MASALAH MASYARAKAT BUGIS DI SABAH PERLU PERHATIAN

on Friday, July 19

Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS)
Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) yang dahulunya dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) merupakan sebuah persatuan yang berdaftar dan sudah lama bertapak di Sabah. Antara pemimpin-pemimpin yang penting di dalam persatuan ini ialah Datuk Hj. Osman Hj. Jamal, Datuk Dr. Patawari Patawe, Tuan Hj. Andi Bandu Pilo, Sdra. Samsul Alang Hamsah dan ramai lagi yang saya tidak dapat sebutkan nama-nama mereka.

Pada hari ini, terdapat pecahan lain iaitu Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia (PRBM) yang diketuai oleh Sdra. Samsul Alang Hamsah. Manakala, maklumat lama yang saya diberitahu, Datuk Dr. Patawari Patawe masih inginkan persatuan asal iaitu Persatuan Kebajikan Bugis Sabah dengan nama lain iaitu Bugis Sabah. Maknanya, masyarakat Bugis di Sabah telah berpecah kepada 3 kumpulan. Saya tiada komen dalam hal ini, kerana sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, kebebasan bersuara dan menubuhkan persatuan dibenarkan asalkan ianya tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara kita.

Saya ucapkan tahniah kepada Datuk Hj. Osman Jamal (PKBS) dan Sdra. Samsul Alang Hamsah (PRBM) kerana penglibatan mereka di dalam menjaga kebajikan dan kemashlahatan masyarakat Bugis Sabah. 

Pengiktirafan Bugis Sabah
TRANSFORMASI PERSATUAN KEPADA PARTI
Di Sarawak terdapat Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah established dan popular. Di Sabah terdapat parti yang berasaskan masyarakat Kadazan seperti UPKO, PBRS dan PBS. Walaupun mereka kelihatan berpecah di dalam banyak parti, tetapi semua ketua mereka memiliki kedudukan di parlimen dan juga kementerian. Maka sebenarnya mereka sangat bijak.

Di Selangor, saya tertarik dengan Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) kerana mereka berjaya menubuhkan persatuan tersebut dalam masa yang sangat singkat, hasil komitmen kepemimpinan mereka. Di samping masyarakat Bugis Selangor, PMBS juga dianggotai oleh ramai masyarakat Bugis Sabah yang sudah menetap lama di Lembah Kelang. Ramai yang belajar dan bekerja di Lembah Kelang, mereka membawa keluarga mereka ke Lembah Kelang, berkahwin dengan masyarakat dari Semenanjung Malaysia dan akhirnya mereka duduk tetap di sini. Saya melihat PMBS ini boleh berkembang maju.

Di Sabah, keyakinan masyarakat Bugis kepada UMNO dan BN sangat tinggi, maka sebahagian besar masyarakat Bugis Sabah masih memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN. Hanya angka yang sedikit sahaja bersama dengan parti-parti yang lain.

Walau bagaimanapun, secara peribadi, saya melihat kehendak dan keinginan masyarakat Bugis di Sabah yang tinggi untuk memberi sumbangan kepada negara dan membantu menyelesaikan isu-isu masyarakat Bugis di Sabah memerlukan lebih dari sekadar menyokong UMNO dan BN.

Masyarakat Bugis di Sabah memerlukan seorang wakil masyarakat mereka di peringkat lebih tinggi iaitu di Parlimen. Buat masa ini, sudah tentu tidak sebagai Wakil Rakyat di Dewan Rakyat, tetapi sekurang-kurangnya seorang Senator di Dewan Negara. Jika masyarakat Siam di utara Semenanjung di mana jumlah masyarakat Bugis lebih ramai, mereka mempunyai wakil Senator di Parlimen, saya fikir masyarakat Bugis di Sabah perlu diberi peluang.
 
Pengiktirafan : Etnik Sabah Bugis Sabah
A. Masalah di bidang Pendidikan:
Saya tidak mempunyai data terperinci mengenai jumlah pendidik di kalangan masyarakat Bugis di Sabah. Namun, yang jelas di mana-mana sekolah, universiti, institusi pendidikan, kolej dan madrasah maka kita akan dapati masyarakat Bugis merupakan satu jumlah yang besar.

Mereka mendidik sesiapa sahaja anak-anak Cina, India, Kadazan, Murut dan lain-lainnya tanpa mengira agama dan bangsa. Pengorbanan mereka memajukan anak-anak negeri di Sabah tidak boleh dipertikaikan dan mereka adalah kumpulan masyarakat pendidik yang berwawasan memajukan anak bangsa dan negara.

Namun demikian, saya sering mendapat aduan di mana anak-anak masyarakat Bugis yang bermasalah dari aspek dokumen diri mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka di sekolah-sekolah kerajaan walaupun mereka dilahirkan di negeri Sabah. 

Masalah ini merebak hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi sehingga berlaku kes walaupun Kementerian Pelajaran telah menawarkan mereka melanjutkan pelajaran di Universiti tetapi sesampainya mereka di Univerisiti tersebut, mereka tidak dapat diterima kerana status 'kebumiputeraan' mereka. Di Semenanjung Malaysia, isu-isu seperti ini tidak timbul kerana masyarakat Bugis diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Melayu. Maka mereka tidak menghadapi isu-isu Birokrasi dan teknikal.

Saya terkejut apabila saya memeriksa Pasport Lama ayah saya ditulis "Asal: England". Adakah kerana North Borneo dahulunya tanah jajahan British?
B. Masalah Dokumentasi (Dokumen Diri)
Masalah ini sudah menjadi masalah yang sangat besar kepada masyarakat Bugis di Sabah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Semasa nenek saya masih hidup, dia menceritakan bahawa ketika dia bekerja dengan syarikat British sebelum Sabah merdeka pada tahun 1963, Kerajaan British telah menjalankan pendaftaran untuk mendaftar rakyat di Sabah sebagai rakyat negeri Sabah. Namun, ramai yang menolak kerana fikiran mereka ketika itu ialah, mereka datang ke Sabah untuk mencari rezeki dan diambil sebagai pekerja.

Setelah berpuluh-puluh tahun, di mana mereka sudahpun mempunyai anak cucu cicit, sebahagian masalah dokumen diri mereka berjaya diatasi melalui permohonan biasa di Jabatan Pendaftran Negara. Namun, ramai lagi yang bermasalah.

Masalah-masalah ini timbul kerana beberapa sebab. Di antara yang saya dapat kesan ialah pada zaman dahulu, kemudahan pengangkutan dan jalanraya di Sabah sangatlah mundur. Terdapat kisah orang-orang tua, apabila mereka bekerja di dalam hutan beratus-ratus kilometer jauh ke dalam hutan, biasanya mereka akan balik ke rumah mereka di bandar  3 hingga 6 bulan kemudian. Ramai yang tidak dapat memberi perhatian dalam urusan dokumen diri dan persekolahan anak-anak mereka ketika itu.

Maka ada di antara anak-anak mereka yang dilahirkan tidak diuruskan sijil beranak mereka, apatah lagi kad pengenalan mereka, kerana fokus mereka lebih kepada mencari nafkah hidup.

Masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 1 tahun atau 10 tahun, kerana dalam jangka masa ke depan, peraturan-peraturan kewarganegaraan yang semakin ketat, dokumen-dokumen diri yang tidak lengkap tadi, menyebabkan mereka terpaksa melalui pelbagai prosedur yang panjang, ketat dan memakan masa.

Namun begitu, kerajinan dan kesabaran masyarakat Bugis sangat tinggi, di mana mereka berusaha menyelesaikan masalah dokumen diri mereka melalui saluran-saluran yang disediakan oleh Kerajaan. 

Oleh kerana ramai di kalangan anak mereka sudah berjaya, kemudian pula kemudahan pengangkutan semakin baik, maka ramailah yang datang 'direct' ke Putrajaya untuk menyemak, membetulkan dan memohon kewarganegaraan Malaysia. Ramai yang berjaya selepas mereka berjaya melepasi prosedur yang ketat di Unit Hal-Ehwal Khas Sabah.

Maka itu, saya menolak dengan keras tuduhan bahawa masyarakat Bugis di Sabah memiliki kewarganegaraan mereka melalui jalan pendek. Namun, sebagaimana didedahkan di dalam RCI, kita tidak menolak wujudnya sindiket-sindiket IC Palsu yang bertujuan untuk mengaut wang. Sesiapa pun terdedah dengan sindiket ini, sangat tidak adil menuding jari kepada masyarakat Bugis sahaja.
Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu
JALAN PENYELESAIAN
Buat masa ini, cukuplah dua dahulu masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat Bugis di Sabah. Dalam fikiran, hanya ada satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka di Sabah, iaitu dengan melantik seorang wakil Senator di dalam kerajaan. Oleh kerana masalah-masalah ini banyak melibatkan hal-hal pentadbiran di peringkat Pusat, maka sewajarnyalah seorang Senator dilantik sebagaimana seorang Senator dilantik di kalangan masyarakat Siam. Bagaimana anda setuju?

Anda boleh memberi komen yang sesuai, namun janganlah seperti portal Sabahkini di sini http://sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=17496:bugis-juga-bumiputera-sabah&catid=37:politik&Itemid=41 di mana mereka menambah-nambah artikel saya supaya masyarakat Murut marah kepada saya dan memarahi masyarakat Bugis juga. Bukan cara saya memperkecilkan bangsa orang lain, sedangkan yang asal tiada perkara itu di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/02/bugis-sabah-diiktiraf.html

Di peringkat negeri, UMNO Kalabakan sudah memberi beberapa kali peluang khususnya kepada Datuk Dr. Patawari Hj Patawe dan sekarang Datuk Hj. Muis Hj. Picho sebagai wakil masyarakat Bugis di Dewan Undangan Negeri Sabah. Bersuaralah dengan bijaksana, berani dan berfakta di dalam dewan. Ketahuilah bahawa di luar sana masyarakat Bugis Sabah sudah banyak yang memainkan peranan mereka memajukan negeri Sabah dalam aspek pendidikan, perniagaan, pentadbiran, sosial dan agama. Semuanya itu tidak dapat dinafikan.

Contohilah Datuk Abd. Ghapur Hj Salleh (Ahli Parlimen & Ketua Bahagian UMNO Kalabakan), atas keberaniannya bersuara di Dewan Rakyat. 

Apakah orang-rang Bugis yang menjadi AJK UMNO Bahagian Kalabakan yang agak ramai tidak mampu memberikan cadangan-cadangan kepada Datuk A. Ghapur Salleh untuk menyelesaikan masalah-masalah ini? Saya tidak fikir Datuk A. Ghapur Salleh seorang yang tidak mendengar, kerana saya pernah bertukar pandangan dengannya di Parlimen dan beliau mendengar dengan baik. Jika saya AJK UMNO Bahagian Kalabakan, setiap masa saya akan "follow-up" masalah masyarakat kita kepadanya sebagai Ketua Bahagian, sayangnya saya tidak.

Selamat Membaca.
Selamat Berhujung Minggu. 
Aramaiti.



6 Komen:

Anonymous said...

setuju sangat tapi siapa? Oj dan Samsul or Dr Patawari tiga-tiga mereka zaman dah berlalu, kena cari org yg benar2 komited, berani dan bijak. Skrg masalah Bugis di Sabah semakin besar sebab tak ada wakil di pusat. Hope DS Najib buka mata lah

Anonymous said...

yup setuju atas pandangan saudara.Keperluan terhadap wakil masyarakat bugis dalam dewan rakyat sangat memerlukan dan PM wajib memberi perhatian terhadap permasaalahan ini,siapalah datuk ghapur untuk memperjuangkan keperluan masyarakat Bugis,kerana yang mengenal Bugis mestilah si Bugis juga.kull.twu.

Anonymous said...

Bagus lah kita bangga dan perihatin dengan kaum kita sendiri. Mudah mudahan kita akan berkembang dan giat maju selama lamanya.

Izinkan saya sebutkan bahawa kita serumpun - Rumpun Melayu, dalam apa yang di kenali sebagai Keluarga Besar Melayu. Kita juga harus banggakan hal ini kerana berjumlah 350 juta dan melibatkan kawasan yang besar di dunia ini. Ini di sebut di dalam buku buku bertajuk “Tamadun Alam Melayu” dan “The Malay Civilization”, terbitan Persatuan Sejarah Malaysia, boleh di beli di Wisma Sejarah, depan IJN, Jalan Tun A Razak, Kuala Lumpur.

Persatuan itu telah ada sejak zaman British kolonial lagi, ahli ahlinya sekarang termasuk Professor Emeritus (Pengajian Melayu) Mohd Taib Othman, Professor Emeritus (Sejarah) Khoo Kay Kim, Professor (Archaeology) Nik Ariffin Shuhaimi, dan lain lain.

Buku buku itu menerangkan berpuluh puluh kajian yang telah di lakukan secara saintifik sejak abad 18, di teruskan di abad 19, di pertingkatkan di bahagian kedua abad 20, oleh pakar pakar kaji bahasa (linguists), kaji manusia (anthropologists), kaji bahan purba (archaeologists), dan lain lain, dari Barat dan juga di rantau ini. Kajian kajian terakhir menunjukkan bahawa Melayu berasal di Gugusan Pulau Pulau Melayu (The Malay Archipelago), bukan dari Yunan atau Taiwan seperti di katakan di teori yang keluar di tahun 1950an dan telah di ketepikan sejak lama dahulu.

Istilah Melayu (Malays) telah di gunakan oleh pelawat pelawat Barat yang mula mula datang ke rantau ini dan menemui orang yang mengenalkan diri mereka sebagai Melayu dan penulisan istilah Melayu oleh orang Barat itu lekat hingga ke hari ini, walau pun orang orang yang mula mula di jumpai oleh pelawat Barat itu ha nya sebahagian dari Rumpun atau Keluarga Besar Melayu.

Buku buku itu juga menerangkan bahawa tamadun Melayu telah ada sejak lebih 6,000 tahun dahulu, mempunyai kemahiran membina perahu berpelampung pada awalnya, kemudian kemahiran membina kapal besar bertingkat, setanding dengan Roman galleon, di kagumi oleh pengembara China bernama I Xing yang singgah di rantau ini dalam perlayarannya ke India di abad 7.

Nenek moyang kita telah keluar masuk di kepulaun Gugusan Pulau Pulau Melayu ini, termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, dan keluar ke lautan antara bangsa, sampai ke Madagascar, Taiwan, Hawaii dll. Ada meninggalkan saka baka di sana – kaum yang menggunakan bahasa yang di panggil Keluarga Besar Bahasa Melayu di tempat tempat tersebut hingga sekarang.

Kita boleh bangga dengan ada nya 350 juta manusia dalam Keluarga Besar atau Rumpun Melayu itu, meliputi kawasan yang besar di dunia.

Anonymous said...

Saya merasa dukacita berkenaan Masalah Dokumentasi (Dokumen Diri) orang orang Bugis dan Melayu lain di Sabah sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Ini lah hal nya bila timbul pembangkang seperti Anwar Ibrahim di bantu dengan kaum pendatang terutamanya puak DAP. Hebohkan mahu RCI untuk meraih undi. Di propagandakan oleh blog seperti Malaysiakini - pemunya blog itu MD Talib mati tempoh hari saya tak rasa rugi apa apa pun.

Bagus Tun Dr Mahathir sendiri telah kata dia sanggup memberi keterangan kapada RCI. Dia akui bahawa di zaman dia merintah beratus ribu orang dapat IC di Sabah. Dia terangkan itu ada lah mengikut prosedure atau peraturan biasa. Kerajaan menggunakan kebijaksanaan mereka, membuat keputusan di atas permohanan dokumen dari mereka yang telah berpuluh puluh tahun tinggal di Sabah tanpa dokumen.

Mereka yang telah tinggal di negeri itu berdekad lamanya, ada yang keluar masuk sebab lautan di luar Lahad Datu contohnya ada lah tempat lalu lalang cari makan, menangkap ikan dan sebagainya nenek moyang kita sejak beratus tahun. Sekarang bijak pandai ada mengatakan sejak beribu tahun, seperti di komen di atas itu.

Jadi, kita kena sentiasa sokong dan bantu Kerajaan yang ambil peduli fasal kita, mudah mudahan akan ada keadaan yang membolehkan orang orang kita dapat dokumen lagi beramai ramai di masa hadapan.

Kita kena jahanamkan kumpulan yang membangkang tak tentu arah riuhkan RCI dsbnya sebab selagi mereka bising, kurang peluang kita. Pada hal bangsa lain ada wang boleh rasuah di sana sini untuk mendapat apa yang mereka mahu. Kita hanya berharap kapada Kerajaan yang perihatin dan mesti sokong mereka. Untuk masa depan kita. InsyaAllah.

Anonymous said...

Pendatang ke negara ini memang lah iri hati dan hasad dengki orang Melayu di Sabah dapat dokumen.

Mereka perlu di sembur dengan fakta bahawa di masa Malaya Merdeka di tahun 1957, hampir sejuta orang mereka dapat kerakyatan. Fikir lah tu, masa itu jumlah penduduk tak sampai 5 juta, yang dapat jadi rakyat sedempuk hampir 25% jumlah penduduk.

Kalau boleh, tampalkan kenyataan itu di merata pelusuk mereka ada.


Anonymous said...

berpijak la di bumi yg nyata..ramai kawan lain pun dpt projek ic..mcmna nak diiktiraf, dpt hak pendidikan..ramai bugis berjaya..tapi masih dicop pendatang..kerana nila setitik rosak susu sebelanga..kerana projek ic kami yg merana..

sekadar pandangan..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan