 |
KEMASUKAN UMNO KE SABAH DIUSAHAKAN BERMULA TAHUN 1963,
KEMUDIAN TAHUN 1976, SETERUSNYA TAHUN 1986 DAN BERJAYA PADA TAHUN 1992. |
Sebagai rakyat biasa, yang hidup sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad (seterusnya disebut Dr Mahathir), bukanlah satu perkara yang mudah untuk menulis mengenainya.
Semasa UMNO masuk ke Sabah, Dr Mahathir telah melantik ayah saya sebagai AJK Penaja UMNO Negeri Sabah Bahagian Tawau. Ianya satu penghormatan yang amat besar, kerana ayah saya hanyalah orang biasa yang tidak punya apa-apa. Kemudian, apabila Dr. Mahathir melawat Tawau, ratusan ribu rakyat di Tawau membanjiri bandar Tawau, melimpah bandar Tawau dengan rakyat yang hendak bertemu, melihat dan bersalam dengan Dr. Mahathir.
Semasa peristiwa Team A dan Team B pada tahun 1987, saya baru berada di tingkatan 4, namun saya mengikuti rapat perebutan Presiden dan Timbalan Presiden antara Dr Mahathir bergandingan dengan Encik Ghafar Baba berlawan dengan Tengku Razaliegh bergandingan dengan Datuk Musa Hitam. Saya ketika itu meramalkan Dr. Mahathir akan menang, ternyata ia benar (Huraian ini saya telah khaskan dalam satu bab dalam buku baru saya, insyaallah akan diterbitkan pada bulan mulia Syaaban atau Ramadan).
Kemudiannya, semasa saya bertemu Dr Mahathir di Kuala Lumpur tidak lama dulu, beliau sememangnya maha mendengar. Beliau menghormati dan mendengar dengan teliti apa yang kita perkatakan. Atas jemputan beliau, saya membawa keluarga saya ke rumah terbuka Dr Mahathir pada tahun 2006. Dan sekali lagi bertemu dengan beliau di Persidangan Antarabangsa di KL pada tahun 2010. Pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa. Isi perbincangannya tentulah luar biasa.
Sepanjang tahun 1997 hingga 2000, saya kerap menulis di Utusan Malaysia dan Berita Harian, sekali-sekala di Harakah juga dalam bentuk puisi-puisi Islam, tema penulisan saya mudah sahaja, yakni mengajak rakyat supaya bersatu padu, memberi sokongan kepada pemerintah dalam usaha membangunkan minda dan fizikaliti, akhirnya Dr Mahathir berjaya hingga ke akhirnya sebagai Perdana Menteri. Dr Mahathir di dalam surat balasannya kepada saya berkata, beliau menunggu dengan sabar buku saya itu. Malah tulisan saya yang lama itu, beliau berkata telah membacanya. Sudah tentu saya gembira.
Ada satu peristiwa semasa PRU 1970an jika saya tidak silap, ketika itu Dr Mahathir dan Tun Razak menaiki teksi biasa pergi ke rumah Hj Ahmad Badawi. Tujuannya untuk memujuk Hj Ahmad Badawi supaya memberi peluang kepada anak muda bertanding di kerusi parlimennya. Alhamdulillah Hj Ahmad Badawi dengan perasaan rendah diri dan tidak menentang, menyerahkan sahaja keputusan kepada Tun Razak dan Dr. Mahathir.Apakah Wakil Rakyat sekarang masih ada seperti Hj Ahmad Badawi.
Begitu juga projek angkasawan Malaysia Dr Muzafar. Sebenarnya Dr Mahathir mula-mula menyebut perkara angkasawan ini pada tahun 1985 atau 1986 dahulu. Alhamdulillah 20 tahun kemudian Malaysia berjaya menghantar angkasawan yang pertama di Asia. Hinggakan bulan lalu, Calon Presiden Pakistan berkata, saya mahu menjadikan Pakistan maju seperti Malaysia.
Bagaimanakah hubungan Dato Nik Aziz dengan Dr Mahathir. 20 tahun dahulu ada yang menggelar Dr Mahathir Maha Firaun, malangnya ramai yang tidak tahu Dr Mahathir masih juga memberikan sesuatu yang tidak boleh dilupakan oleh Dato Nik Aziz seumur hidupnya. Mungkin sebab itu jugalah Dato Nik Aziz sudah bertahun-tahun tidak lagi mengkritik Dr Mahathir. Janganlah pula anda tanya saya apa dia pemberian sesuatu, anda lebih baik bertanya terus kepada Dato Nik Aziz.
Tahukah kamu betapa menyesalnnya DSP Joseph Pairin Kitingan meninggalkan BN pada tahun 1990 dahulu. Dipendekkan cerita, DSP Joseph Pairin Kitingan mengalir air mata ketika bertemu dengan Dr Mahathir pada tahun 2002 dahulu. Tahu kenapa air mata dia mengalir?...Itu rahsia lah, tapi saya yakin DSP Joseph Pairin Kitingan tidak akan mengulagi meninggalkan BN lagi. Maka, anda di Sabah janganlah bermimpi PBS akan menyertai Pakatan. Semasa saya bertemu DSP Joseph Pairin Kitingan di Parlimen, beliau kini adalah pemimpin Kadazan Dusun Murut yang semakin meningkat nilai nasionalisnya, patriotik dan kesetiaannya.
Saya juga sempat bertemu malah bekerja dengan Ustaz Sayed Hassan Al Attas, seorang pendakwah bebas yang juga pernah bekerja dengan Dr Mahathir. Buku Dr Mahathir yang pertama bertajuk "Menghadapi Cabaran" adalah buku agama Islam, Ustaz Sayed Hassan Al Attas adalah anatara penasihat kepada buku itu. Saya membacanya ketika saya di tingkatan 5. Usia Ustaz Sayed Hassan Al Attas sudah melebih 80 tahun tetapi belau masih berdakwah, memandu kereta sendiri dan menulis. Bacalah portal dakwah beliau di http://www.syiar-islam.com dalam tiga bahasa bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Jika anda pergi ke Arkib Negara, anda akan dapati Ucapan-Ucapan Dr Mahathir yang hendak diucapkannya semasa Perhimpunan Agung UMNO masih diedit lagi walaupun akan dibacanya beberapa jam lagi. Anda boleh melihat Dr Mahathir memotong perkataan dan ayat yang sudah ditaip besar, beliau masih mengubah perkataan yang tidak sesuai, saya dapati Dr Mahathir sangat teliti orangnya. Ketika berbual-bual dengan Dato Manja Ismail, sekarang bekerja di TV3, beliau juga masih bercakap tentang kuatnya pengaruh cara kerja Dr Mahathir.
Secara peribadi, saya lihat DS Najib sedang mengikutinya...
bersambung ....
Salam,
Bali, Indonesia.