ADA AHLI PARLIMEN UMNO BERSETUJU ANWAR SERTAI SEMULA BN

on Wednesday, August 21

MENGHULUR TANGAN
Saya telah bertemu beberapa ahli Parlimen UMNO dan mereka asyik bertanya 'perkembangan' pertemuan saya dengan mantan pembesar negara jiran tempoh hari.

Sambil itu, saya turut bertanya pandangan mereka tentang 'kemahuan yang serius' DS Anwar Ibrahim untuk bersama kerajaan BN. 

Saya agak terkejut kerana ada ahli Parlimen UMNO melihat kemasukan DS Anwar ke dalam kerajaan BN sebagai sesuatu yang positif.

Antara alasan yang mereka berikan ialah kemasukan PKR dalam kerajaan BN akan menambah kekuatan BN di dalam parlimen. Antaranya, dengan jumlah 2/3 setelah kemasukan PKR ke dalam BN akan membolehkan beberapa dasar penting boleh digubal, antaranya persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Beliau meminta kepada saya supaya mengusulkan perkara ini kepada DS Najib, supaya dibuat sesi penerangan tertutup di kalangan ahli-ahli parlimen BN dan ahli-ahli parlimen UMNO untuk membincangkan perkara ini.

Perkembangan ini sudah pasti menimbulkan kemarahan di pihak DAP dan PAS. Masa depan Anwar dalam Pakatan Rakyat sudah pasti dipersoalkan. Kenyataan Anwar bahawa wujudnya usaha 'kerajaan perpaduan' jelas membuktikan Anwar mempunyai niat politik untuk meninggalkan Pakatan Rakyat.

SELESAI DI LUAR MAHKAMAH
Ada juga pemimpin UMNO yang saya temui tidak bersetuju dan berkata "tidak masuk akal" Anwar menyertai semula UMNO atau BN.

Perkembangan kes saman DS Zahid Hamidi ke atas Rafizi Ramli berakhir di luar mahkamah. Sebelumnya, kes saman Anwar ke atas YB Khairy Jamaludin RM100 Juta juga diselesaikan di luar mahkamah. 

Sementara itu, satu demi satu petisyen PKR ke atas keputusan PRU13 gagal.

ULASAN
Walaupun saya faham apa yang sedang berlaku sekarang, namun Anwar harus mengakui tempatnya di dalam UMNO terlalu sukar. Pintu masuk kepadanya bagaikan lubang jarum.

Walaupun terdapat ahli Parlimen UMNO yang bersetuju beliau menyertai BN, namun ahli-ahli UMNO belum dapat menerimanya lantaran kebobrokan dan kerosakan yang amat besar telah berlaku ke atas umat Islam dan orang Melayu akibat dasar-dasar Liberalisme, Pluralisme dan Kesamarataan yang diamalkannya.

Sesungguhnya, Anwar telah mengakui kenyataan Lee Kuan Yew bahawa pembangkang di Malaysia tidak akan mampu merampas kerajaan Persekutuan, lantaran itulah, Anwar bersungguh-sungguh mendekatkan dirinya kepada DS Najib, termasuklah usahanya di negara jiran.

Barangkali sudah sampai masanya Anwar bercakap tetang janji persaraannya dan menjadi pensyarah di sebuah universiti di Washington DC.







8 Komen:

Anonymous said...

Sedara penulis, saya ahli PKR, sy setuju Anwar sertai BN bukan UMNO.

Anonymous said...

Siapa dia, dedahkanlah.

Anonymous said...

Memang gampang kalau ada ahli parlimen yang setuju Annuar menyertai UMNO.

sharizal mazalam said...

KALAULAH ANWAR SUNGGUH2 NAK SERTAI UMNO APA SALAHNYA..? ANWAR SENDIRIKAN BEKAS PEMANGKU PRESIDEN YG DIPECAT..! KALAULAH TUN PAK LAH BOLEH MELEPASKAN ANWAR SAYA RASA TAKDE SALAHNYA DSPM NAJIB MENERIMA ANWAR SEMULA..! MUSUH DALAM POLITIK BUKAN SATU YANG KEKAL..!

telinga mata najib said...

Anwar dan Najib tidak pernah bermusuh..! Begitu juga Anwar dan Mahathir..! Mereka saling menyayangi..! Mereka berbalah demi politik saja..! Anwar tidak sampai hajat untuk jadi PM..! Dia juga kalah dalam persaingan dengan Najib..! Berilah Anwar peluang jika benar dia mahu kembali ke UMNO..! Kerana disitulah tempat Anwar yg sebenarnya..!

Anonymous said...

Bole jln daa ...saya rakyat bwhan tidak bersetuju sama sekali. Say No to 'anak gampang'!!!!

Anonymous said...

Boleh belah le jika terima setan yg merosakkan negara.Tiada lg sokongan padu utk Presiden UMNO.Jgnkan masuk UMNO, utk bersama BN pun PKR tak layak.Cukuplah kerosakan yg dh mereka buat.....

Anonymous said...

Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulangiya..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan