TAWARAN TIMBALAN PERDANA MENTERI ?

on Tuesday, July 30

Saya berusaha untuk mengelak menulis perkara ini, namun apabila saya melihat berlaku perkara yang tidak tepat, saya fikir saya bertangggungjawab untuk memperbetulkannya, setidak-tidaknya fardu kifayah saya terlepas. 

Seseorang telah menulis versinya bahawa DS Najib telah memberi tawaran kepada DS Anwar untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri. 

Saya boleh menjelaskan di sini, bahawa DS Najib tidak ada menunggu DS Anwar di lapangan terbang Jakarta sebagaimana yang ditulis di sini http://www.sinarharian.com.my/politik/kerjasama-politik-pr-bn-mustahil-kata-anwar-1.187855.  

Saya mendapati laporan itu mempunyai niat lain, barangkali untuk memalukan DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Apatah lagi sekarang ini demam panas kempen pemilihan UMNO, bermacam-macam versi boleh direkacipta.

DS Anwar bercakap tentang Semangat Kerahsiaan, maknanya saya juga perlu menjaga Semangat Kerahsiaan itu. 

Beberapa perkara yang melibatkan masa hadapan Pakatan Rakyat bersama DS Anwar perlu dipelihara oleh DS Anwar sendiri, dengan mengurangkan mentafsir sendiri perkara-perkara yang tidak tepat, khususnya mengenai tawar-menawar. 

Saya mendapati DS Anwar banyak diberikan info yang tidak tepat, sehinggakan DS Anwar bercakap perkara yang tidak tepat malah tidak betul. Ianya menjejaskan kredibilitinya di dalam PR, tetapi saya sendiri tidak berminat menulis mengenainya, biarlah DS Anwar melakukan kesilapan tanpa disedarinya.

Pembaca ekonomi ataupun politik pasti akan berfikir lebih jauh dari itu, mereka pasti akan bertanya jika ada tawaran mesti ada yang memberi tawaran. Untuk berlaku adil, saya bersetuju dengan Anwar supaya Semangat Kerahsiaan itu dijaga, kerana jika penulis itu sudah mendedahkan versi ceritanya, sudah tentu saya pula belum lagi mendedahkan versi saya. 

Kesimpulan saya mudah, dalam semua isu ini, DS Najib telah pun berkata, "saya tidak akan membuat keputusan secara diktator (one man show) dalam apa jua isu penting, sebaliknya apa jua perkara saya akan bawa dalam Majlis Tertinggi UMNO". Perkara ini sangat jelas, di mana DS Najib tidak akan membelakangkan UMNO.

Akhir sekali, sudah pasti saya boleh memberikan versi yang lebih terperinci jika masa dan keadaan memihak kepada saya. 

Oleh itu, ahli-ahli UMNO kekalkanlah perpaduan anda dan istiqamah.

*Selepas ini, mentafsir pertemuan terkini DS Najib & Tun Dr. Mahathir.

 






2 Komen:

Anonymous said...

Maksud sedara memang betullah ada tawar menawar? kenapa tak tulis dlm bahasa yg mudah difahami bang oi

Anonymous said...

Terimakasih kpd sedara yg memberi penjelasan, namun, kami masih menunggu versi saudara pulak, sdra perlu menjelaskan versi sdra itu, kami menunggu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan