RAHSIA MUSA AMAN DAN ANGKA 157 KERAMAT DS NAJIB

on Tuesday, February 19

http://merdeka-online.com/home/ 
SEJAK DS Najib menduduki jawatan Perdana Menteri Malaysia, fokus beliau membawa Malaysia ke landasan Wawasan 2020 berada dalam track yang betul. Saya mengiringi DS Najib semasa hari pertama beliau ditabalkan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, bacaan ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/04/bisikan-perdana-menteri-dan.html . Malah saya tidak ragu-ragu menjadi antara orang pertama muncul di TV untuk mempopularkan gagasan 1Malaysia. Nontonlah semula di TV sebelah.


EKONOMI RAKYAT

Apakah ekonomi rakyat? Lim Guan Eng menyebut Khalifah Umar Abdul Aziz tetapi malangnya rumah mampu milik di Pualau Pinang mencecah RM400 ribu. Kekuatan DS Najib memberikan Bonus kepada kakitangan awam sejak 2009 hingga sekarang secara konsisten dan bertambah merupakan lambang kejayaan pengurusan ekonomi rakyat oleh DS Najib.

Tidak seperti kerajaan PKR di Selangor, setelah hampir 5 tahun berkuasa, janji nak bagi RM100 sebulan kepada Ibu Tunggal pun tidak mampu! Bayangkan jumlah yang sedikit itu pun Tak Mampu dibuat! Jangan ceritalah janji-janji PRU12 yang masih banyak tidak mampu ditunaikan walaupun 5 tahun sudah berlalu! Mahukah kamu mengundi Kerajaan PKR lagi di Selangor?

Siapakah Penasihat Ekonomi Selangor?

Ingatkah anda peristiwa di sebuah Masjid di mana YB Dr. Xavier Jayakumar berucap di Masjid itu dan tidak lama kemudian Masjid itu dibanjiri (Disamak/Disucikan) oleh Allah SWT. Semalam, Bandar Puchong yang diwakili oleh YB DAP banjir ditenggelami air. Apakah ini tanda-tanda bala dari Allah SWT. Wallahu'alam. Barangkali inilah natijahnya mempermainkan Kalimah Allah yang Ahad hanya untuk Islam hanya untuk Allah SWT.

Bukan itu sahaja, BR1M sudahpun diumumkan akan disambung tahun hadapan. Bukan dihentikan. Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, bantuan Lesen 1Malaysia dan pelbagai lagi kini menjadi Kegembiraan kepada Rakyat jelata.

Jika anda ahli Ekonomi, anda akan sangat suka melihat Angka-Angka, Graf-Graf naik dan turun, Saham-Saham naik dan turun.

Mari kita lihat apa yang dirasa? Perhatikan Makanan di kapal Malaysia Airline, bukan sahaja semakin sedap tetapi kuantiti, kualiti pun semakin bertambah.  Atau kita turun ke Hospital Kerajaan. Anda duduk di depan farmasi, kemudian anda lihat beberapa pesakit membawa ubat-ubatan dalam bekas plastik yang kecil. Jika anda melihat pegawai perubatan yang tidak berapa sibuk, anda tanya berapa harga ubat sakit jantung, kolestrol, cairkan darah dan sebagainya. Kita guna bahasa yang mudah difahami kerana jika saya tulis ubat Montelukast Sodium Granules atau jika saya taip Calamine takut tak faham.

Atau anda pergi ke Pasar Pagi Sabtu atau Ahad. Anda akan teruja melihat sayur-sayuran dijual RM2.00  untuk 3 ikat. Dan banyak lagi, menunjukkan rakyat mendapat sesuatu yang baik daripada pentadbiran Kerajaan.

Bermula 18.2.2013, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menawarkan lebih 2juta tempat duduk percuma jika saya tak silap. Syarikat penerbangan kebangsaan Malaysia Airline pula menaikkan jumlah Kilogram barang yang boleh dibawa dari 20kg kepada 30kg.

PRU13

Beberapa hari lagi, PRU13 akan diadakan. Saya mengajak seluruh pengundi supaya memberi Mandat yang Besar kepada DS Najib. Jika kini DS Najib mampu memberikan pelbagai nikmat kebahagian kepada kita rakyat jelata, Bayangkan jika DS Najib mendapat mandat yang lebih besar dari anda dalam PRU13!

Saya fikir tuntutan Ceupacs supaya penjawat awam kontrak dan sementara boleh diserapkan. Ia bukannya luarbiasa, dahulu semua guru-guru sandaran telah diserapkan dalam jawatan tetap melalui kursus-kursus dalam cuti dan pelbagai macam kaedah lain. Begitu juga impian kakitangan awam yang memiliki Master dan PhD, sudah tentu boleh menikmati gaji yang tinggi. Ia juga bukan sukar, kerana skim perkhidmatan perubatan di negara kita sudah memulakan tangga gaji yang berbeza kepada yang memiliki PhD dan Master.

Apa sahaja yang anda fikirkan untuk kebaikan negara, masyarakat dan keluarga kita. Semuanya boleh dilaksanakan dengan hanya memberi Undi yang Besar kepada DS Najib. Saya percaya ini boleh dilakukan, dan saya percaya DS Najib boleh.

Siapa sangka DSP Musa Aman boleh mengurus Kewangan Negeri Sabah yang Terbaik di Seluruh Negara berbanding Selangor, Pulau Pinang apatah lagi Kedah! Rahsia Musa Aman satu sahaja, kerana BN menang 59 daripada 60 kerusi! Itulah rahsianya.

Bayangkan jika DS Najib mendapat mandat 157 Kerusi daripada 220 yang dipertandingkan!

Senyumlah anda semua...






2 Komen:

Anonymous said...

Betul tuan. Harap2 bn menang lebih 2/3 kerusi

Anonymous said...

Saya doakan bn menang melebihi 2/3 majoriti

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan