TUN DR. MAHATHIR NASIHAT CALON WINABLE CANDIDATE BOLEH AMBIL DARI LUAR UMNO

on Thursday, March 29

 Dr M gesa Umno buka pintu pada cendiakawan, profesional
Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno."Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS."Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka" (Malaysiakini)

Apabila Tun Dr Mahathir memberi komen di atas supaya UMNO membuka peluang kepada para cendikiawan, profesional, doktor dan guru untuk aktif di dalam politik UMNO, penulis rasakan sesuatu yang dinamik akan kembali kepada UMNO. Kita harus ingat, tokoh-tokoh yang pernah berjasa membangunkan UMNO ialah para guru lulusan UPSI seperti Tun Ghaffar Baba dahulu. Malah mantan guru seperti Tun Daim Zainudin, Tan Sri Isa Samad, MB Pahang, YB Sipitang kebanyakannya bermula dengan profesyen perguruan.

Namun, apabila UMNO semakin maju dan melahirkan ramai Bisnesman, maka golongan Ahli Perniagaan mula memasuki UMNO, dengan harapan lain akan turut mendapat beberapa nikmat perniagaan selepas merdeka. Ianya tidaklah salah pun. Namun begitu, dalam situasi sekarang, Rakyat hendakkan Integriti. Rakyat mahu melihat sesuatu yang diyakini daripada UMNO itu. Rakyat agak tidak suka dengan kebendaan yang berlebih-lebihan, mereka melempiaskan kemarahan mereka di atas media massa dengan membanding-bandingkan pemimpin BN dengan pemimpin PR. Yang paling merugikan ialah apabila rakyat melepaskan kemarahan mereka di atas kertas undi.

Walaupun YB Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kaya raya, namun mereka sangat bijak untuk memakai kereta buruk atau motor buruk di hadapan pengundi sahaja. YB UMNO pula, menunjukkan kehebatan kebendaan mereka, menunjukkan kereta besar mereka. Maka dalam keadaan begini, rakyat terpaksa melihat kepada kelompok marhaen yang berkereta buruk itu. Namun persepsi ini nampaknya semakin berubah, jika anda ke parlimen, anda akan melihat YB-YB pembangkang turut juga menaiki kereta-kereta mewah seperti Lexus, Merc, BMW dan sebagainya.

Pengalaman penulis di Airport KLIA, penulis pernah melihat YB Datuk Chua Soon Bui (ketika itu masih dalam BN), hanya menaiki Teksi Airport menuju ke Parlimen. Manakala, penulis melihat sendiri, YB Datuk Ghapur Salleh menaiki kereta nasional Proton Persona sahaja. Dan penulis pernah melihat YB Lim Kit Siang (DAP) menaiki MPV Honda. Maksudnya persepsi sekarang semakin berubah-ubah.

Apapun, kita mesti melihat serius pandangan Dr Mahathir supaya memberi peluang kepada Guru dan Doktor sebagai calon BN kali ini. Penulis tidak hairan, dalam DAP mereka telah menggunakan guru-guru sebagai Calon mereka, sehingga Calon Guru di Kajang menang besar semasa PRU12.

Mari kita berkongsi pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm&arc=hive dan http://www.malaysiakini.com/news/193473 

Selamat membaca. Salam Hari Jumaat.

BUGIS SABAH MESTI ADA WAKIL DI DALAM RCI DAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

on Wednesday, March 28

Beberapa artikel penulis sebelum ini mendapat respon dari pembaca di Sabah. Namun pagi ini, penulis tersentak membaca artikel di bawah. Bagaimanakah YB Jimmy Wong, DAP, Sri Tanjung boleh diberi harapan permohonannya menjadi Anak Negeri Sabah. Bagaimanakah masyarakat Bugis Sabah yang sudah beratus tahun atau berpuluh tahun yang lahir di Sabah, ibu bapa mereka lahir di Sabah, ibu bapa mereka berada di Sabah sebelum tahun 1957, atau sebelum tahun 1963, atau ibu bapa mereka yang bekerja dengan Kerajaan British di Sabah, bersekolah dari Tadika hingga bekerja dan banyak lagi kategori...apakah beza mereka ini dengan YB Jimmy Wong ini.

Baca Laporan berita di bawah,

Akuan batal Sijil Anak Negeri ADUN Sri Tanjong dikemukakan

28/03/2012 2:14am

KOTA KINABALU 28 Mac — Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong daripada, Jimmy Wong.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri ahli DAP tersebut atas beberapa faktor.

Beliau berkata, ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.

"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.

"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah semalam.

Bagaimanapun, Hajiji berkata, keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas. — BERNAMA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penulis ingin mencadangkan supaya wakil-wakil Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS), Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Melayu Bugis Malaysia, Kecapi dan lain-lain NGO Bugis supaya mengambil bahagian di dalam RCI (Suruhanjaya Siasatan DiRaja) dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Kedua-dua saluran ini akan memberi banyak keuntungan kepada masyarakat Bugis di Sabah.

Hanya pandangan penulis, kita mestilah akur kepada peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan. Jika Rexy Mainaky dari Indonesia, Yuan Yu Fuang dari China dan banyak lagi yang diberi taraf kerakyatan Malaysia kerana sumbangan mereka kepada negara Malaysia, maka anda yang sememangnya layak sudah tentu tidak mempunyai masalah. Hanya nasehat penulis, ikuti segala peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.


ISU SALMAN RUSHDIE: IKUTI PANDANGAN KHOMEINI, ANWAR,JOHN ESPERITO, KRAUTHAMMER, FAISAL TEHRANI

on Thursday, March 22


DSAI tidak menyatakan perkara di atas di dalam blognya 


Isu DSAI menghadiri Majlis bersama-sama Salman Rushdie menjadi isu yang sangat penting dijawab oleh DSAI sendiri di dalam blognya. Tetapi beliau tidak berterus terang malahan mengambil temuramah di bawah untuk meyakinkan umat Islam di Malaysia. Namun, penulis mendapati DSAI tidak menyiarkan sepenuhnya, sebaliknya menyembunyikan sesuatu. Persoalannya kembali meningkat apakah DSAI tidak dapat memisahkan dirinya daripada menyokong Salman Rushdie dengan anutan Liberal dan Pluralisnya itu.

Jawapan DSAI di sini http://anwaribrahimblog.com/2012/03/20/pendirian-dato-seri-anwar-ibrahim-dalam-isu-salman-rushdie-dipetik-dari-asiaweek-1993/ sangat meragukan dan mencurigakan. Mengapa perlu sembunyikan sesuatu. Pandangan blog ini http://theunspinners.blogspot.com/2012/03/anwar-hadiri-india-today-conclave-yang.html menerangkan bahaya pergerakan Anwar dan Salman Rushdie yang kelihatannya semakin seiringan. Kita saksikan komentar-komentar mereka di bawah ini. Anda menjadi hakimnya. 


1. FATWA Imam Khomeini :


Dengan nama-Nya Yang Maha Tinggi
Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Rajiuun.

Saya beritahukan kepada kaum muslimin pemberani di seluruh dunia. Telah diterbitkan buku Ayat-ayat Setan yang menghina Islam, Nabi dan al-Quran. Penulis serta penerbit buku itu hukumannya adalah MATI!

Saya mengharap kepada seluruh kaum muslimin pemberani yang menemukan mereka di mana saja untuk membunuh mereka. Sehingga tidak ada lagi orang yang berani menghina hal-hal yang disucikan oleh kaum muslimin.

Siapa saja yang mati dalam usaha membunuh mereka, terhitung sebagai syahid Insya Allah. Perlu diketahui, bila seseorang mengetahui keberadaan si penulis buku, namun ia sendiri tidak dapat membunuhnya, maka ia harus mengabarkan kepada orang lain sehingga mereka yang akan melakukan pembunuhan itu dan ia dapat merasakan akibat dari amal perbuatannya.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

25/11/1367 (14 Pebruari 1989)

Ruhullah al-Musawi al-Khomeini

 

2. Anwar Ibrahim =

"I have read The Satanic Verses. I also read Midnight's Children much earlier. I think he's a profound writer. I disagree with him in The Satanic Verses, but you have to deal with this situation. First, it's a literary piece. And second, I think any ruling on any ill-doing of any person must be determined by a court of law. I don't believe it's legitimate for someone to make a pronouncement to condemn any person. If countries dispute the writings of Salman, it should be brought to trial. In Malaysia we chose just to ban the book, because if it weren't, there would be riots. Do you want to defend one man and have so many people killed? But these decisions are difficult because if there's no freedom of expression, then people feel intimidated every time they touch on what's considered to be a sensitive issue."

Menurut fahaman Anwar Ibrahim, The Satanic Verses yang hina Rasulullah tu ialah Karya Sastera yang perlu dihormati.


3. Faisal Tehrani=
Saya bawa satu contoh lain yang sudah berbelas tahun jauh dari kita (mungkin ada yang belum lahir waktu itu), tetapi untuk sesetengah orang yang Rasulullah itu sentral, ia selalu ingat. Yang tertindas misalnya ialah Nabi Muhammad kerana untuk kuasa Barat, tidak apa mencemuh agama sekalipun dengan alasan kebebasan berfikir. Misalnya novel The Satanic Verses di mana penghinaan terhadap baginda telah diwajarkan.

Yang tertindas tentunya kita kerana Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah untuk kita semua (baca: kemanusiaan). Pencaci baginda Rasul seperti Salman Rushdie, yang untuk sesetengah orang misalnya disanjung sebagai profound writer, tentu sahaja adalah penindas. Kerana itu Imam Khomeini segera menfatwakan penindas keji seperti Rushdie harus dihukum bunuh. Bukan dipertahankan. Tiada tolak ansur. Tidak mungkin seorang profound writer itu penindas. Tetapi, sesetengah orang kerana sudah mabuk, mungkin tidak bersetuju.." 

Siapakah yang dimaksudkan Faisal Tehrani...sesetengah orang sudah mabuk?

4.  John Esperito, Yahudi Amerika yang membela Anwar Ibrahim:

What's different from past events is how major Muslim leaders are condemning it. The fatwa against Salman Rushdie [after his novel "Satanic Verses" was regarded as blasphemous] brought more mixed reactions. They created a gray area. Now the Muslim mainstream is going on the record as saying this is not only irrational but unislamic. They are setting the stage for the possibility that this turns out to be a Muslim terrorist. They want to distance themselves"

Tulis John lagi, "The Ayatollah Khomeini's condemning of novelist Salman Rushdie to death for blasphemy for his Satanic Verses, combined with Iraqi President Saddam Hussein's call for a holy war against the West during the 1991 Persian Gulf War, reinforce fears of a political and cultural confrontation. This is magnified by some who, like Krauthammer, reduce contemporary realities to the playing out of ancient rivalries: "It should now be clear that we are facing a mood and a movement far transcending the level of issues and policies and the governments that pursue them. This is no less than a clash of civilizations--a perhaps irrational but surely historic reaction of an ancient rival against our Judaeo-Christian heritage, our secular present, and the worldwide expansion of both."

***John Esperito YahudiAmerika baca di 

5. Krauthammer 
Profesor yang kata Nabi Besar Kita Muhammad SAW sebagai pengganas. Anwar Ibrahim di dalam blog ataupun FBnya tidak pernah membantah kenyataan Krauthammer bahawa Rasulullah SAW sebagai Pengganas! John Esperito adalah sefikiran dengan Krauthammer.

Beberapa blog seperti http://mymassa.blogspot.com/2012/03/anwar-memang-sokong-salman-rushdie.html dan juga http://www.anwaraidc.com/?p=22762 sangat curiga dengan kehadiran DSAI di Majlis Salman Rushdie di India. Anda bagaimana?

AMANAT LEE KUAN YEW MENJELANG PRU

on Tuesday, March 20



Amanat Lee Kuan Yew: To Keep Singapore Going


Tanah Melayu: Kanak-Kanak Awal Merdeka 1957


Kereta YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia 1957 


Nostalgia : BN menang 51 daripada 52 kerusi

Pilihanraya semakin dekat, di mana-mana kawasan ramai hendak menjadi calon. Namun, rakyat semakin bijak, pendidikan yang mereka miliki menjadikan mereka peka kepada keadaan. Baik di dalam DAP, PKR, PAS, UMNO dan BN, semuanya bekerja keras. Perdana Menteri DS Najib memerlukan 2/3 majoriti untuk menjayakan Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya dari segala aspek Jasmani, Emosi, Rohani & Intelektual (JERI). 

Amanat Lee Kuan Yew dalam memoirnya yang terkenal itu, kalau PAP hendak memerintah dengan berkesan dan berjaya, PAP mesti menghapuskan semua musuh-musuh PAP, jangan benarkan mereka bernafas, sekali mereka mengkritik kerajaan saman mereka, jika mereka berdemo tangkap mereka, gunakan ISA, kalau sesiapa menulis yang buruk mengenai PM Singapura saman dan penjarakan mereka, jangan beri ruang pembangkang bernafas walau sehasta. Inilah syarat-syarat jika mahu Singapura maju. Jangan beri peluang pembangkang berdiri". Jika mahu kerajaan kuat, pembangkang mesti dilemahkan ke tahap paling lemah. Jika hendak melihat Singapura berjaya, pembangkang mesti dilemahkan dengan apa cara sekalipun. Inilah antara minda dan pengertian-pengertian yang disampaikan oleh Lee Kuan Yew dalam buku memoirnya itu". Di Malaysia Bagaimana? Bacalah dan tafisrkan minda Lee Kuan Yew di Memoir Singapura : Lee Kuan Yew). Adakah Lim Guan Eng sedang menggunakan cara yang sama di Pulau Pinang? Anda fikirlah sendiri. Sempatkah Singapura bercantum dengan Malaysia semula selepas PRU13? Adakah Lee Kuan Yew akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13 selepas gagal pada awal tahun 1960an dahulu? 

Anda yang menjadi pengundi akan menentukannya!

ORIENTALIS SEMAKIN BERTAPAK KUKUH DI MALAYSIA

on Wednesday, March 14

10 Tahun dahulu penulis telah mengupas tajuk di atas, bagaimana para Orientalis masuk satu demi satu ke kawasan Asia Tenggara. Di Malaysia, mereka masuk melalui pemimpin-pemimpin yang punya ambitios yang tinggi, terutama di dalam agenda Total Change dan menggulingkan Kerajaan (menurut pandangan Tun Dr. Mahathir). Apa yang didedahkan oleh blog-blog establish khususnya AIDC (anwaribrahimdot.com) mengenai kemasukan dana-dana asing khususnya dari Yahudi Amerika, bukan sahaja oleh NDI, KAF, NED,OSI, malah ianya turut didedahkan oleh individu-individu DAP yang sudah keluar parti. Katanya, wang kerajaan tidak akan mampu mengatasi dana-dana yang masuk dari NGO-NGO asing demi mencapai cita-cita agung mereka. Pengakuan terkini, http://www.anwaraidc.com/?p=22491

Cita-cita agung mereka bukan setakat merobah Kerajaan, bukan setakat menjatuhkan Perdana Menteri tetapi lebih daripada itu. Di dalam hal ini, penulis sangat percaya perubahan sikap yang ditunjukkan oleh pasukan Ulama di dalam PAS yang diketuai oleh Presiden PAS, Dr. Hassan Ali, Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus, YB Nasharudin Mat Isa dan banyak lagi adalah kerana kesedaran mereka akn ancaman ini. Dalam hal ini, penulis bukan baru bercakap mengenainya, tetapi lebih 10 tahun yang lalu penulis sudah mengutarakannya. Hanya ketika itu ianya tidak nampak lagi. Antara lain penulis menulis seperti ini,

Oleh itu, PRU 13 yang semakin dekat ini akan menjadi pertarungan paling hebat. Sebagai pemilih, kita semua tidak hendak lagi berada di bawah cengkaman penjajah. Bukanlah penjajah seperti dahulu, tetapi penjajah dalam bentuk baru (new colonoliasme), wajah baru dengan harapan Negara kita akan lemah dan hancur sebagaimana kejayaan mereka di Libya, Mesir, Iraq dan kini Syria.

Bukanlah maksud penulis kerajaan tidak membuat silap. Tiada manusia hatta kerajaan yang tidak buat silap melainkan nabi kita Rasulullah SAW. Perdana Menteri DS Najib dengan rendah diri memohon maaf kepada rakyat Kedah dan Selangor, dan sebagai PM yang baru, penulis yakin DS Najib mahu menjadi PM yang terbaik kepada zaman dan generasi selepasnya. Mengkritik kerajaan bukanlah tidak boleh, tetapi merosakkan kerajaan yang baik satu kesilapan yang maha besar. Penulis pun ada menulis perkara ini,


Di Sabah, walau dipujuk dengan apa sekali pun, YB Datuk Joseph Pairin Kitingan tidak akan meninggalkan BN buat kali kedua. YB Datuk Joseph Pairin Kitingan tidak akan mengeluarkan air matanya lagi atas kesilapan lamanya dahulu.

Selamat membaca.

BUGIS SABAH PERLU ADA SENATOR

on Wednesday, March 7

Dalam Dua Artikel penulis  iaitu  http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/03/rekod-bugis-sabah-sebelum-sabah-merdeka.html dan  http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html menerima banyak respon daripada pembaca. Saya ucap terima kasih kepada semua. 

Dalam hal politik, satu-satunya wakil masyarakat Bugis di DUN Sabah ialah YB Datuk Muis Picho. Penulis pernah beberapa menemuinya di Putrajaya dan semasa beliau mengiringi YB DSP Ghapur Hji Salleh di Parlimen. Pada tahun 2007, saya telah bercerita dengan Datuk Ghapur Salleh di lobi parlimen bersama-sama dengan Datuk Salleh Said Keruak. 

Dalam cerita itu, Datuk Ghapur Salleh telah menyebut nama Muis Picho dan Hamisah sebagai Calon PRU 2008. Ternyata apabila PRU 12 ketika itu, kedua-dua mereka ternyata terpilih. Sebenarnya beberapa minit sebelum Penamaan Calon di Seri Gaya, penulis telah menelefon Datuk Ghapur dan ternyata beliau terpilih lagi sebagai calon Kalabakan pada tahun 2008. Itulah antara sedikit kisah kami. 

Sebenarnya ramai orang tidak tahu, semasa mula-mula kemasukan UMNO ke Tawau. Dalam satu mesyuarat AJK USNO Bahagian Tawau ketika itu, tidak ada AJK USNO Bahagian Tawau yang mahu menandatangani borang menyokong kemasukan Datuk Ghapur Salleh sebagai ahli UMNO Bahagian Tawau. Hanya ayah penulis dalam mesyuarat itu mencadangkan dan menyokong supaya Datuk Ghapur Salleh diterima sebagai ahli UMNO Bahagian Tawau. 

Tujuannya satu sahaja ketika itu, supaya semua orang Melayu tanpa mengira apa suku Bugis, Jawa, Banjar, Arab, Tidung dan lain-lain supaya bersatu di dalam UMNO, itulah niat murni ayah penulis ketika itu. Tuan Haji Said Senang, ketika itu YB Merotai boleh mengesahkan perkara ini, dan lain-lain AJK USNO yang masih hidup. 

Ada orang kata kalau masuk UMNO akan dapat projek macam-macam, itu tidak benar sebenarnya, ayah saya sejak menjadi Penaja UMNO Tawau hinggalah sekarang tidak pernah menerima satu projek pun dari UMNO. Kerana bukan itu tujuannya. 

Berbalik kepada tajuk di atas. Ya...saya mencadangkan supaya Ketua-Ketua masyarakat Bugis supaya membuat kertas cadangan kepada Perdana Meneteri untuk dipertimbangkan satu jawatan Senator untuk masyarakat Bugis di Sabah. 

Kalau masyarakat Siam boleh apakah bezanya masyarakat Bugis di Sabah? Oleh kerana masyarakat Bugis di Sabah masih tidak diterima sebagai Bumiputera Sabah, maka kepada Kerajaan Persekutuanlah segala masalah masyarakat Bugis di Sabah boleh diatasi, kerana di dalam Perlembagaan Persekutuan masyarakat Bugis Sabah diiktiraf sebagai Melayu.  

Terlalu ramai yang hendak menjadi Calon PRU, tetapi kerusi masyarakat Bugis di Bahagian Kalabakan hanya ada satru sahaja. Walaupun ianya bukanlah dasar dan ketetapan parti, tetapi dalam konteks Sabah, amalan yang digunapakai ialah semua masyarakat diberi peluang dan mempunyai wakil di DUN Sabah. UMNO mengamalkan amalan ini. Sebab itu, selepas Datuk Dr Patawari tidak dicalonkan, tempat itu masih diberi kepada masyarakat Bugis iaitu Datuk Muis Picho. Soal siapa selepas itu kita tidak tahu, tiada siapa tahu dia akan menjadi Calon. 

Datuk Ghapur Salleh dalam pertemuan dengan saya di Parlimen ada menyatakan bahawa beliau mencadangkan semua AJK di Bahagian Kalabakan sebagai calon. Itu sudah bagus, tetapi tentulah tidak semua akan dapat bukan. 

Sebab itu, saya melihat jalan keluar kepada masalah ini ialah mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri supaya seorang Bugis dilantik ke jawatan Senator. 

Anda macam mana, bersetuju atau tidak? Saya yakin, jika Datuk Ghapur Salleh membaca cadangan ini, barangkali beliau juga akan menyokongnya kerana inilah satu cadangan untuk menyelesaikan perebutan semua orang mahu menjadi calon. Saya tidak tahu apa pendapat anda?


REKOD BUGIS SABAH SEBELUM SABAH MERDEKA (SIRI 2)

on Saturday, March 3

Thesis PhD oleh Lee Ong Leong, Sarjana Univerisiti Singapore, mengesahkan kewujudan Mayarakat Bugis di Sabah dalam kajiannya sebelum tahun 1958 
(Sabah hanya Merdeka pada 16 September 1963) 

JUMLAH MASYARAKAT BUGIS SEBELUM TAHUN 1958 DI TAWAU YANG DIREKOD SAHAJA DI SATU ESTATE IMAM DI BORNEO ABACA LIMITED. 

Perumahan Awal Masyarakt Bugis Di Tawau, Sabah pada awal tahun 1950. 

Pada siri kedua kelak, saya akan menunjukkan bukti-bukti daripada tulisan Sarjana Belanda dan bekas pegawai-pegawai Belanda dan British yang menjajah daerah Tawau sekitar tahun 1770-an dan sekitar tahun 1870-an.

Kajian sarja membuktikan bahawa masyarakat Bugis di Sabah sudah wujud lebih awal daripada kedatangan masyarakat Cina ke Sabah. Malah lebih awal daripada kemasukan masyarakat lain ke Sabah beratus-ratus tahun sebelum syarikat-syarikat British dan Belanda sampai ke Sabah. Maka status Bumiputera perlu diberikan kepada masyarakat Bugis di Sabah. Kerajaan Negeri diminta pro-aktif di dalam hal ini.

Selamat Membaca.

Nota: Persatuan-Persatuan Bugis di Sabah sepertim PKBS, Bugis Sabah, Persatuan Rumpun Bugis Melayu, Kecapi dan lain-lain. Sumbangan Dana dari anda diharapkan untuk mendedahkan Sejarah sebenar ini kerana kebanyakan Surat-surat lama, Manuskrip lama dan gambar-gambar lama berada di London dan Amstterdam. Ianya dalam bentuk mono skrip, gambar lama, akhbar lama dan sebagainya. 

Kajian ini sangat penting, namun saya tidak mempunyai dana untuk semua itu. Apa yang saya usahakan ini hanyalah untuk masa depan generasi kita supaya kelak mereka akan dapat memberi sumbangan dengan lebih baik kepada agama, bangsa dan negara kita. 

Saya sedang berfikir untuk menjadikan perkara ini sebagai thesis PhD saya. Mudah-mudahan usaha ini menjadi sumbangan saya yang sangat kecil untuk generasi saya di Sabah.

Salam hormat.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan