BAPA SEGALA PARASIT 3 HURUF

on Wednesday, February 29



Mereka semakin sedar dengan musuh sebenar itu, parasit sebenar itu semuan sudah sedar, Melayu DAP yang keluar itu, dia sudah sedar musuh sebenar, Presiden sebuah parti Islam juga sudah sedar, Exco ini juga sudah sedar musuh sebenar, seorang mantan Timbalan Presiden juga sudah sedar, semua mereka sudah sedar dan kembali, kembali mendaulatkan Islam, kembali ke landasan sebenar perjuang umat Islam, mereka semua mufaraqah, mereka semua menjauhi diri mereka dari bapa segala parasit, parasit yang mahu mengubah negara ini, parasit yang mahu menukar total negara ini, bapa parasit itu hanya mempunyai 3 huruf sahaja. Sedarlah...

BUGIS SABAH DIIKTIRAF

on Tuesday, February 28

SIRI ETNIK SABAH : BUKU TERBARU BUGIS SABAH
DI SABAH, masyarakat Bugis masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera, atau lebih tepat Bumiputera Islam Sabah. Jika di Semenanjung Malaysia, sama ada orang Bugis, Jawa, Banjar, Arab dan seumpamanya semuanya dikategori sebagai Melayu dan mereka dikategorikan juga sebagai Bumiputera.

YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, adalah keturunan Bugis dari Wilayah Goa, Sulawesi Selatan. Apakah bezanya dengan keturunan Bugis dari Wilayah Goa juga yang kini sudah bermastautin beratus tahun di Sabah, tetapi masih tidak diiktiraf sebagai Bumiputera Sabah? Jika Kerajaan Negeri Sabah tidak dapat mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai Bumiputera Sabah, apakah bermakna mereka juga mempersoalkan keturunan Bugis Perdana Menteri kita?

Mari kita buka buku Sejarah. Seorang sarjana Belanda, telah menulis di dalam tesisnya mengenai Pentadbiran Awal Belanda di Borneo, menulis, bahawa wilayah-wilayah Tawau hingga ke Semporna pernah diperintah dan ditadbir oleh dua bangsa yang utama iaitu suku Bajau di kawasan Semporna dan suku Bugis di wilayah Tawau. Katanya, kerajaan Penjajah Belanda terpaksa memohon izin Penggawa Bugis di Tawau sebelum mereka bertapak, berniaga dan berurusan. Peristiwa ini berlaku sebelum British menjajah North Borneo lagi.

Seorang lagi sarjana Cina dari Singapura, dalam tesis Sarjananya "The North Borneo" menulis bahawa pendatang-pendatang China telah datang ke Pantai Barat Sabah membuka tanah untuk membuat ladang-ladang sayur. Akhirnya  anak cucu mereka menjadi rakyat Sabah yang tidak pernah dikaji oleh SAPP yang asyik mempersoal orang lain?

Semasa UMNO Sabah mula-mula bertapak di Sabah, penulis yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Pertama Bombalai, Tawau, Sabah telah memasukkan usul dalam Mesyuarat Cawangan dan Bahagian supaya masyarakat Bugis, Banjar, Tidung, Suluk, Bajau dan sebagainya yang beragama Islam, yang bertutur dalam bahasa Melayu dan berbudaya Melayu supaya diiktiraf sebagai Melayu dan digazetkan oleh Kerajaan Sabah sebagai Bumiputera.

SENGAJA DISALAH FAHAM
Istilah pendatang asing atau pekerja asing atau warga asing memang wujud di mana-mana di dalam dunia. Di Sabah orang Cina yang sudah menjadi Warganegara Malaysia memanglah berbeza dengan orang Cina yang baru sampai dari Taiwan, Hongkong, China ataupun dari Cina Indonesia.

Samalah juga bahawa orang India yang sudah menjadi Warganegara Malaysia sudah tentulah berbeza dengan orang India yang baru sampai dari Chennai, Malbari, Mumbai dan Kalikat.

Begitu juga orang Suluk yang sudah lama menetap di Sabah menjadi warga Sabah memanglah berbeza dengan orang Sulu Filiphina yang baru setahun dua sampai di Sabah. Samalah juga orang Jawa, Banjar atau Bugis yang sudah hidup menetap di Sabah (Pantai Timur Sabah) sebelum British dan sebelum Belanda sampai di Sabah, tentulah berbeza dengan orang Jawa, Banjar atau Bugis yang baru sehari dua sampai di Sabah.

Walaupun dari bangsa yang sama, tetapi negara mereka berbeza. Samalah juga dengan orang Melayu Patani dengan orang Melayu Kelantan, sama bangsanya, sama agamanya, sama bahasanya tetapi berlainan kerakyatan.

UMNO Sabah mesti menyelesaikan masalah ini kerana berlaku penindasan yang tidak sepatutnya berlaku. Kita ambil contoh dalam aspek pekerjaan, terdapat ramai pegawai-pegawai tinggi kerajaan berketurunan Bugis di Sabah tidak dapat berkhidmat di Sabah kerana kekeliruan persepsi yang disengajakan ini. Dato' Osman Jamal, Pengarah Tanah Negeri Sabah yang juga Presiden Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Datuk Dr. Patawari Patawe, Mantan Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah seorang pakar perubatan terkenal di Asia Tenggara, Saudara Samsul Alang Hamsah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, sebelum itu lagi mantan Pembantu Menteri Belia Sabah zaman Perikatan PBS-USNO YB Tuan Hj Said Senang, mantan YB Kunak Datuk Salim Bacho, atau lebih jauh lagi OKK di Tawau Datuk Zainal Kerahu, YB Datuk Muis Picho YB Pulau Sebatik, dan banyak lagi individu-individu Bugis Sabah yang memberi perkhidmatan kepada negeri Sabah dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. 

Bagaimanakah kedudukan mereka dalam konteks perbincangan ini? Sumbangan dan jasa mereka kepada pembangunan negeri Sabah sejak sebelum Sabah merdeka bukanlah sedikit.

Mengapakah UMNO Sabah yang menjadi tulang belakang Kerajaan BN Sabah tidak dapat mengiktiraf mereka sebagai Bumiputera Sabah? Masyarakat Bugis yang tidak dilahirkan di Sabah, mereka datang dari Indonesia kerana diambil sebagai pekerja memang sahlah bukan warganegeri Sabah, itu sudah jelas samalah kesnya dengan orang China yang baru sampai dari negara asalnya. Apakah YB Datuk Bung Mokhtar Raden boleh disamakan dengan suku kaumnya yang baru sampai dari Indonesia? Sudah tentu berlainan bukan. Bagaimana dengan latarbelakang Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP?

Penulis berharap Kerajaan Negeri Sabah lebih terbuka dan profesional dalam menyelesaikan isu ini. Data dan kajian yang lebih telus mesti dibuat untuk mengkategori hal-hal ini. Jika Kerajaan Persekutuan mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai entiti Melayu, mengapa Kerajaan Negeri tidak seiringan dengan dasar Kerajaan Persekutuan ini?

Penulis membangkitkan perkara ini kerana penulis juga menyokong RCI di Sabah dengan syarat yang sememangnya layak janganlah dipersoalkan, sebaliknya akuinya dan menerima yang layak itu. Yang sememangnya tidak layak dan bukan warganegeri Sabah, sememangnya tidak layaklah walaupun satu rumpun. Dengan cara ini sahajalah barulah isu-isu berbangkit boleh diselesaikan dan seterusnya kita membangunkan negeri Sabah dengan lebih hebat.

Anda mungkin ada pendapat yang berbeza. Yang jelas Sejarah tidak akan menipu! Sabah hanya merdeka pada 16 September 1963 sahaja. Bagaimana sejarah Sabah sebelum merdeka, 100 tahun sebelum merdeka. Bacalah tesis PhD oleh Lee Ong Leong, Sarjana Univerisiti Singapore, mengesahkan kewujudan Mayarakat Bugis di Sabah dalam kajiannya sebelum tahun 1958 (Sabah hanya Merdeka pada 16 September 1963) bertajuk "The North Borneo" dari Universiti Singapura, yang menerangkan dengan panjang lebar Demografi, Sosiopolitik dan Sosioekonomi Sabah sebelum tahun 1800 Masehi. Dia menyebut orang Bugis sudah menjadi Penggawa (Ketua Daerah) di Tawau pada tahun 1770-an! Selamat Membaca. Buku itu ada di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan di Arkib Negara Kuala Lumpur.

YB Datuk Lajim Okin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Timbalan Menteri Persekutuan (sebelum berhenti) dalam perjumpaan dengan penulis sangat mengiktiraf Bugis Sabah, malah dalam wawancara beliau dengan akhbar Utusan Malaysia setahun yang lalu, beliau juga menyebut sumbangan orang Bugis Sabah. YB Datuk Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud dalam ucapannya yang saya hadiri turut menghargai sumbangan masyarakat Bugis kepada pembangunan negeri Sabah. Kerajaan Negeri Sabah bilakah pula akan mengiktiraf masyarakat Bugis Sabah sebagai Bumiputera Sabah?


*Oleh kerana artikel ini dibaca lebih 30,000 pembaca dan melibatkan lebih 300 komentar saya mengemaskini ejaan, ayat dan nama tanpa mengubah artikel asalnya. Saya nasihatkan tuan/puan/saudara/saudari memberi komentar secara baik. Sama ada setuju atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ialah pandangan-pandangan yang bernas. Terima kasih. (Asal pada 28.2.2012)(kemaskini kedua 07.01.2013) (jumlah terkini 14.04.2014)

PERTEMUAN 10 MATA UMNO-PAS

on Thursday, February 16


Salam Jumaat.
Jentayuabaka melihat beberapa pihak khususnya anak muda tidak mengetahui sejarah UMNO-PAS, sehingga timbul tuduhan sinis kononnya UMNO sangat beria-ia hendakkan PAS di dalam konteks Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS.

Sebenarnya usaha ini bukanlah baru, jika sejarah disingkap semula, Pertemuan 10 mata antara pemimpin tertinggi UMNO-PAS sudahpun dimulakan pada tahun 1986 lagi. Ketika itu, UMNO baru sahaja menang setahun Pilihanraya Umum. Antara wakil PAS ialah Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, dan jika tidak silap Cikgu Mustapha Ali (ketika itu Ketua Pemuda PAS).  Di pihak UMNO pula, ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan DS Anwar Ibrahim (Ketua Pemuda UMNO).

Sejarah ini membuktikan bahawa, Rancangan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS pada zaman Pak Lah yang lalu bukan sesuatu yang baru, dan bukanlah kerana UMNO terdesak. UMNO sebagai sebuah parti dianggap bapa kepada orang Islam dan bangsa Melayu di tanah air ini tetap dengan sikapnya sering berlapang dada dan besar hati.

Walaupun Rancangan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS di bawah teraju Haji HAdi Awang, YB Nasharudin Mat Isa, Cikgu Mustapha Ali sekali lagi, Dato' Dr Hassan Ali, juga terlibat YB Sallehudin Ayub jika penulis tidak silap, semuanya tersekat oleh ketidaksetujuan beberapa pihak yang pro-Anwar, pro-DAP dan Pro-Pakatan Rakyat di dalam PAS, namun penulis lihat kebijaksanaan Haji Hadi Awang, ialah dengan membawa usaha-usaha ini di luar PAS.

Maksud penulis, usaha ini diteruskan di luar kepimpinan PAS, maka itu kita lihat Dato Dr Hassan Ali dan YB Nasharudin Mat Isa semakin aktif di luar PAS. Sebabnya sangat mudah, mereka sudah tidak diikat lagi dengan konsep wala' yang tidak tepat penggunaannya (ini kata Ustaz Kazim Elias).

Haji Hadi Awang pun sedikit-sedikit mencubit paha TGNA dan mem'brooom' DS Anwar Ibrahim di dalam Blog beliau.

Semuanya ini kita kena faham , jalan ke arah perpaduan memang berliku.

Selamat membaca.

MENTERI BESAR KELANTAN YANG BARU

on Monday, February 6



PERDANA MENTERI telah menyebut PRU13 boleh diadakan bila-bila masa sehingga April,2013. Fokus rakyat kini menjadi semakin laju memandang beberapa perubahan besar telah berlaku baik di dalam BN mahupun PR.

Kenyataan TGHaji Hadi seminggu lalu untuk tidak bertanding  di dalam PRU13 dan menyerahkan nasibnya kepada parti PAS amat-amat mengejutkan, khususnya kepada kepimpinan PKR dan DAP. Di dalam PAS sendiri, berita itu menimbulkan konflik yang lebih besar. Walaupun usaha-usaha yang dilakukan oleh Kepimpinan PAS berjaya memujuk TGHaji Hadi untuk kembali bertanding di dalam PRU13, namun pengumumannya yang lebih awal sudah menjadi hak pembaca. Ianya tidak boleh dipadamkan.

Penulis ingin memberi fokus kepada Kelantan (kemudian kepada Selangor, Kedah dan Pulau Pinang). Kehadiran YTM Tengku Razaliegh (Ku Li) di dalam Mesyuarat UMNO sehari dua yang lepas memberikan gambaarn yang jelas bahawa Ku Li masih setia dengan UMNO, cuma kita faham semangat UMNO yang ada di dalam jiwaraga Ku Li adalah semangat UMNO Tunku Abd Rahman, semangat UMNO Tun Abdul Razak di mana kedua-dua pemimpin ini memberikan sentimental value kepada Ku Li. Barangkali isu AMANAH sebuah NGO yang diketuainya itu sebagai pemanis pemasam politik sahaja.

Penulis yakin, seperti juga DSP Pairin Kitingan, Ku Li juga tidak akan mengulangi sejarah lamanya ketika Semangat 46 dahulu. Pengorbanan Ku Li kepada UMNO dan kepada PAS sememangnya besar. Ku Li diterima dan berguna kepada UMNO dan PAS, atau pun disimpulkan dengan mudah, Ku Li sangat penting kepada rakyat Kelantan.

Isunya kepada penulis ialah kepada ketua-ketua kumpulan di dalam UMNO Kelantan ini. Beberapa nama yang dikatakan memiliki kumnpulan penyokong-penyokong yang besar iaitu Dato' Mustapha Mohamed, Datuk Awang Adek, Tan Sri Anuar Musa, Ku Li dan mungkin ada satu dua nama lagi.

Maksud penulis, di kalangan mereka ini, kenapa tidak buat satu ketetapan di pihak UMNO Kelantan, bahawa sekiranya UMNO Kelantan menang di dalam PRU13 UMNO Kelantan Sebulat Suara akan melantik Ku Li sebagai Menteri Besar Kelantan. Ini yang gagal dilaksanakan oleh UMNO Kelantan. Anda mesti ingat tidak semua Ahli Republikan Menyokong Romney sebagai Presiden Amerika akan datang, tetapi selepas pemilihan Presiden di dalam Republikan, yang menentang Romney pun akhirnya akur juga jika beliau menang Presiden Amerika mengalahkan Obama.

Kita tahu bahawa pihak PAS telah menggunakan Ku Li dalam tuntutan Royalti Minyak Kelantan. Kita tahu Ku Li juga menuntut Royalti Minyak Kelantan ini diberikan terus kepada rakyat Kelantan. Ku Li telah diberi peluang berucap di hadapan ahli-ahli PAS, di dalam stadium majlis PAS, maka mengapa UMNO Kelantan tidak mahu berkorban dengan memberikan pengiktiran kepada pemimpin veteran ini.

Penulis yakin, YAB Presiden UMNO,  DS Najib Tun Razak tidak mempunyai halangan di dalam hal ini, kerana seringkali penulis tekankan bahawa DS Najib Ingin Menjadi PM yang terbaik di dalam hidupnya. DS Najib ingin menjadi PM yang terbaik di dalam sejarahnya, kepada semua pihak pembangkang dan penyokong beliau. Penulis yakin, DS Najib ingin menjadi PM yang menggembirakan semua rakyatnya dan menikmati kesenangan, kemakmuran sebagaimana arwah ayahnya menjadi PM.  Apakah UMNO Kelantan belum membaca Minda Kesederhanaan PM kita? Penulis yakin, DS Najib tidak gembira dengan polemik, konflik dan cha keting yang berpanjangan.

Anda mungkin tidak bersetuju dengan penulis, tetapi inilah idea yang tidak menarik, yang tidak anda suka agaknya, tetapi penulis perlu menulis perkara ini. Apa jua idea, yang penting kejayaan.Selamat membaca.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan