CARA BERITA HARIAN MANUPULASI KENYATAAN JUSUF KALLA

on Sunday, June 30



Pengalaman saya bertemubual, mewawancara atau bualbicara dengan tokoh-tokoh negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad (2012), Tun Abdullah Ahmad Badawi (2008)  Pehin Sri Taib Mahmud (2013), Tun Abd. Rahman Yakub (2008), SS Mufti Perak Tan Sri Harrusani Zakaria (2009), dan banyak lagi memberikan saya pelbagai pengalaman yang penting yang saya kongsikan kepada pembaca. 

Namun, pengalaman bertemu berbualbicara dengan pemimpin besar luar negara yang pertama kepada saya ialah dengan Bapak Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia, memberikan pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya.

Pada hari Jumaat dua hari yang lalu (28.06.2013), saya terkejut apabila diberitahu artikel saya di dalam portal merdeka-online telah dipetik oleh beberapa akhbar khususnya akhbar Berita Harian. Walaupun saya telah menulisnya sudah agak lama, namun saya tidak menyangka ianya akhirnya begitu diminati. Barangkali kerana beberapa hari sebelum itu, DS Najib banyak bercakap tentang Rekonsiliasi Nasional ataupun Perpaduan Nasional.


Cara Berita Harian
Walau bagaimanapun, saya berpendapat khususnya akhbar Berita Harian meletakkan tajuk (front-page) dan head-line yang berbeza dengan tajuk asal di dalam portal merdeka-online sebagai bersifat manupulatif serta melampaui tatasusila etika kewartawanan. 

Kepada sesiapa yang biasa membaca tulisan saya, biasanya tulisan saya mempunyai maksud yang mendalam, yang orang biasa perlu mendapatkan penerangan lanjut saya untuk mereka memahaminya. Kerana jika hanya di”copy-paste” mengikut kehendak editorial masing-masing, sudah tentu maksud murninya akan lari. Perumpamaannya, jika seekor Singa ditukar kepalanya dengan kepala Buaya, maka apakah bentuk binatang itu dari atas ke bawah. 

Rakan yang membantu saya di Jakarta turut memberi respon kepada saya supaya saya membetulkan kesilapan yang saya lakukan. Saya rasa ada kebenarannya dan saya mesti menghormatinya, terutama saya harus akui ianya bukan wawancara secara rasmi, lebih tepat ianya boleh disebut sebagai perbualan dan kunjungan hormat kepada Bapak Jusuf Kalla.

Kesilapan saya mengubah konsep perbualan itu kepada wawancara adalah kesilapan besar saya, namun barangkali kerana saya berfikiran ianya lebih baik jika diangkat statusnya menjadi bentuk wawancara, menyebabkan saya menukarkannya kepada bentuk wawancara dalam tajuk artikel saya.

Perkara kedua, saya barangkali juga terlepas pandang bahawa dalam perbualan itu Bapak Jusuf Kalla menyebut supaya kita harus menyelidikinya, kita harus mengkajinya, supaya mendapat kebenarannya terutama hal-hal dana asing. Maknanya Bapak Jusuf Kalla tidaklah secara direct berkata Anwar diberikan dana asing sekian banyak jumlahnya, ianya perlu diterangkan supaya dapatan itu diselidiki dan disiasat lagi. Namun begitu, gambaran di muka hadapan akhbar Berita Harian sangat tidak tepat, kerana ianya telah memberi persepsi yang berbeza, khususnya kepada Bapak Jusuf Kalla.

Satu perkara yang mendesak saya menulis artikel tersebut ialah akibat daripada provokasi DS Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negara terhadap kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat. Pertemuannya dengan Presiden Indonesia di Bali, pertemuannya dengan wartawan Indonesia dan rancangannya untuk mengadakan Himpunan Black Out 505 pada 22.6.2013 yang baru lalu. Semua itu mendesak dalam fikiran saya, apakah saya harus berdiam diri sahaja tidak membantu Kerajaan saya, negara saya dan Perdana Menteri negara saya?

Dengan tujuan supaya pengikut-pengikut DS Anwar berhenti daripada membuang masa berdemo dan berkhemah di padang Merbok, supaya mereka sedar ianya perbuatan yang sia-sia kerana walaupun DS Anwar menolak keputusan PRU13, tetapi pada masa yang sama DS Anwar menerima juga keputusan PRU13 di mana beliau datang ke parlimen, makan dan bermesra dengan DS Najib dan seterusnya mengangkat sumpah. 

Chegu Bard pun tersangat marah kepada wakil rakyat pakatan yang mengangkat sumpah di parlimen seolah-oleh beliau merasa teraniaya dengan Himpunan Blackout 505 yang dia menjadi antara koordinator utamanya.
Maka saya tidak ada pilihan, melainkan menulisnya. Alhamdulillah tidak ramai yang hadir dalam Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok, bukanlah saya kata kerana disebabkan tulisan itu, sekurang-kurangnya saya harus membantu kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat ini. 

Sebetulnya, kehadiran saya ke rumah Bapak Jusuf Kalla untuk meminta kebenarannya supaya satu wawancara eksklusif di antara wartawan-wartawan elit dari Malaysia boleh diadakan bersamanya. Namun, masa tidak menyebelahi saya, kerana ketika saya bertemu Bapak Jusuf Kalla, beliau juga sedang bersiap-siap untuk ke luar negara. Ternyata Bapak Jusuf Kalla seorang negarawan yang bernilai tinggi, bilamana walaupun beliau punya masa yang tersangat pendek ketika itu, namun Bapak Jusuf Kalla sanggup menerima kehadiran saya.


Tanpa Persetujuan
Tindakan akhbar Berita Harian memetik artikel dan gambar saya di dalam merdeka-online adalah tanpa pengetahuan dan persetujuan saya. Sudah pasti nilai berita itu sangat tinggi, kerana tidak mungkin ianya menjadi head-line dan liputan penuh mukasurat dalam Berita Harian. 

Saya pun hairan bagaimana Berita Harian begitu berminat mengambil tulisan saya kerana kali terakhir artikel saya disiarkan oleh Berita Harian kira-kira 14 tahun dulu (1999).

Oleh itu, saya berharap akhbar Berita Harian akan menyiarkan semula artikel saya ini tanpa mengubah satu perkataan pun. Jika ianya terlalu panjang, pengatur susun atur huruf harus bijak menyesuaikannya. 

Apabila Berita Harian khususnya memetik artikel saya, tetapi mengubah organisasi karangannya, saya fikir ianya perilaku yang tidak kena. Ketua Pengarang akhbar ini perlu menjawabnya. Mereka mungkin perlu hadir seminar Konvensyen Geneva mengenai kewartawanan. Perbuatan mengubah organisasi karangan menyebabkan ketibaan makna sesebuah artikel itu berubah keseluruhannya seperti yang saya maksudkan di atas iaitu “jika seekor Singa ditukar kepalanya dengan kepala Buaya, maka apakah bentuk binatang itu dari atas ke bawah”. 

Saya sudah tentu boleh berkata kepada akhbar Berita Harian, “sila tarik balik artikel yang dicopy-paste itu” dan “saya membantah” cara ianya dipersembahkan. 


Rekonsiliasi Nasional
Bapak Jusuf Kalla adalah satu-satunya individu yang layak membantu akan hal Rekonsiliasi Nasional. Peranannya tidak dibatasi oleh sempadan negara. Agama Islam merentasi seluruh dunia. Tidak ada tokoh dalam negara yang mampu melakukannya. Kita harus berterima kasih kepada Bapak Jusuf Kalla, kerana ini adalah tuntutan agama Islam. 

Rekonsiliasi adalah tuntutan fardu yang dituntut oleh agama kita melakukannya. Firman Allah S.W.T. maksudnya: 'Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertakwallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.' (Al-Anfal : 61).

Saya agak kecewa kerana akhbar besar seperti Berita Harian menyiarkan artikel saya yang tidak disusun sepenuhnya mengikut yang asal dan ada yang berubah maksud asal kenyataan Bapak Jusuf Kalla. Matlamat akhir dari kenyataan Bapak Jusuf Kalla adalah perpaduan orang Melayu (pihak Anwar-pihak Najib) dan khususnya umat Islam, tetapi cara berita yang telah disiarkan khususnya oleh akhbar Berita Harian akan menjauhkan lagi proses rekonsiliasi ini.

Saya hendak memetik kenyataan Ahli Parlimen Indonesia, Bapak AM Fatwa yang banyak membantu untuk menjayakan pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla, katanya, “demi untuk perpaduan umat Islam saya anggap tugas ini sebagai tuntutan fardu yang sangat dituntut”. Jika orang seberang ingin melihat perpaduan orang Melayu dan umat Islam di negara kita, saya rasa terharu mengapakah kita masih hendak tuduh-menuduh, jatuh-menjatuhkan dan sebagainya. 

Saya harap akhbar Berita Harian menumpukan berita-berita ke arah Perpaduan Nasional dan Rekonsiliasi Nasional yang kini menjadi keutamaan Perdana Menteri kita, kerana Pilihanraya sudah berlalu, keputusan sudah ada, orang-orang Cina walau berbeza parti, jauh terkedepan dalam konteks perpaduan bangsa mereka. Mengapa kita tidak?

9 Komen:

Anonymous said...

Saya terkejut dgn tulisan anda, Adakah tuan telah didesak untuk menarik balik artikel tuan atau tuan telah dibayar oleh pihak2 tertentu? Saya merasa tuan seorang yg hebat, tuan harus lebih berani kerana tuan menulis dengan ikhlas dan tuan ada masa depan yang cerah utk diketengah...

Anonymous said...

Aik..len mcm je bunyinye ni...cm nk mintak payment jew...huhuhu..

Syd. Hasan PJaya. said...

Berita Harian patut menghargai keringat penulis ini, jika sy ditempat beliau. saya akan menuntutnya, kpd sdra Azhari, jika Anwar beri anda offer kenapa tidak terima... terima ajer....

melayu mudah lupa said...

Syabas, kerana tuan seorang penulis yang jujur dan bertanggungjawab. Saya dapati cara BH itu memang mengubah matlamat maksud wawancara itu dan mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Anwar. Sudah-sudahla wahai bangsaku marilah kita merapatkan sillaturrhim sesama Islam. Pilahan raya lalu menunujukkan bangsa lain lebih berasatu kenapa kita masih nak bermusuhan?

Anonymous said...

Saya dari Indonesia, anda seorang pemikir yang hebat dan sanggup mengakui kesalahan anda, ianya amat terpuji, bukannya satu perkara yang mudah untuk mengakui kesilapan diri sendiri, jarang orang bisa melakukannya.

Pak Wahed, Bandung.

Anonymous said...

Harap dapat lebih cermat di masa-masa hadapan...

Perbualan mesti dinyatakan perbualan...

Memang tak patut ditukar nama menjadi wawancara...

Matlamat tak boleh menghalalkan cara!

Anonymous said...

Saya rasa dalam keluarga morfom yg sama gitu, berbual berbicara bualbicara bercakap-cakap wawancara interview smuanya serupa aja,usah dibikin ribut,kamu masih benar, ya cuma itunya koran kamu Berita harian nggak beres, buat untung atas angin

A.Bosa.KalSel.

Anonymous said...

Mana boleh begitu bung...

Perbualan kan bisa santai gitu...

Bisa ngobrol sesuka hati...

Mahu mencarut pun bisa aja...

Kalau wawancara kan perucapan rasmi gitu...

Gaya cakapnya udah tentu berbeda...

Banyak yang akan dikawal supaya tak terlepas ke pengetahuan khalayak umum...

Tak gitu dong?

SentiasaPanas said...

'Tuduhan' Jusuf Kalla bahawa Anwar menerima dana asing JELAS dinyatakan didalam artikel saudara sendiri dan laporan copy-paste Berita Harian.

Mohon pencerahan tanpa udang disebalik mi kari..

~Sentiasapanas

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan