KENANGAN BERSAMA YDP PAS SABAH

on Saturday, May 26

SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT ILAHI
AL-FATIHAH
TERLEBIH dahulu marilah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datu bandira Datu Alang, mantan YDP PAS Sabah yang sudah lama kembali ke rahmatullah. Hubungan peribadi saya dengan allahyarham terjalin pada tahun 1990 jika tidak silap, sewaktu itu allahyarham memegang jawatan penting di FELDA. Kebetulan isteri allahyarham, Puan Natrah Saman jika tak silap ejaan, sekarang menjadi Pengetua Cemerlang di SMK Teknik, Arau, Perlis adalah guru Ekonomi saya semasa tingkatan 6.

Kali terakhir saya menemui allahyarham Datu Bandira sekitar pertengahan tahun 2003 jika tidak silap, ketika itu beliau ada majlis dengan ahli-ahli PAS di Kota Kinabalu. Beliau masih mengekalkan pembawaan lama beliau yang suka membaca dan menulis, beliau adalah seorang penulis puisi yang baik. Saya pernah membacanya. Malah Perkampungan Sasterawan Negara julung kalinya di Tawau (1990) diketuai oleh beliau ketika itu memegang jawatan Pengerusi BAHASA (Badan Bahasa Sabah) Cawangan Tawau dan saya bertindak sebagai pembantu peribadinya. Majlis ini sungguh berjaya kepada masyarakat Tawau. Kehadiran Sasterawan Negara seperti SN Abdullah Ahmad, SN Dr Ridhwan, SN A Samad Said dan lain-lain sangat penting kepada daerah Tawau ketika itu.

Allahyarham ketika awal politiknya, bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau sekitar 1993 jika tak silap. Saya sempat membantunya sehingga ke Felda Umas. Walaupun beliau tewas, namun pertolongan beliau kepada orang-orang Islam di Felda sebenarnya banyak ketika itu, cuma tidak diuar-uarkan. Semasa hayatnya, beliau berjaya menulis sebuah buku mengenai suku kaum Irannun di Sabah kerana beliau berketurunan Irannun. Saya sempat mengikuti perjalanan hidup beliau ketika itu antara lainnya kesungguhan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Filiphina, dan kesungguhan beliau mengkaji sosiobudaya masyarakat Bugis sehingga ke Sulawesi Selatan.

Ketika hayatnya, walaupun kami berbeza pandangan politik, namun keakraban antara sifu dan anak murid sentiasa dihormati.

Lama kemudian, ketika melawat Langkawi, saya berjumpa dengan isteri beliau Cikgu Natrah, Alhamdulillah beliau sehat dan begitu juga anak-anaknya.

Begitulah hidup kita, sejak azali telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita sebagai hambaNYA hanya tekun menjalankan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tiap-tiap yang hidup akan pergi, semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Ilahi. Al-Fatihah.


5 Komen:

Anonymous said...

Saya mengenalinya semasa sama-sama belajar di Universiti Sains, apabila balik ke Perlis beliau sering menziarahi saya di Penang. Bertemu di Masjidil Haram tahun 2001. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.

BULAN PURNAMA said...

ISTERI BELIAU PN HJH NATRAH SAMAD SEORNANG IBU YANG SANGAT TABAH, PENGETUA CEMERLANG (DG54) YANG SANGAT TEGAS DAN BAIK HATI. MOGA BELIAU TERUS MAJU DALAM SEGALA BIDANG YANG DIUSAHAKAN.

JUARA K-POP said...

KOMENTAR Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.



Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.



Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.



Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.



Sebelum itu beliau memberitahu kos bagi membayar kumpulan Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja, Stadium First Sdn Bhd.



Hari ini semua pihak kecoh. Lagi kecoh di laman Facebook. Walaupun ada yang melatah dengan pembatalan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya sehingga memaksa penganjur memindahkan ceramahnya ke sebuah masjid di Puchong.



Di halaman depan Mingguan Malaysia terpampang dengan gahnya sekeping gambar “jutaan” belia sedang mendengar ungkapan keramat Datuk Seri Najib Razak.



Mereka dilihat membawa bendera negeri masing-masing. Belia dibekal t-shirt bertulis “Saya sayang PM”. Mereka bertanding banner untuk menentukan siapa yang lebih sayang PM.



PM pula memuji sakan. Katanya, inilah belia yang boleh menjadi contoh untuk menjamin masa depan negara.



“Yang sopan, yang berperaturan, dan boleh digantung harap. Belia yang menendang polis bukanlah yang boleh menjamin masa depan negara,” ujar Najib di majlis itu.



Pada awal mungkin ada yang teruja dengan kehadiran belia di himpunan jutaan terbabit apabila media tradisional cuba memberi gambaran kehadirannya seumpama Bersih 3.0.



Sebaliknya tiba-tiba semua orang terkejut besar. Sekeping gambar muncul di Facebook (FB). Kemudian muncul lagi beberapa lagi gambar artis-artis kecil dan mulus dengan pakaian lucah naik ke pentas. Mereka menari ala erotik di hadapan PM kita.



Tarian penuh aksi. Tidak tahulah wasotiyyah mana yang digunapakai Najib di saat itu. Astaghfirullahal azhim. Inilah yang disajikan kerajaan BN kepada belia kita di atas nama IMalaysia.



Satu Malaysia terbeliak mata. Gara-gara FB kerajaan BN jadi kaget. Menteri pun jadi gelabah. Banyak suara termasuk mufti bangkit menyatakan rasa kesal dan jijik.



Jijik kerana kerajaan sanggup menghidangkan menu lucah untuk belia. Tidak cukup dengan sukan lasak, persembahan tarian, artis, drag race, teater Menora, drift, pemilihan pelakon secara terbuka, artis-artis genit dari Korea diundang khas bagi menjamu mata.



Rupa-rupanya kata PM Najib, ia semata-mata demi orang muda. Kalau begitu, benarlah laungan PM, "Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini."



Nampaknya strategi memancing orang muda tidak mengena, bahkan jadi senjata makan tuan. Malang sungguh PM kita semua yang dibuat tidak menjadi.

PecahPalakMikir said...

salam perjuangan
Mohon tumpang berjuang dipautan blog hebat ini
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri said...

Insyallah,tawakkal tu ilalllah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan