SINGAPURA PERLU JUJUR: SUSAHKAH MOHON MAAF

on Saturday, June 23

The Last Day In Federation Of Malaysia (1965)
Saya telah membuat banyak kajian tentang hal ehwal politik Singapura dan Malaysia, malah saya amat berminat dengan pandangan Lee Kuan Yew terhadap allahyarham Tunku ABdul Rahman, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Namun demikian, saya masih belum berpuashati, saya masih membaca worldview Lee Kuan Yew terhadap politik Malaysia. Yang saya faham, Lee Kuan Yew tidak berani menegur Allahyarham Tun Dr. Ismail, apakah Lee Hsien Loong tidak memahami bahasa DS Najib Tun Razak. Lee Kuan Yew juga tidak begitu berani dengan Tun Razak. Semua ini dicatatkan sendiri oleh Lee Kuan Yew di dalam memoirnya. Saya suka membaca memoir Lee Kuan Yew, tetapi saya lebih bangga membaca Doktor Umum.

Melihat kepada cara Singapura menjawab isu 3 Diplomatnya di Kuala Lumpur terlibat di dalam Demo Bersih 3.0 sudah pun disiarkan. Beberapa akhbar utama Singapura termasuk media TV Singapura, memetik Kerajaan Singapura menafikan perkara tersebut.

Pada pemikiran saya, Singapura telah memutarbelitkan isu ini, Singapura tidak jujur dan masih menyembunyikan fakta sebenar. Mereka menafikan satu perkara tetapi mendiamkan perkara lain. Perkara lain itu ialah, jika benar 3 Diplomat Singapura itu berstatus pemerhati bebas, kenapa memakai Baju Bersih 3.0 sebagaimana laporan yang telah didedahkan kepada umum? Saya pernah bertemu pengendali portal ini http://www.anwaraidc.com/?p=25484 juga ini http://mole.my/content/bersih-30-foreign-diplomats%E2%80%99-named-alleged-involvement, mereka semua adalah profesional, mereka tidak akan menyiarkan laporan jika sumbernya tidak sahih.

Sehingga ke saat ini, Kerajaan Singapura menyembunyikan ketiga-tiga Diplomat itu dari memberi penerangan dan bercakap kepada media. Salah seorang Diplomat Singapura daripada tiga itu ialah Regina Low Kay Yin berjawatan First Secretary (Political) dinyatakan juga turut memakai baju kuning BERSIH 3.0!!! Ke mana dia menyembunyikan dirinya? Perlukah media di Malaysia menyiarkan gambar Regina Low Kay Yin memakai Baju Bersih 3.0 itu? Saya percaya pasukan keselamatan negara kita bukannya buta! Ketiga-tiga Diplomat Singapura itu perlu bertanggungjawab juga.

Jika pemerhati bebas, sebagaimana Diplomat-Diplomat asing yang lain ialah mereka boleh berada di tempat demonstrasi, mereka boleh mengambil gambar, mereka boleh berbual dengan peserta Bersih 3.0, mereka boleh berada bersama-sama, tetapi Diplomat-Diplomat ini Tidak Boleh Mengambil Bahagian, Tidak Boleh Memakai Baju Bersih 3.0! Kerajaan Singapura patut membuat housetraining dan grooming course kepada diplomat-diplomatnya tentang The Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961 Article 41 (1).

Jika Diplomat Singapura memakai Baju Bersih 3.0 apakah maknanya? Jika Diplomat Indonesia berada di dalam kumpulan Bersih 3.0 tetapi tidak memakai baju Bersih 3.0 apakah pula definisinya? Pada saya, Singapura perlu jujur. Jika melakukan kesalahan, memohon maaflah!

Saya teringat kata Tun Dr. Mahathir suatu masa dahulu. Tun Dr. Mahathir berkata, rakyat Singapura memang berdisiplin, tetapi berdisiplin hanya di dalam Singapura, apabila berada di luar Singapura, mereka sudah hilang disiplin! Patutlah kereta-kereta Singapura yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan laju semacam, mengaum semacam, seolah-olah tidak pernah jumpa jalan lurus!

Singapura amat lemah di dalam Diplomatik Malaysia. Apabila Menteri Luar Malaysia memanggil Diplomat-Diplomat Asing tempoh hari pada 11 Jun 2011, untuk menyatakan kebimbangan kerajaan Malaysia akan campurtangan asing, Sepatutnya Singapura kena sedar panggilan itu sahaja adalah bahasa Diplomatik yang mereka patut faham.  Kalaulah Menteri Luar Malaysia hanya memanggil Diplomat Singapura bukankah ianya kurang manis kepada Singapura, makanya Datuk Anifah Aman memanggil semua Diplomat supaya Singapura tidak terasa.

Kerajaan Singapura harus sedar Malaysia hari ini bukan Malaysia zaman Lee Kuan Yew menjadi Ketua Menteri Singapura. Ketika itu, Diplomat-Diplomat Negeri Singapura yang melawat Eropah bersama-sama Lee Kuan Yew bolehlah berlagak lebih kerana keadaan masa itu tidak memihak kepada kerajaan Persekutuan Malaysia.

Dalam masa terdekat, hanya baru-baru sahaja ini (awal Mei, 2012), apakah pula Jawapan kerajaan Singapura apabila para Diplomatnya mengunjungi Menteri Besar Kedah, menghantar Menteri Melayu Singapura bertemu kepimpinan Pas Kedah, tetapi semasa di Perlis tidak pula mengunjungi Menteri Besar Perlis sebagai Ketua Kerajaan Negeri Perlis! Mengapa hanya menemui pemimpin politik parti sahaja. Apakah kerana bisnes jangka panjang di Bukit Kayu Hitam? Maklumat ini bukan lagi sulit, ia sudah menjadi hak pembaca. Laporan ini http://mynewshub.my/eng/2012/05/singapore-diplomats-visited-pas-kedahs-administration-centre/ ada kebenarannya dan rahsia di sebaliknya masih belum diberitahu kepada rakyat Malaysia.

Bagaimana pula Demonstrasi di Pengerang, Johor? Apakah kerajaan Singapura turut menafikan penglibatan rakyatnya dalam menghalang projek pembangunan berimpak tinggi di Pengerang itu?

APA JAWAPAN KERAJAAN SINGAPURA?
Dalam 3 isu yang saya bangkitkan di atas, (1) Kalau Diplomat Singapura dikatakan bersifat pemerhati mengapa memakai Baju Bersih 3.0? (2) Pertemuan Diplomat Singapura di Kedah, dan (3) Rakyat Singapura di Pengerang, Johor.

Akhirnya, perlukah gambar-gambar Diplomat Singapura memakai Baju Bersih 3.0 didedahkan? Atau, susahkah Singapura memohon maaf?

Selamat membaca. My Ideas.








3 Komen:

Anonymous said...

ACUAN YAHUDI CINA KEPARAT macam gitulah jadinya.........mulut bau tahi, badan bau babi

Anonymous said...

Aku rasa sejak DAP menang di P.Pinang si yahudi mata sepet ini semakin naik tochang , tu baru Pulau Pinang dan aku ta kan terkejut bila PR memerintah si kisau ni makin kurang ajar dan silap silap hari bulan dia masuk balek , oramg melayu nih mudah lupa . Bodoh berpolitik , kuasa punya pasal lupa segala gala nya

Anonymous said...

Aku hairan la...

Kenapa "takut" sangat dengan singapura ni...

siarkan je la gambar diplomat tu...

yang menlu ni pun satu jugak...

bagi je la amaran keras kepada dubes singapura...

nak takut apa?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan