BN SABAH: TATAP BAH

on Wednesday, April 24

DS NAJIB DI KUALA PENYU
Sebelum PRU13, saya telah menulis beberapa artikel penting mengenai Sabah. Ianya berkaitan dengan sambutan-sambutan lawatan DS NAjib 2 hari ke Sabah bermula semalam dan hari ini. Dua di antaranya ialah
http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/12/menjatuhkan-musa-aman-bagaikan.html dan
http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/04/ds-najib-sudah-bersedia-sambung-tugas.html juga ini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/08/gaya-ketua-menteri-sabah.html

TENOM (24.4.2013)
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan status Sabah sebagai simpanan tetap Barisan Nasional (BN) tidak pernah berubah termasuk pada pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hangat yang diterimanya sepanjang mengadakan lawatan dua hari ke negeri ini bermula semalam.

"Siapa kata simpanan tetap kita sudah cair? Tidak, masih kekal... Simpanan tetap kita masih kekal dan kukuh lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 10,000 rakyat yang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Daerah Tenom dan Kemabong di Padang Pekan Tenom, di sini hari ini.

BONGAWAN (23.4.2013)
Najib yang menggunakan telefonnya sendiri untuk menghubungi Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Belud, beberapa kali meminta maaf kerana tidak dapat hadir menemui kira-kira 10,000 masyarakat Kota Belud yang menanti beliau sejak tengah hari.

“Saya kini di Bongawan, cuaca buruk dan pesawat saya tidak boleh terbang. Oleh itu saya minta maaf semua difahamkan ada 10,000 orang di sana.

“Saya yakin dan percaya insya-Allah yang datang ini semua menyokong BN. Saya juga rayu jentera BN semua supaya bekerja kuat untuk pastikan kita berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat di peringkat nasional dan negeri,” katanya  disambut sorakan mereka yang hadir.

KOTA BELUD - APLIKASI TELEFON BIMBIT (23.4.2013)
Perbualan beliau didengari secara terus ribuan hadirin apabila Abdul Rahman menguatkan speaker dan mendekatkan telefonnya ke mikrofon.

Kepada masyarakat Kota Belud, Najib mengulangi mesej jelas agar mereka menolak pembangkang dan membuktikan calon pembangkang bukan pilihan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei ini.

“Terutama selepas insiden di Lahad Datu, rakyat Sabah harus sedar bahawa hanya kerajaan BN yang mampu untuk menjamin keamanan dan kedaulatan negara ini.

“Saya juga beri jaminan pembangunan yang lebih pesat akan kita laksanakan jika rakyat Sabah terus beri sokongan kepada BN,” katanya.

Mengakhiri bicaranya dengan sekali lagi meminta maaf kepada penduduk yang hadir, Najib menarik sokongan rakyat dengan sorakan “Hidup BN” dan “Tatap BN” yang disambut mereka yang hadir.

Mengulas perubahan keadaan itu, Abdul Rahman berkata walaupun dikesali, tetapi mereka faham dan mengambil berat bahawa keselamatan perdana menteri diutamakan.

“Saya percaya penduduk Kota Belud faham keadaan ini,” katanya dan jelas  perdana menteri kedengaran sedih kerana tidak dapat datang ke situ.

Abdul Rahman turut menyampaikan pesanan pemimpin masyarakat di situ bahawa perdana menteri mesti kena ‘sogit’ atau dikenakan ‘denda’ kerana tidak datang.

“Ini tradisi tempatan…beberapa pemimpin masyarakat membisikkan bahawa perdana menteri mesti kena ‘sogit’, untuk memastikan kejayaan cemerlang dalampilihan raya ini bagi kerusi parlimen dan negeri,” katanya dalam gurauan.

Untuk membayar denda ini, kata Abdul Rahman, perdana menteri mesti memastikan beliau mengunjungi semula Kota Belud selepas PRU13 sebagai perdana menteri yang berjaya.

“Mereka berjanji untuk memberikan kemenangan (kepada BN) tetapi mereka mahu perdana menteri datang semula sebagai pemimpin yang berjaya selepas pilihan raya,” katanya.

Najib yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Sabah, dijadual menghadiri majlis makan malam Gabungan Persatuan Cina Sabah di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.


0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan