DS NAJIB SEMAKIN ISLAMIK

on Tuesday, April 17

DS NAJIB MEMULAKAN AYAT SUCI AL-QURAN MENJADI BACKROUND 

Keberanian DS Najib melaksanakan Transformasi, sama ada secara berhemah baik dalam Kerajaan mahu pun dalam parti UMNO, dilihat semakin hari semakin berjaya. Penerapan Nilai-Nilai Islam oleh Tun Dr. Mahathir dahulu masih diteruskan oleh DS Najib.

Jika anda mengikuti Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, satu perkara yang amat-amat dijaga oleh DS Najib ialah beliau akan berada di tapak perhimpunan 5 minit atau 10 minit sebelum Majlis Perhimpunan dijalankan. Beliau sangat-sangat menepati masa. Kadangkala ada pemimpin yang sekali dua sahaja menepati masa, namun DS Najib menjadikan ianya amalan. Dahulu, Tun Dr. Mahathir akan memasuki pejabat Perdana Menteri 15 minit atau pun 20 minit awal, walaupun masa pejabat pukul 8.00 pagi.

Di dalam perhimpunan, sebelum ucapan beliau Doa dimulakan dan beliau tidak mengambil masa yang berjela-jela semasa memberi ucapan. Isi ucapan beliau padat dan fakta, memaklumkan pencapaian, memberitahu aspirasi rakyat, menyampaikan visi beliau dan misi negara, beliau tidak memburuk-burukkan mana-mana pemimpin lain.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana DS Najib mengIslamikkan banyak perkara, ianya adalah simbolik kepada kesucian agama Islam di Malaysia, simbolik kepada azam DS Najib memartabatkan Islam di dalam pemerintahan dan kerajaan.

Namun, manusia adalah manusia, tiada manusia yang maksum melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia yang agong dan suci melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia tidak melakukan dosa melainkan Rasulullah SAW, maka jika dosa itu kerana qada dan qadar Allah SWT untuk memberi tarbiyyah dan hidayah dengan disusuli memohon ampun kepadaNYA (sedikit sedutan buku La' Tahzan/Don't Be Sad oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni), maka itu sangat-sangat baik jika ianya akan menjadikan kita insan yang semakin baik dan baik. Penulis perlu baca beberapa buku tasauf dan tarekat lagi.

Maka, jika PM DS Najib menuju ke arah Islam, menuju ke arah kebaikan, sedang menjadi Pemerintah yang terbaik, mengumpul segala alim ulama di sekelilingnya, mencuba sedaya upayanya, bukankah Allah SWT lebih tahu akan apa yang berlaku.

Semasa penulis melawat TS Harussani, Mufti Perak, penulis terpegun kerana Pejabat Raja Nazrin, bakal Raja Perak hanya bersebelahan sahaja. Inilah dia, umara dan ulama semakin dirapatkan.

Penulis yakin, negara kita akan menjadi sebuah negara Islam yang lebih baik tidak lama lagi. Marilah kita sama-sama memberi sokongan.

Asal : 17.4.2012
Ubah Font/Warna : 2.1.2014



19 Komen:

anti bohmau said...

puak2 pas kata selagi ds najib tak suh ds rosmah bertudung kita bukan negara Islam!!

Anonymous said...

ada berani tegur ... orang istana ?

Anonymous said...

Ahmed Rafae, Kuala Berang, Tengganu;
Islam itu indah, Islam itu bersangka baik, apakah kita mahu bersangka buruk kepada muslimah2 Pas tahun 60an, 70an dan awal 80an yang tidak menutup aurat...Hidayah adalah milik Allah, semasa perkahwinan Nik Aziz dahulu masih sgt kebaratan, jadi apakah ilmu agama Nik Aziz tahun 60an lain, tahun 70an lain tahun 80an lain...penulis ini mengajak anda bersikap matang, sy mengenalinya, beliau memang seorg yg jujur...(sahabat lama)

Anonymous said...

hidup ds najib

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Terima kasih Bro Ahmed Rafae atas ingatan,wah jauhnya kerja kat KB. Semoga dapat berjumpa semula.

PASTI said...

SYUKURLAH KALAU HJ MOHD NAJIB DAH INSAF DAN KEMBALI KEPADA AL QURAN, AS SUNNAH, QIAS, IJMA ULAMA...HARAP DIA BOLEH TARBIYYAH ISTERI TERCINTA, AHLI UMNO MELAYU MUSLIM KE JALAN YANG LURUS...DEKAT2 PRU13 NI...MACAM2 BOLEH TERJADI KAN...KAN...KAN...

BTN said...

TAHNIAH SAUDARA...BANYAKKAN LAGI ARTIKEL YANG MENGAMPU HJ MOHD NAJIB DAN HAJAH ROSMAH MANSUR...MOGA SAUDARA CEPAT NAIK PANGKAT DAN DAPAT HIDUP SELESA...

PASTI said...

RALAT...BUKAN NEGARA ISLAM, TAPI NEGARA UMAT ISLAM...KALAU NAK NEGARA ISLAM...AL QURAN, UNDANG-UNDNAG HUDUD TERATAS SEKALI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA...BUKAN TINGGALAN PENJAJAH...

Anonymous said...

kalau pi kk singgah rumah pak andi ya, marah tu kalau tak singgah

BERSIH said...

NAK ISLAMIK IKUT CARA TUAN GURU NIK AZIZ MAT MEMERINTAH KELATE...SOLAT FARDU BERJAMAAH, ISNIN DAN KHAMIS PUASA SUNAT, SEBELUM MULA KERJA DI PEJABAT SOLAT SUNAT DHUHA...ISTERI DAN ANAK-ANAK TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA, HIDUP SANGAT SEDERHANA...WASATIYAH...

OH SOMALIA KU said...

CUBA TENGOH BENDERA BRITAIN...TERANG-TERANG LAMBANG SALIP...BENDERA MALAYSAIA PULA...ALA-ALA BENDERA AMERIKA SYARIKAT...SEBAB TU LAH WARTA MALAYSIA KENA TEMBAK DI SOMALIA TAHUN LEPAS...ASKAR MEREKA SANGKA BENDERA AMERIKA SYARIKAT...MEREKA DAH BERI AMARAN MEREKA ANTI AMERIKA...TAPI PEMIMPIN NEGERA TATAP JUGA MAHU KIBAR JALUR GEMLIANG YANG MEMANG SAMA USA FLAG...AL FATIHAH...

TUTUP AURAT said...

minta jentayuabaka beri nasihat agar isteri para menteri khansya hjh rosmah atau isteri YDP Agung tutup aurat...siapa suruh??? ALLAH SWT...nak lawan, nak engkar...nak masuk neraka???

TUDUNG SAJI said...

HAIRAN KAN MENGAPA RAMAI ISTERI YDP AGOONG DAN PARA MENTERI DI MALAYSIA ENGGAN MENUTUP AURAT. APA SUAMI MEREKA TIDAK TEGUR? BUKANKAH YDP AGONG DAN SULTAN-SULTAN PAYUNG NEGARA KHASNYA MENEGAKKAN SYIAR ISLAM???

PAS KL said...

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan ‘tahniah’ kepada Umno BN kerana telah ‘berjaya’ meneruskan agenda merosakkan akhlak anak-anak muda Malaysia dengan program hiburan yang melalaikan dan melucahkan sempena himpunan sejuta belia di Putrajaya baru-baru ini.

Ketuanya, Hasbullah Mohamad Dizwan berkata, pihaknya kesal kerana pemimpin tertinggi Umno BN merestui program hiburan melampau dengan aksi tarian yang melucahkan daripada artis luar negara untuk dipertontonkan kepada belia-belia yang hadir di dalam himpunan tersebut.

"Bahkan Perdana Menteri telah merendahkan akhlak beliau sebagai seorang pemimpin beragama Islam apabila turut berada di atas pentas yang sama untuk meraikan artis terbabit," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

"Apakah sememangnya garis panduan kerajaan pusat ‘menghalalkan’ hiburan melampau dan melucahkan di dalam majlis rasmi kerajaan,"soalnya lagi.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu mencontohi garis panduan hiburan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menyediakan hiburan yang yang bermanfaat dan tidak melalaikan kepada para belia dan remaja masakini.

Pengisisn di sambutan Hari Belia itu katanya tidak mencapai sasaran sebenar pembinaan jati diri belia yang akan menjadi pemimpin negara di masa akan datang.

Melebihkan hiburan semata-mata tanpa ada agenda pengisian kerohanian ujarnya menyebabkan himpunan belia hanyalah dipergunakan oleh Umno BN sebagai batu loncatan untuk mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

"Kita mengajak kepada seluruh belia samada di negeri Selangor ataupun di seluruh Malaysia untuk bangkit daripada terus dipergunakan oleh Umno BN dengan agenda yang merosakkan dan memperbodohkan minda para belia kepada memberikan sokongan untuk Pakatan Rakyat supaya para belia akan dimartabatkan di tempat yang sewajarnya," katanya.

Anonymous said...

Hasrat Nizar untuk kata perhimpunan PAS di stadium Alor Setar sebagai petanda kejatuhan UMNO, tetapi Allah takdirkan lidah Nizar sebut sebagai "petanda kejatuhan PAS disemua peringkat" (dengar di 0:11).

Takbir Nizar...salute u

HJ NAJIB K-POP said...

KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.



Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.



Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.



Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.



Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd.



Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong.



Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar “jutaan” belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak.



Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis “Saya sayang PM”. Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM.



PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara.



“Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara,” ujar Najib di majlis itu.



Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0.



Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita.



Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia.



Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik.



Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata.



Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini."



Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi.

BERANI HINA ISLAM ??? said...

"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.” - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.

GEREJA??? said...

Gereja Terbesar Dunia Terletak Di Malaysia?


Tahukah anda gereja terbesar di dunia di bina di mana? Gereja tersebut terletak berdekatan dengan stadium Nasional Bukit Jalil apabila siap nanti. Gereja tersebut merupakan gereja terbesar, termoden serta tercanggih dalam dunia yang terletak dalam negara Malaysia.

Puak-puak songkok tinggi heboh memperkatakan tentang Malaysia negara Islam tetapi gambar ini membuktikan segala-galanya tindakan sebenar kerajaan songkok tinggi. Gereja itu tidak dapat ditandingi oleh masjid-masjid yang dibina oleh puak-puak songkok tinggi seperti Masjid Kristal, di Terengganu.

Gereja ini diberikan nama CCC atau Calvary Convention Centre. Gereja ini masih dalam proses pembinaan dan siap dengan billboard bertulis dengan perkataan 'AND THERE IS HOPE'. Apakah tujuan sebenar pembinaan Pusat Konvesyen Kalvari tersebut?


Kos membina bangunana ini dianggarkan berjumlah RM100 juta dan tidak termasuk dengan harga kos tanah yang bernilai RM35 juta. Gereja ini juga mempunyai 6 (enam) tingkat apabila siap nanti. Ia merangkumi kegiatan termasuk sebagai hos konvensyen antarabangsa, serantau dan nasional, jamuan, seminar, muzikal dan kreatif seni pengeluaran, serta penyediaan pendidikan dan latihan vokasional, pembangunan spiritual yang bertujuan untuk membangunkan anak muda bangsa kita, orang-orang dari segenap usia dan dari semua lapisan masyarakat menjadi warga negara yang berguna.

Rupa-rupanya ia juga mempunyai ciri-ciri FREEMASON.

Anonymous said...

Menegur seorang raja dan menegur anak ada adab-adabnya. Seorang raja yang berilmu dan mencintai ilmu tentu mahu ditegur kerana proses itu adalah proses pengilmuan. Yang penting, ianya dibuat secara beradab.

Post a Comment

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan