PRK K. BESUT: APAKAH KITA SUDAH LUPA TEGURAN PM MENGENAI PERANG SIBER

on Saturday, July 13

Pilihanraya Kecil Kuala Besut, mempamerkan beberapa gambaran yang menarik, antaranya parti PAS mencalonkan bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Calon PAS melakukan sumpah Baiah kesetiaan kepada parti dan perlantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut bukannya Datuk Mustapha Ali ataupun Datuk Hj. Wahid Endut kedua-duanya dari Terengganu.

Manakala di pihak UMNO, mencalonkan anak muda Kuala Besut memberi gambaran kepimpinan BN sedang melaksanakan transformasi secara perlahan-lahan ke arah kepimpinan muda. Di Putrajaya, Datu' Khairun Aseh (anak kepada Pengerusi Perbadanan Putrajaya) dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.
PERMULAAN KURANG MENARIK 
Dalam pada itu, kemelut bloggers UMNO di Terengganu amat mengejutkan saya bilamana ada kumpulan bloggers yang terasa disingkirkan dari arus penting PRK ini. Pada pandangan saya, perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana sedikit kesilapan di pihak UMNO akan memberi kesan kepada persepsi pengundi di Kuala Besut.

Jika UMNO memiliki 500 bloggers pun di PRK Kuala Besut saya fikir tidak salah malah ianya satu perkembangan yang bagus. Mengikut pengalaman saya, penetapan dan pemilihan jumlah bloggers berlaku disebabkan oleh masalah peruntukan sebagai saguhati atas kerjakeras mereka. Memberi saguhati kepada para bloggers adalah satu bentuk penghargaan yang memang patut diberikan kerana kebanyakan para bloggers bekerja secara sukarela tetapi mempunyai keinginan yang besar untuk membantu kejayaan UMNO.

Jika pihak pembangkang boleh memberi elaun berupa gaji sebesar RM3,000 baru-baru ini, malah kumpulan bloggers Red Bean Army yang disebut turut mendapat gaji berupa saguhati sekurang-kurangnya RM3,000 juga, mengapa di pihak UMNO tidak? Hari ini, masuk tandas pun kena bayar RM0.20 dan RM0.30!

Berbalik di Terengganu, sebaik-baik kumpulan Bloggers di PRK ialah mereka yang bermastautin di Terengganu khususnya di Kuala Besut dan sekitar sempadan Kelantan menuju ke Kota Bharu.

Dengan bahasa loghat Terengganu (Ganu Kite), ataupun loghat Kelantan (Kelate), saya percaya isu-isu di Kuala Besut akan lebih jelas dan tepat disampaikan. Mereka duduk di sana, mereka belajar dan bekerja di sana, mereka yang merasai keperluan di sana, maka sebaik-baiknya merekalah yang terkedepan memainkan isu-isu yang penting itu.

Manakala, bloggers lain dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan lain-lain mereka juga penting dalam menyambut isu-isu tersebut dan memainkannya di peringkat nasional. 

Pembinaan persepsi di alam maya tidak akan berjaya jika hanya dimonopoli oleh sebahagian bloggers sahaja, atau sejumlah bloggers terpilih sahaja, sebaliknya pengembangan persepsi di alam maya akan lebih berjaya jika kita membenarkan dan menghormati keinginan sesiapa sahaja yang ingin membantu UMNO di Kuala Besut. 

Mengawal jumlah bukan satu perkara yang menarik dalam berperang, sedangkan jumlah yang besar diperlukan untuk menang pilihanraya.

SOLUSI
Jika saya pengarah perang siber UMNO, saya akan menerima sesiapa sahaja bloggers dan pemain media massa yang mahu membantu kemenangan UMNO di PRK Kuala Besut, khususnya sekarang ini.  Saya tidak fikir semuanya akan mencecah 1000 orang!

Ianya berkaitan teknik solusi dan taktik solusi. Kita kena pergi ke negara India untuk mendalami kedua-dua teknik ini.

Saya harap bahasa saya bukan bahasa meninggi diri, saya mahu merendah diri semampu saya. Jika saya boleh bersendirian ke Jakarta untuk membantu memulihkan imej dan persepsi ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri negara kita, ianya berkait rapat dengan teknik dan taktik solusi itu. 

Tidak ada satu pihak dari parti UMNO yang membantu saya, saya hanya membaca tweeter YB Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang menghargai usaha saya itu. 

Apapun saya tidak pernah mengharapkan apa-apa kerana niat saya ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada momokan DAP melalui Pakatan Rakyat, niat saya juga untuk negara saya, Malaysia.

Maka, mana-mana kumpulan yang berkecil hati di PRK Kuala Besut, saya berharap anda bersabar di samping pihak yang bertanggungjawab memberikan perhatian jua kepada mereka.

Namun, usaha kita tidak akan berjaya jika bukan dibantu oleh para bloggers sama ada yang kita kenali atau tidak, yang elit atau baru, kumpulan UMB, Nadi Rakyat, Bloggers House, PBN, yang bergerak sendirian, portal-portal berita bukan sahaja portal pro-BN tetapi juga yang kontras seperti Malaysiakini, FreeMalaysiaToday, Malaysia Today, Keadilan Daily dan sebagainya.

Malah usaha kita tidak juga akan berimpak tinggi tanpa dokongan oleh media arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Malay Mail, TV3, TV1 malah akhbar pembangkang seperti akhbar Keadilan, Harakah dan sebagainya.

Jika kita maju ke depan lagi, kita perlu berkawan baik dengan pemain media di luar negara seperti Kompas, Republika, Jakarta Post, Singapore NST, ABN News, Manila Times, New York Times, Bangkok Post termasuklah Al-Jazeera, CNN dan BBC.

GUNUNG PERSEPSI
Membina persepsi itu seperti membina sebuah Gunung. Jika Raja-Raja Mesir membina beratus tahun sebuah Piramid dan jika Maharaja China beratus tahun membina Tembok Besar China, tetapi untuk membina sebuah persepsi sebesar Gunung tidak memerlukan beratus tahun. Jika masa yang tepat, masa yang sesuai, keadaan yang betul, pengurus yang bijaksana dan pelbagai stigma lagi, Gunung Persepsi itu akan menjadi dalam beberapa jam sahaja, tidak perlu menunggu 100 tahun.

Saya berpendapat DS Najib sebagai Perdana Menteri semasa ulasan awalnya selepas PRU13 ialah mahu kita membina Gunung Persepsi. Dalam zaman moden ini, membina Gunung Persepsi memerlukan sumber kewangan yang kuat. Kuat tidak bermaksud besar!

Barangkali kita tidak belajar dari pasukan siber Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli, bagaimana mereka boleh mendapatkan peruntukan yang kuat untuk menggerakkan pasukan siber mereka. Saya mendapat tahu, Rafizi Ramli tidak pernah berkata tidak apabila bloggers bawahannya memberikan dia apa jua info, dan maklumat itu bukan percuma tetapi dengan sejumlah saguhati yang menggembirakan kedua-dua pihak.

Lim Kit Siang dalam artikelnya menyambut kata-kata DS Najib menulis di Roket.kini bahawa http://sabahkinimirror.blogspot.com/2013/06/najib-kalah-perang-persepsi.html walaupun kita semua para bloggers tak kiralah dari mana kumpulan kita berasa kita sungguh-sungguh berhabis dan bertungkus-lumus siang dan malam. Apa pun, kejayaan mempertahankan Kerajaan Persekutuan di samping mendapatkan semula negeri Kedah adalah juga kejayaan kita semua. Itu tidak dinafikan, sayangnya parti komponen BN khususnya MCA dan Gerakan tidak menunjukkan kesungguhan mereka di alam siber sebagaimana DAP!

Berbalik kepada harapan Perdana Menteri kita, kini mari kita membina Gunung Persepsi ini dengan melupakan ketidakpuasan yang berlaku. Bermula di PRK Kuala Besut ... 

Selamat membaca.


































4 Komen:

Anonymous said...

Salam saudara, jika sy Ketua Pemuda UMNO atau SU Kerja UMNO atau Ketua Penerangan UMNO, xperlulah tinggi sgt kpd Presiden dan timbalan, usaha sdra patut diberi penghargaan yg sewajarnya. sy terkejut tiada sorang pemimpin Umno menghargai usaha sdra.Tulisan sdra ini membuktikan bhw tuduhan Anwar bhw sdra diupah Umno ternyata tidak benar.

Pengalaman sdra nampaknya luas, saya yakin jika sdra di pihak Dap or Pkr dan PAS, usaha sdra akan lebih dihargai. Apapun syabas kerana prinsip sdra kpd UMno dan BN masih kuat walaupun Urban Malay nampaknya menolak UMNO!

Anonymous said...

Fantastic Idea.

Anonymous said...

Umno pasti terkubur dengan amalan liwat dan zina parti pembangkang.

Peliwat dan penzina disanjung umat melayu islam

Anonymous said...

Insyaallah umat Melayu dan ummah Islam tidak akan memenangkan Pas kerana persekongkolan mereka dgn DAP dan PKR, jika tanpa dua parti ini saya akan undi PAS, kali ini sy mahu mengajar Pas spy mereka sedar silap mereka bersama Dapsy

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan