SABAH-SARAWAK SUMBANG 50/53 KERUSI PARLIMEN

on Tuesday, April 2

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA YAB PEHIN SRI TAIB MAHMUD,
KETUA MENTERI SARAWAK

Sarawak

Pertemuan Eksklusif dengan YAB Pehin Sri Taib Mahmud 3 hari lalu di pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjawab beberapa tanda-tanya politik kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang PRU13.

Ramai memberi congak berapakah BN akan memenangi Kerusi Parlimen kali ini. Sebelum ini, saya meletakkan angka 157 akan dimenangi oleh BN, yakni melebihi 2/3 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Bacaan ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/02/rahsia-musa-aman.html

Saya mencabar diri saya untuk membuat kajian lebih mendalam lagi. Yang terkini, dalam Pertemuan Eksklusif dengan YAB Pehin Sri Taib Mahmud, saya bertanya berapakah jumlah kerusi yang boleh dimenangi oleh BN Sarawak. Dengan keyakinan yang diberitunjuk oleh rakyat Sarawak, beliau dengan yakin memberikan angka 27 Kerusi Parlimen bakal dimenangi BN, namun beliau turut membayangkan akan mengulangi pencapaian memenangi 29 Kerusi Parlimen seperti tahun 2008 dahulu.

Keyakinan beliau bersandarkan sokongan rakyat dan perpaduan di kalangan parti komponen BN Sarawak yang semakin terserlah. Beliau turut melihat parti SUPP bakal menikmati semula sokongan masyarakat Cina akibat daripada kegagalan parti DAP melaksanakan tanggungjawab dan aspirasi kepada rakyat Sarawak. Beliau optimis dan tidak teragak-agak untuk memberikan peluang dan kepercayaan kepada masyarakat Cina untuk memberi semula undi kepada SUPP. 


PAGI TADI PM DS NAJIB TUN RAZAK MEMBAYANGKAN KEYAKINAN BELIAU UNTUK MENERUSKAN  KERJA-KERJA PERDANA MENTERI MALAYSIA
Sabah

Bercakap tentang Sabah, kita perlu berpijak di bumi nyata. Menjelang PRU13 parti-parti yang dahulunya menyokong Pakatan Rakyat kini telah diketepikan oleh Anwar Ibrahim. Parti SAPP dan parti STAR oleh Dr. Jeffrey Kitingan telah diketepikan oleh Pakatan Rakyat dalam pembahagian kerusi.

Orang Kanan Anwar Ibrahim iaitu Azamin Ali menyatakan SAPP telah dikeluarkan dari rundingan dengan Pakatan kerana permintaan SAPP tidak munasabah kata Azmin Ali.

Yong Teck Lee menuntut supaya kerusi-kerusi DUN Sabah diberikan kepada parti-parti tempatan Sabah, sebaliknya parti-parti dari Semenanjung seperti PKR, DAP dan PAS mengambil kerusi-kerusi Parlimen. Namun, ianya tidak dipersetujui oleh Anwar Ibrahim melalui jurucakapnya Azmin Ali.

Manakala Dr. Jefrey memperjuangkan konsep Borneosisasi dengan membayangkan keperluan bertanding di 60 kerusi DUN dan 25 kerusi Parlimen. Pihak pembangkang menuduhnya ego di sini http://kelapamawar.blogspot.com/2012/04/star-sapp-petualang-pakatan-rakyat-di.html, namun itulah perjuangannya.

Menjelang PRU13, rakyat Sabah kelihatan semakin bersatu hati untuk terus memberikan undi kepada BN terutama selepas insiden Pencerobohan Lahad Datu yang tidak dijawab oleh Anwar Ibrahim ini http://politik.blog.my/2013/03/lahad-datu-butir-butir-penglibatan-anwar/ dan ini lagi http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahad-datu-incident

Di kawasan parlimen Tawau, saya sangat yakin BN akan kembali menguasai parlimen Tawau. Semasa YB Datuk Chua Soon Bui mewakili BN 10 tahun dahulu, saya sering membantu beliau dalam aktiviti-aktiviti beliau seperti Kejohanan Bola Sepak, Bantuan kepada Sekolah, Bantuan kepada penduduk Kampung, isu-isu penting untuk dibawa ke Parlimen dan sebagainya. Saya tahu, jika SAPP masih bertanding di kerusi Parlimen Tawau, kemenangan sudah berada di dalam genggaman BN.

Parlimen Sepanggar yang dimenangi oleh BN pada tahun 2008 turut diyakini akan dimenangi semula oleh BN. Saya turut yakin Parlimen Beoufort akan kembali kepada BN.

Jika YAB DSP Musa Aman telah menunjukkan 2 penggal memenangi hampir 100% kerusi DUN Sabah dan Parlimen Sabah (2004 dan 2008), saya sangat yakin kecemerlangan BN Sabah akan berulang semula dalam PRU13 nanti. 

Saya menunggu masa untuk bertemu YAB DSP Musa Aman pula, namun seawalnya saya memberikan angka 23 untuk Parlimen Sabah, dan 60 untuk DUN Sabah.

Maknanya, negeri Sabah dan Sarawak akan menyumbangkan paling sedikit 50 Kerusi Parlimen kepada BN. Hanya memerlukan sedikit sahaja kerusi tambahan di Semenanjung Malaysia.

Saya yakin dengan matematik saya kerana saya sudah berjalan sejak tahun 2008 untuk mengumpul maklumat perubahan demi perubahan politik yang memberi kesan kepada mana-mana parti politik.

Bacaan tambahan di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/12/menjatuhkan-musa-aman-bagaikan.html



1 Komen:

Anonymous said...

Good day! This is kind of off topic but I need some help from an established blog.
Is it very hard to set up your own blog? I'm not very techincal but I can figure things out pretty fast. I'm
thinking about making my own but I'm not sure where to start. Do you have any points or suggestions? Appreciate it

my site ... Will be Prilosec efficient with regard to man boobs remedy?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan