JANGAN UNDERESTIMATED DS NAJIB, SEKALI TWIST SAHAJA...

on Tuesday, July 16

KEMENANGAN parti UMNO yang bertambah baik semasa dalam PRU13 menunjukkan out come yang kita perlu lihat dari sudut positif.

Janganlah hanya kerana kegagalan MCA dan GERAKAN mengaut undi masyarakat Cina sebagai kegagalan DS Najib Tun Razak (DS Najib) kerana kedua-dua parti komponen itu sendiri perlu berubah. Dalam bahasa agak berat ialah, ramai pihak mahu kedua-dua Presiden parti itu perlu berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain untuk mendapatkan keyakinan pengundi masyarakat Cina. 

MCA dan GERAKAN perlu berubah sebagaimana MIC berubah dan akhirnya tanpa TS Samy Vellu jua, MIC boleh menambah jumlah kerusi mereka walaupun dari segi luaran DS G. Palanivel kelihatan lembut dan tidak agresif.

AHLI UMNO PERLU BERSABAR
Ada beberapa perkara di mana DS Najib mengambil masa untuk menyelesaikan beberapa isu dalam negara kita. Malangnya, beberapa pihak di kalangan kita mahukan ianya diselesaikan dengan segera dan cepat.

1. NAJIB SEDERHANA
DS Najib adalah Perdana Menteri yang mengamalkan pendekatan sederhana dalam banyak hal. Jika kita perhatikan, di peringkat global DS Najib membawa mesej "Kesederhanaan Global" dan di dalam negara beliau membawa tema 1Malaysia dan Wasatiyyah.

Namun, golongan fanatik Melayu dan terdapat juga umat Islam melihat cara tersebut tidak sesuai dilaksanakan dalam konteks sekarang, memandangkan keadaan politik negara sudah jauh berubah kepada gaya agresif, cepat dan laju mendominasi. Dua isu terkini iaitu campurtangan Diplomat Vatican City di Kuala Lumpur dalam isu penggunaan nama "Allah" dan dua orang Cina yang membangkit kemarahan umat Islam, tidak ditangani secara langsung oleh DS Najib, tetapi oleh Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Luar Malaysia.

Dalam hal ini, mereka mahukan suara DS Najib. Tetapi saya fikir di dalam parti biarlah Ketua Pemuda UMNO menunjukkan kewajipannya, manakala di dalam Kerajaan biarkan Menteri Luar Malaysia menangani isu-isu Diplomatik. Sudah tentu semuanya di bawah pengetahun DS Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.

2. NAJIB TEGAS
Semalam dalam siaran Radio Ikim mengetengahkan sebuah rancangan sangat menarik tentang kisah sahabat Rasulullah SAW iaitu Muadz ibn Jabal. Saya pendekkan sirahnya, Muadz ini selalu menjadi makmum kepada Rasulullah SAW sekian lama. Apabila Muadz menjadi imam, suatu hari Muadz membaca surah Al-Baqarah dengan sangat panjang. Maka, keluarlah seorang makmun dari saf. Makmun ini pergi bertemu Rasulullah SAW dan mengadu kepada Rasulullah SAW perihal Muadz memanjangkan waktu solat. Maka Rasulullah SAW "memarahi" Muadz akan hal ini. Pengajarannya, ialah Islam itu agama yang indah dan agama yang mudah, usah menyusahkan makmun, usah menyusahkan orang daripada mencintai dan mendekati Islam dengan cara yang menyebabkan orang menjauhi Islam. Wallahu'alam, saya ringkaskan sahaja.

Ketegasan DS Najib boleh dilihat dalam isu membabitkan kepentingan rakyat. Dalam isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dahulu, apabila ianya didapati melibatkan kepentingan rakyat dan isu ketidakadilan, DS Najib ketika itu telah mengambil tindakan tegas membatalkan skim SBPA itu walaupun ianya hampir dilaksanakan.

3. PENDAPAT LEE KUAN YEW
Lee Kuan Yew menulis di dalam buku-buku Bibligrafinya yang saya baca, katanya semasa era Tun Razak sebagai Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin Cina tidak berani mengangkat muka kepada Tun Razak. Malah mereka tidak berani bercakap berlebih-lebihan apabila Tun Razak berkata-kata. Ini adalah kerana kekuatan Tun Razak dan BN memenangi 134 daripada 154 kerusi parlimen. Hukumnya ialah apabila kita kuat, maka orang lain tidak akan berani memijak anda.

4. TUN RAZAK
Tun Razak adalah pemimpin penyatu, selain daripada membawa masuk Dr. Mahathir menyertai semula UMNO (1974), Tun Razak juga membawa masuk parti SUPP di Sarawak (1970), GERAKAN di Pulau Pinang (1972), PPP di Perak (1972) dan PAS di Kelantan (1974) ke dalam BN.

5. HARAPAN KEPADA DS NAJIB
Impian DS Najib untuk menang besar dalam PRU13 baru-baru ini terbantut oleh kekalahan di kerusi-kerusi MCA dan GERAKAN khususnya. Namun, kemenangan di Kedah dan pertambahan kerusi UMNO di DUN dan Parlimen merupakan mesej yang jelas.

Makanya, usahlah kita underestimated kemampuan DS Najib mengemudi UMNO dan mentadbir kerajaan, khususnya di dalam politik. Kerana pengalaman beliau sudah menjangkau hampir 40 tahun berpolitik. Kawan dan lawan adalah lawan dan kawan beliau sejak sekian lama.

Kerana, sekali air bah, sekali pasir berubah. Sekali sahaja DS Najib twist 'mereka', seluruh negara akan berubah! Awan mendung akan berarak, langit semakin cerah dan ceria. Siapakah yang akan rugi? Mereka yang gelojoh...

Janganlah meneka siapa yang akan di'twist', nanti maksud tersirat saya tersalah tafsir. Dengarkan sahaja lagu twist tahun 60an, barangkali boleh hilangkan bobrokan...








3 Komen:

Anonymous said...

waduh dalam maknanya ne sedara...mcm nak dedah deal anwar-najib je ne...lagi lagi teruskan, kitaorang menanti..

Anonymous said...

najib la pm yg paling lembik dalam sejarah...resign saja la...menyampah!

Anonymous said...

Saya setuju juga dengan pendapat Anon 17 Julai. Bila lapang nanti akan beri sebab sebab mengapa.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan