemajuan rakyat. Saya sudah muak. Apakah pembaca yang lain tak muak dan bosan ? Tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

Bagi i lah, yang paling penting skrg bukan kemegahan or keegoan jadi YB, tetapi tidak ada manusia yang hidup selama2nya. Dia akan bertemu juga dgn Allah SWT, dan ketika itulah ditanya akan amanah yg dia pegang semasa jadi YB.Lihatlah di PPutih di kg saya, jalan raya di seluruh kg macam bukan jalanraya.Mana perginya YB tak kesahlah Yb Merotai ker, YB Sebatik ker, so fikiran YB kita mcm tahun 70an dan 80an dulu. Kali ini kita undi parti lainlah, ok kah..

Anonymous said...

hahah menteri gagal...block buster ba cerita tu dulu

Anonymous said...

tapi walau gagal tp kaya raya sampai ke australia hartanya..

Anonymous said...

terlampau berhati2 bah kau menulis, terusterang saja jon, ini zaman generasi y bah, cara2 lama tak main lah bos

panglima perangcyber said...

Kena winniable candidate baru boleh menang...

IMAM MUDA said...

KATA NAJIB KELANTAN NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA...BANK DUNIA PULA KATA SABAH NEGERI DI MALAYSIA YANG PALING MISKIN...SO, APA KOMNE PENULIS??? RAMAI ORANG SABAH BERHIJRAH KE SEMENANJUNG UNTUK CARI KERJA...DI KILANG DLL...UPSR, PMR, SPM, STPM SABAH YANG PALING COROT...SABAH KETANDUSAN ULAMA, TOKOH-TOKOH AGAMA...ILMU AGAMA AMAT CETEK...ADA USTAZ SEBAR AGAMA ISLAM...MASUK ISA LA PULA!!!APA JENIS TRANMORMASI NI? ADAKAH ITU AL-QURAN,. AS-SUNNAH, IJMA' ULAMA, QIAS...

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Kata saidina Abu Bakar ra, jika aku benar ikutlah aku, jika aku salah tegurlah aku.

Orang Kelantan berada di mana2, sama juga org Sabah berada di mana2 skrg,sejak 20 tahun ini ramai org Sabah mencari rezeki di Semenanjung sbg pekerja kilang,driver teksi,lori,dll. Sudah mula juga sbg pegawai kerajaan sbg guru,pegawai di pej tetapi masih kurang, Kalau di Tawau majoriti guru2 Semenanjung dari kelantan, Kedah dan Terengganu juga Johor.

Di Sabah sejak 1970an keputusan Upsr hinggalah STPM selalu tercorot. Sy sbg brkas guru yg pernah mengajar di Sabah dan di semenanjung lihat kekurangan di Sabah ialah guru2 berpengalaman dan pendedahan pelajar. Amat kasihan kerana apabila guru2 semenanjung yg dihantar ke Sabah, selepas 4 or 5 tahun mereka berpengalaman balik pula ke semenanjung, so murud2 di smenanjung beruntunglah, kedua pendedahan guru2 dan pelajar agak kurang spt Guru2 pembuat Soalan SPM/STPM/PMR atau Guru Pemeriksa Soalan sangat2 kurang di Sabah, semasa sy mengajar di KL, hampir kesemua guru2 lama di situ Guru pembuat Soalan dan Guru pemeriksa Soalan Peperiksaan, so murid2 sgt beruntung.

memang benar Sabah sgt ketandusan byk perkara, dulu2 Majlis Agama islam Sabah mengambil guru2 agama dari Indonesia. namun proses tambah ustaz ustazah di Sabah semakin ditambah.

Masuk ISA tentulah ada sebab, sy sgt yakin kalau mengajar Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Zakat, haji, Solat Jenazah dll tidak mungkin ditagkap ISA. Tetapi kalau sudah dicampuraduk dgn nak berperanglah, nak mengangkat senjatalah, semua orang salah lah, dia saja betullah, semua org masuk neraka lah, dia saja masuk syurgalah, memanglah ada tak kena kan kan...di mana2 negara pun begitu juga kan,

Bagi kita pula, marilah kita ikut Al Quran, As Sunnah, Ima Ulama dan Qias...ahli2 kuarga kita, sepupu2 kita, yg masih tak ikut kita mulakanlah, kadang2 kita tengok org jauh tapi di sebelah kita lagi tak ikut bukan,

Anda boleh masuk ke laman web Najib, beritahu Najib dlm tweeter or FB bahawa maklumat tersebut silap, pegawai yg beri maklumat tak betul, yg betul ialah begini,Najib seorg yg terbuka,Kajian Bank Dunia melihat kpd KDNK Nasional dan KDNK negeri dan jumlah penduduk. Sy tak brp mahir statistik, tetapi sy tak setuju cara bank Dunia kerana dia buat secara random, bukan secara detail. Contohnya dia ambik 3juta penduduk dibahagi denganb kdnk negeri, kemudian dibanding dgn kdnk nasional..lebih kurang mcm itu, sebab itulah Perlis wpun takdak hasil tapi dia lebih di atas sbb rakyatnya sikit.

Di Kelantan org2 kelantann yg kerja di Sabah,KL, Selangor,JB mereka tiap bulan kirim wang ke Kelantan, so kemakmuran itu ke sana..

Begitulah yg boleh dijawab.

JUARA K-POP said...

KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.



Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.



Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.



Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.



Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd.



Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong.



Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar “jutaan” belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak.



Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis “Saya sayang PM”. Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM.



PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara.



“Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara,” ujar Najib di majlis itu.



Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0.



Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita.



Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia.



Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik.



Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata.



Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini."



Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi.

Anonymous said...

PM jahat..huhuhu..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan