RCI SABAH AKAN GAGAL JIKA MEMBELAKANGI SEJARAH

on Wednesday, July 3

Sarjana British Ini Menyatakan Orang Bugis Menjadi Ketua Daerah di Tawau (1882)
Semalam seorang saksi menyatakan dalam RCI di Kota Kinabalu kononnya dia mendapat Kad Pengenalan walaupun berada di dalam hutan. Katanya di sini http://my.news.yahoo.com/mameng-filed-his-ic-forms-in-the-jungle-095313015.html . Adakah RCI ada bertanya adakah itu IC palsu atau IC sindiket yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan keuntungan wang ringgit? Saya perhatikan hal ini tidak diberi penekanan!

Keinginan untuk menjadi warganegara Malaysia bukan sahaja melibatkan pekerja-pekerja asing dari Indonesia dan Filipina tetapi juga sudah berjangkit kepada pekerja asing dari Bangladesh, India, Pakistan, Vietnam, Kemboja, Mynmar malah dari negara China.

Bagi yang baru sampai di Malaysia, mereka sudah mempunyai rakan atau keluarga yang sudah menjadi warganegara Malaysia. Hubungan yang berterusan ini menjadi satu platform yang berterusan untuk mereka mencari rezeki di bumi Malaysia yang aman dan permai ini. 
Sarjana Dalam Buku Ini Membuktikan Orang Bugis Sudah Memiliki Geran Tanah NT Sejak Zaman British & Ketika Sabah Baru Merdeka.
Sebelum 1963, adalah di bawah kekuasaan Kerajaan Penjajah British yang ditadbir oleh sebuah kementerian hal-ehwal tanah jajahan di London. Beberapa tanah jajahan British yang belum merdeka ketika itu seperti Macau, Hong Kong, Sarawak, Brunei dan Sabah (North Borneo) mempunyai taraf kerakyatan British dan Commonwealth British. 

Di Sabah, pusat pemerintahan British ketika itu adalah di Sandakan sebelum berpindah ke Jesselton (Kota Kinabalu). Manakala, sebelum tahun 1824, di pantai timur Sabah iaitu sekitar Tawau masih ditadbir oleh Kolonial Belanda. Hanya selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, barulah pembahagian diperjelaskan dengan sebahagian Pulau Sebatik ke Utara North Borneo menjadi milik British, dan sebahagian Pulau Sebatik menuju ke Selatan Kalimantan menjadi milik Belanda.

RCI Sabah patut memanggil waris-waris keturunan orang-orang Banjar, Jawa, Tidung, Suluk, Bugis, Arab dan Melayu yang sudah wujud menetap di persisiran Sungai Tawau lebih awal sebelum Penjajahan Belanda, sebelum Kedatangan British dan sebelum Sabah merdeka di dalam Malaysia (1963)

Menurut Sarjana Belanda dan Sarjana British, Ketua Daerah pertama di Tawau ialah seorang Bugis bernama Pu'ado yang memiliki barisan kedai, pekerja dan rumah di hadapan rumah kolonial Belanda di pesisir Sg. Tawau pada tahun 1882 lagi. Mereka hidup aman damai bersama-sama orang Arab, Melayu, Suluk, Jawa dan Tidung ketika itu.
Para Sarjana British & Sarjana Belanda Memberi Bukti Bahawa Pada Awal Tahun 1880an Orang-Orang Tidung, Banjar, Bugis, Jawa, Arab, Melayu & Suluk Sudah Berada di Tawau.
Selepas 1963, apabila Sabah merdeka melalui Malaysia maka proses mendaftar rakyat yang berada di Sabah telah dijalankan. Sebagai sebuah negeri baru yang merdeka sudah tentu mengalami pelbagai masalah, tanpa perhubungan jalanraya, jalan udara, komunikasi yang cekap dan lancar, kerajaan baru Sabah di bawah pentadbiran Tun Fuad Stephen dan Tun Datu Mustapha sudah pasti mengalami masalah untuk mengurus pendaftaran warganegeri Sabah.

Kemudian pemerintahan negeri Sabah yang bertukar-tukar sejak USNO (1963-1976), BERJAYA (1976-1985), PBS (1985-1994) dan kini BN
(1994-2013) menjalankan pelbagai proses untuk mendaftar warganegeri Sabah. Dalam tempoh tersebut juga, negeri Sabah yang kaya dengan kayu balak, kelapa sawit, getah, koko, kelapa, hasil laut dan sebagai memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Maka berpusu-pusulah pekerja dari luar negara diambil khususnya dari negara terdekat seperti Filipina dan Indonesia. Terdapat juga pekerja dari Semenanjung (orang India dan orang Cina) yang diambil bekerja di sektor ladang getah danorang Melayu sebagai guru dan pentadbir. Mereka digelar "orang Malaya" ketika itu.

Maka RCI sepatutnya menyelidiki proses kedatangan mereka ini di antara tahun 1960an, 1970an, 1980an, 1990an, 2000an dan seterusnya sehingga sekarang.

SOALAN
Bagaimana proses kerakyatan mereka yang sudah berada di Sabah sebelum tahun 1900an? Bagaimana pula jenis kerakyatan mereka yang ada pada tahun 1900 hingga 1963? Semasa British memerintah negeri Sabah sehingga merdeka apakah status mereka dan anak cucu mereka? Mereka yang datang ke Sabah sebagai pekerja asing dan seterusnya mendapat kerakyatan pada tahun  pemerintahan USNO, BERJAYA, PBS dan BN sekarang apakah melalui proses undang-undang sedia ada? Bagaimana pula status kerakyatan anak cucu mereka? 

Bilakah dan bagaimana muncul sindiket menjual IC dan sindiket IC palsu? Berapa ramai kakitangan kerajaan sudah diambil tindakan kerana terlibat dalam sindiket IC Palsu ini?

Apakah definisi IC Projek yang diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak? Adakah IC Projek itu bermaksud IC sindiket atau IC Palsu? Jika IC dibuat di dalam hutan dan dibayar dengan jumlah wang RM50 atau RM100 adakah inilah dia IC Projek juga IC Palsu juga IC Sindiket?

Pasukan RCI Sabah mengenai Kad Pengenalan perlu mengelak daripada membina persepsi negatif kepada mana-mana suku kaum di Sabah? Dan penyiasatan RCI Sabah perlu juga mengelak daripada seolah-olah memberi hukuman awal kepada sesuatu suku kaum? Sebab itulah saya berpendapat, jika RCI Sabah membelakangi sejarah sesuatu suku kaum itu dan sejarah satu-satu daerah itu khususnya semasa penjajahan, saya bimbang RCI Sabah akan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

(Nota: Dalam artikel ini, saya tidak menghuraikan pemilikan Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei ke atas Sabah di pantai barat dan di pantai timur Sabah)























6 Komen:

Anonymous said...

saya setuju, RCI perlu melakukan tugasnya dengan cukup teliti dan tidak prejudis kepada mana2 suku kaum

Anonymous said...

Yang di pertikaikan adalah IC yang bertindih dengan penduduk asal negeri sabah,jika pun kerakyaatan diberikan perlulah melalui proses yang betul bukan menzalimi pemohon dan pemilik IC tersebut

Razor Jade said...

saya setuju dengan pendapat saudara. langkah ni perlu dilakukan dengan telus, tanpa prejudis.

Razor Jade said...

lagi pun ia seolah-olah membawa nama sesuatu suku kaum.. memang hakikatnya, ada individu yg memperloleh IC melalui porses yg salah. tp bagaimana pula yg dapat dengan cara yg betul dan mengikut prosedur negara. Secara jujur nenek moyang saya, adalah suku bugis dan telah berada dan bertapak di Sabah (khususnya tawau), sebelum sabah, malaysia dan indonesia merdeka lagi...mc berstatus permastautin tetap.. sedangkan ada yg baru datang da dpt IC dan status warganegara... kesannya kami sebagai anak, cucu dan cicitnya, yg lahir dan membesar di Sabah ni, sukar untuk dpat bantuan dan sering di diskriminasi kan.. jd RCI perlu dikaji dengan lebih telus.. yg mana layak, layakkan lah, yg mana ndak layak, maka ndak layaklah..

ozieboo said...

teruskan keluarkan artikel artikel sejarah semacam ini,biar mereka lihat dan faham,betapa kebenaran sejarah itu,rci ni seolah olah terpengaruh dgn satu satu eknik suku kaum yang tidak senang dengan keberadaan suku bugis di sabah khususnya di tawau..laporan yang dibuat semacam tidak bebas atau sumber yg di perolehi semasa membuat kajian tidak tepat..ayo mari anak anak bugis tawau,pertahankan hak yg di wariskan nenek moyang terdahulu,sumbangan mereka sangat sangat mempengaruhi kemajuan tawau khususnya dlm bidang ekonomi....mari anak anak bugis bersatu

ozieboo said...

teruskan keluarkan artikel artikel sejarah semacam ini,biar mereka lihat dan faham,betapa kebenaran sejarah itu,rci ni seolah olah terpengaruh dgn satu satu eknik suku kaum yang tidak senang dengan keberadaan suku bugis di sabah khususnya di tawau..laporan yang dibuat semacam tidak bebas atau sumber yg di perolehi semasa membuat kajian tidak tepat..ayo mari anak anak bugis tawau,pertahankan hak yg di wariskan nenek moyang terdahulu,sumbangan mereka sangat sangat mempengaruhi kemajuan tawau khususnya dlm bidang ekonomi....mari anak anak bugis bersatu

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan