KENANGAN BERSAMA WAKIL RAKYAT

on Tuesday, April 24

 Kenangan Bersama DSP Ghapur Hj. Salleh (1993). Ketika Itu Penulis Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Pertama Bombalai & Beliau Pula Baru Memenangi Ketua Bahagian UMNO Tawau
Semasa proses mendaftar ahli-ahli USNO dan ahli-ahli baru ke dalam UMNO dahulu (1990), Tuan Hj Said Senang yang merupakan Wakil Rakyat Merotai ketika itu memberi ruang yang banyak kepada AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau. Beliau membenarkan Pejabat ADUN Merotai di Wisma Bumi dijadikan pusat mendaftar, mesyuarat AJK dan sebagainya untuk memastikan kelancaran pendaftaran ahli-ahli USNO ke dalam UMNO.

Keihlasan sangat penting dalam perjuangan. Maka itu, Cawangan Kg. Pertama Bombalai di mana ayah penulis merupakan Ketua Cawangan telah berjaya mendaftar lebih 250 ahli daripada pelbagai suku kaum Bugis, Jawa, Tidung, Suluk dan sebagainya.  Cawangan ini merupakan antara cawangan terbesar di Bahagian Tawau (sekarang Bahagian Kalabakan).

Semasa penulis aktif berpolitik dahulu, penulis turut membantu mengisi borang dan sebagainya. Penulis sering dibawa oleh YB Tuan Haji Said Senang ke kampung-kampung. Hj Said Senang bukanlah ahli politik yang kaya atau mempunyai wang ketika itu, tetapi beliau sangatlah kaya hati. Beliau akan bersalam dengan semua orang di mana sahaja.

Satu perkara yang sangat baik ialah di mana-mana Tuan Hj Said Senang melawat, beliau akan cari surau atau masjid untuk bersolat. Pernah satu malam, ketika satu majlis di Merotai, kami berjalan kaki mencari surau. Beliau akan tinggalkan cerita panjang di dalam majlis untuk mencari surau nak bersolat.

Dalam Pilihanraya tahun 1986 dan 1990 kalau saya tidak silap, Hj Said Senang bermalam di Masjid Nurul Iman Bombalai pada pukul 2 hingga 4 pagi jika saya tidak silap. Saya lihat beliau solat sunat dan berzikir. Pada keesokan harinya beliau ke bandar menunggu keputusan pilihanraya. Ternyata beliau menang. Rumah beliau sangatlah sederhana, hanya rumah kayu dan di kawasan penduduk kampung sahaja, bukanlah di kawasan elit dan berpisah dari penduduk kampung.

Ada orang berkata kalau rapat dengan YB ne banyak dapat projek dan sebagainya. Sebenarnya itu sangat tidak tepat. Sepanjang bersama dengan YB Hj Said Senang, beliau suka datang ke rumah saya di Kg Mawar dan Kg Pertama Bombalai, Nak tahu apa dia suka ambil, dia suka ambil bunga-bunga kertas yang ayah saya tanam. Dia sangat suka sebab ayah saya sangat pandai tanam bunga kertas (bunga kertas kahwin).

Semasa Hj Said Senang hendak naik haji, ayah saya menurunkan dia dari rumah. Inilah satu adat di mana acara menurunkan bakal haji dari tangga rumah diadakan dengan doa-doa yang sesuai semasa majlis tersebut.

Kali terakhir saya berjumpa Tuan Hj Said Senang ini 5 tahun yang lalu. Semoga beliau sihat sahaja. Minggu depan bersambung pula pengalaman penulis bersama YB yang lain pula.

Selamat Membaca.


DS NAJIB SEMAKIN ISLAMIK

on Tuesday, April 17

DS NAJIB MEMULAKAN AYAT SUCI AL-QURAN MENJADI BACKROUND 

Keberanian DS Najib melaksanakan Transformasi, sama ada secara berhemah baik dalam Kerajaan mahu pun dalam parti UMNO, dilihat semakin hari semakin berjaya. Penerapan Nilai-Nilai Islam oleh Tun Dr. Mahathir dahulu masih diteruskan oleh DS Najib.

Jika anda mengikuti Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, satu perkara yang amat-amat dijaga oleh DS Najib ialah beliau akan berada di tapak perhimpunan 5 minit atau 10 minit sebelum Majlis Perhimpunan dijalankan. Beliau sangat-sangat menepati masa. Kadangkala ada pemimpin yang sekali dua sahaja menepati masa, namun DS Najib menjadikan ianya amalan. Dahulu, Tun Dr. Mahathir akan memasuki pejabat Perdana Menteri 15 minit atau pun 20 minit awal, walaupun masa pejabat pukul 8.00 pagi.

Di dalam perhimpunan, sebelum ucapan beliau Doa dimulakan dan beliau tidak mengambil masa yang berjela-jela semasa memberi ucapan. Isi ucapan beliau padat dan fakta, memaklumkan pencapaian, memberitahu aspirasi rakyat, menyampaikan visi beliau dan misi negara, beliau tidak memburuk-burukkan mana-mana pemimpin lain.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana DS Najib mengIslamikkan banyak perkara, ianya adalah simbolik kepada kesucian agama Islam di Malaysia, simbolik kepada azam DS Najib memartabatkan Islam di dalam pemerintahan dan kerajaan.

Namun, manusia adalah manusia, tiada manusia yang maksum melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia yang agong dan suci melainkan Rasulullah SAW, tiada manusia tidak melakukan dosa melainkan Rasulullah SAW, maka jika dosa itu kerana qada dan qadar Allah SWT untuk memberi tarbiyyah dan hidayah dengan disusuli memohon ampun kepadaNYA (sedikit sedutan buku La' Tahzan/Don't Be Sad oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni), maka itu sangat-sangat baik jika ianya akan menjadikan kita insan yang semakin baik dan baik. Penulis perlu baca beberapa buku tasauf dan tarekat lagi.

Maka, jika PM DS Najib menuju ke arah Islam, menuju ke arah kebaikan, sedang menjadi Pemerintah yang terbaik, mengumpul segala alim ulama di sekelilingnya, mencuba sedaya upayanya, bukankah Allah SWT lebih tahu akan apa yang berlaku.

Semasa penulis melawat TS Harussani, Mufti Perak, penulis terpegun kerana Pejabat Raja Nazrin, bakal Raja Perak hanya bersebelahan sahaja. Inilah dia, umara dan ulama semakin dirapatkan.

Penulis yakin, negara kita akan menjadi sebuah negara Islam yang lebih baik tidak lama lagi. Marilah kita sama-sama memberi sokongan.

Asal : 17.4.2012
Ubah Font/Warna : 2.1.2014



NEGARA SINGAPURA & NEGERI JOHOR

on Friday, April 13

Kunjungan penulis di negeri Johor Darul Takzim baru-baru ini ingin dikongsikan bersama dengan pembaca, bagaimana kerajaan Johor dan Kesultanan Johor memulihara sejarah mereka, senibina mereka dan survival mereka melalui pusat pemerintahan baru kerajaan Johor. Di atas adalah salah sebuah bangunan utama pusat pentadbiran kerajaan Johor. Bentuk bangunan utamanyaa masih seakan sama dengan Bangunan Sultan Abu Bakar di Bandaraya Johor Bahru. 

Bagaikan berada di Al-Hambra atau di Maghribi, namun ini di Malaysia.

Ukiran seni bina Islam dan Melayu digabungkan di kesemua tiang utama.

Tulisan Jawi diutamakan.

Setiap aras/tingkat terdapat surau yang selesa.

Bagaikan di Mesir.

Namun, hanya beberapa meter di sana adalah negara Singapura. Di negara Asia Barat, negara haram Israel yang kecil itu sudahpun berjaya menumbanagkanatau melemahkan negara-negara Islam seperti Iraq, Jordan, Kuwait, Libya, Yaman, Arab Saudi, Lebanon dan kini berusaha melemahkan dan menghancurkan negara Syria dan Iran. Di Asia Tenggara, Singapura adalah anak emas Amerika dan Israel, jika kamu menyentuhnya kamu akan menjadi seperti negara-negara Islam di atas. tetapi Presiden Habibi pernah berkata, "lihat peta dunia, negara kamu hanya satu titik..."


Gambar diambil melalui BlackBerry First Model, 3.0mf.

BISIKAN PERDANA MENTERI DAN TRANSFORMASI

on Sunday, April 1

Hari Pertama DS Najib Sebagai PM:Penulis Berbaju Biru
1. KETIKA peralihan kuasa di antara Pak Lah dengan DS Najib pada tahun 2009, penulis segera bergegas ke bangunan Perdana Putra untuk mengucapkan Selamat Jalan kepada Pak Lah, dan memberi Ucap Tahniah kepada YAB DS Najib.

2. Penulis telah berbisik kepada Pak Lah supaya teruskan berjuang dan jangan lupakan 'sahabat'. Semasa penulis mengajar di SMK Abaka, Tawau (1992-1995) dan (1998-2002), pengetua SMK Abaka ketika itu berbisik kepada penulis supaya sampaikan salam kepada Pak Lah, katakan bahawa beliau juga adalah Sahabat. Pada mulanya penulis ingat "sahabat" itu sebagai sahabat biasa, rupa-rupanya ianya adalah satu ikatan persahabatan, persaudaraan dan ukhuwah yang sangat jitu. "sahabat" ini sangat murni perjuangan mereka, yakni memastikan umat Islam, orang Melayu, Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu kekal didaulatkan sebagaimana termaktub di dalam perlembagaan.

3. Penulis berbisik kepada Pak Lah, "Pak Lah, teruskan perjuangan, jangan lupa sahabat-sahabat kita". Pak Lah menjawab, "Insyaallah, saya tidak akan lupakan Sahabat, katanya lagi, pastikan semua sahabat beri sokongan padu kepada pengganti saya". Semasa bertemu di rumah beliau berdekatan Istana Negara pada tahun 2008, penulis sempat juga menyampaikan idea-idea penulis tentang isu-isu terkini. Rujuk di http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/06/perbincangan-dengan-pak-lah.html

4. Berbalik kepada DS Najib, selepas bersalam dengan YAB DS Najib yang ketika itu baru sejam lebih menjadi Perdana Menteri, penulis berbisik kepada beliau juga, "Datuk Seri, kami akan memberi sokongan kuat kepada Datuk Seri". Sambil penulis menunjuk kepada rakan-rakan penulis yang turut datang meraikan DS Najib yang menunggu nun jauh di bawah. Kami sama-sama mengenakan pakaian Baju Melayu.

TRANSFORMASI
5. Sudah 3 tahun lebih DS Najib bercakap mengenai Transformasi, ramai yang faham tetapi ramai lagi yang masih samar-samar. Khususnya Transformasi Politik di dalam UMNO.

6. PRU13 semakin dekat, tetapi ramai yang tidak mempunyai jiwa besar sebesar jiwa YaBhg. Tun Dr. Mahathir, ataupun sebesar jiwa DS Idris Jusoh yang sudah awal-awal berkata berilah peluang kepada orang-orang muda yang berpendidikan, berpandangan jauh dan berpandangan besar. Tun Dr. Mahathir bercakap kenapa UMNO tidak pilih golongan Guru yang sekarang berjumlah mendekati 600,000 orang di seluruh negara. Calon Guru DAP di Kajang menang besar pada tahun 2008. Begitu juga calon Doktor, sebab itulah PAS menggunakan kelemahan ini dengan menjemput semua para Doktor menyertai parti itu.

7. UMNO Bahagian satu institusi yang mesti dihormati, tetapi apabila YAB Presiden UMNO sudah membuat keputusan, maka hendaklah penghormatan itu dikembalikan semula kepada YAB Presiden. Ketua Bahagian boleh calonkan sesiapa sahaja, tetapi keputusan mutlak di tangan Presiden Parti.

8. Di peringkat Kerajaan, YAB DS Najib mula memberikan kradit kepada sesiapa sahaja kakitangan kerajaan yang memiliki akademik yang semakin baik. Ramai kakitangan kerajaan menaikkan pendidikkan mereka dari sijil kepada diploma, dari diploma kepada Ijazah, dari Ijazah kepada Sarjana, dari Sarjana kepada PhD dan seterusnya.

Perubahan atau transformasi ini perlu difahami di dalam parti UMNO juga. Datuk Zahid Hamidi sendiri melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Malah Ketua Menteri Melaka bersama-sama penulis mengambil Master di Universiti Malaya. Negara Singapura adalah negara Maju, negara Malaysia juga hendak menjadi negara Maju dengan target tahun 2020. Di Singapura, anda mesti memiliki sekurang-kurang satu ijazah untuk menjadi wakil rakyat. Ini adalah realiti. Inilah Target YAB DS Najib, dengarilah ucapan beliau dalam konteks Transformasi politik baik-baik.

9. Kita sudah lebih 50 tahun merdeka, seharusnya perubahan dan transformasi yang ingin dibawa oleh YAB DS Najib difahami oleh semua ahli-ahli UMNO di semua peringkat.

10. Apa pun sesiapa yang dicalonkan kelak, kita akan memberi sokongan. Pandangan penulis di atas adalah pandangan peribadi penulis. 

Selamat membaca.

Asal : 4.1.2012
Ubah Font/Warna : 2.1.2014

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan