MENANG DI KUALA BESUT, APA PULA KOMEN KHAIRY KEPADA NAJIB !

on Thursday, July 25

Semua orang sudah membaca ulasan YB Khairy Jamaludin (KJ) ini http://merdeka-online.com/home/malapetaka-tanding-presiden-khairy-jamaludin-kuala-besut/, atas pengaruhnya sebagai Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia & Sukan, kononnya masa depan DS Najib dalam UMNO dan Kerajaan bergantung kepada keputusan di Kuala Besut!

Nada KJ tak ubah bagaikan tekanan, kata orang sastera, 'sebatan tanpa rasa tanpa bunyi tetapi punya kesan'.  Saya mengulas sebelum ini sebagai ucapan nakal tetapi bertanggungjawab seorang Ketua Pemuda.

Kini, UMNO sudah menang di Kuala Besut. KJ patut menghabiskan ulasannya itu sama ada kemenangan UMNO di PRK Kuala Besut memberi 'instict' kepada orang lain supaya lupakan lawan DS Najib dalam Pemilihan Agung UMNO tidak berapa lama lagi.

Ada penulis veteran berkata, KJ kononnya mahu menjadi Perdana Menteri sebelum berumur 40 tahun. Ianya terbantut sekejap bilamana BN gagal menang besar ketika Pilihanraya Umum Ke-12 (2008) yang lalu, ditambah pula kemenangan tipis beliau di Rembau. Jika BN menang besar ketika itu dan beliau menang besar di Rembau ketika itu, saya yakin keinginan menjadi Perdana Menteri sebelum berumur 40 tahun barangkali berjalan dengan baik.

CABARAN KJ TANDING NAIB PRESIDEN UMNO
Namun begitu, kondisi KJ kali ini nampaknya lebih baik di mana beliau menang majoriti agak lumayan di Rembau, sementelahan itu pula "demand" beliau berjaya dipenuhi dengan perlantikan sebagai Menteri Belia & Sukan. 

Sebenarnya, saya berfikiran, perlantikan KJ sebagai Menteri Belia & Sukan lebih kepada aspirasi belia dan keinginan DS Najib yang mahu anak-anak muda dan belia diberi keutamaan. Dalam konteks itu, KJ bernasib baik kerana beliau merupakan calon yang terbaik. 

Dan KJ kena membuktikannya, dan saya beri KJ cabaran menjadikan Pasukan Bola Sepak negara kita di ranking di bawah 100 dalam tempoh 5 tahun! Negara-negara Asia yang maju seperti Jepun, China dan Korea Selatan memiliki pasukan bola sepak berkedudukan 100. Saya mahu melihat pada tahun 2020, pasukan Bola Sepak negara kita berada di kedudukan 100 dan setaraf dengan negara Jepun, China dan Korea Selatan. Bukankah pada tahun 2020 negara kita sudah masuk pintu 'Negara Maju'!

KJ seperti juga dengan pemimpin-pemimpin Pakatan yang berpendidikan di Barat seperti Tian Chua, Rafizi dan Nurul Izzah, mereka keluar dari sempadan dan kepompong pemikiran lama dengan melanggar banyak sempadan kemarahan orang Melayu dengan yakin. Globalisasi barat dibawa masuk mengurus parti dan kerajaan. Selain itu, Kj adalah menantu Perdana Menteri ketika itu dan ianya turut membina karektor politik KJ ke depan.

Berbalik kepada kedudukan sekarang, saya lebih suka jika KJ bertanding Naib Presiden UMNO. Saya perhatikan KJ tidak begitu memberangsangkan membantu UMNO sebagai Ketua Pemuda, barangkali akan lebih berjaya jika berada di kedudukan Naib Presiden. Saya tidak nafikan KJ berjaya dalam banyak hal bersifat 'politik matang' semasa berdepan pihak pembangkang, tetapi pada masa yang sama seakan beliau tidak mampu menggunakan Pemuda UMNO untuk menentang arus kejahatan dari kumpulan anti-Melayu. KJ belum lagi mencapai tahap Datuk Harun Idris dan Singa UMNO, Syed Jaafar Albar.

RISIKO MENCABAR PRESIDEN
Kesilapan minda yang disengaja-sengajakan oleh sebahagian ahli UMNO ialah kononnya keputusan 133 kerusi melambangkan kegagalan DS Najib. Pada saya ianya tidak tepat.

Pertama sekali, DS Najib berjaya menambah jumlah kerusi parlimen UMNO, selain berjaya menambah kerusi DUN dan Parlimen UMNO di Kelantan, dan berjaya menawan semula negeri Kedah. Dalam waktu yang sukar (mewarisi kesukaran Pak Lah), DS Najib masih berjaya mempertahankan kerajaan persekutuan melebihi kouta 112 untuk menubuhkan kerajaan 'simple majority'.

Kekalahan parti-parti Cina seperti MCA, Gerakan, SUPP dan LDP adalah masalah orang-orang Cina yang lebih terpengaruh dengan kempen-kempen sepanjang tahun DAP. Akhirnya, jika kita perhatikan di sekeliling kita sekarang ini, masyarakat Cina mengalami sedikit 'trauma' bilamana janji-janji DAP akan menang tidak juga berjaya.

Jika saya tidak silap, Tun Dr. Mahathir pernah berkata jika Tengku Razaliegh sabar sedikit, malah DS Anwar juga sudah ditunjuk sebagai pengganti, namun kegopohan menyebabkan mereka tidak berjaya sampai di puncak. Maka, jika KJ hendak menjadi Perdana Menteri sebelum umur 40 tahun, saya fikir beliau mesti menyahut cabaran saya supaya bertanding di peringkat Naib Presiden UMNO! Itulah 'step' yang paling sesuai kepada beliau, kerana pemilihan agung UMNO tahun berikutnya (2016) barangkali tidak akan berpihak kepada KJ pula sebagai Ketua Pemuda. Saya tidak bimbang dengan kekuatan kewangan KJ. Itu amat nyata.

Sebaliknya, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang sabar seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Hussien Onn, Tun Ghafar Baba malah Tun Dr. Mahathir Mohamad (semasa dipecat dari UMNO), berjaya sampai ke persada tinggi UMNO. Bukti yang paling jelas ialah DS Najib sendiri, kesabarannya telah membina kepimpinannya.

Secara peribadi, saya berpendapat, jika ada niatacara menjatuhkan Presiden UMNO akan merembeskan air tasik yang tenang kepada parti UMNO itu. Sebab itulah, saya yakin dengan informasi yang saya ada sekarang, bahawa jangan underestimate DS Najib, kelak semua yang gelojoh akan gigit jari! (http://merdeka-online.com/home/jangan-underestimated-ds-najib-sekali-twist-sahaja/). Saya akan tulis bila sampai masanya, agaknya lah.

*** KJ seorang individu yang suka dicabar, sebab itulah beliau boleh berjaya, sebab itulah saya memberi cabaran baru kepadanya.








8 Komen:

Anonymous said...

Mana peranan Pemuda dalam PRK Kuala Besut? BN dapat undi lebih dari dulu pun hanya 100 lebih undi sahaja.

Apa pengaruh KJ macam itu? Apa kesan Najib letak Azeeeez yang di kata pakai ijazah Master's tupu ke Tabung Haji?

jebon said...

Blog cari Makan la ni...

Anonymous said...

telinga mata najib
SEGAR DAN MENARIK TULISAN ADMIN NIE..! INILAH ISTIMEWANYA UMNO YANG BERBISA LAGI BERSENI MENGHUNUS KERIS POLITIK..! DOA SAYA MOGA UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA-AMEEN..!

Anonymous said...

ada kebenarannya.

Anonymous said...

stuju tapi sedara lebih baik kalau berterus-terang apakah maksud di sebeliknya

Anonymous said...

Saya melihat dua cabaran yang tak munasabah kepada KJ dilontarkan dalam tulisan saudara...

Kelihatannya seperti ada dendam tak sudah di pihak saudara terhadap KJ...

Pertamanya cabaran bertanding jawatan Naib presiden...

KJ kelihatannya belum cukup bersedia untuk bertanding jawatan Naib Presiden buat masa ini...

Pengaruhnya dalam Pemuda pun belum mencapai tahap yang dicapai DSAI semasa menawarkan diri bertanding jawatan tersebut...

Jalan 'selamat' baginya buat masa ini sudah pastilah mempertahankan jawatan Ketua Pemuda supaya dapat membina pengaruh yang mencukupi untuk bertanding jawatan Naib Presiden di masa akan datang...

Keduanya cabaran meningkatkan rangking dunia pasukan bolasepak negara...

Saya percaya saudara lebih mengetahui autonomi persatuan-persatuan sukan...

Pihak kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya campur tangan dalam urusan sesuatu persatuan sukan kebangsaan terutamanya bagi sukan bolasepak...

Jika pihak FIFA mendapati mana-mana kerajaan campur tangan dalam persatuan bolasepak kebangsaannya nescaya persatuan tersebut akan digantung keahliannya menyebabkan bukan sahaja rangking yang dikejar tak dapat malahan tidak masuk rangking langsung...

Bagi saya pasukan bolasepak kita boleh meningkat rangkingnya dengan syarat pihak FAM membuat perubahan drastik yang memerlukan belanja besar contohnya menggantikan jurulatih sediaada dengan jurulatih-jurulatih ternama seperti Alex Ferguson ka, Jose Mourinho ka, Guus Hiddink ka, Dick Advocaat ka (sekadar menyebut beberapa nama)...

Tindakan drastik sebegini sahaja lagi yang belum dicuba oleh pihak FAM.

Wallaahu a'lam bissawaab.

Anonymous said...

Siapa kata KJ boleh sampai ke tahap "bersedia untuk bertanding jawatan Naib Presiden"? Tolong jawab apa kah yang telah di buat KJ selama ini yang mendatangkan faedah besar kapada UMNO dan Melayu.

Siapa kata Pengaruhnya dalam Pemuda boleh mencapai tahap yang dicapai DSAI? Anwar pun, apa sumbangannya kapada UMNO dan Melayu? Kalau dulu, selalu nya Ketua Pemuda melenting mempertahankan hak dan kepentingan Melayu bila di jejas oleh kata kata dan tindakan sesiapa saja. Kebelakangan ini, DEB pun di belakangkan dan di diamkan dek Pemuda.

Sekolah Cina pun berbagai bantuan di beri. Kelulusan sekolah Cina pun ada sikit di layan. Takda Pemuda yang keluar suara. Takda mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu.

Anonymous said...

Dah lama dah!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan