MALAYSIA PATUT SINGKIR 3 DIPLOMAT ASING ITU: TUN M MENGSYAKI LKY MAHU MENJADI PM MALAYSIA

on Friday, June 15

Add caption
NAMA Tiga Diplomat asing yang melibatkan diri secara langsung, mengambil bahagian, memakai baju T'Shirt Bersih 3:0, mengatur pergerakan demo Bersih 3:0 sudah berada di tangan blogger hebat ini http://www.anwaraidc.com/. Namun, mereka tidak mendedahkan nama-nama itu, bagi saya ia perlu didedahkan supaya rakyat Malaysia mendapat kesahan berita ini.

Yang nyata campurtangan secara terang dan jelas ini telah melanggar Etika Diplomat "The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Aricle 41 (1)" yang melarang Diplomat campur tangan dalam masalah politik sesebuah negara.

Ingatkah anda Tragedi Natrah di Singapura dahulu, kerajaan Singapura dengan dibantu kerajaan asing berjaya memisahkan Natrah dari suami Islamnya, dipendekkan cerita, Natrah menjadi murtad atas usaha mereka. Cerita itu sudah menjadi milik sejarah. Nampaknya, Singapura tidak pernah berhenti untuk terus mencuba lagi.

Lee Kuan Yew dalam memoirnya menulis, peristiwa yang paling menghantuinya dan tidak dimaafkannya, ialah apabila Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Beberapa bulan sebelum peristiwa itu, Lee Kuan Yew cuba menyelamatkan keadaan dengan mengunjungi Tunku di Cameron Highland, bermain golf sambil menikmati keindahan Tanah Melayu.

Tidak lama sebelum itu, rombongan Lee Kuan Yew ke negara-negara Eropah atas urusan perniagaan telah juga melanggar etika kenegaraan, apabila Lee Kuan Yew memperkenalkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan memperkenalkan pegawai-pegawai Singapura sebagai duta-duta Singapura. Walhal duta hanya sesuai diberi kepada negara Malaysia sedangkan ketika itu Lee Kuan Yew bertaraf Ketua Menteri Singapura sahaja. Berita ini sampai ke pengetahuan Tunku Abd Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

Lee Kuan Yew sering memandang Malaysia sebelah mata, namun di hujung tahun 1990an, ketika Lee Kuan Yew memasuki Malaysia melalui jalan darat, beliau terkejut melihat Lebuhraya PLUS, malah beliau lebih terkejut apabila Malaysia boleh membina Litar Lumba Formula One. Akhirnya Lee Kuan Yew berkata, "sepatutnya Singapura lebih awal membina Litar Lumba Formula One sepuluh tahun sebelum Malaysia membinanya!

Semasa saya di Johor Bahru baru-baru ini, mendengar taklimat khas daripada pegawai tinggi kerajaan mengenai Projek Berimpak Tinggi di Pengerang. Projek ini sebenarnya akan memberi keuntungan kepada penduduk di Pengerang dan negeri Johor. Yang takut dengan kemajuan ini ternyata Singapura. Laporan sulit yang sudah didedahkan beberapa blog menyatakan, Singapura telah menghantar belia-belia mereka, dana mereka malah mengatur demonstrasi untuk membantah projek di Pengerang.

Singapura tidak pernah belajar dari kata-kata bekas Presiden Indonesia, Habibi. Kata Habibi, "lihat peta dunia, kamu hanya satu titik pen sahaja". Selepas amaran itu, Singapura tidak lagi memperkecilkan Indonesia.

Fikiran saya sama dengan pemikiran Tun Dr. Mahathir. Melalui kajian saya mengenai Singapura, saya pernah menulis bahawa Lee Kuan Yew mempunyai hajat yang besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anda bacalah memoir Lee Kuan Yew, hajat itu dinyatakannya sendiri. Saya berpendapat sebab itulah sehari selepas Tunku mengeluarkan Singapura, Lee Kuan Yew menangis teresak-esak!

Berbalik kepada pemikiran Tun Dr. Mahathir dalam memoirnya diu mukasurat 926 versi Melayu. Tun Dr Mahathir menulis, " Saya mungkin silap, saya mengsyaki yang Lee Kuan Yew pernah suatu masa berfikir untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia".

Bacaan tambahan http://arkib.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=7239 ini ditulis pada tahun 2009. Ia masih terus relevan apabila isu ini timbul lagi http://mymassa.blogspot.com/2012/06/wikileaks-bukti-warga-singapura-berani.html

Selamat membaca.




6 Komen:

Anonymous said...

Saya tidak pernah menjadi wakil rakyat atau menjadi menteri.Maka pemikiran saya jauh berbeza dengan ahi politik yang hebat2.Cuma saya nak menyatakan betapa saya tidak rungsing samada Lee Kuan Yew nak jadi PM Malaysia atau tidak tetapi saya cukup runsing dengan perangai menteri umno kununnya bimbang terhadap Singapura tetapi pada masa yang sama PULAU BATU PUTIH , HENTIAN KERETAPI TERAKHIR DI SELATAN MLAYASIA DAN DISERAH BULAT-BULAT KEPADA SINGAPURA. TAK PERLU PUN LEE KUAN YEW JADI PM MALAYSIA.Dasar umno bajingan

Anonymous said...

Woi bangang..kalau tak cerdik buat cara tak cerdik...jgn tambahkan kebahlolan tu...

Kalau ko percaya kepada undang2 maka itulah yg terjadi..kalau ko tak percaya maka aku syorkan ko angkat senapang, kalu tak ada pakai parang, kalau tak ada jugak pakai ler kayu then serang singapork tu...

Habis yg Malaysia dapat Pulau Sabah tu yg di tuntut oleh Indonesia, hingga rakyat Indonesia nak serang Malaysia..ko tak ambik kira ker?.

Kalau nak dibandingkan dgn ketokohan pemimpin PR yg ko sanjung setakat pakar dalam fitnah dan main jubor, sememangnya patutlah pemikiran ko tahap cipan...kahkahkah....

Anonymous said...

setakat ini aku pun masih sokong umno w/pun sakit hati dgn dgn tindakan/keputusan2 kepimpinan paklah dan ds najib..aku setuju dgn keluhan anon yg pertama..nasihat aku pd budak bangang anon yg ke2 terimalah hakikat,yg benar tetap benar, yg salah tetap salah,jgn emo,buukakan minda..cer tgk b/mana cara cina dan jepun pertahankan,ambil kembali tanah,pulau,maruah dan martabat mereka..

Anonymous said...

Renongan,

Biasalah, kalau main belakang pn boleh kita sanjung. Kalau benar Nabi pn tak ngaku umat tau tak?...

GERASM said...

aNON YG PERTAMA TU MMG BONGOK ....nAPA SEMUA NAK MARAH umno...lEBIH 50 TAHUN KAU DAN KELUARTGA KAU HIDUP SUSAH KA...DASAR KEPARAT

Anonymous said...

orang bila marah...

kebenaranpun takkan diendahkan...

dia dah pernah main jubor kau ke sampai tergamak kata dia main jubor?

yang pastinya tanah ktm kat singapura tu dijual oleh 3 PM...

TDM memulakan "perjuangan"...

TAB dan DSN sambung "perjuangan yang belum selesai"...

kah kah kah...

1000 sipadan dan ligitan pun takkan mampu menebus kesalahan ini bro...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan