BAGAIMANA MEREKA BERUSAHA MENJATUHKAN PERDANA MENTERI

on Wednesday, December 19

BANGUNAN BARU KEDUTAAN SINGAPURA DI MALAYSIA
Di Mali baru-baru ini, untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mali sangat mudah, dengan hanya beberapa orang tentera mengepung dan menghalang laluan PM Mali, dia menggeletar ketakutan dan jatuhlah dia sebagai Perdana Menteri.

Kejatuhan Perdana Menteri Thailand selang 3 atau 5 tahun bukanlah perkara baru. Sejarah Thailand menunjukkan sejak tahun 1930an, Thailand bertukar-tukar Perdana Menteri jika PMnya tidak sehaluan dengan Angkatan Tentera Thailand. Sehingga kini, sudah hampir 50 PM di Thailand berbanding di Malaysia yang lebih aman dan berkesinambungan.

Mula-mula, saya ingin menulis mengenai Thaksin Shinawatra, dia dilahirkan pada tahun 1949, dia bekas Polis sebenarnya sebelum menjadi Bisnesman Telekomunikasi. Pada tahun 2006, Thaksin sedang berucap di PBB dan keesokan harinya di Thailand dia dilucutkan jawatan PMnya. Tuduhan ke atasnya ialah penipuan undi semasa Pilihanraya. Pada bacaan saya, bukan itu sebenarnya, tetapi melainkan Kesilapan Thaksin menjual saham Syarikat Telekomunikasinya kepada Temasek Holding.

Bila menyebut Temasek Holding, ianya sebenarnya adalah milik Lee Kuan Yew, pengasas negara baharu Singapura (sebelumnya milik Kesultanan Johor). Thaksin tidak peka, kerana Telekomunikasi bermaksud Rahsia-Rahsia Negara termasuklah perbicaraan, perbualan telefon, sms, dan apa sahaja akan menjadi pegangan Singapura selama-lamanya. Di Singapura, jika ada rancangan talkshow, jika anda pemanggil telefon untuk mengkritik PM Singapura, panggilan telefon anda dalam beberapa saat sahaja akan diputuskan. Amalan ini sudah diamalkan oleh mereka sejak dahulu lagi, apakah hari ini sudah berubah?

Bolehkah anda bayangkan jika Sistem Telekomunikasi Thailand tempoh hari berjaya dibeli oleh Temasek Holding? Bayangkan jika Perdana Menteri Thailand sedang berbual dalam telefon dengan Menteri Pertahanannya, ianya mudah dipintas sepantas kilat oleh pihak Singapura.

Kamu tidak percayakah? Saya mengkaji lama negara Singapura ini khususnya permainan Lee Kuan Yew ke atas negara-negara jirannya. Lee Kuan Yew dalam buku Memoirnya menulis, "jika kamu mahu Singapura berjaya, kita mesti Melemahkan pembangkang". Anda boleh baca seterusnya di dalam tulisan Lee Kuan Yew. Sebab itulah, pembangkang di Singapura tidak mampu mengkritik atau membangkang apa-apa dasar kerajaan dan kelemahan PM Singapura, kerana mereka mengamalkan cara jika kamu menentang maka kamu akan dibicarakan, dihukum bankrap dan sebagainya. Itulah yang berlaku kepada Jeyaratnam dan sebagainya. Sebab pada tahun 1965, Lee Kuan Yew sudah menanam polisi amalannya bahawa Pembangkang mesti dimatikan, dilemahkan dan jangan diberi peluang. Saya melihat Lim Guan Eng dan DAP sedang mengulangi cara-cara Lee Kuan Yew ini.

Sebab itu, kita di Malaysia adalah lebih baik tidak berurusniaga dengan Temasek Holding dalam hal-hal yang berkaitan Keselamatan negara kita. Kita jangan menjual aset-aset negara seperti Hospital, Telekomunikasi, Pertahanan, Media, Pendidikan kepada Temasek Holding. 

Apakah yang saya hendak sampaikan sebenarnya? Terlalu panjang yang berintroduksi.

Di Malaysia, PRU13 semakin dekat, yang terkini Dap meminta tambahan 3 Kerusi Parlimen dan 10 DUN menunjukkan cita-cita mereka untuk menjayakan konsep "The Dap Belt" from Singapore to Pulau Pinang. Saya sangat yakin 10 kerusi DUN yang diminta itu meliputi kawasan-kawasan bandar di Seremban, Ipoh, Georgetown, Johor Bahru dan Selangor. Istilah "The Middle Malaysia" atau pun di Israel disebut "The Middle Israel" menjadi satu fokus yang penting oleh Dap. Mereka sangat yakin menghadapi PRU13.

Baik PKR atau pun Pas tidak membantah permintaan 10 dan 3 kerusi ini. Kita tidak tahu, apakah diam bermakna setuju atau tidak setuju.

Kerajaan BN diramal oleh banyak Centre of Studies akan masih memenangi PRU13, namun DS Najib mahukan kemenangan yang besar, kemenangan melebihi 2/3. Kemenangan yang besar amat penting kepada DS Najib supaya beliau boleh merealisasikan Wawasan 2020 yang tinggal 7 tahun lagi.

DSP Lajim Ukin, menurut fikiran saya, apabila beliau tidak boleh lagi bersama dengan BN Sabah, beliau keluar dan tidak mahu menyusahkan BN, ataupun dilihat menjadi musuh dalam selimut kepada BN. Maka rakyat Sabah maklum bahawa beliau tidak bersama BN Sabah lagi, tetapi benarkah beliau tidak menyokong DS Najib. Sudahkah anda membaca surat DSP Lajim kepada PM.

Mereka yang diberi kepercayaan oleh PM, perlu menzahirkan kepercayaan itu dalam PRU13 ini. Bolehkah anda bekerja untuk PM tetapi anda mempercayai Ketua Pembangkang, ataupun anda bekerja untuk Ketua Pembangkang dan anda juga bekerja dengan PM! Jika anda bersikap seperti ini, stand tidak jelas, di zaman Lee Kuan Yew di Singapura, dia akan pecat anda 24 jam!

Dengan DS Najib, nampaknya DS Najib tidak mengamalkan cara kukubesi Lee Kuan Yew, DS Najib berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Namun, kita yang berasa gusar dan gundah.

Selamat membaca. Tafsiran anda tidak semestinya menepati tafsiran artikel ini. 



1 Komen:

Anonymous said...

Dalamnya maksud sdra...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan