TNB, PROTON DAN DS NAJIB

on Monday, December 30

Kenaikan Tarif  Elektrik Bermula 1 Januari 2014
Menjelang pintu 2014 dibuka, kita akan melalui pelbagai cabaran khususnya isu kenaikan beberapa kos hidup seperti kenaikan tarif TNB, cadangan kenaikan tol oleh syarikat konsesi tol dan sebagainya. 

Di peringkat kerajaan tempatan pula seperti di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing turut menaikkan cukai-cukai tertentu seperti cukai pintu, cukai hartanah, cukai penjaja/peniaga malah berusaha menaikkan gaji MB dan exco-exco dalam jumlah yang amat-amat luarbiasa. 

Di Kedah sangat menarik apabila Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berjaya memansuhkan Cukai Lesen Penjaja/Peniaga. Mengapa Kerajaan Kedah boleh melakukannya?

Tiada siapa boleh mengelak isu peningkatan kos, dalam hal ini Tun Dr Mahathir mencadangkan supaya kerajaan berusaha mengurangkan kos, bukannya menaikkan kos hidup rakyat. Baca semula ini http://chedet.cc/?p=1153

Namun begitu, DS Najib kelihatannya berusaha mencari alternatif lain contohnya idea-idea seperti BR1M dan terkini DS Najib meminta Bank menangguhkan pembayaran mereka yang terlibat banjir dan membuat tuntutan insuran kepada Bahagian Perumahan jika rumah mereka terlibat.

Saya bukan ahli ekonomi, tetapi pergaulan dengan mereka yang hidup dalam bisnes dan putaran wang, saya dapat menyaksikan betapa keperluan menambahbanyak keuntungan menjadi target utama kumpulan bisnesman.

Sejarah Lembaga Letrik Negara (LLN)
TNB
Namun, saya tidak berfikir begitu, saya berfikir biarlah TNB untung sedikit asalkan rakyat tidak dibebani lagi dengan kenaikan kos tarif elektrik. Malangnya tidak mungkin pemegang-pemegang saham di dalam TNB akan berfikiran begitu. 

Barangkali bagi mereka, tujuan berbisnes adalah untuk mengaut keuntungan. Bagi saya pula, apa guna untung berpuluh juta atau beratus juta jika rakyat menderita. Pertentangan minda seperti ini biasanya akan dimenangi oleh mereka.

Kita kena faham, DS Najib bukan pemegang saham di dalam TNB. Sebab itulah, DS Najib tidak mungkin boleh menahan kenaikan kos khususnya kos bahan mentah di peringkat global, setelah mengambil kira pertambahan kos-kos TNB yang semakin membesar akibat permintaan industri perumahan yang semakin membesar, kilang-kilang industri, kos luar negara dan sebagainya. 

Malangnya hari ini, rakyat tidak mahu mengetahui hal-hal kos yang tanggung oleh TNB, rakyat hanya mahu supaya kos tarif elektrik tidak dinaikkan. Malangnya bermula 1 Januari 2014 kenaikannya sudah pun diiklankan di dalam akhbar.

Orang bisnes tidak akan bersetuju dengan saya, kerana pemikiran saya ialah biarlah kerajaan untung sedikit asalkan rakyat menikmati kebahagiaan. 

Ada banyak idea untuk membantu rakyat. Antaranya, saya sering berfikir, setiap tahun Pusat Pungutan Zakat di mana-mana negeri pun mengumumkan pertambahan jumlah pungutan berjuta-juta ringgit. 

Bolehkah mereka memperbanyakkan lagi penyerahan wang zakat kepada sesiapa sahaja umat Islam yang layak sehingga tidak ada satu pun umat Islam akan menderita kesusahan di dalam negara kita. Semasa zaman Khalifah Uthman Ibnu Affan dan Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz penyerahan wang zakat kepada asnaf yang layak telah berjaya memakmurkan negara.

Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, jika kita mempunyai pendapatan RM1,000 hingga RM3,000, kita sudah hampir termasuk dalam kategori miskin bandar. Bagaimana hendak mengurus pendapatan sebegitu dengan bayaran kereta, sewa rumah, makanan, kesihatan, minyak, tol, prepaid dan sebagainya? 

Proton 1985
PROTON
Sebagai contoh, dalam rasionalisasi ekonomi untuk bab Kereta, dengan pengambilan Proton oleh Kumpulan Syed Mokhtar Bukhary melalui DRB Hicom, harga kereta-kereta proton berjaya diturunkan. Antaranya kereta Proton Persona http://www.zakiautoworld.com/2013/09/proton-persona-elegance-promosi.html

Inilah antara idea DS Najib kepada industri kereta. Mengapa Proton boleh menurunkan harga dan mengapa TNB tidak boleh menurunkan tarifnya? 

Secara umumnya, saya mendapat tahu bahawa TNB di Sabah (dahulunya SESB) yang telah dimiliki sebahagian besar sahamnya oleh TNB banyak menyumbang keuntungan kepada TNB keseluruhannya. 

Dalam pada itu, saya ingin mencabar pasukan Proton supaya mengeluarkan kereta dengan harga serendah RM20,000-RM30,000. Jika negara India boleh melakukannya, saya tidak fikir Malaysia tidak boleh melakukannya. 

Anda tidak perlu menggaji hanya pakar ekonomi, jurutera, pemasaran dan perbankan sahaja yang mesti berada di dalam kumpulan Proton kerana mereka tidak boleh berfikir bagaimana untuk melojikkan harga Proton serendah RM20,000-Rm30,000. Mereka akan berkata ianya idea gila. 

Bukankah Plato ada berkata, untuk menguruskan hal yang besar tidak memerlukan pakar ekonomi, ianya mesti diurus oleh seorang ahli falsafah (pemikir) sahaja.

DS NAJIB
Ramai orang berfikir DS Najib sebagai Perdana Menteri boleh melakukan silap mata dan boleh meluluskan atau membatalkan sesebuah polisi dalam sekelip mata. Perkara ini tidak benar, pengalaman saya ialah walaupun anda membawa surat permohonan sesuatu projek besar dan diberi sokongan oleh DS Najib, namun ianya tidak menjamin anda akan mendapat projek itu.

Saya tidak ingin menyebut nama sesiapa dan syarikat mana. Sebagai Perdana Menteri, DS Najib amat berbesar hati bilamana ada rakyatnya yang mempunyai gagasan besar untuk memajukan negara dari segi ekonomi. Maka PM akan memberi minit sokongan. Namun begitu, apabila permohonan tersebut melalui prosedur kementerian, maka ianya akan ditapis daripada pelbagai sudut khususnya peraturan-peraturan yang perlu diikuti sebelum dianugerahkan sesebuah projek. 

Seandainya syarikat tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, maka projek itu tidak juga diperolehi walaupun mendapat minit sokongan daripada Perdana Menteri. 

Jawapannya mudah, kerajaan ini adalah kerajaan rakyat bukan kerajaan peribadi DS Najib. Dalam hal ini, DS Najib berjaya memelihara amanah dan kebertanggungjawapannya dalam mengurus ekonomi negara.

Contoh kedua, beberapa bulan lalu saya mendapat tahu 3 orang calon untuk ditemuduga untuk satu jawatan jurutera di dalam kerajaan. Dua orang calon itu terdiri daripada seorang anak YB dan seorang anak Timbalan Menteri. Seorang lagi hanya anak guru sahaja. Apabila keputusan temuduga dikeluarkan, kedua-dua anak YB itu tidak berjaya sebaliknya anak guru itu pula yang dapat. Ini menunjukkan bahawa isu-isu kronisme dalam kerajaan sebenarnya semakin bertambah baik.

Kesimpulan
TNB harus berfikir supaya mengeluarkan suatu pakej pemulihan kepada rakyat supaya kenaikan tarif elektrik yang telah diumumkan boleh disesuaikan. Mereka perlu berfikir bagaimana boleh memberikan diskaun 10% atau 50% kepada pengguna yang membayar tepat pada masanya, atau menaikkan diskaun bayaran percuma daripada RM20.00 kepada di bawah RM100.00. 

Begitu juga oleh pengguna berskala besar seperti industri, jika mereka mampu membayar tanpa tunggakan adalah lebih baik berikan mereka potongan daripada mereka langsung tidak membayar dan cabut lari.

Apakah Proton tidak mempunyai idea untuk mencipta sebuah kereta berharga RM20,000 hingga RM30,000 sebuah? Selepas hampir 30 tahun usia Proton, saya tidak percaya mereka tidak boleh memikirkannya?

Saya memilih TNB dan Proton sahaja, insyaallah akan datang kita diskusi jenama lain pula. 









TOL & DEMONTRASI, SURAT KEPADA YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

on Wednesday, December 25

Ketua Kerajaan & Ketua Pembangkang, Masing-Masing Ketua
Surat kepada Anwar Ibrahim,

Pertama kali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri atas kemenangan di Permatang Pauh dan kemenangan di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan semasa PRU13 yang lalu. 

Adakah Datuk Seri sudah mengucapkan Tahniah kepada DS Najib dan parti BN atas kemenangan mereka juga? Jika ada, saya tidak pernah membacanya, barangkali Datuk Seri call direct kepada DS Najib atau menghantar SMS peribadi, ataupun semasa bertemu di Dewan rakyat tempohari. Tidak mengapalah, barangkali ianya rahsia Datuk seri dengan DS Najib berdua sahaja.

Sebaik-baiknya, sebagaimana amalan di Amerika Syarikat, Australia ataupun di Britain ialah sesiapa yang menang akan mengucapkan tahniah kepada lawan masing-masing. Itulah demokrasi yang demokratik. Di Malaysia nampaknya ianya belum menjadi amalan.

Saya dapati, DS Najib lebih terkedepan di dalam hal menghargai lawan dan musuh politik. New politic yang dibawa oleh DS Najib sekarang ini lebih bersifat terbuka, menyenangkan dan hebat kerana semua rakyat tidak kira ahli PAS, penyokong PKR, pro DAP semuanya dibawa masuk di dalam sistem kerajaan supaya mereka merasai serta melihat sendiri bagaimana kerajaan ini berfungsi, digerakkan dan mellihat sendiri kekangan-kekangannya. 
Sejarah Lama
BANJIR
Sebaliknya cara berpolitik lama yang Datuk Seri amalkan amat jauh ketinggalan, lihat sahaja di dalam kes banjir Kuantan. Seelok-eloknya MP Kuantan hendaklah bersama-sama dengan semua agensi kerajaan (persekutuan & negeri) mengatur masalah banjir di Kuantan kerana MP Kuantan adalah Ahli Parlimen yang bermaksud juga ahli di dalam sistem kerajaan di negara kita. Sebaliknya, sama seperti Datuk Seri, pendekatannya ialah menuding jari dan menyalahkan pihak lain. Ini cara lapok dan merugikan rakyat.

Pada tahun 1990 dahulu, ketika Sabah diperintah oleh PBS(ketika itu masih di luar BN) dan kawasan saya Merotai dimenangi oleh Adun USNO (BN), kami boleh bekerjasama dengan pemerintah PBS untuk kepentingan rakyat walaupun berbeza fahaman politik. Untuk lebih lanjut, bacalah buku saya ini http://ww.marymartin.com/web/selectedIndex?mEntry=150019 dan ini http://books.google.com.my/books/about/Abaka.html?id=7GUeAAAACAAJ&redir_esc=y 
Pernah Berganding Bahu Di Dalam Kerajaan
Saya menulis surat terbuka ini supaya kita boleh berdiskusi secara sehat bagaimana menjadikan negara kita ini kemenjadian dengan segala kepakaran rakyat kita, membangun secara sehat dan demokratik supaya generasi akan datang mempunyai platform yang sehat untuk berdemokrasi, bukannya berdemonstrasi.

Demostrasi, rusuhan dan kudeta bukan amalan Islam sebaliknya ia adalah amalan Kuno masyarakat barat yang dahulunya amalan pemerintah mereka sangat autokratik dan tertutup. Ketika itu, perbincangan intelektual ditutup. Maka berlakulah pemberontakan, demo dan rusuhan sebagaimana era Napoleon Bonaparte, Abraham Lincoln, Winston Churchill dan sebagainya. 

Winston Churchill muncul ketika era Nazi Jerman hampir memusnahkan masyarakat Inggeris. Walhal sebenarnya, berpuluh-puluh tahun sebelum itu pun orang Inggeris hidup di dalam kegelapan kerana pemerintah yang autokratik, tuan tanah yang memeras keringat mereka dan dasar tutup pintu dalam beragama dan berpendidikan. Sebaliknya di Malaysia, adakah DS Najib mengarahkan TV kita menutup rancangan filem Bollywood yang menjadi antara minat Datuk Seri? 

Pernahkah Datuk Seri mendengar nama tokoh Giuseppe Garibaldi (1830an) di Amerika. Dia secara individu pergi berperang di mana-mana menentang pemerintah di Perancis, Itali, Uruguay, Brazil dan akhirnya dia kembali ke Amerika menjadi ahli parlimen dan memberi kerjasama kepada Abraham Lincoln (1860).

Begitu juga semasa era penjajahan di negara kita, English centric menulisnya sebagai pemberontakan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Salleh dan sebagainya walhal ianya adalah usaha mereka mempertahan setiap inci wilayah tanah mereka dan sistem sosio-ekonomi mereka yang cuba dirompak secara kasar dan tidak beretika oleh penjajah.
Masih Seperti Dahulu
Beritahu kepada saya apa untungnya demonstrasi menentang kerajaan secara melulu, emosi dan tidak terkawal? Bukankah kita ada sistem parlimen yang membolehkan semua wakil rakyat Pakatan bersuara, menghalang dan meminda apa-apa sahaja akta yang dilihat tidak menguntungkan rakyat. Gunakanlah sistem yang sedia ada yang sudah menjadi amalan demokrasi di negara kita.

Saya tidak berkata tidak boleh berdemo jika ianya suatu elemen untuk menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat, tetapi buatlah dengan cara yang telah diluluskan oleh Parlimen kita. Bukankah kita sudah ada Akta Perhimpunan Aman. Gunakanlah peluang itu dengan bijaksana, bukannya di jalanraya atau di tempat-tempat awam yang mengganggu orang awam lain yang cintakan Keamanan, Kebersihan dan Ketenangan.

Didiklah rakyat supaya menghormati sistem demokrasi yang menjadi amalan memerintah negara ini, didiklah rakyat supaya tahu menggunakan saluran yang berkesan untuk menyampaikan idea dan bantahan, didiklah rakyat supaya berfikir dan bertindak dengan cara matang.
Iktiraf Keputusan PRU13, Gembira Bersama
TOL
Saya cabar Datuk Seri sebagai seorang pemimpin berkuasa penuh di dalam PKR, supaya mendesak Menteri Besar Selangor membatalkan kenaikan gaji ahli-ahli dewan dan exco kerana jumlah yang keterlampauan dan tidak masuk akal dalam konteks sekarang. Adakah dia akan mendengar desakan Datuk Seri?

Pada masa yang sama saya mencabar Datuk Seri supaya menghapuskan kalaupun tidak menurunkan sehingga 50% bayaran tol di semua tol-tol yang dibawah share dan kawalan kerajaan negeri Selangor yang diketuai oleh PKR? 

Jika saya pemimpin berkuasa utama dalam PKR, di mana saya yang menunjuk Menteri Besar yang saya mahu, sudah tentu saya juga boleh mendesaknya mendengar cakap saya kalaupun tidak menukarkannya kepada orang lain yang boleh mendengar arahan. Melantik dan menurunkan Menteri Besar dari parti sendiri bukannya sukar pun! 

Jawapannya sudah tentu sukar! Semuanya itu tidak boleh dilakukan kerana pertimbangan lain seperti kepentingan kedudukan kewangan yang besar juga penting untuk mentadbir sebuah negeri. Kita tidak boleh mentadbir dan membangunkan negara dengan hanya air liur! 
Sama-Sama Gembira
Makanya, PRU13 yang tidak sampai pun setahun sudah hendak diporak-perandakan lagi dengan segala macam demonstrasi. Bukankah Datuk Seri mempunyai banyak link media dalam dan luar negeri, gunakanlah untuk mengkritik dasar-dasar kerajaan yang tidak sesuai, Datuk Seri memiliki ramai jurucakap di dalam parti malah NGO-NGO yang bersama Datuk Seri juga banyak, mengapa tidak gunakan semuanya dengan cara yang lebih moden, sehat, cantik, intelektual dan lebih bertanggungjawab.

Di dalam kerajaan DS Najib sendiri, bukan tidak ada pegawai-pegawai kerajaan yang menyokong Datuk Seri ataupun bersimpati dengan Datuk Seri. Mereka juga adalah ahli di dalam kerajaan, jika Datuk Seri asyik menyalahkan kerajaan secara tidak langsung Datuk Seri menyalahkan mereka juga. Sistem kerajaan kita bukannya sistem autokratik kerana dasar-dasar kerajaan diputuskan di dalam parlimen bukan di bilik tidur DS Najib. 

Politik era reformasi jalanan kini sudah tidak laku lagi malah ketinggalan zaman. Rampasan kuasa atau mengguling kerajaan pasti tidak dipersetujui oleh PAS yang memerintah Kelantan, DAP yang memerintah Pulau Pinang dan sudah tentu PKR yang memerintah Selangor. 

Hari ini, era teknologi pantas bermaksud era kepantasan mengatasi isu. Jika kerajaan persekutuan lewat dan terlambat menjawab isu-isu besar sudah pasti rakyat akan menghukum mereka semasa PRU14 nanti. Sebaliknya, jika semua isu-isu yang dibawa PKR lemah dan dapat dijawab dengan pantas, rasional dan diterima sudah pasti kerajaan BN akan terus memerintah. 
Gambar Terkini DS Anwar Ibrahim
KERAJAAN MILIK PERIBADI...
Kesimpulanya mudah, Datuk Seri turut menghadapi kekangan-kekangan di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor apatah lagi hendak campurtangan di dalam pentabiran kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan. Samalah juga situasi oleh DS Najib di mana wujudnya kekangan-kekangan yang bukan disebabkan oleh DS Najib tetapi oleh peraturan-peraturan di dalam kerajaan yang perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk Perdana Menteri atau malahan Raja-Raja kita.

Kalaulah kerajaan ini milik peribadi DS Najib, saya yakin DS Najib akan menghapuskan semua tol-tol di dalam negara kita termasuklah tol-tol yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor!

Salam hormat.

Al-Azharri Siddiq,
Tawau, Sabah.















DS HISHAMMUDDIN - PEMANGKU MENTERI, CUCU BAHARU & UMRAH

on Tuesday, December 24

Kemenangan Chiew Mei Fun (Naib Presiden) Mengejutkan Namun Menarik
KEMENANGAN Datuk Liow Tiong Lai tidak mengejutkan saya, kerana saya sudah menulisnya pada 22 Mei, 2013 yang lalu di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/beri-peluang-ong-tee-kiat-liow-tiong.html bahawa beliau patut diberi peluang untuk memimpin MCA. Kemenangan Liow Tiong Lai juga berbaloi kerana beliau berjaya menunjukkan visi yang jelas untuk masa hadapan masyarakat Cina. Masyarakat Cina dilihat menunjukkan keyakinan dan harapan tinggi kepada beliau.
Kenangan Bersama Datuk Liow Tiong Lai
MCA adalah parti Cina yang sederhana, moderat dan tidak ganas. Kita mesti faham bahawa MCA bukan PAP atau DAP. Kemenangan Liow Tiong Lai diberi gambaran menyenangkan hati semua pihak di dalam BN. Liow Tiong Lai adalah seorang yang sederhana tetapi mempunyai visi perjuangan yang jelas.

Saya percaya Presiden baharu MCA akan membawa MCA keluar dari kemelut di mana saya sangat yakin beliau akan membawa semula MCA ke dalam kabinet dan jawatan-jawatan lain kerajaan di peringkat negeri, daerah dan kampung-kampung. Secara peribadi, dasar Presiden terdahulu yang mengasingkan dan kelihatan berkonfrantasi dengan BN tidak sesuai dan tidak kena tempat. 


SINAR BAHARU - PEMANGKU MENTERI, CUCU BAHARU, UMRAH
Sebagaimana semua sedia maklum, DS Hishammuddin akan memulakan kerja beliau pada awal tahun 2014. Sebagai pemangku Menteri Pengangkutan, saya yakin keputusan terbaharu dalam MCA boleh memberi kelegaan kepada DS Hishammuddin di mana beliau boleh menumpukan tugas beliau di Kementah dan juga sebagai Naib Presiden UMNO, sekiranya wakil MCA diterima semula menganggotai Kabinet.

Sebagaimana saya sebutkan sebelum ini di sini H20 Kerja Kuat Rehat Kurang, DS Hishammuddin terlalu kuat bekerja tanpa memikirkan rehat yang cukup. Pada saya, apa yang telah dialami oleh DS Hishammuddin ketika dirawat di Hospital adalah suatu Hikmah dari Allah SWT. Kini, sinar baharu sudah menjelma. 

Sinar baharu dengan cucu baharu, sinar baharu dengan perubahan di dalam MCA dan sinar baharu di Makkah dan Madinah.

Barangkali selepas ini, saya mencadangkan supaya DS Hishammuddin dan keluarga menunaikan Umrah di Mekkah Al-Mukarramah dan ziarah Masjid Nabawi, khususnya selepas menimang cucu baharu. 

Oleh kerana DS Najib Tun Razak dan keluarga setiap tahun melakukan ibadah Umrah, saya fikir dengan keizinanNYA jua, DS Hishammuddin perlu mempersiapkan diri beliau dengan cabaran yang lebih besar di masa hadapan. 

Saya menerima beberapa emel, khidmat pesanan ringkas dan komentar supaya DS Hishammuddin mempersiapkan diri dengan cabaran yang lebih besar, ada juga yang mahukan beliau menonjolkan diri, dan ada juga yang memberi komen sebagai tokoh dalam pembikinan.


SINGAPURA KEMBALI KEPADA MALAYSIA

on Saturday, December 14

MAMPUKAH TEMASEK HOLDING BERTAHAN (2007)
Kejadian rusuhan di Singapura baru-baru ini memberi gambaran bahawa pada masa akan datang, Singapura akan mengalami saat yang lebih sukar dalam dairi mereka. Saya semakin sangsi Singapura boleh berdiri dengan aman pada masa hadapan. Keselamatan serantau pasti menjadi isu besar.

Walaupun Singapura boleh berbangga dengan Temasek Holding yang sangat agresif meronda seluruh dunia untuk mengumpul aset-aset mereka, tetapi satu perkara yang mereka tidak boleh nafikan ialah Indonesia dan Malaysia juga semakin agresif.

Indonesia melalui badan pelaburan mereka Badan Usaha Milik Negara (BUMN) dan Malaysia melalui (Khazanah Holding) semakin berkembang maju dan memberi tekanan yang besar kepada Temasek Holding. 

Indonesia memiliki Pertamina yang semakin agresif selepas tahun 1998, dengan pengumuman terkini akan membina bangunan Pertamina antara tertinggi di dunia tidak lama lagi. Malaysia memiliki Petronas yang tidak perlu dibicarakan lagi. 

Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Leong) dalam komen segeranya di atas rusuhan tempohari antara lain menyejukkan keadaan dengan memberi pandangan menarik iaitu, pekerja-pekerja asing sebagai aset penting kepada ekonomi Singapura di samping menyediakan mereka persekitaran selamat supaya mereka boleh mencari rezeki untuk keluarga mereka di kampung.

Namun begitu, laporan turut menyebut bahawa pihak berkuasa Singapura memeriksa beribu-ribu pekerja asing untuk mengesan dalang perusuh-perusuh berkenaan.

Apabila Malaysia membuka pelaburan mega Iskandar Malaysia, pelaburan dari Singapura sudah tentu amat menarik. Kekayaan Singapura tidak mungkin disimpan statik dalam negara mereka sahaja, melainkan mereka terpaksa melabur dan mengumpul seberapa banyak keuntungan di luar negara. Di selatan tanah air kita, jawapannya ialah di Iskandar Malaysia, Pulau Pisang dan Pulau Batu Puteh.

PERTAHANAN & KESELAMATAN SINGAPURA MERAGUKAN
Pada tahun 1965, Tun Razak dan wakil Lee Kuan Yew (Goh Keng Sew) membincangkan isu pertahanan seandainya Singapura berpisah dengan Malaysia atau Singapura menjadi sebuah negeri yang istimewa di dalam Persekutuan Malaysia. Isu-isu keselamatan dan pertahanan menjadi isu besar bilamana mereka membincangkan apakah Panglima Angkatan Tentera Malaysia turut mengetuai pasukan tentera Singapura, dan pelbagai isu lagi. Akhirnya, Lee Kuan Yew mahu menubuhkan pasukan tentera sendiri di samping mengekalkan pangkalan tentera British di Singapura.

Saya mendapat tahu selepas 40 tahun kemudian selepas merdeka, Singapura sudah memiliki hubungan istimewa dengan Mossad dalam isu keselamatan di Singapura. Malahan seperti pernah saya nyatakan, syarikat Google dari Amerika sendiri telah relocated di Singapura. Ini bukan isu bisnes, ini isu keselamatan negara kecil Singapura.

Akhirnya, dengan hanya tidak sampai 500 orang perusuh sebagaimana dalam laporan-laporan lain, Singapura gagal mengesannya dan agensi perisikan Singapura dengan bantuan agensi-agensi perisikan luar negara ternyata gagal dan menjadi satu pembaziran.

Dengan kejayaan DAP di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Perak, apakah kepimpinan PAP di Singapura sudah bersedia untuk kembali semula kepada Malaysia. 

Saya tidak yakin Singapura boleh berdiri sendiri dalam jangka masa yang panjang. Rusuhan tersebut memberi gambaran, Singapura boleh musnah sekelip mata!

Singapura tidak boleh terlalu bergantung kepada CIA, Mossad, FBI dan jumlah bajet pertahanan mereka yang besar. Sebab itulah, Hong Kong dan Macau segera kembali kepada asal usul mereka yakni bersatu dengan China.

Walaupun keturunan Lee Kuan Yew dari Guangdong, China tetapi tanah Singapura bukan tanah Republik China. Tanah Singapura berasal dari Tanah Melayu.

Sebab itu jugalah pada tahun 1965, Lee Kuan Yew meminta supaya satu perjanjian formal yang berlainan dibuat dengan Kerajaan Johor supaya air dapat dibekalkan sepanjang masa kepada Singapura. Mustahil air pun diimport dari negara Republik China!

Mungkin anda tidak bersetuju.

Selamat membaca.
Selamat Berhujung Minggu.








KERAJAAN SINGAPURA HANTAR SURAT BANTAHAN SIAR PERISTIWA RUSUHAN

on Wednesday, December 11

PHOTO: SCREEN GRAB FROM VIDEO
Chennai-based Sun TV, the biggest television network in South India, reported in its news broadcast on the Little India riot that Singaporeans had attacked the South Indian rioters.

It also said that Indian nationals were hiding in their homes for fear of being harassed by the police or attacked by locals.
Bantahan Kerajaan Singapura
The report outraged Singapore netizens, who posted angry comments.

Singapore's High Commissioner for New Delhi, Mr Lim Thuan Kuan, wrote to Sun TV: "The inaccurate and sensational coverage clearly shows that Sun TV did not even bother to check the facts before reporting on the incident."

A police report has been made against the TV station.
Siapa Sangka Rusuhan Berlaku Di Singapura

SINGAPURA BUKAN LAGI NEGARA SELAMAT DILAWATI

on Monday, December 9

Benarkah Rusuhan Ini Di Negara Singapura?
RUSUHAN yang berlaku di kota Singapura amat-amat mengejutkan saya, kerana selama ini kita diuar-uarkan kononnya negara Singapura adalah negara yang paling aman di dunia, negara paling selamat di dunia dan negara yang paling 'security' di dunia.

Namun, apabila melihat kenderaan Polis Singapura diterbalikkan, kenderaan Ambulance Sigapura turut dirosakkan, cermin bas dipecahkan dan paling tidak masuk akal 10 anggota Polis Singapura cedera, juga gambaran ahli paramedik Singapura melarikan diri, saya menggeleng-geleng kepala. 

Lihatlah perusuh-perusuh itu memecahkan cermin bas dan kenderaan persendirian yang lain, Lihatlah bagaimana perusuh menterbalikkan kenderaan Polis Singapura... Pasukan keselamatan Singapura tidak dapat berbuat apa-apa, mereka gagal menyelamatkan kenderaan Polis mereka sendiri! Jika perkara ini mereka gagal hadapi, bagaimana jika jumlah perusuh itu mencecah 50,000 dan 100,000 orang. Adakah Singapura mampu menanganinya? Saya kurang yakin!

Gambaran ini membuktikan Singapura bukanlah sebuah negara yang selamat diduduki, kurang selamat untuk berniaga dan kurang selamat untuk dilawati. Kerana bila-bila masa, negara Singapura boleh menjadi negara terbakar dalam sekelip mata. Singapura gagal mengawal hanya kira-kira 400 perusuh sebagaimana dilaporkan media.

Rupa-rupanya Singapura yang aman di persepsi dunia, hanya "sepetik" senggolan, sudah bisa menjadi kacau-bilau dan menakutkan.


Benarkan Peristiwa Ini Di Negara Singapura?
KELEMAHAN PERDANA MENTERI SINGAPURA
Ternyata, Perdana Menteri Singapura hari ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang menyakinkan. Dia tidak seperti bapanya, di mana bapanya telah berjaya menghapuskan sesiapa sahaja yang boleh menghancurkan keamanan negara Singapura, bapanya berupaya mematikan api kecil sebelum merebak menjadi besar, bapanya mempunyai satu method yang konservatif tetapi berjaya iaitu pastikan pihak musuh dan pihak pembangkang semakin lemah dan kecil.

Kelemahan pasukan Risikan negara Singapura terbukti apabila Rusuhan yang menjelekkan muka Singapura di mata dunia itu tidak berjaya dikesan dari awal. Saya yakin, selepas ini ranking Singapura sebagai sebuah negara yang selamat akan dipertikaikan dan merudum.

Kelemahan, kelewatan dan kegagalan Singapura mengawal insiden tersebut membuka mata kepada seluruh dunia bahawa keselamatan di negara Singapura telah menjadi persoalan besar! Kini, pelabur sudah pasti akan bertanya masa depan perniagaan mereka di negara kecil Singapura itu. 

Dan sebagai jiran paling penting, Malaysia harus memikirkan semula halatuju dan masadepan hubungan baharu dengan Singapura khususnya dalam aspek ancaman keselamatan global dan serantau di selatan tanah air kita! 

Kita jangan menunggu Rusuhan di Singapura berjangkit ke Malaysia baru hendak mengambil tindakan, sebaliknya pasukan keselamatan Malaysia di sempadan hendaklah berwaspada di sepanjang sempadan Malaysia-Singapura. Selepas melihat kegagalan pasukan keselamatan Singapura merisik dan mengawal Rusuhan itu, saya semakin kurang kepercayaan kepada aspek 'security' oleh negara Singapura!

Kini, Singapura tidak lagi boleh diharapkan sebagai sebuah jiran yang aman dan selamat. Insiden Rusuhan di Singapura membuktikan, bila-bila masa Singapura boleh menjadi lebih buruk daripada itu. Dan juga, Risikan negara Singapura bukanlah yang terampuh sebagaimana didengar-dengarkan. Terbukti kini, negara Singapura adalah negara yang lemah menjelang episod baharu abad ke 22.

Singapura hari ini bukan lagi Singapura yang dahulu. 



MASIH ADA HARAPAN DAPAT BALIK PULAU BATU PUTEH, TUDUHAN KE ATAS PEGUAM NEGARA TIDAK BERASAS

on Saturday, December 7


Alasan yang diberikan oleh ICJ yang memberi kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura adalah berdasarkan fakta bahawa sejak 1850-1953, Malaysia tidak ada bukti menjalankan apa-apa kegiatan ataupun yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan sama ada pendudukan, pemerintahan mahupun
penyeliaan atas Pulau Batu Puteh.   

Mahkamah juga menegaskan bahawa peta yang tertera dan diperbuat oleh Malaysia itu sesungguhnya mencerminkan juga apa-apa hal yang bersabit tuntutan Singapura. Oleh kerana pulau itu dan juga rumah api yang diletakkan di situ sebagai rumah api Horsburgh adalah milik Singapura.

Mantan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dilapor berkata surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu. 

Tuntutan-tuntutan lain yang diperbuat Singapura (juga) meyakinkan mahkamah bahawa Pulau Batu Puteh diserahkan kepada Singapura dalam bentuk pengawasan kedaulatan. 

Dalam konteks yang agak berlainanlah maka mahkamah menentukan Middle Rocks adalah milik dan kedaulatan pada Malaysia.

Saya telah mendapat maklumat bahawa Malaysia masih mempunyai peluang untuk mendapatkan semula pulau tersebut di mana pihak Mahkamah ICJ memberikan tempoh 10 tahun untuk menilai semula keputusan tersebut sekiranya pihak Malaysia mempunyai bukti-bukti terkini. Ini bermakna Malaysia boleh mengemukakan tuntutan semula kes Pulau Batu Puteh menjelang 2018.

Saya juga telah menghubungi seorang ahli Persatuan Sejarah Johor, bahawa masih terdapat bukti-bukti yang ada di Istana Johor yang boleh dikemukakan untuk membawa semula isu tersebut di ICJ.

Oleh yang demikian, jika kita masih berminat untuk mendapatkan Pulau Batuh Puteh, saya mencadangkan supaya pihak-pihak yang terbabit supaya memulakan usaha dari sekarang kerana tempoh 2018 masih jauh lagi.

Dalam pada itu, tuduhan-tuduhan ke atas Peguam Negara dan pasukan peguam negara kita tempoh hari hendaklah dihentikan kerana, saya tidak percaya wujudnya unsur rasuah dalam kes tersebut. 

Pasukan Peguam Negara kita sudah berusaha bukan setakat dalam kes Pulau Batu Puteh, tetapi kita sudah berusaha sejak kes Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan lagi. Mengapa anda tidak bercakap soal rasuah apabila kita menang Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan?

Contohilah bagaimana negara China begitu bersungguh-sungguh mendapatkan semula Pulau Macau dan Pulau Hong Kong sehingga akhirnya mereka berjaya mendapatkannya semula. Yang terbaharu, kerajaan China mendesak kerajaan Britain mengembalikan semua artifak-artifak purba milik negara China yang dicuri semasa Perang Candu dahulu (1839-1842) dan (1856-1860).

Di dalam hati saya, bukan sahaja Pulau Batu Puteh itu perlu kembali kepada Malaysia. Temasek juga perlu kembali kepada Tanah Melayu, Temasek adalah milik Kerajaan Kesultanan Melayu Johor. Kerajaan penjajah British dan Stamford Raffles yang bersalah, bukannya Tunku Abdul Rahman. Kalau sesiapa mahu menilai semula sejarah negara kita, kita patut menilai kes ini iaitu asal-usul pulau Temasek sebelum tahun 1780 Masehi. Bagaimana pandangan anda?












KISAH SARJAN POLIS - DS HISHAMMUDDIN

on Wednesday, December 4



DS HISHAMMUDDIN TERLALU KUAT BEKERJA,KURANG REHAT
Kita semua sudah mengetahui bahawa DS Hishammuddin telah dirawat di hospital dan masih meneruskan prosedur rawatan selepas menjalani prosedur angioplasti

Secara peribadi, saya berpendapat DS Hishammuddin mesti mengambil peluang ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya kerana kita semua boleh melihat bahawa beliau tidak pernah mengambil rehat yang betul selepas melalui pelbagai urusan parti dan kerajaan sejak setahun dua ini.

Contohnya, sebagai Naib Presiden UMNO dan Pengerusi  Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2013, beliau telah bekerja keras 24 jam memastikan usul-usul yang dibawa oleh bahagian-bahagian disusun dengan tertib dan tersusun. 

Hari ini, ahli-ahli UMNO bersidang di PWTC dan mereka barangkali tidak tahu bahawa usul-usul yang dibahaskan sepanjang persidangan nanti telah diuruskan oleh DS Hishammuddin sebelum beliau dirawat di hospital.

Sebelum itu juga, DS Hishammuddin adalah pengerusi yang diberi tanggugjawab oleh Presiden UMNO untuk mengetuai Pindaan Perlembagaan UMNO dalam sistem pemilihan parti baru-baru ini. Jika dahulu, hanya wakil-wakil dari bahagian sahaja yang akan memilih dan mengundi calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ahli Majlis Tertinggi di PWTC. 

Tetapi bermula Pemilihan UMNO tahun 2013, ahli-ahli di peringkat akar umbi di seluruh negara terbabit memilih dan mengundi calon-calon yang mereka fikirkan boleh membawa tanggungjawab. Inilah pengorbanan yang telah dibawa oleh DS Hishammuddin yang perlu disedari khususnya oleh ahli-ahli UMNO.

Di dalam kerajaan pula, Perdana Menteri DS Najib Tun Razak turut meminta DS Hishammuddin memangku jawatan Menteri Pengangkutan di samping menjawat Menteri Pengangkutan.

TERLALU KUAT BEKERJA, TIDAK DIDENDANG
Satu perkara yang saya sedari tentang DS Hishammuddin ialah, beliau terlalu kuat bekerja untuk parti, kerajaan dan negara ini. Satu perkara yang saya sedari ialah DS Hishammuddin tidak begitu mengambil berat tentang promosi dirinya di media perdana mahupun media siber. 

Beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada semua orang media. Beliau tidak seperti orang lain yang menubuhkan pasukan khas media untuk menjaga reputasi beliau di alam media perdana dan di alam maya.

Jika orang lain akan memanggil team media, baik team bloggers, team akhbar perdana malah pasukan media antarabangsa untuk mewar-warkan reputasi diri mereka. Saya tidak nampak itu kepada DS Hishammuddin, yang saya nampak ialah DS Hishammuddin percaya kepada semua pengamal media baik Berita Harian, Utusan, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakah Daily, Keadilan Daily, RoketKini, The Star, Nanyang Siang Pau, NST, dan sesiapa sahaja. 

Beliau merelakan berita beliau ditulis dalam bentuk apa sahaja. Tanyalah kepada sesiapa sahaja wartawan, pernahkah mereka dihalau, diterjah atau dimarahi oleh Menteri yang sabar ini?

SARJAN POLIS
Saya teringat kisah datuknya iaitu Dato' Onn Jaafar ketika berucap buat pertama kali semasa proses penubuhan UMNO di Kelab Sultan Sulaiman (1 Mac 1946). 

Ketika beliau berdiri di atas pentas, tetiba datang seorang sarjan polis dari kerajaan penjajah British berdiri di sebelahnya dan beliau bertanya kepadanya, "Apakah kamu datang hendak menangkap saya, jika ya tangkaplah saya!"

Kata sarjan polis itu, "Tidak, saya datang mahu mendengar ucapan tuan, saya mahu bersama-sama dengan perjuangan tuan".

Sebab itu, saya sendiri, saya mahu membantu orang yang ikhlas perjuangannya seperti ini. Mengapa tidak !




DS HISHAMMUDDIN SELAMAT

on Monday, December 2



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dimasukkan ke sebuah hospital swasta hari ini selepas mengalami masalah saluran arteri yang sempit.

Setiausaha Akhbarnya Azmi Akop berkata doktor telah menjalankan prosedur angioplasti pada 3 petang ini, semuanya berjalan dengan baik dan keadaan Hishammuddin, 52, stabil.

"Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada tengah hari tadi, dan telah diminta untuk berehat oleh doktor yang merawatnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun kurang pasti sama ada Hishammuddin akan menyertai Persidangan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu.

"Segalanya bergantung kepada tahap kesihatan Naib Presiden Umno itu dan atas kebenaran doktor yang merawatnya," katanya. - Bernama

PANDANGAN KRITIS MANTAN PEGAWAI JPJ & KEBIJAKAN DS HISHAMMUDDIN

on Wednesday, November 20

Pandangan Mantan Pegawai JPJ
Persoalan yang kita perlu sama-sama fikirkan ialah sama ada AES yang diwujudkan itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa atau pematuhan undang-undang? 

Jika AES bertujuan menyelamatkan nyawa mestilah ada keutamaan dalam perlaksanaan seperti di manakah kedudukan lokasi kamera itu? Di manakah risiko yang paling tinggi dan risiko yang paling rendah?

Begitu juga berkenaan isu kenderaan yang manakah yang paling berisiko tinggi, kenderaan yang manakah paling merbahaya? 

Sebagai contoh, Apakah risiko AES diletak di jalan menuju ke Kajang, kenapa tidak letak di tempat laluan mendaki dan laluan menurun yang merbahaya? Contohnya kenapa tidak diletak di laluan ke Genting di selekoh-selekoh yang sering kemalangan kenapa tiada AES? Kenapa letak di jalan lurus arah ke utara di Taiping? 

Akibat isu-isu sebegini rakyat melihat niat AES ini seolah-olah untuk menghukum bukan educate rakyat. Rakyat nampak seolah-olah kerajaan hendak mencari duit, hak didengar tidak ada iaitu tidak boleh membuat rayuan.

Rekod dan laporan menunjukkan kemalangan yang menyebabkan kematian lebih banyak berlaku di jalan negeri dan jalan persekutuan yang dikenalpasti berisiko tinggi, kenapa kamera AES diletak di lebuhraya yang tidak berdasarkan keutamaan risiko? Bukankah itu akan membabitkan isu kepada pegawai-pegawai pelaksana?

Bekas KP JPJ yang melaksanakan AES kelihatan tergesa-gesa tanpa kajian yang menyeluruh dari segi kesusaian masa dan keadaan. Kesannya tentulah sentimen ini akan dieksploit oleh pembangkang dengan senang, iaitu sentimen penganiyaan digunakan oleh pembangkang untuk menghalang AES. 

Walhal AES ini sebenarnya bagus untuk menyelamatkan nyawa pengguna di atas jalan raya. Tidak pernah di dalam dunia perlaksanaan AES dibatalkan sebab fokus tujuan AES ialah untuk menyelamatkan nyawa.

Beliau berpendapat saman tidak boleh dijadikan pendapatan utama kerajaan, jumlah pungutan hendaklah tidak menjadi keutamaan dalam perlaksanaan AES dan tidak menjadi sumber hasil kerajaan. Perlaksanaan AES mestilah khas (khusus) bersifat menyelamatkan nyawa

Mengikut laporan, setiap satu kematian dalam kemalangan akan menyebabkan kerajaan kerugian lebih kurang RM600 ribu dari segi kos pendidikan, kesihatan, latihan dan lain-lain dan juga sumbangan yang akan datang. Bayangkan jika yang terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia itu adalah bakal doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya sudah tentu mereka boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara kita.

Kerajaan rugi dari segi kos perbelanjaan melaksanakan AES tidak mengapa, kerana yang lebih penting ialah menyelamatkan nyawa!

Kerajaan tidak boleh dilihat menjadikan AES sebagai income utama. (Demikianlah temubual saya di atas dengan mantan pegawai tinggi JPJ). Di bawah ini saya bawakan pula pandangan Menteri kita.
------------------------------------------------------------------------------------
Kebijakan DS Hishammuddin
Apa pun, DS Hishammuddin telah menunjukkan keprihatinan dan kematangannya dalam menjawab isu kereta 12 tahun dan isu AES selepas video di bawah. Mari kita dengar dan membacanya?

MENJAWAB ISU KERETA 12 TAHUN
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata kementerian itu berharap dapat membentangkan isu saman trafik yang dikeluarkan sebelum 18 Sept, di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kepada Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menjelang minggu depan.

Laporan sebelum ini menyebut perkara itu akan dibawa kepada Kabinet dan isu berkenaan terlewat sedikit untuk didengar bagi membolehkan kementerian memutuskan platform yang sesuai untuk membuat keputusan berhubung perkara itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas melancarkan empat kren pangkalan baharu Northport (Malaysia) Bhd di sini Isnin.


Pada 18 Sept, Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan AES bersetuju untuk mengurangkan kadar kompaun kepada minimum RM150 berbanding RM300 sebelum ini.


Hishammuddin berkata menerusi Majlis Ekonomi itu, kementerian berkenaan akan membentangkan isu saman trafik dan mencari jalan penyelesaian berhubung pesalah trafik yang membayar jumlah penuh RM300 kerana kesalahan trafik mereka sebelum 18 Sept.


Selain isu saman trafik, beliau berkata kementerian itu akan mengemukakan cara untuk menyelaraskan peranan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan serta memastikan semua undang-undang yang berkaitan dipatuhi.(BERNAMA)

Apakah harapan anda?
Apakah pula idea anda?

 

ADA CARA LEBIH BAIK MENEGUR SULTAN

on Tuesday, November 12

NEGARA kita ini tidak semaju ini dengan sendirinya. Ada sejarah di belakangnya, di mana perjuangan dan pengorbanan Raja-Raja Melayu telah terbukti. Sebelum tahun 1951, rakyat di Tanah Melayu patuh kepada Raja-Raja di negeri mereka. 

Kerakyatan mereka adalah kepada Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing kerana ketika itu belum ada Akta Kerakyatan dalam Persekutuan Tanah Melayu (1948), kecuali Akta Kerakyatan di Negeri-Negeri Selat.

Jika kita tidak membaca buku-buku sejarah negara kita, apatah lagi jika tidak mengambil subjek Sejarah semasa bersekolah, apatah lagi kalau tidak bersekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia, maka hasilnya ialah kita tidak akan memahami betapa pentingnya menghormati Institusi penting seperti Institusi Raja-Raja. Sebabnya mudah, kita seolah-olah didatangkan dari satu planet asing kemudian memilih untuk bermastautin tetap di sebuah tanah air yang berSultan.

Negeri Tiada Raja
Saya dilahirkan di sebuah negeri (Sabah) tanpa Sultan atau Raja. Sepatutnya saya tidak perlu membela Raja-Raja Melayu ini, namun saya melihat jauh dari itu, di mana tatkala negara kita pernah mengharungi kesusahan, maka akhirnya rakyat kembali kepada Raja-Raja juga untuk meminta pertolongan.

Pada tahun 1940an, apabila Raja-Raja Melayu didesak oleh seorang pegawai British yang baharu saja ditukarkan dari Palestin ke Tanah Melayu untuk menerima konsep negara baharu Malayan Union, akhirnya Raja-Raja Melayu rela tunduk dengan desakan rakyat untuk menolaknya, dan mereka kembali didaulatkan di singgahsana asalnya.

70 tahun kemudian, apabila budaya baharu orang-orang yang terdidik dengan sistem pendidikan barat sudah berjaya, mereka tidak merasa apa-apa untuk menilai semula peri pentingnya Institusi Beraja di Malaysia. Kedaulatan Raja-Raja itu bukan sahaja daripada sistemnya, tetapi juga dari segi budayanya, amalan tata-susila adatnya, nilai-nilai murni bangsa Melayu seperti hormat-menghormati dan sebagainya.

Ada orang sudah melihat sistem Institusi Beraja sebagai lapuk dan usang. Namun mereka lupa, sistem Beraja inilah yang telah menyelamatkan mereka daripada marabahaya yang lebih besar seperti kehilangan kuasa politik, kehilangan survival bangsa dan seterusnya kehilangan tanah air ini sendiri. Mereka berfikiran, kekuatan politik yang ada hari ini akan berkekalan sampai bila-bila.
Cara Orang Melayu
Cara orang-orang Melayu terdahulu berbicara dengan Raja-Raja mereka sangat teratur. Baik orang Melayu itu keturunan DKA, DKK atau pun DKM (Baca buku allahyarham A.Samad Ahmad, tokoh budayawan negara kita).

Apabila Raja melakukan kesilapan, rakyat akan berseloka, memberi puisi dan pantun, mendidik dengan ceritera dan tidak terus menusuk hati sang Raja. Kerana orang-orang terdahulu tahu betapa pentingnya Institusi Beraja yang menjadi bukti dan lambang kewujudan Bangsa Melayu di negara kita ini. 

Raja-raja mungkin silih berganti, tetapi Institusi Raja-Raja itu jangan diganti, jika tidak kamu boleh melihat Pulau Pinang dan Singapura hari ini.

Memang benar sekarang zaman moden, tetapi ada cara yang sopan misalannya berpada kah untuk menghantar sms, atau meluahkan amarah dan kebencian, tidak terus menghunus bicara ke dalam jantung sang Raja. 

Persoalannya, apakah Raja-Raja tidak pernah ada jasa kepada negara ini dan bangsa ini? Jika kita tidak pernah hidup di awal tahun 1870an tatkala Raja-Raja Aceh, Raja-Raja Johor, Raja-Raja Melaka, Raja-Raja Pahang dan Perak termasuk Raja-Raja Kedah berhempas pulas menghadapi kekuatan penjajah-penjajah seperti Siam, Jepun, Kerajaan Penjajah British, Peniaga-peniaga British dan sebagainya, saya fikir kita harus bermuhasabah.

Orang lain, bangsa lain bahkan negara asing tidak mungkin akan menghormati Raja-Raja kita ataupun Institusi Raja-Raja kita jika bukan kita sendiri yang menghormatinya. Jika kita memperlekeh dan merendah-rendahkan imej Raja-Raja kita, apakah bangsa lain atau orang lain akan menghormati Institusi Raja-Raja kita. Bah kan, saya yakin bangsa kita pun akan diperlekehkan oleh mereka.

Memang benar Raja-Raja juga adalah manusia biasa, tidak maksum dan melakukan jua kesilapan yang tidak disedari. UMNO khususnya sudah pernah menyedarkan Raja-Raja kita melalui pindaan perlembagaan dahulu supaya mereka akan lebih dihormati dan disayangi rakyat jelata. Di sebaliknya, apakah kita pula menganggap diri kita tidak pernah melakukan kesilapan? Sesungguhnya keegoan itu tiada di dalam ajaran Rasulullah SAW.
Negara Tanpa Raja
Mari kita bayangkan sebuah kehidupan bernegara tanpa Raja atau tanpa Institusi Raja-Raja Melayu yang fungsi besarnya mempertahankan kesucian Islam, bangsa Melayu dan tanah air ini. Apakah kekuatan yang kita rasakan sekarang ini, boleh memulihara seluruh generasi bangsa kita pada masa akan datang? 

Jika suatu hari kelak kamu tewas, kamu pasti akan digantikan oleh orang lain sebagai Menteri, Timbalan Menteri, CEO dan sebagainya. Dan orang lain itu tidak perlu Islam dan tidak perlu Melayu. Itu hukum demokrasi. Percubaan di Perak pada tahun 2008 membuktikan Raja-Raja adalah benteng terakhir bukan.

Namun, jika seseorang Raja itu sudah tiada, baginda akan diganti oleh Raja Muda atau keluarga DiRaja yang sudah pasti Islam dan pasti Melayu. Mengapa? Kerana ianya adalah sebuah Institusi Raja-Raja yang terpulihara dan warisan zaman-berzaman.

Makanya, puliharalah sistem Institusi Beraja di negara kita melalui kata bicara, tindakan dan bahasa yang lebih mulia. Tujuannya, supaya generasi bangsa kita kekal survive walaupun ketika demokrasi sudah mati! 

Akhir kata, di negara kita, masih ada Pengampunan DiRaja, sebaliknya tiada pengampunan rakyat biasa walaupun berstatus Menteri! Maka, berbahasalah kepada Raja-Raja kita. Ada cara yang lebih baik untuk menegur Sultan, kepimpinan Sultan ataupun organisasi yang Sultan kita naungi!



 








Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan