DI AMERIKA SEDANG MENEROPONG UMNO

on Wednesday, July 24

Saya tidak begitu risau dengan PRK Kuala Besut, kerana laporan semasa menunjukkan UMNO tiada masalah mengekalkan kerusi tersebut. Harus disedari, PRU13 memberi gambaran bahawa orang Melayu khususnya kembali bersatu dan berpayung kepada UMNO. Ianya terbukti apabila UMNO berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 77 (2008) kepada 88 (2013). 

Namun begitu, kita jangan lupa, beberapa NGO berpengaruh di Amerika mahupun agensi keselamatan dari Amerika sedang memberi perhatian kepada negara kita dan juga perkembangan UMNO yang akan mengadakan Perhimpunan Agung pada bulan Oktober, 2013. 

Mereka memberi perhatian yang berat kepada siapakah orang Nombor 1 dan orang Nombor 2 dalam UMNO kelak, kerana mereka inilah nanti akan menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri! 
Antara sifat UMNO yang biasa ialah menolak orang luar menjadi ketua mereka, tetapi sifat UMNO juga menerima orang luar yang boleh membawa inspirasi UMNO. Maka, percubaan membawa masuk orang luar ke dalam UMNO adalah satu percaturan yang sangat-sangat sukar. Tetapi siapakah punya gerakan?

KELOMPOK AMERIKA
Desakan dari kelompok Amerika Syarikat kita tidak boleh bermain-main. Sejak PRU12 tahun 2008, beberapa segmen security sedang merapati negara kita. Lima tahun dahulu, saya pernah memberi contoh jika tidak silap, mengapakah Google relocated di Singapura selepas PRU12 itu? Malah saya juga mendapat maklumat bahawa pada tahun 2008, sebuah media politik popular di negara kita telah relocated to a Singapore based. Singapura dan Amerika adalah dua buah negara yang saling perlu-memerlukan dan saling beri-memberi malah saling berkerjasama sejak Singapura belum merdeka lagi!

Apa yang dilakukan oleh Diplomat Vatican City baru-baru ini dalam isu penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian, merupakan satu elemen yang berat. Kemudian, kemasukan pasukan NGO antarabangsa kononnya mahu memeriksa tahap demokratik negara kita dengan merujuk perjalanan PRU13 adalah helah semata-mata.

Kita mesti sedar, bahawa di Perairan Laut China Selatan, dua buah Kapal Pengangkut Perang Amerika sedang menuju dan bertapak di perairan selatan tanah air kita. Ianya tidak berapa lama kemudian diikuti oleh dua buah kapal armada perang negara China juga bertumpu di Laut China Selatan dengan alasan security di Kepulauan Spratly.

Seorang pemikir dari negara India berkata, Amerika Syarikat menggunakan modus operandi "keganasan" dan "keamanan". Maksudnya, mereka mewujudkan keganasan di mana-mana dan mereka datang dengan membawa pakej keamanan atas dasar Polis Dunia, kononnya mereka sajalah yang boleh membawa keamanan.  Dengan wujudnya keganasan juga, maka mereka boleh menjual senjata, media, ubat, pemikiran, politik dan kepercayaan ala-Amerika. Saya lihat pemikir India itu betul.

Berbalik di dalam negara kita, jika ahli-ahli UMNO tidak menyedari ancaman ini, leka dengan hasutan, maka ketika itulah malapetaka akan berlaku bukan kepada UMNO, tetapi kepada orang Melayu, negara ini dan agama Islam.

Anda lihatlah di Baghdad, selepas membunuh Saddam Hussien, kumpulan Syiah dan Sunni saling bunuh-membunuh dan Amerika membiarkan perkara ini berlaku. Penjara-penjara di kota Baghdad dipenuhi dengan orang-orang Sunni yang diseksa dengan begitu kejam dan sadis.

Ahli-ahli Tabligh berkata kepada saya, kita jangan lagi menambah beban kesusahan (cobaan) DS Najib dengan masalah yang 'sedia ada', dan mereka sangat percaya Allah SWT akan membantu DS Najib.

Saya akan lebih berterus-terang tentang hal ini di kemudian hari, tetapi percayalah Amerika Syarikat yang sudah lebih 20 tahun menjadi Polis Dunia sejak kejatuhan Soviet Union, tangan-tangan mereka kini berada di sekeliling negara kita malahan di dalam negara kita juga.

Ahli-ahli UMNO mesti Bersatu, Kuat dan Istiqamah. Saya  terpaksa menulis tajuk ini, kerana saya dapati terdapat komentar dalam artikel saya sebelum ini di mana mereka salah mengerti makna 'Malapetaka' yang saya maksudkan.

Inilah (Amerika Meneropong UMNO) salah satu sebab mengapa saya berkata Malapetaka jika tanding Presiden. 

Tema dan Arus politik negara semasa Ku Li vs Dr. Mahathir (1987) dan Tema Anwar Dipecat (1998) adalah berbeza dari aspek kondisi dan situasi semasa pada tahun 2013 ini.

Saya akan sambung...










0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan