APAKAH DAP SUDAH BERSEDIA MENJADI PEMBANGKANG TUNGGAL NEGARA

on Saturday, July 6



Ramai orang tidak sedar bahawa Landskap politik Malaysia sudah hampir berubah baru-baru ini, namun begitu, kepimpinan beberapa parti belum menunjukkan keberanian sebenar mereka untuk menganjak paradigma.

Sukar untuk mendapat semula kepimpinan arwah Datuk Asri Muda yang begitu berani memecah tradisi demi keutuhan umat Islam, agama Islam dan juga orang Melayu.

Begitu juga, selepas saya membuat thesis sarjana saya mengenai UMNO Sabah 1990-2004(Universiti Malaya), baharu saya kesan rupa-rupanya keputusan PBS keluar dari BN pada tahun 1990 dulu bukanlah keputusan one man show DSP Pairin Kitingan, tetapi keputusan Ahli Majlis Tertinggi PBS di Seri Gaya pada malam tersebut. Dan keberanian DSP Pairin Kitingan lah pula yang mengambil keputusan menyertai BN semula pada tahun 2002.

Di Semenanjung Malaysia, DS Anwar mengetuai PKR walaupun Presiden PKR adalah isterinya. Manakala Dewan Ulama PAS mempunyai kuasa yang besar walaupun Presiden PAS dipegang oleh DS Haji Hadi Awang. Manakala, DAP didominasi oleh keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Di dalam UMNO, saya memuji Keputusan Mesyuarat UMNO Bahagian Kalabakan kerana membuat keputusan yang bijak dengan mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan hujung tahun ini. Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi turut meminta supaya dua jawatan tertinggi ini tidak dipertandingkan.

DEMOKRASI DALAM UMNO
Semasa UMNO didatangkan ke Sabah, ayah saya ketika itu AJK USNO Bahagian Tawau, telah diberi amanah oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau. Ketika itu (1990), saya masih terlalu muda, tetapi darah kepimpinan memberi kekuatan kepada saya untuk membantu UMNO masuk ke Sabah dengan mudah. Saya membantu ayah saya dari aspek keurusetiaan, penambahan ahli dan penerangan di kampung-kampung.

Dalam Pertandingan di peringkat Bahagian, ayah saya berada di dalam pasukan allahyarham Datuk Hj. Kassim Kamidin (Ketua Penaja UMNO Bahagian Tawau) kerana kami semua berasal dari parti USNO. Manakala Datuk Ghapur Salleh ketika itu dari parti BERJAYA. Ketika itu, nikmat demokrasi di dalam UMNO amat dirasai oleh semua ahli UMNO, kerana tiada siapa menghalang untuk bertanding di peringkat Cawangan dan Bahagian. Ayah saya dan arwah Datuk Hj. Kassim Kamidin walaupun tewas tetapi terus setia bersama parti hingga ke hari ini.

Manakala, Datuk Ghapur Salleh tidak pula menyimpan dendam, bilamana anak kepada arwah Datuk Hj. Kassim Kamidin iaitu Datuk Hj. Kamil Kamidin diberi peluang sebagai ADUN Tg. Batu (2004-2008).


MENJELANG PEMILIHAN UMNO 2013 & REKONSILIASI
Beberapa rakan elit saya berasa gusar dan tidak enak dengan istilah "Rekonsiliasi". 

Rekonsiliasi sudah pasti akan berdepan cabaran dari luar dan dalam, namun begitu semua cabaran itu datang dari Allah SWT.  

Saya tidak boleh dipaksa mendedahkan keterperincian rekonsiliasi ini, namun kita boleh bermain bahasa. Apakah DAP sudah bersedia untuk menjadi pembangkang tunggal negara? Mampukah DAP meneruskan survival mereka pada PRU14? Secara peribadi saya berpendapat, negara kita memerlukan Pembangkang yang kuat, bukan pembangkang yang merosakkan keamanan negara, perpaduan rakyat dan keutuhan bangsa Malaysia.

DS Najib nampaknya Presiden UMNO yang berusaha tidak melakukan kesilapan, sebab itu beliau tidak membelakangi Majlis Tertinggi UMNO dalam kes terbaharu baru-baru ini.

Apabila saya katakan DAP menjadi pembangkang tunggal negara, bagaimana pula kedudukan PAS dan PKR di dalam Pakatan Rakyat (PR)? 

Semua pihak bercakap tentang survival. Mereka mahu survival mereka selamat. Lim Kit Siang sudah mempunyai Lim Guan Eng, Karpal Singh sudah memiliki Gobind Singh Deo, Nik Aziz sudah memiliki Nik Abduh, Tun Dr. Mahathir berjaya melalui Dato Mukhriz, Pak Lah berjaya melalui Khairy Jamaludin, DS Najib masih belum menonjolkan anak lelaki beliau, manakala DS Anwar belum berpuashati dengan kedudukan Nurul Izzah.

Jika DAP menjadi pembangkang tunggal, bermakna terdapat kesan yang besar kepada UMNO dan BN! Anda fikir sendiri.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri mempunyai kuasa pregroratif untuk melantik sesiapa yang beliau fikirkan boleh membantu beliau untuk pembangunan negara dari segi kemashlahatan ummah dan rakyat Malaysia.

Namun begitu, di dalam Perlembagaan UMNO, saya tidak berapa ingat sama ada Presiden Parti memiliki kuasa pregroratif.

Jika kita faham kedudukan ini, bermakna kebarangkalian DAP menjadi pembangkang tunggal negara boleh menjadi kenyataan.

Saya mendapati YB Karpal Singh satu-satunya Ahli Parlimen pembangkang yang memahami apa yang saya tulis, sebab itulah beliau memberi respon. Sebaliknya ahli-ahli parlimen yang lain mengambil sikap berhati-hati. Beberapa ahli parlimen mahu bertemu saya, Allah SWT masih tidak memberi petunjuk kepada saya.

Saya turut menerima pelbagai pesanan supaya memberi penjelasan berkenaan hal rekonsiliasi. Saya masih berfikir dan menanti petunjuk dari Allah SWT. Apa yang saya usahakan ialah untuk kemashalahatan ummah dan negara kita.

Apa yang kita semua inginkan ialah, negara kita maju ke depan, umat Islam berada di kedudukan terbaik dari segi politik, ekonomi dan sosial, orang Melayu khususnya yang masih jauh ketinggalan perlu terus dibantu.

Barangkali, DAP sudah perlu bersedia ke arah menjadi pembangkang tunggal negara!

bersambung...(Keajaiban DS Najib)

Kota Kinabalu, Sabah.










3 Komen:

Anonymous said...

Dalam maksud sdra ne, apa salahnya berterusterang untuk kebaikan negara, memang berat untuk menulisnya, tapi bila lagi...

Anonymous said...

tulislah dalam bahasa yg mudah difaham sedara...kamu memegang rahsia rekonsialisasi anwar dan najib, mengapa kamu mendiamkannya...!

Anonymous said...

betulkah ada deal? ceritalah tuan...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan