EKSKLUSIF BERSAMA TUN DR. MAHATHIR

on Wednesday, August 29

SAYA DAN TUN. DR. MAHATHIR

SEMALAM 28 Ogos 2012, telah berlangsung pertemuan antara saya dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pejabat beliau di tingkat 86, Bangunan Petronas, KLCC. Pertemuan berlangsung selama 40 minit dengan ditemani pembantu khas saya saudara Faizal.

Dalam pertemuan itu saya telah mengutarakan beberapa perkara antaranya buku terbaru saya "Dilema Melayu Sabah", perpaduan bangsa Melayu khususnya di Sabah, pendidikan dan sebagainya. Tun Dr. Mahathir memberi layanan yang sangat baik kepada saya, malah beliau turut memberikan beberapa cadangan yang sangat bernas.

Dalam konteks Melayu, Tun Dr. Mahathir merujuk kepada definisi Perlembagaan Persekutuan di mana jika seseorang itu beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu maka dia adalah Melayu. Tidak perlu lagi dipersoalkan. 

Tun Dr. Mahathir memberi beberapa contoh antaranya Datuk Seri Sanusi Junid orang Acheh, di Selangor kebanyakan pemimpin dan Menteri Besar adalah orang Jawa, Tan Sri Syed Hamid Albar keturunan Arab dan banyak lagi. Mereka semua adalah Melayu dan sudah termaktub dalam perlembagaan.


Begitu jugalah di Sabah, jika seseorang itu sudah berdaftar dengan memohon untuk menjadi warganegara Malaysia dan selepas dia layak dengan permohonannya dengan mengambilkira tempoh tahun dia duduk di Sabah, lulus dalam temuduga, lulus dalam tapisan keselamatan, bercakap bahasa Melayu dengan baik, beragama Islam bagi yang beragama Islam, mengamalkan adat budaya bangsa Melayu, dan sudah lulus semua proses memohon kewarganegaraan, maka dia adalah rakyat Malaysia dan tidak perlu risau lagi akan kedudukannya.
KUALA LUMPUR DARI TINGKAT 86, PETRONAS TOWER

Dalam hal ini, Tun Dr. Mahathir berpendapat perlu ada satu Badan untuk membantu menyelesaikan masalah "state less" ini dengan menunjukkan cara-cara yang betul dan mengikut peraturan. Ramai anak-anak kelahiran di Sabah memiliki taraf Bukan Warganegara atau Kewarganegaraan Belum Ditentukan. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh YB SAPP di Parlimen bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut. Dalam hal ini, Tun Dr. Mahathir menasihatkan mereka supaya mendaftarkan diri kepada jabatan-jabatan kerajaan yang telah diberi kuasa seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan sebagainya. 

Berkenaan RCI, saya mempunyai pandangan yang berbeza dengan Tun Dr. Mahathir di mana saya berpandangan RCI ini penting ditubuhkan kerana ianya permintaan komponen BN Sabah juga, kedua saya yakin RCI ini akan dapat menunjukkan jalan keluar menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin atau pekerja asing dengan izin atau pekerja asing tanpa izin. Ketiga, saya yakin RCI ini turut dapat menyelesaikan isu-isu "state less" dan kewarganegaraan belum ditentukan. Pada saya, kita tidak perlu risau dengan RCI. Ia pasti akan memuaskan hati semua pihak.

Di akhir pertemuan, Tun Dr. Mahathir menurunkan tandatangan di atas buku "Doktor Umum".

BUKU DOKTOR UMUM 



TS ABD.KADIR SHEIKH FADZIR

on Monday, August 27

TS Abd.Kadir Sheikh Fadzir Sangat Menghormati Tun Dr. Mahathir

1. Saya rasa sangat terhibur apabila orang cuba untuk menganalisis pendapat saya dan tindakan saya semasa saya menjadi Perdana Menteri.
2. Saya bukanlah seorang yang sangat intelektual tetapi saya mengakui bahawa saya menggunakan minda saya lebih kerap daripada kebanyakan orang lain.
3. Saya rasa dengan keputusan yang rendah dalam Peperiksaan Senior Cambridge saya barangkali tidak seharusnya dimasukkan dalam College of Medicine. Terdapat tujuh Melayu yang keputusan semua sangat rendah berbanding pelajar-pelajar lain. Nampaknya British telah mengamalkan tindakan afirmatif dalam tahun 1947.
4. Ia tidak memerlukan seseorang yang sangat bijak untuk melihat bahawa orang Melayu secara amnya miskin berbanding dengan orang lain di negeri Kedah dalam tahun 1930-an, 40-an dan 50-an, tahun-tahun apabila saya membesar di Alor Star. Mereka jelas menghadapi dilema sama ada untuk mendapatkan sesuatu kekayaan negara mereka untuk diri sendiri atau hanya kekal di situ. Oleh itu saya menulis buku "The Malay Dilemma" untuk menghuraikan isu ini.
5. Ia juga tidak memerlukan intelektual untuk belajar dari orang-orang yang berjaya. Jepun dan Korea berjaya dalam membangunkan negara mereka selepas kemusnahan  oleh peperangan. Jelas sekali jika kita mahu membangunkan Malaysia, kita perlu belajar dari orang-orang yang berjaya. Oleh itu, saya mencadangkan satu dasar iaitu Dasar Pandang ke Timur.

6. Jika anda mahu pergi ke satu-satu tempat, anda mesti menentukan destinasi anda dengan tepat. Dalam hal ini, destinasi yang tepat itu ialah kita mahu membangunkan negara kita. Destinasi yang lebih jelas jelas sudah tentulah kepada negara-negara maju. Oleh itu, langkah-langkah yang perlu diambil mestilah kepada orang-orang yang mahu membawa negara kita kepada status negara maju. Oleh itu, saya mencadangkan pula Wawasan 2020.
7. Saya harus mengakui bahawa jika saya tidak mempunyai kuasa saya tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk mencapai sasaran ini. Ia adalah kuasa yang diberikan oleh jawatan Perdana Menteri yang tidak diberikan kepada orang lain.
8. Sesiapa sahaja di kalangan kita boleh bermimpi. Ramai rakyat Malaysia mungkin telah bermimpi tetapi pihak berkuasa memberi peluang untuk melaksanakan mimpi.
9. Saya bukanlah orang yang sangat kompleks. Tiada misteri tentang apa yang saya lakukan. Jika Perdana Menteri lain mahu melakukan apa yang saya lakukan, mereka boleh. Tetapi jika mereka mempunyai agenda lain maka mereka akan hadir untuk memenuhi agenda mereka. Ia adalah semudah itu. Ada benar-benar ada keperluan untuk memikirkan kerumitan proses pemikiran dan misteri melakukan perkara-perkara yang mudah.

Pandangan Tun Dr Mahathir ini anda boleh baca asalnya dalam bahasa Inggeris di sini  http://chedet.cc/blog/?p=827#more-827. 

Jika terjemahan saya tidak tepat saya mohon maaf, ianya kerana mungkin sudut pandangan saya silap. Apa pun, saya fikir pandangan Tun Dr. Mahathir ini boleh juga dibaca dalam buku terbarunya "Doktor Umum". Saya lihat banyak kesamaan. Saya turut mengkaji pemikiran Tun Dr Mahathir dalam buku terbaru saya "Dilema Melayu Sabah" di sebelah.

RCI SABAH : PANDANG DEPAN

on Friday, August 17

AKU ORANG KAMPUNG LAGU SABAH YANG POPULAR DI SEMENANJUNG

Mengikut Perangkaan Tahun 2010, jumlah penduduk Sabah ialah 3.2 Juta orang. Apabila kita melihat kepada jumlah tersebut ia sangatlah kecil berbanding jumlah penduduk Singapura yang mendekati 6 Juta orang perangkaan yang sama pada tahun 2010.

Tetapi Warganegara Singapura hanya lebih kurang 3.5 Juta orang sahaja, selebihnya 2.5 Juta orang adalah Warganegara Asing.

Manakala di Sabah daripada 3.2 Juta penduduk, 2.3 Juta orang adalah Warganegara, manakala hanya  889,779 orang adalah Warganegara Asing.

Di Singapura, kerajaan mereka tidak membuat RCI kerana mereka amat memerlukan pekerja asing untuk memajukan negara Singapura. Sebaliknya di Sabah, dalam sektor-sektor penting seperti Perladangan, Restoran, Kebun Sayur dan Perindustrian amat-amat memerlukan pekerja Warganegara Asing ini. Jika tidak, ekonomi negeri Sabah gerenti akan lingkup. Inilah hakikatnya.

Dalam perangkaan itu juga, Masyarakat Kadazan masih merupakan Bumiputera Terbesar dengan jumlah sebanyak 568,575 orang, manakala Masyarakat Bajau dengan jumlah kedua terbesar iaitu 450,279 orang, diikuti masyarakat Cina ketiga terbesar iaitu sejumlah 295, 674 orang.Manakala Masyarakat Murut dengan jumlah 102,393 orang.

Masyarakat India di Sabah kini mencecah 7,453 orang.

Dengan angka-angka tersebut, saya berpandangan masyarakat KDM tidak perlu terlalu risau dengan perubahan dan peredaran dunia global seperti ini. Kita tidak dapat menghalangnya. 

Kebimbangan masyarakat KDM ialah apabila masyarakat Melayu, Bumiputera Lain dan Lain-lain ini pula lebih ramai daripada masyarakat KDM sendiri.  Isu ini saya akan kupas minggu depan. 

Saya perlu mendapatkan data yang lebih detail apakah yang dimaksudkan Melayu di Sabah, contohnya apakah Melayu dari Semenanjung yang berkahwin dengan orang KDM dan anaknya itu digazet sebagai Melayu kah atau KDM kah ,atau juga Melayu Brunei, atau ada Melayu lain. Ia perlu dihuraikan secara adil kerana jumlah masyarakat Melayu di Sabah kini ialah 184,197 orang.

Kedua, saya perlu dapatkan yang detail siapakah yang dimaksudkan Bumiputera Lain dan Lain-Lain itu.

Jumpa lagi.



YB NASHARUDIN ISTIQAMAH BERSAMA UMNO

on Tuesday, August 14




Bukanlah satu rahsia besar lagi bahawa YB Nasharudin Mat Isa Ahli Parlimen dari Pas sudah lama bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak, TPM dan Menteri-menteri UMNO. Bukan rahsia lagi bahawa YB Nasha sudah lama menjauhkan diri dari Partinya Sudah lama juga tidak bercakap mengenai partinya. Beliau umpama, jasad dan minda sudah jauh dari partinya sendiri.

Khalayak partinya tertanya-tanya dan tidak mempunyai jawapan yang tepat mengapa YB Nasharudin dibiarkan bebas bergerak menyokong UMNO, tidak dipecat sebagaimana YB Datuk Dr Hassan Ali.

Apalah nilai hijrah DSP Lajim Ukin kepada Anwar berbanding Hijrah YB Nasharudin kepada DS Najib dan UMNO. Apalah nilai gambar DSP Lajim bersama Anwar jika hendak dibanding YB Nasharudin dengan DS Najib dan UMNO. 

Apakah Presiden Pas sengaja menghantar YB Nasharudin supaya cita-cita kerajaan perpaduan mereka yang tertangguh dapat diteruskan semula.

YB Nasharudin yang dulunya dipuji-puji di dalam Partinya, apakah kini beliau masih dipuji-puji oleh partinya selepas beliau semakin istiqamah bersama DS Najib dan UMNO.

Saya telah menulis banyak tentang YB Nasharudin dalam blog saya ini. Antara ramalan saya ialah YB Nasharudin akan menyertai UMNO, sebuah parti yang realistik dalam perjuangan menegakkan syiar Islam, bangsa Melayu dan keselamatan tanah air.

Ramalan saya yang kedua ialah YB Nasharudin akan menjadi Menteri atau Timbalan Menteri di dalam UMNO.

Saya telah meramal banyak benda sebelum ini, seperti saya meramal YB Datuk Dr Hassan Ali akan keluar setahun dua sebelum beliau dipecat, saya juga meramal Dato Mukhriz akan menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, saya juga meramal kerajaan Dap Perak akan tumbang beberapa bulan sebelum ia tumbang. Anda boleh search dalam blog ini, dan ianya benar berlaku. Tapi saya bukan ahli nujum, saya rasa ianya kebetulan.

Kali ini saya meramalkan, YB Nasharudin akan menyertai UMNO dan menjadi Menteri atau Timbalan Menteri UMNO. Hanya masa yang akan menentukan. 




DI SEBALIK RCI SABAH

on Sunday, August 12


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima individu yang bakal menganggotai panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di Sabah.

Kelima-lima panel tersebut adalah: 

1. Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, 
2. Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Datuk Dr Kamaruzaman Hj Ampon, 3. 3. Bekas Peguam Negeri Tan Sri Herman Luping, 
4. Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk K.Y. Mustafa, dan 
5  Tokoh korporat Datuk Hendry Chin Poy.

PM berkata "Saya ambil kira permintaan rakyat menerusi kepimpinan BN (RCI). Sebab itu saya tubuhkan RCI. Semua pemimpin BN Sabah mahukan,".



---------------

Di dalam isu ini, saya sendiri telah berjumpa intelektual Kadazan Dusun Murut (KDM) di UMS baru-baru ini, dan saya mengesan kebimbangan masyarakat KDM di mana pandangan mereka ialah masyarakat pendatang semakin ramai di negeri Sabah. Statistik Jabatan Perangkaan Negara tahun 2010 mencatatkan lebih kurang 800,000 warga asing berasa di Sabah dan mereka ini adalah pekerja ladang, pekerja industri, pekerja restoran dan pedagang sama ada pedagang rakyat Filiphina ke Sabah dan sebaliknya, atau pedagang rakyat Indonesia ke Sabah dan sebaliknya.

Migrasi, Imigrasi atau Intermigrasi antara rakyat negara Filiphina dan Indonesia tidak dapat dihalang kerana dunia hari ini di mana-mana berlaku migrasi. Apatah lagi kita bersempadan dengan mereka. Jika tidak  mana mungkin Seorang Rakyat Sabah dari Kota Kinabalu boleh menjadi Wakil Rakyat dan Menteri Penuh di Australia! Ianya kerana dia berhijrah ke Australia dan membina hidup di sana. Dia rakyat Sabah, tetapi dia Warganegara Australia.

Jika anda pergi ke daerah Bone, Indonesia anda akan berjumpa Jalan Kinabalu, Bone, Indonesia. Saya terfikir bagaimana ada nama Kinabalu di sana.

Definisi United Nation ialah sesiapa yang duduk melebihi 6 Bulan di sesebuah negara ianya ditafsirkan sebagai Penduduk di negara tersebut. Bukan Warganegara tetapi Penduduk. Maksudnya, rakyat Malaysia yang menetap lebih 6 bulan di Singapura kerana bekerja maka dia akan dikira sebagai Penduduk Singapura bukan Warganegara Singapura. 

Dalam konteks Sabah, jika semua 800,000 Warga Filiphina, Indonesia, Bangladesh, Nepal dan lain-lain dihantar balik ke nagara asal mereka, saya yakin Bisnes Industri seperti workshop dan ladang Datuk Yong Teck Lee akan Tutup!

Jika orang Timor Timor dipanggil Om di Sabah dihantar balik dalam tempoh 24 jam sekarang, saya yakin beberapa ladang sayur di Kundasang, Lahad Datu dan Tawau akan bermasalah. Ladang-ladang Koko, Sawit dan kebun sayur milik pekebun Cina menggaji mereka ini.

Jika orang Filiphina dihantar balik dalam tempoh 24 jam ini , saya yakin Industri Binaan di Kota Kinabalu akan rosak. Taukeh-Taukeh kaya dari masyarakat KDM pasti akan pening kepala. 

Saya baru bertemu seorang bisnesman dari Sabah minggu lalu, saya bertanya apa perkembangan bisnes? Katanya, minggu ini syarikatnya akan terbang ke Nepal untuk membawa pekerja Nepal ke Sabah? Mengapa tidak menggaji saja masyarakat tempatan? Mengapa taukeh-taukeh Ladang, Restoran, Industri tidak menggaji sahaja orang tempatan? Persoalan ini yang patut dikaji oleh Datuk Lajim ataupun Datuk Wilfred?

Kalau anda pergi ke Kota Kinabalu dan Keningau, orang Bangladesh yang sudah bertahun-tahun menetap di Sabah juga memiliki sebuah syarikat pengambilan pekerja asing di Sabah untuk di bawah ke ladang-ladang dan Industri. Sekali lagi, kenapa orang-orang tempatan tidak mahu bekerja sebagai buruh ladang, atau pengawal keselamatan? Jika anda pergi ke Kondominum dan Banglo-Banglo Mewah di Desa Parkcity, di Kuala Lumpur anda akan dapati terdapat orang-orang Kadazan Dusun dan Murut sanggup bekerja sebagai pengawal keselamatan di Semenanjung tetapi tidak mahu menjadi Pengawal Keselamatan di Sabah?

Jika mereka berkahwin pula dengan masyarakat tempatan, apakah masyarakat tempatan hendak menghalau dia juga yang sudah menjadi sebahagian keluarga baru mereka! Maka kita perlu realistik!

Maka apakah perlunya RCI? Saya bersetuju RCI ditubuhkan untuk membersihkan mana yang tidak betul, mana yang salah. 

Tetapi jika seseorang yang sudah berkahwin dengan orang tempatan, katakanlah seorang Filipino berkahwin dengan orang KDM, bertahun-tahun lamanya dan mereka layak memohon Kewarganegaraan Malaysia secara Undang-Undang/Permohonan Kewarganegaraan (bukan Keturunan atau Anugerah), maka ianya tidak perlu diRCIkan. Ianya dibenarkan oleh perlembagaan. Contohnya Yuan Yu Fuang rakyat negara China yang diberi Anugerah Kerakyatan Malaysia.

Hanya, jika rakyat negara China yang datang ke Sabah atas tiket Pelawat atau Pas Pelajar dengan diberi tempoh sebulan atau dua bulan, tetapi tidak balik-balik dan mahu menetap secara haram di Sabah, maka dia perlu menjalani proses RCI. Setuju atau tidak.

Begitu juga, jika anda rakyat Indonesia tidak kira apa bangsa Timor, Toraja, Bugis, Jawa, Banjar, Batak, Cina Indonesia, Arab Indonesia, jika anda datang ke Sabah atas pas pelawat atau pas sementara dan tinggal melebihi had dan bekerja pula secara haram, maka anda juga akan di RCIkan. Itu memang semua orang faham.

Pemimpin-pemimpin politik di Sabah perlu rasional dalam hal ini, bukan emosi dan berfakta persepsi. dapatkan fakta dari Jabatan Perangkaan Negara yang terkini, anda akan dapati masyarakat KDM masih merupakan Majoriti di Sabah. 

Jika hari ini Datuk Yong Teck Lee misalnya berkata, hantar balik semua 800,000 warga asing di Sabah. Anda perlu cek bisnesnya, siapa yang bekerja di bisnesnya itu. Jika dia masih menggaji orang asing, apakah fikiran anda! Begitu juga ahli politik yang lain, kita perlu rasional. Anda boleh pergi ke Kedai Bunga YB Datuk Chua Soon Bui di bandar Tawau yang saya sangat kenal rapat, Lihatlah di dalam kedainya siapakah pekerja di situ? Saya hanya memberi contoh sahaja.

Datuk K.Y. Mustafa adalah mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang merasmikan Novel Sejarah saya ABAKA pada tahun 2005. Secara peribadi saya ucap Tahniah.

Jika anda tidak bersetuju saya terima, kerana berbeza pandangan adalah subjektiviti. Kata Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim, pakar Sejarah negara kita berkata kepada saya, " ...yang penting bukan jawapan yang betul selalunya, tetapi jawapan yang original dan rasional. Ada saya huraikan dalam buku terbaru saya di sebelah yang bertajuk "Dilema Melayu Sabah". Belilah dahulu, bacalah dahulu. Pesanan boleh diemelkan kepada saya di alamat jentayu.abaka@gmail.com.

Terima kasih. Aramaiti. 







SEBANGSA, MB KEDAH TIDAK SETUJU

on Wednesday, August 8

SILAP LOGO NEGERI, KEDAH TIDAK BERSETUJU,  KEDAH PILIH "55 TAHUN MERDEKA TERUS BERBAKTI"
Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah apabila Pakatan Rakyat telah bersetuju menggunakan tema Sebangsa Sejiwa Senegara dalam mesyuarat mereka yang katanya daripada 30 Juta rakyat Malaysia, hanya lebih kurang 250 orang sahaja yang memberi cadangan. Ianya sangat kerdil. Namun begitu, kesepakatan dalam ketidakkesepakatan Pakatan terbukti jelas apabila Kerajaan Negeri Kedah menolaknya.

Ramai orang tidak faham kenapa Menteri Besar Kedah menolaknya. Pada pemahaman saya, sebab menolaknya ialah daripada 3 tema itu terdapat satu tema yang menjadi 'hantu' kepada parti Pas iaitu "Sebangsa" atau "Bangsa". Kawan-kawan saya di dalam Pas mengatakan perjuangan "Bangsa" adalah sekular. Jika benar ianya sekular, kenapa bersetuju! Apabila UMNO menggunakan slogan Agama, Bangsa & Negara kawan-kawan saya di dalam Pas berkata ianya sekularisme dan tidak Islamik. Hari ini, Naib Presiden Pas sendiri yang mengumumkan penerimaan slogan Bangsa dan "Sebangsa" itu. Apakah Melayu Islam dalam Pas "sebangsa" dengan Cina Dap!

Saya telah pergi ke majlis Menteri Besar Kedah di Maahad Mahmud tidak lama dahulu, saya perhatikan Menteri Besar Kedah, sebenarnya tidak bersetuju dengan tema kemerdekaan itu kerana adanya perkataan "Bangsa" itu.

Baiklah mari ikuti kupasan saya. Sudah kamu membaca buku "Malaysia Crisis Of Identity" tulisan Lim Kit Siang. Ianya dalam bahasa Inggeris, selepas membacanya, saya ingin kongsikan dengan pembaca.

Menurut Lim Kit Siang, salah satu Cita-cita Agung DAP ialah mewujudkan Malaysian Malaysia. Apakah maknanya? Maknanya ialah Tidak Ada hak istimewa diberikan kepada mana-mana kaum walaupun bangsa Melayu! Lim Kit Siang menulis dalam buku itu, katanya DEB perlu dihapuskan kerana ianya tidak adil kepada bangsa Cina. Sebab itulah apabila LGE menjadi KM Pulau Pinang, perkara DEB lah yang antara awal-awal diulasnya.

Maksudnya semuanya kena beri samarata dan sama rasa. Maksudnya, jika ada peruntukan RM9 Juta, maka matematikadilnya menurut LKS ialah Orang Melayu dapat RM3 Juta, orang Cina juga dapat RM3 juta, orang India  pun dapat RM3 Juta. Walaupun jumlah penduduk Cina lebih kecil daripada bangsa Melayu tetapi peruntukan itu mestilah diberikan sama rata. Jikapun orang Melayu jumlahnya 18 Juta, Cina 7 Juta, India 1 Juta,  maka tiap-tiap bangsa akan dapat peruntukan RM3 juta.

Selepas itu, anda bahagikan RM3 Juta tadi kepada 18 juta orang Melayu, RM3 Juta tadi kepada 7 Juta orang Cina, RM3 Juta tadi bahagikan kepada 1 Juta orang India. Siapakah bangsa yang akan dapat lebih! Macam mana adil tak?

Yang kedua, saya ada cerita kedua. Semasa Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, Dua orang YB dari DAP telah bertemu Sahisbus Samahah Mufti Perak Tan Sri Harusani Zakaria di Pejabat Mufti. Dalam perbualan saya dengan Mufti Perak itu, beliau menyatakan Dua YB DAP itu datang kepadanya dan meminta supaya Wang Zakat juga hendaklah diberi kepada kaum mereka yang tidak beragama Islam. Mufti menolak, apa pandangan anda tentang hal ini.

Semua cerita-cerita ini adalah berhubung kait dengan "Sebangsa" itu.

Yang ketiga, ketika perbualan saya dengan YB Tian Chua tidak lama dahulu, saya bertanya sendiri kepada beliau bagaimana Pakatan Rakyat mengurus hal-hal yang bercanggahan seperti isu Negara Islam dan Hudud. Dalam perbualan itu, YB Tian Chua menyatakan, Pas boleh memperjuangkan hal itu di dalam Partinya sendiri (maknanya dalam skop Pas sahaja), tetapi ianya Tidak Boleh dimasukkan di dalam Cita-Cita atau Matlamat Pakatan Rakyat. Jika hendak dimasukkan juga, maka Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat.

Saya ada menyentuh isu "Malaysia Crisis Of Identity" dalam buku terbaru saya di sebelah "Dilema Melayu Sabah". Belilah, 10% daripada harga Belian anda saya Infakkan kepada anak-anak Palestin melalui AMAN Palestin dan Rumah Anak-Anak Yatim. Jika berminat sila emelkan kepada saya di jentayu.abaka@gmail.com. 

Terima kasih.




GAYA KETUA MENTERI SABAH

on Saturday, August 4

DATUK MUSA AMAN MENASIHATI PELAJAR-PELAJAR SABAH
KETUA MENTERI SABAH SOLAT BERSAMA-SAMA PELAJAR SABAH DI PWTC
PELAJAR SABAH DI UITM SHAH ALAM BERSAMA KETUA MENTERI SABAH
MENU YAYASAN SABAH DI PWTC

BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN MENJADI KEMESTIAN KETUA MENTERI SABAH

15 Tahun dahulu, semasa saya dihantar ke Johor Bahru, saya dapat tahu saya terpilih dalam Rancangan Pertukaran Pelajar (RPP) di antara pelajar Semenanjung dengan Pelajar Sabah/Sarawak. Tujuannya supaya proses perpaduan, hormat-menghormati, proses pendedahan kepada budaya, dan sebagainya dapat berjalan dengan baik. Apabila saya melihat peristiwa di atas, saya terkenang ketika itu, rancangan seperti ini sememangnya baik untuk negara kita. 

Sesuatu yang agak lucu, dahulu saya sangat tidak pandai memakai cincin, apabila saya sebilik dengan orang Kelantan, hari ini saya rasa tidak lengkap kalau tidak memakai cincin.

Saya ingin mengucap Tahniah kepada YAB Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah kerana memberi perhatian kepada agenda pendidikan di negeri Sabah. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya mengikuti majlis bersama KM Sabah, saya dapati KM Sabah amat menghormati majlis di mana beliau sanggup bersolat bersama-sama peserta kursus, apatah lagi bersama-sama pelajar dan mengambil bahagian yang aktif seperti mendengar suara pelajar dan suara rakyat di Sabah. 

Saya pernah dalam satu kursus bersama pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri Sabah, di mana Ketua Menteri Sabah bersama-sama peserta menaiki bas untuk pergi ke solat Jumaat, walaupun beliau mempunyai kereta rasmi kerajaan. Beliau juga tidur di hostel yang disediakan tidak pulang ke rumah atau di hotel.

Inilah hakikat yang berlaku, bukannya satu kipas atau bodek. Saya bukan kontraktor dan tidak ada syarikat. 

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan