SESIAPA NAK BELOT, PELAJARI KISAH DSP PAIRIN KITINGAN

on Sunday, April 14

DETIK BERSEJARAH PBS KEMBALI SEMULA KE DALAM BN
DSP Pairin Kitingan merupakan Pemimpin Utama dan Huguan Siou masyarakat Kadazan di Sabah, malah pernah memimpin Kerajaan Negeri Sabah bermula tahun 1985-1994. Satu peristiwa yang rakyat Malaysia tidak dapat lupakan ialah semasa DSP Pairin membuat tindakan Drastik keluar dari BN beberapa hari sebelum hari pengundian pada tahun 1990.

Keputusannya PBS berjaya menang 14 Kerusi Parlimen dan bakinya 6 dimenangi USNO. Pada 23 Januari 2002, DSP Pairin mengambil keputusan untuk kembali semula ke pangkuan BN. Ramai yang tidak mengetahui bahawa DSP Pairin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu masih Perdana Menteri.

Walaupun DSP Pairin menikam BN dan Tun Dr. Mahathir dari belakang (1990), tetapi sepanjang pertemuan itu (2002), Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi layanan First Class yang menyentuh hati DSP Pairin. Tun Dr. Mahathir tidak sekalipun mengungkit perbuatan DSP Pairin, malah sehabis pertemuan itu, Tun Dr. Mahathir mengirigni DSP Pairin sampai ke pintu luar pejabat Perdana Menteri. Perkara tersebut menyebabkan DSP Pairin menitirkan air mata. DSP Pairin tidak menyangka betapa mulianya hati dan budi pekerti Tun Dr. Mahathir Mohamad, jika dibandingkan perbuatannya yang terdahulu.

Apabila saya membuat penyelidikan sarjana saya mengenai politik Sabah, saya mendapati keputusan DSP Pairin pada tahun 1990 itu bukanlah keputusan peribadi beliau. DSP Pairin tidak melakukan keputusan "one man show". Rupa-rupanya ianya keputusan Ahli Majlis Tertinggi PBS pada malam itu di Seri Gaya, di mana sebagai Presiden, DSP Pairin memegang keputusan secara konsensus. Bukannya kuasa veto.

Hari ini, DSP Pairin menerima penghormatan yang tinggi di dalam kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, juga sangat dihormati dalam Barisan Nasional dan di Parlimen. DSP Pairin kini menghampiri taraf kepimpinan Tun Fuad dan Tun Datu Mustapha. Inilah kerana kesabaran beliau selepas belajar daripada kesilapan tahun 1990 dahulu.

Walaupun DSP Pairin hanya sebagai Timbalan Ketua Menteri sedangkan beliau pernah menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah, namun sifat "negarawan" beliau terserlah di peringkat negeri dan nasional.

Saya percaya, jika sesiapa sahaja yang tidak dicalonkan tiba-tiba bertindak akal pendek, saya percaya mereka akan menyesal di kemudian hari.

Makanya, seperti kata DS Najib, memanglah amat memilukan dan menyakitkan bilamana tidak dicalonkan semula, namun bolehlah merajuk dalam 24 jam, dan kemudiannya bersatulah semula, demi masa depan anak cucu dan negara kita.



2 Komen:

Anonymous said...

Saya baru terfikir...

Apakah DS Pairin akan menerima layanan sedemikian rupa jika peristiwa ini berlaku pada selepas BN menang besar pada PRU tahun 1995?

Anonymous said...

Malu lah tikam orang dari belakang kemudian baru minta maaf.... Bebap sudah kelaparan.... No money sudah

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan