KENANGAN BERSAMA WAKIL RAKYAT

on Tuesday, April 24

 Kenangan Bersama DSP Ghapur Hj. Salleh (1993). Ketika Itu Penulis Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Pertama Bombalai & Beliau Pula Baru Memenangi Ketua Bahagian UMNO Tawau
Semasa proses mendaftar ahli-ahli USNO dan ahli-ahli baru ke dalam UMNO dahulu (1990), Tuan Hj Said Senang yang merupakan Wakil Rakyat Merotai ketika itu memberi ruang yang banyak kepada AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau. Beliau membenarkan Pejabat ADUN Merotai di Wisma Bumi dijadikan pusat mendaftar, mesyuarat AJK dan sebagainya untuk memastikan kelancaran pendaftaran ahli-ahli USNO ke dalam UMNO.

Keihlasan sangat penting dalam perjuangan. Maka itu, Cawangan Kg. Pertama Bombalai di mana ayah penulis merupakan Ketua Cawangan telah berjaya mendaftar lebih 250 ahli daripada pelbagai suku kaum Bugis, Jawa, Tidung, Suluk dan sebagainya.  Cawangan ini merupakan antara cawangan terbesar di Bahagian Tawau (sekarang Bahagian Kalabakan).

Semasa penulis aktif berpolitik dahulu, penulis turut membantu mengisi borang dan sebagainya. Penulis sering dibawa oleh YB Tuan Haji Said Senang ke kampung-kampung. Hj Said Senang bukanlah ahli politik yang kaya atau mempunyai wang ketika itu, tetapi beliau sangatlah kaya hati. Beliau akan bersalam dengan semua orang di mana sahaja.

Satu perkara yang sangat baik ialah di mana-mana Tuan Hj Said Senang melawat, beliau akan cari surau atau masjid untuk bersolat. Pernah satu malam, ketika satu majlis di Merotai, kami berjalan kaki mencari surau. Beliau akan tinggalkan cerita panjang di dalam majlis untuk mencari surau nak bersolat.

Dalam Pilihanraya tahun 1986 dan 1990 kalau saya tidak silap, Hj Said Senang bermalam di Masjid Nurul Iman Bombalai pada pukul 2 hingga 4 pagi jika saya tidak silap. Saya lihat beliau solat sunat dan berzikir. Pada keesokan harinya beliau ke bandar menunggu keputusan pilihanraya. Ternyata beliau menang. Rumah beliau sangatlah sederhana, hanya rumah kayu dan di kawasan penduduk kampung sahaja, bukanlah di kawasan elit dan berpisah dari penduduk kampung.

Ada orang berkata kalau rapat dengan YB ne banyak dapat projek dan sebagainya. Sebenarnya itu sangat tidak tepat. Sepanjang bersama dengan YB Hj Said Senang, beliau suka datang ke rumah saya di Kg Mawar dan Kg Pertama Bombalai, Nak tahu apa dia suka ambil, dia suka ambil bunga-bunga kertas yang ayah saya tanam. Dia sangat suka sebab ayah saya sangat pandai tanam bunga kertas (bunga kertas kahwin).

Semasa Hj Said Senang hendak naik haji, ayah saya menurunkan dia dari rumah. Inilah satu adat di mana acara menurunkan bakal haji dari tangga rumah diadakan dengan doa-doa yang sesuai semasa majlis tersebut.

Kali terakhir saya berjumpa Tuan Hj Said Senang ini 5 tahun yang lalu. Semoga beliau sihat sahaja. Minggu depan bersambung pula pengalaman penulis bersama YB yang lain pula.

Selamat Membaca.


11 Komen:

Anonymous said...

hehehehehe

Anonymous said...

AMBO:
kurus bah ko di gambal tu, itam lagi, org kampung bah kan

Anonymous said...

apalah ko ne bro gambar Gapur, cerita said Senang.

PASIR HITAM said...

saudara org bugis tidak diiktiraf sebagai bumiputera sabah...gapur orang apa ya...arab atau pakistan...dah berabad jadi yb...apa kata saudara bergambar dgn tn guru nik aziz ka, tn guru hadi awang ka, agak2nya apa komen HJ MOHD NAJIB yeeeeee

HJH ROSMAH said...

SETAKAT BERGAMBAR DGN GAPUR...APA KELAS??????

Anonymous said...

teman sepermainan,
Nextime citer la pengalaman dgn yb dr patawari pula or ts liew, sdra kan org kuat tan sri,

Anonymous said...

mana nak beli novel2 saudara kat sebelah tu, tak jumpa pun, kat dbp kata habislah,

Anonymous said...

ala ko baik2 ngan Gapur bukan dia pandang ko pun, betul tak, jom masuk parti baru gerenti u calon Kalabakan and Murotai, Umno ne org Semenanjung punya bah, org tua kita bilang dorang ne orang Malaya

Anonymous said...

Sedara Wednesday, April 25, 2012 , hang jgn kenegerian sgt, kita org Malaysia lah

JUARA K-POP said...

KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.



Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.



Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.



Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.



Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd.



Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong.



Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar “jutaan” belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak.



Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis “Saya sayang PM”. Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM.



PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara.



“Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara,” ujar Najib di majlis itu.



Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0.



Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita.



Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia.



Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik.



Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata.



Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini."



Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi.

Khidhir said...

As Salam Saya Ni cucu Arwah Dato Haji Said bin Haji Senang , Insyallah lw tidak keberatan saya wakil dari keluarga arwah menjemput saudara datang pergi ke rumahbarwah d tjng btu tngh jln hj said senang pada Tarikh 26 haribulan 11 selepas Isyak

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan