RAHSIA DR. MAHATHIR - BAHAGIAN KEDUA

on Monday, June 11

Tun Dr Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad dilahirkan pada tahun 1925, ketika kecilnya pernah menjual kuih-muih, ketika belajar di Singapura, Dr. Mahathir antara salah seorang anak Melayu yang menerima biasiswa untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang perubatan, kemudian beliau berkhidmat sebagai doktor pelatih di Langkawi sebelum membuka Klinik MAHA berdekatan Pekan Rabu di Alor Setar. Semasa remaja, Dr Mahathir telah menulis di akhbar-akhbar MAJLIS dengan menggunakan nama samaran Che Det, juga beliau aktif dalam pertubuhan SABERKAS. Semasa Perkumpulan Pertubuhan-Pertubuhan Melayu di Kuala Lumpur menentang Malayan Union Dr. Mahathir turut serta memegang sepanduk, malah semasa penubuhan UMNO juga Dr. Mahathir turut serta sebagai pendukung, penyokong dan penggerak. Itulah antara yang saya ingat.

Jika anda seorang pelajar, orang kampung, belum bekerja, orang lama, anda tulislah sepucuk surat kepada Dr. Mahathir, insyaallah saya yakin beliau akan membalasnya. Itulah antara kelebihan Dr. Mahathir di mana beliau sangat menghormati idea-idea anda.

Hujung tahun lalu, 2011, saya mengikuti satu bicarawara secara tertutup yang dihadiri oleh Imam-Imam seluruh negeri di sebuah negeri. Sudah tentulah Imam-Imam itu terdiri daripada penyokong UMNO, penyokong Pas atau yang tidak menyokong mana-mana parti. Semasa sesi soal jawab, seorang Imam agak muda menyoal Dr Mahathir dengan agak kasar, saya fahamlah Imam itu penyokong fanatik parti Pas. Namun begitu, Dr. Mahathir dengan tenang menjawab dengan cara berhemah dan tidak beremosi. Selepas tamat majlis tersebut, saya dapati Imam yang menyoal tadi datang berjabat salam dengan Dr. Mahathir sambil bercerita.

Sudahkah anda membaca buku Lim Kit Siang bertajuk "The Crisis Identity Of Malaysia". Jika anda membaca buku itu, anda kena terima falsafah buku itu, yang saya kira falsafah Lim Kit Siang juga, yang saya anggap falsafah DAP juga, bahawa Perdana Menteri Malaysia hendaklah boleh sesiapa sahaja asalkan dia rakyat Malaysia. 

Ada satu kisah pada tahun 1988, ketika UMNO diharamkan, bermakna Dr. Mahathir tidak dapat mempengerusikan mesyuarat majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN)  ketika itu. Apa yang berlaku ialah Tun Dr. Ling Liong Sik telah menjadi Pengerusi Mesyuarat BN pada masa itu. Bagaimana generasi hari ini hendak mentafsirkan keadaan ini, apakah Tun Dr. Ling Liong Sik ketika itu telah menjalankan fungsinya sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Apabila Dr. Mahathir ke luar dari UMNO pada tahun 2009, parti Pas melalui Mursyidul Amnya cepat-cepat mengajak Dr. Mahathir menyertai Pas. Dato' Nik Aziz sangat-sangat menghormati Dr. Mahathir http://www.youtube.com/watch?v=JPmKKFpSG_E&feature=player_embedded, sudah tentulah kerana mereka punya rahsia yang orang awam tidak tahu. Ramai ahli Pas kurang tahu hubungan erat Dr. Mahathir dengan Mursyidul Am Pas, ini saya ulas kemudian hari. 






5 Komen:

TAUBAT SEBELUM LEWAT said...

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim. Dan Terbaru Hukum Hudud Tiada dalam Al-Quran. Hanyalah rekaan Ahli fekah..

2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" - Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.

4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." - Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.

7. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.

terjah said...

MINTA PENULIS bongkar siapa dalang disebalik The Calvary Convention Centre...

Anonymous said...

Afiq Zambri http://crewfathi.blogspot.com/2012/01/gereja-terbesar-di-malaysia-dan-asia.html


paranoid ka? masjid bersepah2 yang tesergam indah pun umat susah nak imarahkan. kat Baitulmaqdis tu cuba kira berapa banyak gereja dan biara yahudi yang ada; tetapi Khilafah Uthmaniyah rileks je dapat hidup dengan harmoni bersama mereka. Hak diaorang kita bagilah, jangan nak tuduh2 sebelum datang bukti yang nyata.

Anonymous said...

TAUBAT SEBELUM LEWAT - pembohong dan penabur fitnah. penyesat agama.
1. sila kemukan ayat quran yg hukum zina adalah rejam. dan tunjuk dlm quran ujud nya hukum islam yg dinama kan hudud. (tolong jgn tunjuk perkataan hudud@sempadan)
2. ini ditujukan spesifik kepada kehendak PAS melaksanakan hukum hudud. tolong jgn putar belit. enakmen hudud TELAH ADA. bila nak di WARTAKAN.
3. betul. tiada seorang pun ahli PAS yg akan berani. ini kerana mat sabu/ adun selinsing telah kene tangkap basah. apa dah jadi? itu pun tak boleh, jgn harap yg lain.
4. betul. lupakan PAS pada karpal?
5. benar. hukum hudud adalah doktrin PAS.
6. benar. hukum video pun hadi tak boleh pakai.
7. rujuk kepada 1.

http://makarti.net/blog/?page_id=172

Siti Najwa said...

camane nak tulis surat pada Dr.M? saya nak try tulis jgk

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan