KENAPA TUN RAZAK MENAIKI TEKSI KE RUMAH AYAH PAK LAH?

on Sunday, December 30

DIKAGUMI DISEGANI DIHORMATI: TUN RAZAK

JIKA semua ahli BN mahukan kemenangan majoriti 2/3 kepada DS Najib dalam PRU13 nanti, semua pihak sama ada dicalonkan atau tidak mesti berlapang dada menerimanya. Saya optimis kemenangan BN, namun untuk mendapatkan majoriti 2/3 semakin mudah memandangkan Pak Lah dan Tun Dr. Mahathir telah memberikan sokongan, bantuan dan bersama-sama DS Najib menjayakan perpaduan dan kekuatan politik BN kali ini.

Beberapa contoh yang boleh dilihat, pertamanya DSP Salleh Said Keruak. Beliau merupakan mantan Ketua Menteri Sabah yang termuda, kemudian dipilih menjadi Ahli Parlimen Kota Belud (2004), namun pada tahun 2008 nama beliau tidak tersenarai. Ianya sangat mengejutkan, namun beliau turun membantu Datuk Abd. Rahman Dahlan di Kota Belud. Keikhlasan DSP Salleh Said terbalas apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Sabah dan Speaker DUN Sabah. Datuk Abd. Rahman Dahlan adalah dari kelompok Pemuda UMNO, sudah tentulah dikaitkan pencalonannya dengan Khairy Jamaludin yang ketika itu bermentuakan Pak Lah. Kali ini, KJ tidak boleh diberi kebenaran mengganggu Perdana Menteri dalam hal calon.

Ayah kepada Pak Lah iaitu Haji Ahmad Badawi merupakan calon UMNO yang akan mempertahankan kerusi parlimennya di Kepala Batas jika saya tidak silap (1974). Namun begitu, Tun Razak ketika itu Perdana Menteri dengan bantuan DS Mahathir Mohamad (Tun) telah pergi ke rumah Hj. Ahmad Badawi untuk memberitahu keputusan Tun Razak untuk mencalonkan orang lain bagi menggantikan Hj. Ahmad Badawi. Sambil makan masakan yang dimasak oleh Hj Ahmad Badawi, Hj. Ahmad Badawi bersetuju dengan rela hati. 

Bagaimanakah Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir pergi ke rumah Hj. Ahmad Badawi ketika itu? Untuk supaya tidak dikenali atau tidak diganggu oleh orang lain, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir hanya menaiki Teksi sahaja.

Cerita ini hendaklah menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi calon dalam PRU13 nanti. Saya katakan beberapa kali bahawa DS Najib mahu menjadi Perdana Menteri yang terbaik di zamannya, terbaik kepada semua rakyat Malaysia http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/ds-najib-semakin-islamik.html, maka beri peluang kepada DS Najib untuk menang besar dalam PRU13 ini.

Jika kita meminta-minta hendak menjadi calon, persoalan dan pertanggungjawapannya di depan Allah SWT kelak sangatlah besar, terutama jika kita gagal menunaikan tanggungjawab yang kita minta-minta itu. Sebab itulah, sunah Rasulullah SAW ialah jangan meminta-minta untuk menjadi pemimpin, adalah lebih baik jika anda diangkat oleh masyarakat.

Teringat saya akan kisah Umar Abdul Aziz dan Hisyam Abdul Malik pada zaman Khalifah Sulaiman Abd Malik. Dipendekkan cerita, apabila Raja ibnu Waihah membaca surat wasiat Sulaiman Abd Malik supaya melantik Umar Abdul Aziz sebagai penggantinya, adiknya iaitu Hisyam Abd Malik telah berkata kepada Umar Abd. Aziz, "adalah bencana jika engkau menjadi Khalifah kami keturunan Abdul Malik!". Maka dijawab oleh Umar Abd. Aziz, " aku tidak suka dibaiat menjadi khalifah kalian!" (m/s 54, Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz,oleh Dr. ALi Muhammad Al-Shallabi, 2011).

bersambung...






KEGAGALAN MEREKA MENJATUHKAN PERDANA MENTERI

on Wednesday, December 26

MENJELANG PRU13: BERHATI-HATI 
LEE KUAN YEW walaupun berstatus Ketua Menteri Singapura semasa masih berada di dalam Malaysia, namun semasa melawat negara-negara Eropah pada awal tahun 1960an, mengandaikan dirinya sebagai Perdana Menteri, pegawai-pegawainya diberi gelaran bertaraf Duta. Perkara ini sangat tidak menyenangkan allahyarham Tunku Abdul Rahman. Sudah tentu sebagai sebuah negara berdaulat, tentulah hanya ada seorang sahaja Perdana Menteri Malaysia, iaitu YTM Tunku Abdul Rahman.(Baca di Memoir LKY)

Anak-anak muda mesti membaca seberapa banyak minda Lee Kuan Yew, kerana beliau adalah mentor kepada negara baru Singapura (dahulunya dikenali Temasek milik Kerajaan Johor). Mengapa Lee Kuan Yew? Jawapannya ialah, apabila DAP berjaya membentuk kerajaan DAP di Pulau Pinang, Lee Kuan Yew dan delegasi PAP merupakan pemimpin luar yang paling awal dan paling kerap mengunjungi Ketua Menteri Pulau Pinang, atau sebaliknya.

Semasa Kerajaan Singapura berjaya memenangi Pulau Batu Puteh di Mahkamah ICJ, saya menghubungi salah seorang pemimpin Persatuan Sejarah Johor, Tuan Hj. Kamdi, kebetulan bekas pensyarah saya di Johor Bahru dahulu. Beliau menyatakan, Kerajaan Malaysia mempunyai asas lain yang boleh ditunjukkan untuk membuat Semakan Semula keputusan ICJ itu. Dalam hal ini, saya menyokong kita berusaha mendapatkan semula Pulau Batu Puteh itu. Mahkamah Antarabangsa memberi kita peluang untuk Membuat Semakan keputusan itu dalam masa 10 tahun dari tarikh penghakiman, jika terdapat bukti baru.

Kita harus beringat, Singapura di Selatan merupakan negara ketiga paling sibuk dalam perniagaan perkapalan dunia, mereka menguasai perairan Selat Melaka di selatan. Manakala, Pulau Pinang di Utara turut menggenggam perairan Selat Melaka. Tahukah kamu apa implikasinya dalam dunia politik? Fikirkanlah...

Kesilapan kita ialah kita tidak membangunkan Pelabuhan Tanjung Pelepas yang ideanya dicadangkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Semasa Tan Sri Syed Mokhtar mencadangkan pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada awal tahun 1990an dahulu, Tun Dr. Mahathir pun pada mulanya agak kurang yakin idea ini. Namun,  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary berjaya membuktikannya dan Tun Dr. Mahathir begitu gembira.

Saya sangat yakin, menjelang PRU13 nanti, Singapura akan memainkan peranan penting dalam mencorak pemikiran pengundi, khususnya di seberang tambak dan negeri Johor. Berpuluh ribu pekerja Malaysia yang berulang-alik ke Singapura setiap hari akan didedahkan dengan 'Singaporean Nice" untuk kita melihat, mendengar, membaca, memerhati dan membuat keputusan sama ada akan mengundi BN atau Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, sebenarnya.

Kita mesti menghalang Singapura, khususnya Temasek Holding, daripada melaburkan wang mereka tanpa kawalan di Malaysia. Kita mesti mengkaji niat dan tujuan sebenar mereka. Kita harus ingat simpanan Temasek Holding 3 atau 4 kali ganda banyaknya berbanding Khazanah Holding yang semakin berkembang pesat.

Bukankah Thaksin Shinawatra Jatuh dan Dijatuhkan ketika proses Temasek Holding hendak membeli Syarikat Telekomunikasi negara Thailand?

Bukankah Pasukan Bola Sepak Malaysia dikalahkan 0-3 oleh Singapura selepas wajah-wajah asing menghiasi muka-muka pemain Singapura? Bukankah Tun Dr. Mahathir pernah menyatakan dahulu, jika mahu adil, dengan keluasan padang yang sama, saiz badan yang sama, tinggi tubuh badan yang sama, bermain dengan 11 pemain, mungkin Malaysia boleh menang Piala Dunia?

Bukankah Lee Kuan Yew pernah berkata, sepatutnya Singapura membina Litar Lumba Formula 1 sepuluh tahun lebih awal sebelum Malaysia. Walaupun lambat, walaupun mereka tiada litar, mereka berjaya juga menganjurkannya selepas Malaysia hampir 20 tahun menjadi penganjur siri Formula 1.

Jika bank-bank di Malaysia berjaya membeli bank-bank di Indonesia, Temasek Holding tidak akan membiarkan Singapura ketinggalan oleh Malaysia.

Singapura hanya berdiam diri apabila Presiden BJ Habibie berkata, ""Apa itu Singapore, negara yang tidak ada dalam peta dunia!".

Bagaimanakah kita hendak menghentikan semua ini. Jawapannya mudah, ada di tangan anda, iaitu jangan menangkan DAP dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya.

bersambung...







UTUSAN MEMANG SILAP...

on Saturday, December 22




RAKYAT INDONESIA SEMAKIN MATANG MENANGANI ISU DUA HALA MALAYSIA-INDONESIA


Zainudin Maidin menulis istilah "the dog imperialisme" dan dengan menggunakan media siber, pihak pembangkang khususnya DS Anwar berjaya menghu ha hu ha kan isu ini, tetapi Anwar nampaknya gagal membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia. Rakyat Indonesia semakin matang di mana mereka tidak mengambil pot akan hal ini, tidaklah sampai "menggoncang" pintu pagar Kedutaan Malaysia di Jakarta sebagaimana kebiasaannya..

"The Dog Of Imperialisme" dan banyak lagi istilah-istilah menarik seperti "The Mother of Election", " The Dog Of Nashville", di Amerika Syarikat pula peminat Mercedes dahulu menyebut salahsatu jenama yang diminati sebagai "The Dog Of  Cantina". 


Para Wartawan atau berkecimpung dalam bidang penulisan, istilah itu adalah lumrah. Perkara ini diamalkan oleh Rafizi.


Dalam banyak isu, Rafizi akan menyebut, contohnya, "Beliau mendakwa, dokumen tersebut mungkin mengaitkan individu tertentu berhubung kutipan wang deposit konsesi balak Sabah (rujuk Malaysiakini)... maknanya Rafizi hanya mendakwa, Rafizi menyebut mungkin mengaitkan...ayat-ayat ini tidak dapat diterima jika kita membuat ijazah sarjana atau PhD di Univerisiti Malaya. Kemungkinan bukanlah Kebenaran, ia hanya bersifat Andaian semata-mata, dengan harapan massa akan terpengaruh.

Pada 13/12/2012 , Rafizi sekali lagi menyebut "Ada Kemungkinan Besar Musa Didakwa" (Malaysiakini). Semua ini adalah permainan persepsi media sahaja, supaya orang mempercayainya. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berada 30 Hari di Kota Kinabalu untuk menyiasat dakwaan RM40 Juta. Di akhir siasatan itu, ICAC mendapati ianya tiada kes rasuah. Ianya hanya sumbangan kepada mana-mana NGO atau parti politik, samalah juga dana-dana yang diterima oleh PKR, DAP, Malaysiakini, ABIM dan sebagainya. Jika saya mempunyai NGO, ada pihak hendak menyumbang dana kepada NGO yang saya tubuhkan, mengapa saya perlu menolaknya. Kita hanya perlu ucap Terima Kasih.


Berbalik kepada "Dog" atau pun "Anjing", ianya binatang haram kepada umat Islam. Hukum ini tidak boleh dipermain-mainkan. Jika hendak lebih detail, kita hendaklah bertanya kepada mereka yang ahli dalam bidang hukum. Oleh kerana anjing haram, maka istilah anjing sangat jijik di mata  umat Islam. Tidak ada siapa mahu dikaitkan dengan anjing.


Dalam konteks pemberitaan, adakah Zam bermaksud mantan Presiden BJ Habibie sebagai Anjing.  Saya tidak melihat begitu, saya bersetuju dengan Datuk Seri Azman Ujang bahawa tulisan Zam tidak salah, yang salah ialah tafsiran pembaca. 


Utusan Online pun buat silap kerana memadamkan terus artikel itu. Jika saya mengetuai Political Desk Officer di Utusan, saya tidak akan padam.


Yang dimaksudkan Anjing oleh Zam di situ ialah "Imperialisme" bukannya BJ Habibie. Adakah Zam menulis "The Dog Of BJ Habibie"...Zam hanya tulis "The Dog Of Imperialisme". Maksudnya banyak-banyak imperialisme contohnya "imeperialisme Jepun', "imperialisme Srivijaya", imperialisme Russia' dan sebagainya, satu-satunya "The Dog Of Imperialisme' ialah "Imperialisme Pemikiran" ataupun "penjajahan minda"...itulah antara maksud pemikiran Zam.


Isu besar ialah, Siapakah yang mempopularkan istilah "Anjing"? Siapakah yang mempopularkan istilah "Anjing Kerajaan"...ataupun "The Dog Of Government"? 


Jika anda mempunyai anak atau saudara mara bekerja sebagai Polis, Tentera dan sebagainya kemudian diberi gelaran "Anjing Kerajaan", apakah perasaan kamu? 


Yang mana lebih sadis, "The Dog Of Imperialisme" yang ditulis oleh Zam atau "Anjing Kerajaan" yang dipopularkan oleh Anwar.


Makanya...jangan lupa sejarah...


Apabila saya meletakkan tajuk "UTUSAN MEMANG SILAP..." adakah saya bermaksud Utusan memang buat silap?


Selamat Membaca. 


BAGAIMANA MEREKA BERUSAHA MENJATUHKAN PERDANA MENTERI

on Wednesday, December 19

BANGUNAN BARU KEDUTAAN SINGAPURA DI MALAYSIA
Di Mali baru-baru ini, untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mali sangat mudah, dengan hanya beberapa orang tentera mengepung dan menghalang laluan PM Mali, dia menggeletar ketakutan dan jatuhlah dia sebagai Perdana Menteri.

Kejatuhan Perdana Menteri Thailand selang 3 atau 5 tahun bukanlah perkara baru. Sejarah Thailand menunjukkan sejak tahun 1930an, Thailand bertukar-tukar Perdana Menteri jika PMnya tidak sehaluan dengan Angkatan Tentera Thailand. Sehingga kini, sudah hampir 50 PM di Thailand berbanding di Malaysia yang lebih aman dan berkesinambungan.

Mula-mula, saya ingin menulis mengenai Thaksin Shinawatra, dia dilahirkan pada tahun 1949, dia bekas Polis sebenarnya sebelum menjadi Bisnesman Telekomunikasi. Pada tahun 2006, Thaksin sedang berucap di PBB dan keesokan harinya di Thailand dia dilucutkan jawatan PMnya. Tuduhan ke atasnya ialah penipuan undi semasa Pilihanraya. Pada bacaan saya, bukan itu sebenarnya, tetapi melainkan Kesilapan Thaksin menjual saham Syarikat Telekomunikasinya kepada Temasek Holding.

Bila menyebut Temasek Holding, ianya sebenarnya adalah milik Lee Kuan Yew, pengasas negara baharu Singapura (sebelumnya milik Kesultanan Johor). Thaksin tidak peka, kerana Telekomunikasi bermaksud Rahsia-Rahsia Negara termasuklah perbicaraan, perbualan telefon, sms, dan apa sahaja akan menjadi pegangan Singapura selama-lamanya. Di Singapura, jika ada rancangan talkshow, jika anda pemanggil telefon untuk mengkritik PM Singapura, panggilan telefon anda dalam beberapa saat sahaja akan diputuskan. Amalan ini sudah diamalkan oleh mereka sejak dahulu lagi, apakah hari ini sudah berubah?

Bolehkah anda bayangkan jika Sistem Telekomunikasi Thailand tempoh hari berjaya dibeli oleh Temasek Holding? Bayangkan jika Perdana Menteri Thailand sedang berbual dalam telefon dengan Menteri Pertahanannya, ianya mudah dipintas sepantas kilat oleh pihak Singapura.

Kamu tidak percayakah? Saya mengkaji lama negara Singapura ini khususnya permainan Lee Kuan Yew ke atas negara-negara jirannya. Lee Kuan Yew dalam buku Memoirnya menulis, "jika kamu mahu Singapura berjaya, kita mesti Melemahkan pembangkang". Anda boleh baca seterusnya di dalam tulisan Lee Kuan Yew. Sebab itulah, pembangkang di Singapura tidak mampu mengkritik atau membangkang apa-apa dasar kerajaan dan kelemahan PM Singapura, kerana mereka mengamalkan cara jika kamu menentang maka kamu akan dibicarakan, dihukum bankrap dan sebagainya. Itulah yang berlaku kepada Jeyaratnam dan sebagainya. Sebab pada tahun 1965, Lee Kuan Yew sudah menanam polisi amalannya bahawa Pembangkang mesti dimatikan, dilemahkan dan jangan diberi peluang. Saya melihat Lim Guan Eng dan DAP sedang mengulangi cara-cara Lee Kuan Yew ini.

Sebab itu, kita di Malaysia adalah lebih baik tidak berurusniaga dengan Temasek Holding dalam hal-hal yang berkaitan Keselamatan negara kita. Kita jangan menjual aset-aset negara seperti Hospital, Telekomunikasi, Pertahanan, Media, Pendidikan kepada Temasek Holding. 

Apakah yang saya hendak sampaikan sebenarnya? Terlalu panjang yang berintroduksi.

Di Malaysia, PRU13 semakin dekat, yang terkini Dap meminta tambahan 3 Kerusi Parlimen dan 10 DUN menunjukkan cita-cita mereka untuk menjayakan konsep "The Dap Belt" from Singapore to Pulau Pinang. Saya sangat yakin 10 kerusi DUN yang diminta itu meliputi kawasan-kawasan bandar di Seremban, Ipoh, Georgetown, Johor Bahru dan Selangor. Istilah "The Middle Malaysia" atau pun di Israel disebut "The Middle Israel" menjadi satu fokus yang penting oleh Dap. Mereka sangat yakin menghadapi PRU13.

Baik PKR atau pun Pas tidak membantah permintaan 10 dan 3 kerusi ini. Kita tidak tahu, apakah diam bermakna setuju atau tidak setuju.

Kerajaan BN diramal oleh banyak Centre of Studies akan masih memenangi PRU13, namun DS Najib mahukan kemenangan yang besar, kemenangan melebihi 2/3. Kemenangan yang besar amat penting kepada DS Najib supaya beliau boleh merealisasikan Wawasan 2020 yang tinggal 7 tahun lagi.

DSP Lajim Ukin, menurut fikiran saya, apabila beliau tidak boleh lagi bersama dengan BN Sabah, beliau keluar dan tidak mahu menyusahkan BN, ataupun dilihat menjadi musuh dalam selimut kepada BN. Maka rakyat Sabah maklum bahawa beliau tidak bersama BN Sabah lagi, tetapi benarkah beliau tidak menyokong DS Najib. Sudahkah anda membaca surat DSP Lajim kepada PM.

Mereka yang diberi kepercayaan oleh PM, perlu menzahirkan kepercayaan itu dalam PRU13 ini. Bolehkah anda bekerja untuk PM tetapi anda mempercayai Ketua Pembangkang, ataupun anda bekerja untuk Ketua Pembangkang dan anda juga bekerja dengan PM! Jika anda bersikap seperti ini, stand tidak jelas, di zaman Lee Kuan Yew di Singapura, dia akan pecat anda 24 jam!

Dengan DS Najib, nampaknya DS Najib tidak mengamalkan cara kukubesi Lee Kuan Yew, DS Najib berserah sepenuhnya kepada Ilahi. Namun, kita yang berasa gusar dan gundah.

Selamat membaca. Tafsiran anda tidak semestinya menepati tafsiran artikel ini. 



50% MUKA BAHARU

on Friday, December 14



Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suntikan muka baharu itu penting memandangkan negara hanya mempunyai tempoh lapan tahun untuk mencapai status negara maju.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sebelum ini, BN akan meletakkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka baharu kerana mahu memastikan calon-calon yang berada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu bersaing dengan situasi semasa.

"Namun, jumlah muka baharu itu perlu diseimbangkan dengan muka-muka lama kerana tidak semua mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik berbanding muka lama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, di sini semalam.

Beliau mengulas ruangan Cuit tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan Rabu lalu, berhubung formula 80 peratus muka baharu dan 20 peratus muka lama yang akan digunakan BN dalam pilihan raya akan datang.

Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan menjurus ke arah formula 80 peratus dan 20 peratus tersebut kerana melihat keseimbangan antara muka baharu dan lama itu boleh memberi kesinambungan tugas yang cemerlang kepada parti berkenaan.

Katanya, pembangkang mungkin mahu mengemukakan calon-calon baharu yang lebih berkelayakan tetapi calon-calon tersebut tidak semestinya boleh mendekati rakyat.

"Kita melihat bukan sekadar muka baharu atau berkelulusan lebih tinggi, tetapi kita juga mahu melihat mereka mendekati akar umbi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan golongan lama atau 'warlords' dalam UMNO tidak akan memberi ruang kepada muka-muka baharu, Ahmad Zahid menjelaskan, parti-parti pembangkang sebenarnya mempunyai budaya itu yang mana ramai dalam kalangan mereka tidak mampu berkhidmat dengan cara yang sepatutnya.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga lebih mengetahui melalui maklum balas tentang personaliti bakal calon dan kawasan yang boleh dimenangi atau sebaliknya. (UM).

MENJATUHKAN MUSA AMAN BAGAIKAN MERUNTUHKAN GUNUNG KINABALU

on Tuesday, December 11

SALAH SATU GAMBAR YANG SAYA AMBIL KETIKA  BERSAMA KETUA MENTERI SABAH (2010)

DSP Musa Aman, telah memegang teraju CM Sabah sejak 10 tahun yang lalu (2003), satu tempoh yang hebat mengatasi allahyarham Tun Datu Mustapha, Tun Muhamad Fuad Stephen, Datuk Harris Salleh dan DSP Pairin Kitingan sendiri. Artikel ini yang kedua saya tulis mengenai DSP Musa Aman, sebelumnya http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/gaya-ketua-menteri-sabah.html

Sebagai seorang yang memiliki backround korporat yang berjaya khususnya semasa menerajui Yayasan Sabah, beliau berjaya mentadbir Sabah dengan hebat. Sudah banyak kritikan terhadap beliau, tetapi kejayaan Negeri Sabah sebagai Negeri Terbaik di Malaysia dalam pengurusan Kewangan Kerajaan Negeri mengatasi Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur malah Kelantan membuktikan DSP Musa Aman seorang yang bekerja dan berpengalaman. Ulangan di sini http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120926/dn_15/Sabah-antara-negeri-terbaik-urus-kewangan---Ambrin

Bukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat bahagian beliau di Sandakan pun sudah ada pihak yang hendak menjatuhkannya. Ianya lumrah dalam politik, seperti kata YB Datuk Ghapur Salleh kepada saya bulan lalu, " itu biasalah bah tu". Maksudnya dalam politik memang ada persaingan, sokong tak menyokong dan lawan berlawan. 

Serangan peribadi terhadap Musa sebenarnya bermula sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Usaha-usaha pihak-pihak tertentu untuk menghalang Musa dilantik telah diusahakan melalui 81 Dalil ini http://www.scribd.com/doc/39214/81-dalil-kenapa-Musa-Aman-hilang-kelayakan-menjadi-Ketua-Menteri-Sabah.

Cubaan menjatuhkan Musa dipopularkan sebagai Musagate berhubung sumbangan individu tertentu terhadap Umno Sabah yang bernilai RM40 juta.

Sumbangan RM40 juta ini menjadi makluman umum apabila berlaku PRK Permatang Pauh pada tahun 2008. Selepas PRK itu, Ketua Pemuda PKR membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa berlaku rasuah antara Musa dan seorang individu yang bernama Michael Chia.

Sebagai badan yang cukup terkenal dalam memerangi rasuah (ICAC) bertindak membuka Kertas Siasatan (IP), dan pegawai penyisaat ICAC telah berada di Sabah lebih sebulan untuk menyiasat dakwaan itu.

Hasil daripada siasatan itu, Parlimen Malaysia diberitahu bahawa ICAC mendapati tiada didapati hubungan antara DSP Musa Aman dengan RM40 juta sepertimana dilaporkan, sebaliknya wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik individu yang tidak mahu dikenali kepada Umno Sabah.

Walaupun ICAC telah sebulan di Sabah, menyiasat setiap hari, Ketua Pemuda (PKR) masih tidak berpuashati, kononnya dia ada maklumat terkini berkenaan hal ini http://www.malaysiakini.com/news/216394. Bagi saya, ianya Sumbangan individu kepada parti, jika ianya Sumbangan, apa salahnya parti menerimanya. Sesebuah pertubuhan boleh menerima atau menolak sesuatu sumbangan, dalam kes ini UMNO Sabah menerimanya. Samalah juga dengan sumbangan-sumbangan yang diterima oleh parti PKR, PAS, DAP, SAPP, LDP, Parti Republikan dan Demokrat di Amerika, daripada pelbagai individu untuk aktiviti parti mereka. Berbezakah? Ianya sekadar Sumbangan. Apakah dia makna Sumbangan, kepada mereka yang belum faham ketibaan makna Sumbangan, sila rujuk di sini DBP makna Sumbangan.

Malangnya keputusan SPRM dan ICAC itu tidak dapat diterima oleh pihak PKR. Keadaan amat berbeza, apabila pihak SPRM membuat keputusan berhubung akuan bersumpah bekas Penolong Gebanor Bank Negara yang mendakwa bahawa DS Anwar Ibrahim mempunyai master akaun yang bernilai RM2bilion. Keputusan SPRM itu diterima dengan baik oleh pihak pembangkang.

Saya mendapat khabar DSP Musa Aman bukan hendak menjadi Ketua Menteri sepanjang hidupnya. Beliau membayangkan untuk menyerahkan terajui kepimpinan negeri kepada orang yang betul, orang yang layak dan berpengalaman. Sebagai manusia biasa, beliau juga mahu menikmati rehat yang cukup, bersama anak dan cucu, melancong dan tidak diganggu dengan kesibukan politik sepanjang malam.

Jika dilihat dari heirarki parti di peringkat negeri sudah tentulah DSP Salleh Tun Said. Satu perkara yang saya terlepas pada tahun 2009. Semasa kami berbual di Parlimen, DSP Salleh Tun Said mengajak saya ke rumah beliau di Kota Kinabalu kerana kebetulan saya akan ke KK ketika itu. Malangnya saya terus ke Ranau dan amat kecewa kerana tidak dapat singgah di rumah beliau, namun saya gembira kerana sehingga ke hari ini setiap kali saya sms DSP Salleh Tun Said beliau akan membalasnya.




KERUSI PINJAMAN BAKAL DIKEMBALIKAN

on Sunday, December 9

KALABAKAN TANAH BERSEJARAH

Tun Dr. Mahathir dalam banyak ucapannya menyebut, UMNO tidak akan menang hanya dengan sokongan ahli UMNO sahaja, begitu juga parti lain, PAS PKR DAP tidak akan menang dengan undi ahli-ahli mereka sebaliknya, undi orang-orang yang bukan ahli parti sangat diperlukan.

Menjelang PRU13, DS Najib bercakap mengenai "winable candidate". Sehingga ke saat ini, tiada siapa berani mengesahkan diri mereka bakal menjadi calon di mana-mana kawasan. Semuanya bersifat spekulatif.

Semua parti baik BN dan PR, masing-masing sudah mempunyai nama untuk diketengahkan. Saya hendak bercakap mengenai sejarah, kerana ilmu yang sedikit dan pengalaman yang sedikit, semoga perkongsian ini boleh memberi sesuatu makna.

Jika anda membaca buku-buku yang ditulis oleh Lee Kuan Yew, anda akan dapati bahawa Lee Kuan Yew dan pemimpin-pemimpin PAP amat gerun kepada Tun Abdul Razak, juga Tun Dr. Ismail. Dalam satu bahagian Lee Kuan Yew menulis, semasa mereka mengunjungi Tun Abdul Razak mereka tidak berani untuk mengangkat muka lebih tinggi, atau bercakap sesuatu yang lebih tinggi. Malah, ada satu bahagian dalam coretan Lee Kuan Yew, di mana mereka tidak berani membantah kata-kata Tun Abdul Razak.

Begitu juga yang dialami oleh pemimpin-pemimpin MCA, semasa era Tun Dr. Tan Siew Sin, tetapi Tun Abdul Razak tetap melantik Tun Dr. Tan Siew Sin di kabinet terkanan beliau.

Apabila Tan Sri Koh Tsu Koon diganti oleh Dr. Teng di Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon tidak membantah sebaliknya memberi sokongan atas apa yang dipilih oleh DS Najib. Semalam, program DS Najib bersama rakyat Pulau Pinang dihadiri beribu-ribu rakyat Pulau Pinang. YB Zahrain (Bebas) dan mantan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang (Aminah), menyerahkan borang menyertai UMNO. 

Saya mendapat khabar terkini, menjelang PRU13, YB DSP Lajim tidak ada sebab, akan kembali menyokong DS Najib jika satu perkara itu dapat diselesaikan. Mereka berdua tiada permusuhan peribadi. 

Di kawasan saya, DUN Merotai yang dipinjamkan kepada LDP sudah sampai masanya dikembalikan kepada UMNO semula. Perkara ini sudah diminta oleh UMNO Kalabakan, tetapi rundingan masih terbuka. Di DUN Merotai 70% pengundi adalah Islam dan Bumiputera, UMNO terlalu baik hati tetapi apakah UMNO harus baik hati selama-lamanya. Parti LDP harus kembali kepada tempatnya sendiri di mana kaum Cina ramai, tidak kiralah di mana di Sri Tanjung, Kota Kinabalu atau Sandakan. Sudah sampai masanya Merotai dikembalikan semula kepada UMNO, bukankah ia hanya pinjaman sahaja?

Di Semenanjung, terdapat kerusi yang dulunya dipinjamkan atas setiakawan UMNO kepada komponen BN telah berjaya dikembalikan melalui 'win-win situation' sebagaimana di Perak.

Sehari sebelum saya menunaikan ibadah Haji bulan lepas, saya telah bercakap dengan YB Datuk Ghapur Salleh melalui telefon. Saya fikir Datuk Ghapur Salleh masih ingin mewakili Parlimen Kalabakan. Tetapi jika kali ini (PRU13), beliau tidak terpilih apakah beliau akan berpindah atau meneruskan sokongan kepada UMNO. Kita tidak tahu, UMNO sangat berjasa kepadanya.

Dahulu (2008), beberapa minit sebelum penamaan Calon, saya telah menelefon Datuk Ghapur Salleh kenapa beliau tidak pergi ke rumah rasmi Ketua Menteri Sabah (di Kota Kinabalu) untuk sebutan calon-calon UMNO. Beliau berkata kepada saya, "nama saya tiada dalam senarai". Lima minit kemudian, nama beliau ternyata dicalonkan di Kalabakan. Saya menelefon kembali dan mengucapkan tahniah. 

Dua bulan lepas, seorang AJK Bahagian Kalabakan, sudah tentu orang kuat YB Datuk Ghapur Salleh, menelefon saya. 

Semasa saya bertemu Tun Dr. Mahathir 3 bulan lepas, saya juga bercakap mengenai Kalabakan dan Merotai. Tetapi, bukan untuk didedahkan di sini.

Bacaan ulangan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/kenangan-bersama-wakil-rakyat.html

Selamat membaca.

GAMBAR MENARIK: HAMAS & FATAH RUNDING BERSATU

on Wednesday, December 5


SEBAHAGIAN PEMBESARAN MASJIDIL HARAM YANG SUDAH SIAP
PEMBANGUNAN MASJIDIL HARAM KOTA SUCI MEKAH BERJALAN LANCAR

RUMAH NABI MUHAMMAD SAW. YANG KINI MENJADI MAKTABAH KEKAL TIDAK DIROBOHKAN

SUASANA DI PERKARANGAN MASJID NABI DI MADINAH AL MUNAWWARAH
PELBAGAI JENIS KURMA
AIR ZAM-ZAM

Kota Suci Makkah Mukarramah dan Madinah Munawwarah, jika kita dipilih oleh Allah SWT untuk mendatangani kedua-dua kota suci itu yang di dalamnya penuh keberkatan Masjidil Haram, Kaabah, Hijir Ismail, Bukit Safa, Bukit Marwah, Makam Ibrahim (tapak kaki Nabi Ibrahim), Hajar Aswad, Air Zam-Zam, Arafah, Mina, Gua Hira,Bukit Uhud, Masjid Nabi Madinah, bekas rumah Rasulullah SAW, bekas rumah Saidina Abi Bakri As-Siddiq, bekas rumah Saidina Umar Al-Khatab dan sebagainya.

Setiap kali kita mengunjungi kedua-dua kota Suci Makkah dan Madinah ini, baik untuk mengerjakan Umrah ataupun Haji, kita akan menyaksikan betapa Islam itu agama perpaduan, alangkah baiknya jika umat Islam di Malaysia khususnya dapat bersatupadu dengan sama-sama saling maaf-memaafkan, saling bertolak-ansur dan bermuafakat. 

Usahlah kita mengulangi Perang Siffin, di mana kedua-dua pihak juga adalah Sahabat-Sahabat Rasulullah, baik Pasukan Ali Abu Talib mahupun pasukan Muawiyah Abu Sufian. Kedua-duanya mengerjakan Solat Subuh sebelum mereka berperang, kedua-dua pasukan mengaji Al-Quran dan berzikir sebelum mereka berperang. 

Hari ini, Hamas menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk membincangkan Perpaduan dengan Fatah. Presiden Mahmood Abbas pula semalam bermesyuarat dengan kepimpinan tertinggi Fatah bagaimana untuk bergabung dengan Hamas. Mereka sudah lihat besarnya hikmah jika bersatu padu kepada bangsa Palestin. Di Malaysia, PAS dan UMNO bila pula untuk memberi hikmah kepada bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia?

Keputusan PRU13 akan memberi impak yang sangat besar kepada masa depan kita. Janganlah yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu, mereka pula bertepuk sorak.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan