KENANGAN BERSAMA YDP PAS SABAH

on Saturday, May 26

SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DICUCURI RAHMAT ILAHI
AL-FATIHAH
TERLEBIH dahulu marilah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Datu bandira Datu Alang, mantan YDP PAS Sabah yang sudah lama kembali ke rahmatullah. Hubungan peribadi saya dengan allahyarham terjalin pada tahun 1990 jika tidak silap, sewaktu itu allahyarham memegang jawatan penting di FELDA. Kebetulan isteri allahyarham, Puan Natrah Saman jika tak silap ejaan, sekarang menjadi Pengetua Cemerlang di SMK Teknik, Arau, Perlis adalah guru Ekonomi saya semasa tingkatan 6.

Kali terakhir saya menemui allahyarham Datu Bandira sekitar pertengahan tahun 2003 jika tidak silap, ketika itu beliau ada majlis dengan ahli-ahli PAS di Kota Kinabalu. Beliau masih mengekalkan pembawaan lama beliau yang suka membaca dan menulis, beliau adalah seorang penulis puisi yang baik. Saya pernah membacanya. Malah Perkampungan Sasterawan Negara julung kalinya di Tawau (1990) diketuai oleh beliau ketika itu memegang jawatan Pengerusi BAHASA (Badan Bahasa Sabah) Cawangan Tawau dan saya bertindak sebagai pembantu peribadinya. Majlis ini sungguh berjaya kepada masyarakat Tawau. Kehadiran Sasterawan Negara seperti SN Abdullah Ahmad, SN Dr Ridhwan, SN A Samad Said dan lain-lain sangat penting kepada daerah Tawau ketika itu.

Allahyarham ketika awal politiknya, bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau sekitar 1993 jika tak silap. Saya sempat membantunya sehingga ke Felda Umas. Walaupun beliau tewas, namun pertolongan beliau kepada orang-orang Islam di Felda sebenarnya banyak ketika itu, cuma tidak diuar-uarkan. Semasa hayatnya, beliau berjaya menulis sebuah buku mengenai suku kaum Irannun di Sabah kerana beliau berketurunan Irannun. Saya sempat mengikuti perjalanan hidup beliau ketika itu antara lainnya kesungguhan beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Filiphina, dan kesungguhan beliau mengkaji sosiobudaya masyarakat Bugis sehingga ke Sulawesi Selatan.

Ketika hayatnya, walaupun kami berbeza pandangan politik, namun keakraban antara sifu dan anak murid sentiasa dihormati.

Lama kemudian, ketika melawat Langkawi, saya berjumpa dengan isteri beliau Cikgu Natrah, Alhamdulillah beliau sehat dan begitu juga anak-anaknya.

Begitulah hidup kita, sejak azali telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita sebagai hambaNYA hanya tekun menjalankan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tiap-tiap yang hidup akan pergi, semoga roh allahyarham dicucuri rahmat Ilahi. Al-Fatihah.


SILA SEMAK NAMA ANDA

on Thursday, May 17


PENERIMA Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Datuk Mary Yap Kain Ching bekas Pengetu Cemerlang SMK Teknik Tawau, Mengharumkan Nama Daerah Tawau & Negeri Sabah

Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran http://www.moe.gov.my/naikpangkat/naikpangkat.php?act=check mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selaras dengan usaha menambah baik skim perkhidmatan pendidikan, peruntukan tempoh minimum kenaikan pangkat secara ‘time-based’ berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lalu.

Beliau menarik perhatian, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, lapan tahun (DG44 ke DG48), enam tahun (DG48 ke DG52) manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).
Menurutnya, bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma pula, pemegang gred DGA29 hanya memerlukan lapan tahun untuk ke DGA32, lapan tahun (DGA32 ke DGA34) dan lima tahun (DGA34 ke DGA38).

Muhyiddin berkata, lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, 390 guru telah dinaikkan pangkat ke gred DG54, 676 (DG52), 3,938 (DG48) dan 19,805 (DG44). ‘‘Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 dinaikkan ke gred DGA38 manakala 2,639 (DGA34) dan 9,519 (DGA32)," katanya.

Selain itu, kata beliau, proses kenaikan pangkat pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan penolong kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran. Setakat ini, kata beliau, 854 pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala 4,270 penolong kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48.

Kenaikan pangkat itu kata Timbalan Perdana Menteri, melibatkan pengetua dan penolong kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 serta yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010.

‘‘Bagi penyandang jawatan penolong kanan gred DG48 ke gred DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan penolong kanan gred DG44 ke gred DG48 iaitu seramai 2,655 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Menurut Muhyiddin, peruntukan sebanyak RM934 juta bagi urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan berpersonaliti unggul.

TARIKH PARLIMEN BUBAR & KISAH SANUSI JUNID

on Monday, May 14



 
Nampaknya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sudah melahirkan kenyakinan dihadapan ratusan ribu penyokong UMNO di Staidum Bukit Jalil menguatkan spekulasi bahawa PRU 13 dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Menurut sumber maklumat dalaman, banyak program-program berkaitan dengan kerajaan juga dalam bulan Jun dikhabarkan akan ditangguhkan. Sejauh mana kebenarannya, hanya Perdana Menteri sahaja yang akan buat keputusan. Sebagai ahli UMNO, kita akan terus bekerja untuk memastikan kemenangan UMNO & Barisan Nasional. 
 
Kepada yang terpilih sebagai calon BN tahniah diucapkan semoga anda mencapai kemenangan. Kepada yang tidak terpilih kali ini, pelbagai cara lain untuk anda menyumbangkan khidmat bakti, tenaga dan fikiran untuk memajukan negara kita.
 
Kita tunggu beberapa hari selepas kembalinya Perdana Menteri dari luar negara.

NAIK GAJI LAGI

on Tuesday, May 1



Syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi. Kadar gaji minimum bagi Semenanjung Malaysia ditetapkan RM900 sebulan (RM4.33 sejam), manakala bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak RM800 sebulan (RM3.85 sejam). Perdana Menteri berkata, kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum. Kerajaan  memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan.

Kita bersyukur di atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
 

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan