NEGARA KITA DALAM ZON ANCAMAN

on Sunday, September 23

BAJET KETENTERAAN SINGAPURA

Pertemuan saya dengan Tun Dr. Mahathir pada bulan lalu adalah rahsia antara saya dengan Tun Dr. Mahathir. Yang perlu saya hebahkan saya hebahkan kebaikan pertemuan itu seperti ini http://jentayuabaka.blogspot.com/2012/08/eksklusif-bersama-tun-dr-mahathir.html. Hari ini saya mahu menulis mengenai rahsia Putrajaya.

Masihkah anda ingat, suatu ketika dahulu, sebuah parti berkata jika mereka memerintah mereka akan "melelong" Putrajaya. Banner melelong Putrajaya dipampang di sekitar KL dan Putrajaya. Mereka bermati-matian berceramah untuk melelong Putrajaya. Hari ini, mereka mmengubah nada kepada "Road To Putrajaya". Hari ini dia sudah menjadi Timbalan Presiden partinya, semakin memudahkan DAP menjayakan The Middle Malaysia dan seterusnya The Chinese Belt.

Manakala DAP  pula tidak hendak melelong Putrajaya sebaliknya akan menjadikan Putrajaya bahagian mereka dengan sebaik-baiknya. Pada tahun 2008, walaupun Pas bertanding di 66 kerusi Parlimen, mereka hanya mampu memenangi undi rakyat di 23 kawasan sahaja, sebaliknya parti-parti sekular seperti DAP dan PKR menang 28 dan 31 kerusi sebelum satu demi satu keluar menjadi wakil rakyat bebas.

Ramai yang melihat Putrajaya hanya sebuah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sahaja. Rakyat biasa hanya mengetahui bangunan-bangunan kerajaan sahaja untuk berurusan, Dataran Putra, Masjid Putra, Masjid Besi dan sebagainya. Dari seawal 7.30 pagi sehingga jauh malam, Putrajaya dilawati oleh pelancong dalam dan luar negara. Kerajaan Indonesia turut bercakap di Parlimen mereka supaya mencontohi Malaysia mewujudkan pusat pentadbiran kerajaan mereka.

Kita mesti mempertahankan Putrajaya kerana Putrajaya adalah jantung negara. Segalanya di sini, pentadbiran, keindahan dan paling penting keselamatan negara seandainya suatu masa kelak negara kita diserang oleh musuh-musuh negara.

Apabila Tun Dr. Mahathir mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam pada tahun 2003, dan pada masa yang sama Tun Dr. Mahathir mengkritik kekejaman Yahudi dan Israel ke atas Palestin. Maka seluruh warga Yahudi mengecam Tun Dr. Mahathir sebagai anti-semetik (anti-Yahudi/anti Israel). Dalam temubual dengan BBC, moderator BBC telah provok Tun Dr. Mahathir akan hal ini, namun Tun Dr Mahatir menjawab beliau hanya mengemukakan fakta akan kekejaman Israel ke atas Palestin. Dengarkan ini http://www.youtube.com/watch?v=vP-3B5lb0zc

Berbalik isu Putrajaya, adakah kamu boleh mempercayai negara Israel? Di Asia Tenggara, Lee Kuan Yew telah menekankan kerisauannya sejak tahun 1965 lagi betapa sukarnya Singapura hidup dikelilingi oleh negara-negara Islam Melayu yakni Malaysia, Indonesia dan Brunei. Sehinggakan, apabila Presiden Habibie memberi warning kepada Singapura, lihat peta dunia, negara kamu hanya satu titik pen merah sahaja, Singapura tidak lagi berani membuli Indonesia.  Ini adalah fakta sejarah.


AMERIKA HANTAR 2 KAPAL USS KE LAUT CHINA SELATAN
Dua Armada Laut Amerika kini sudah berada di Laut China Selatan kononnya isu Spratly. Manakala Singapura memperkuatkan hubungan ketenteraannya dengan negara Israel. Kedutaan Israel di Singapura dan Kedutaan Singapura di Israel membuktikan keakraban mereka. Malah elemen-elemen keselamatan Israel dan Yahudi semuanya bertapak di Singapura khususnya selepas PRU12 (2008). Most of them relocated in Singapore. Saya menulis perkara ini sejak tahun 2008 dan 2009 lagi. Anda boleh search dalam blog saya ini. Baru-baru ini di Kota Bharu semasa bantahan filem hina Nabi Muhammad SAW, MB Kelantan Datuk Nik Aziz memijak-mijak dan membakar replika Shimon Perez dan menyeru rakyat Malaysia memulaukan barangan Yahudi.http://pemuda.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=645:bantah-israel-nik-aziz-bakar-patung-bush-shimon-peres&catid=1:terkini&Itemid=2

Ketua DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang begitu lambat memohon maaf kemudiannya masih terus menghentam pemimpin-pemimpin Islam menunjukkan dengan jelas isi hati DAP terhadap Islam. Sama  ada Lim Guan Eng, Lim Kit Siang atau Karpal Singh yang anti-Islam kata YB Nasharudin, semua mereka mendiamkan diri dengan membiarkan isu ini tenang dahulu. Apakah umat Islam boleh bertenang dengan penghinaan ke atas Nabi kita? Minggu lalu, saya mendengar ceramah Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri di Radio IKIM, beliau ternyata amat marah dan dalam isu ini beliau menerangkan bahawa Nabi  Muhamad SAW bukanlah manusia biasa yang sebagaimana orang lain faham. Rasulullah SAW adalah kekasih Allah SWT dan kita mesti terkedepan untuk mempertahankan Rasulullah SAW!!! 

Jika 50 atau 100 tahun akan datang negara kita diserang, tempat yang mula-mula akan dihancurkan ialah Putrajaya! Ia sama dengan kehancuran Kota Baghdad, Kabul, Tripoli oleh tentera-tentera atau bantuan tentera Amerika. Soalnya ke mana penduduk Putrajaya hendak lari? Lari ke mana, Melaka, Port Dickson atau ke mana?

Sebab itu, apabila Lim Guan Eng melawat Singapura tidak berapa lama dahulu, tertulis oleh beberapa pihak kononnya Lim Guan Eng menjanjikan Kem Tentera Port Dickson kepada Singapura kepada mereka. Sama ada benar atau tidak, kita mesti melihat ia satu ancaman besar. Lim Guan Eng seolah-olah mengetahui Putrajaya dan Port Dickson mempunyai sesuatu.

Secara peribadi, saya menyeru kita mempertahankan Putrajaya sehingga titisan terakhir! Mengapa? Bagaimana hendak mempertahankan Putrajaya, mudah sahaja, sama ada anda UMNO atau PAS, anda mesti menolak DAP! Dalam ucapan Lee Kuan Yew di Shanghai pada tahun 2004, Lee Kuan Yew mengatakan kemungkinan Singapura menyertai Malaysia adalah besar dengan syarat hapuskan keistimewaan orang Melayu(Islam adalah agama orang Melayu)! Bagaimana hendak menghapuskan ketuanan orang Melayu dan Islam, mudah sahaja hapuskan UMNO dan perkecilkan peranan PAS.

Putrajaya adalah pertahanan terakhir negara kita. Tun Dr. Mahathir semasa merangka Putrajaya, sudah memasukkan elemen-elemen keselamatan tahap tertinggi yang hanya diketahui oleh sesetengah pihak sahaja. Generasi baru, orang-orang yang tidak mengetahuinya seperti Mat Sabu boleh berkata dengan mudahnya untuk melelong Putrajaya. Tetapi orang-orang yang mengetahui rahsia Putrajaya seperti Lim Guan Eng saya yakin, dia tidak akan melelong Putrajaya kerana dia tahu apa yang terdapat di Putrajaya!

Setakat ini sahaja, saya tidak hendak menulis dengan mendalam dan terperinci, tetapi dari segi politik, semasa PRU13 nanti, saya menyeru anda menolak DAP, sama ada anda UMNO atau PAS!
THAILAND TURUT  MENGKAJI TENTERA KITA
Ancaman dari dalam dan luar negara sedang memusatkan mata mereka ke arah Malaysia! Anda mesti sedari perkara ini. Singapura adalah jiran yang baik tetapi bukanlah yang terbaik, tetapi PAP adalah kawan yang terbaik kepada DAP.




CALON-CALON PRU13 DI SABAH

on Wednesday, September 19

ALLAHYARHAM TUN MUSTAPHA & TUN FUAD DALAM KENANGAN - AL FATIHAH
PRU13 dinantikan oleh semua pihak baik parti-parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Dalam PRU12 yang lalu, DAP telah memperkenalkan beberapa calon baru dan lebih muda dengan memberikan pilihan yang terbaik kepada pengundi. Hasilnya, pengundi dilihat lebih yakin kepada calon-calon DAP berbanding calon-calon MCA dan Gerakan yang masih mempertahankan nama-nama lama.

Di London, kebanyakan YB berusia di bawah 50 tahun. Ia satu kemahuan yang mesti dibaca dengan betul. David Beckham adalah pemain yang hebat, nama yang besar dan kekayaannya masih tertinggi berbanding Rooney W, Theo Wallcot, Andy Carol, Jermain Defoe dan lain-lain. Namun jurulatih England tidak memilih David Beckham dalam senarai pemain utama negara kerana walaupun namanya gah, namun kudratnya tidak sekuat pemain muda. Sebab itulah juga nama-nama besar seperti Datuk Samy Vellu, Datuk Shahrizat dan lain-lain tewas semasa PRU12. Apakah UMNO dan BN sudah mempelajari hal ini?

Saya berada di Kuantan sekarang, saya dapati kerusi Parlimen Kuantan sebelum YB Fuziah, ianya dimiliki MCA. Apakah bacaan ini? Maknanya, rakyat di Kuantan sudah bersedia memilih calon Melayu di Kuantan, dan untuk itu BN Pahang perlu memikirkan calon UMNO di Kuantan. Selama merdeka UMNO terlalu baik kerana asyik bersabar dan memberi laluan kepada komponen BN yang lain. Contohnya di kawasan saya Merotai, 75% pengundi di DUN Merotai adalah Melayu Islam, secara matematiknya kerusi Merotai hendaklah ditadbir oleh YB Melayu Islam, perkara ini sudah diminta oleh YB Datuk Ghapur Salleh, Ketua Bahagian Kalabakan beberapa tahun lalu.

Apakah Merotai kali ini akan kembali kepada UMNO? Jawapannya mudah, sekiranya BN Sabah berjaya mendapatkan ganti tempat lain yang majoriti Cina, maka kemungkinan besar Merotai kembali kepada UMNO adalah cerah. Perkara ini tidak menyakitkan hati parti LDP, sebab semasa YB Phang Yuk Ming berhari raya di rumah saya di Tawau, beliau menyedari dan memahami isu ini bahawa BN mengamalkan prinsip adil di mana jika Merotai diberikan semula kepada UMNO, parti LDP pula akan diberi ganti tempat lain.

Saya yakin, dalam PRU13 ini akan menyaksikan DS Najib akan melakukan Transformasi Politik kepada UMNO dan BN. Kita mesti bersedia dengan pembaharuan yang akan berlaku nanti. 

Di Semenanjung Malaysia, PAS berusaha untuk menambahkan kuantiti YB mereka di Parlimen. Mereka berusaha menjadi majoriti dalam Pakatan walaupun sejarah menunjukkan PAS pada tahun 2008 hanya menang 23 kerusi Parlimen, DAP 28 dan PKR 31 sebelum ramai yang keluar menjadi Bebas. Kali ini PAS berharap bertanding di 80 kerusi Parlimen berbanding 66 pada tahun 2008. Beberapa nama yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan menjadi sasaran mereka untuk dijadikan calon seperti Datuk Fauzi Shaari walaupun ditolak oleh PAS Larut dan khabarnya Datuk Ramli Yusuf.

Beberapa nama yang suatu ketika dahulu gah di Sabah seperti Datuk Lajim Ukin, Datuk Yahya Lampong, TS Dr Ibrahim Menudin telah mengisyhtihar keluar UMNO tetapi seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, selagi DSP Pairin Kitingan masih berada di dalam BN, Sabah tetap akan kekal bersama BN. 

Khabarnya senarai nama calon-calon BN sudah pun ada, hanya DS Najib sebagai Presiden UMNO mempunyai kuasa untuk memuktamadkan calon-calon tersebut. Jika anda terpilih tahniah. 










PERLUKAH USNO DIHIDUPKAN KEMBALI

on Tuesday, September 11

Beberapa pemimpin UMNO yang dahulunya berasal dari USNO khabarnya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri untuk menyatakan masalah dan pandangan mereka khususnya dalam konteks Bumiputera Islam di Sabah.

Percubaan demi percubaan dilakukan untuk menghidupkan semula USNO. Terkini, kumpulan ini akan menemui Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir. Saya sendiri tidak tahu apakah agenda mereka.

Saya menghubungi salah seorang pemimpin Mantan YB USNO. Saya dapati niat dan cita-cita mereka untuk kembali ke persada politik Sabah masih ada. Barangkali UMNO Sabah tidak memberikan mereka tempat yang sesuai atau mereka mempunyai agenda lain.

Jika saya ditanya apakah releven USNO Sabah dihidupkan semula? Sudah tentu saya kurang bersetuju kerana Allahyarham Tun Mustapha dulu mengorbankan dirinya dan parti USNO untuk berpindah ke kapal yang lebih besar iaitu UMNO. Pemimpin-pemimpin USNO, BERJAYA ataupun PBS yang menyertai UMNO sudah pun menikmati kejayaan semasa zaman mereka. Mereka sudah menikmati kejayaan itu.

Selepas kekalahan USNO kepada BERJAYA (1976), dan kegagalan USNO kepada PBS (1985) sehinggalah kehadiran UMNO pada tahun 1990, kita semua dapati USNO tidak mampu bangun lagi. Apabila UMNO dibawa masuk, maka tokoh-tokoh USNO seperti Tun Datu Mustapha dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Khas Sabah, Tun Sakaran dilantik ke jawatan TYT, Ketua Menteri Sabah dan Menteri Koperasi, DAtuk Railey Jeffrey dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan beberapa penggal, Datuk Shafie Afdal dilantik Menteri Pembangunan Luar Bandar malah kini menjawat Naib Presiden UMNO, sebelum itu Datuk Osu Sukam juga dari USNO menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah. Ramai lagi saya tidak sebut di sini.

Selepas 20 tahun UMNO di Sabah, sudah tentulah generasi kedua dan ketiga UMNO perlu diberi peluang. Kesinambungan perlu diwujudkan. Apakah seseorang itu akan menjadi Wakil Rakyat sepanjang hayatnya? Tun Dr. Mahathir dn Tun Sakaran Dandai tahu bilamasa yang sesuai untuk beliau berhenti dan memberi peluang kepada orang lain untuk menyambung agenda negara kita.

Saya ingin mencadangkan supaya mereka yang hendak menghidupkan semula USNO supaya menukarkannya kepada sebuah NGO. Ianya lebih praktikal. Banyak sebab perlu difikirkan seperti kumpulan ini tidak mempunyai kekuatan pemimpin seperti Tun Datu Mustapha, masalah kewangan dan sebagainya juga akan muncul.

NGO USNO boleh ditubuhkan dan menjadi ahli Bersekutu kepada UMNO dan BN. Saya fikir ia satu idea yang menarik. Mungkin anda di Sabah boleh memikirkannya semula.

Kita tidak boleh memberikan perbandingan kononnya masyarakat KadazanDusun & Murut (KDM) mempunyai parti PBS, UPKO, PBRS sebaliknya orang Bumiputera Islam di Sabah hanya ada UMNO sahaja. Dari satu segi perbandingan itu memang benar, tetapi kesesuaian tidak memihak kepada keadaan.

Kita perlu membuat refleksi politik.

Dalam keadaan sekarang, kita memerlukan Majoriti 2/3 di dalam Parlimen untuk menggubal undang-undang baru untuk kebaikan rakyat dan negara kita. Tanpa 2/3, kita tak dapat membuat apa-apa yang besar melainkan hanya menjalankan dasar-dasar sedia ada dan lebih banyak kerugian. Maka itu, hala tuju kita ialah memenangi PRU13 ini dengan Majoriti 2/3.

Mungkin pandangan anda lebih bagus. Saya mahu membaca idea anda juga. Terimakasih.



Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan

My Blog List

Pengunjung