APA MASALAH FILEM "THE NEW VILLAGE" ?

on Sunday, August 4

Tali Barut PKM
Semasa saya mengajar subjek Kesusasteraan dahulu saya amat meminati hal-hal yang berkaitan dengan tema, perwatakan, plot, pengajaran dan nilai-nilai sesebuah karya. Begitu juga, apabila saya mengajar subjek Sejarah dahulu, saya suka mengajar anak-anak murid saya bermula dengan kronologi sesebuah peristiwa, tokoh-tokoh yang terlibat, tarikh-tarikh penting dan nilai-nilai sejarah itu.

Walaupun saya sudah sepuluh tahun tidak mengajar, namun saya masih mempunyai kekuatan untuk membuat ulasan, dan saya tertarik untuk menulis isu filem "The New Village" atau "Kampung Baru Cina".
Tali Barut British
TEMA :
Sesebuah karya filem yang hebat sudah pasti mempunyai Tema yang kuat. Saya fikir Tema filem TNV sudah pasti berkait rapat dengan Dilema Masyarakat Cina di Tanah Melayu semasa Darurat (1948-1960), Apakah Dilema masyarakat Cina ketika itu? Adakah kerana mereka Cina masih berfikiran China? atau masyarakat Cina yang totok dengan pegangan "We Are The Chinese"? atau masyarakat Cina ketika itu dibelenggu ketakutan dilabel sebagai Cina Komunis, Cina Pro-Komunis atau Cina Moderate (English Nice).

Saya mendapat tahu dari bacaan dan perbualan, bahawa konteks filem ini 100% mengenai masalah orang Cina ketika Darurat, di mana kesetiaan dan kepercayaan mereka kepada perjuangan seorang anak muda melalui gerila Komunis (sudah tentunya Parti Komunis Malaya). 

Masyarakat Cina di kampung baru itu melihat penjajah British sebagai kejam, pegawai British berbangsa Cina sebagai pembelot. Sebaliknya pula, watak utama yang berjuang di dalam hutan dengan platform PKM disanjung sebagai pejuang sebenar.

Apabila saya mendegar kisah ini, saya terbayang sebuah novel di Indonesia bertajuk "Keluarga Gerilya" oleh Ananta Toer. Di dalam novel itu, temanya adalah sama, perjuangan gerilya-gerilya Komunis di dalam hutan untuk menghalau penjajah Belanda atau menghalau proksi-proksi Belanda. Mereka menganggap diri mereka pejuang sebenar Kemerdekaan Indonesia. Novel ini diharamkan berpuluh-puluh tahun di Indonesia malah penulisnya turut merengkok di dalam penjara. Sebabnya mudah, kerajaan Indonesia yang penduduknya 90% Islam menolak fahaman dan idealisme Komunis.

Begitu juga di Malaysia, perkataan "Komunis" merupakan sesuatu yang akan membuat rasa marah rakyat Malaysia meluap-luap, trauma dan masih tidak dapat melupakan kekejaman PKM yang diketuai Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang membunuh perajurit-perajurit Melayu.
Ketika Saya Menemuramah Tun Ibrahim Ismail, Mantan Panglima ATM (2010)
TUN IBRAHIM ISMAIL, PANGLIMA ATM
Saya rasa saya harus menulis tajuk ini, kerana saya berpeluang menemuramah Allahyarham Tun Ibrahim Ismail, mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang pernah ditembak di Kuala Lumpur oleh PKM dahulu (1971), tetapi pihak PKM tersalah sasaran apabila menembak pegawai beliau.

Beliau menceritakan kepada saya, semasa Tanah Melayu dijajah oleh Jepun, pihak British di India dan Ceylon (Srilanka) telah menubuhkan sebuah Task Force (136) untuk membebaskan Tanah Melayu. Kebetulan Tun Ibrahim Ismail  telah tamat latihan ketenteraan di India telah ditugaskan dalam Task Force ini. Saya pendekkan cerita, maka beberapa Kapal Selam Perikatan British telah menuju ke Tanah Melayu dari Ceylon untuk membebaskan Tanah Melayu dari Jepun.

Sementara itu, tentera Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) memberi kerjasama dengan Task Force ini yang diberi nama Pasukan 136 di Tanah Melayu untuk menghalau Jepun.

Sebaliknya, PKM yang berada di dalam hutan turut menerima bantuan persenjataan dan makanan ubatan dari pasukan ini dengan tujuan kerjasama itu untuk menghalau Jepun. Sebab itulah di dalam PKM sendiri ada banyak pembelot!

Malahan, pasukan ini turut bekerjasama dengan ramai pihak untuk membebaskan Tanah Melayu dari pendudukan Jepun.

Apabila Jepun berjaya ditewaskan selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima oleh Perikatan Amerika-British, tentera Jepun telah menyerah kalah di seluruh tanah jajahannya.

Ketika pihak British lewat sampai ke Tanah Melayu, orang-orang PKM telah keluar dari hutan dan memerintah kampung-kampung dan bandar-bandar. Ketika itulah berlaku episod membalas dendam di mana orang-orang yang pernah bekerja dengan Jepun telah diseksa dan dibunuh.

Tentera-tentera MPAJA pula mengambil kesempatan membuat perarakan tentera mereka di bandar-bandar,untuk menunjukkan mereka menang.
Diangkat Sebagai Hero Sebenar Kemerdekaan "Tanah Air Kita"
ANCAMAN PKM
Di pendekkan cerita, apabila British datang ke Tanah Melayu dan menubuhkan British Military Army (BMA), beberapa langkah dilaksanakan untuk menyelamatkan penduduk Tanah Melayu yang diancam keselamatan mereka oleh PKM.

Di antaranya ialah, memindahkan orang-orang Cina yang tinggal di pinggir hutan ke penempatan-penempatan baharu yang dikawal ketat. Tujuannya untuk menghalang talibarut-talibarut Cina Komunis ini membantu PKM dengan cara menyalurkan Maklumat, Makanan, Ubatan dan sebagainya.

Tujuan utama Kerajaan British ini perlu dilihat dalam konteks Sejarah, tidak sesuai dilihat dari sudut Kaum, Budaya atau Fahaman Politik. Contohnya, semasa Kerajaan Pulau Pinang menghapuskan beberapa Kampung seperti Kampung Buah Pala, apakah tujuannya? Ianya kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu memajukan kawasan itu, bagaimana pula nasib penduduk asal Kg. Buah Pala? Adakah mereka diberiganti rumah yang sesuai, harga yang sesuai, kos hidup yang sesuai dan kondisi yang sesuai? Jika semuanya tidak sesuai, maka niat Kerajaan DAP Pulau Pinang itu menjadi lain.

Perkara Besar ialah, pembikin Filem TNV tidak sepatutnya menggunakan peristiwa Rundingan Baling 1955, Perjanjian Letak Senjata PKM 1989 dan Lawatan Tun Razak 1975 untuk menggambarkan mesej-mesej tersembunyi di dalam TNV.

Peristiwa di kampung baru Cina itu berlaku di tempat-tempat yang terpilih, bukannya di seluruh negara, sedangkan Lawatan Tun Razak 1975 adalah membawa mesej diplomatik.  Saya berpendapat, pembikin filem TNV sebagai tidak bertanggungjawab jika peristiwa-peristiwa itu dipaksa untuk merelevenkan filem TNV.

CADANGAN 
Filem TNV perlu diberi penilaian semula oleh pihak yang bertanggungjawab khususnya di Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF)! 

Rakyat Malaysia ingin juga mengetahui, siapakah ahli-ahli panel yang memberi kelulusan penayangan sesebuah filem berunsur sejarah? 

Adakah mereka terdiri dari pakar-pakar Sejarah negara atau sekadar pegawai-pegawai biasa sahaja yang latar belakang ilmu sejarah, budaya dan sosiopolitik mereka boleh dipersoalkan?

Saya teringat kata-kata mendiang pakar Komunis negara kita mendiang Tan Sri Dr. Too Chee Chew, katanya, fahaman Komunis tidak akan pernah mati, gerakan Komunis tidak pernah akan mati, walaupun PKM sudah meletak senjata pada tahun 1989. Adakah anda sudah lupa?

Bacaan Ulangan yang penting di http://www.al-azharrisiddiq.com/2012/07/kisah-panglima-atm-brand-loureate-award.html

Nota: askar-askar Jepun biasanya amat suka menyiksa dan membunuh orang-orang Cina kerana sejarah lama Peperangan China-Jepun di tanah besar China dahulu terbawa-bawa hingga ke Tanah Melayu. Bagi askar Jepun, orang-orang Cina adalah musuh mereka.

Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mengapakah gambaran di dalam filem TNV berbeza?

Sekarang, selepas saya menghuraikan dari sudut sastera dan sejarah di atas, apakah filem TNV layak ditayangkan? Anda fikirkan dan mereka yang bertanggjungjawab perlu menilai kembali filem ini? Bagaimana pandangan anda?

5 Komen:

Anonymous said...

Jika berdasar huraian saudara di atas, saya pikir kejaan patut berfikir semula, tapi siapa dia dlm kerjaan? Finas?KDN?LPF? semua nak lepas tangan atas kesilapan mereka?

telinga mata najib said...

filem ialah medium penceritaan! sejarah adalah ceritanya..! biarkan TANDA PUTERA dan THE NEW VILLEGE bercerita..! biar penonton yg bayar tiket menikmatinya..!

Anonymous said...

elemen yang memesongkan tak perlu diketengahkan.tidak semua penonton boleh menilai dengan nilaian yang betul dengan fakta sejarah dan semangat kenegaraan.itulah antara peranan mereka yang diamanahkan untuk menapis filem ini.kalau akan mendatangkan kemudaratan kepada negara, perpaduan dan keamanan, maka ketepikanlah filem tersebut, sila bakul sampahkan.

Anonymous said...

Secara peribadi saya menganggap masyarakat kita ramai yang dah matang. Kalau kita tonton filem Hollywood atau filem2 barat pun banyak yang bias apabila melabelkan Islam sebagai pengganas. Tapi tak jadi isu pun, sebab kita semua dah maklum dengan pandangan mereka terhadap Islam. Begitu juga dgn Komunis, ramai yg sedia maklum dgn fahamannya, tapi dah jadi lumrah manusia masing2 fikir diri mereka betul yg lain semua salah.

Anonymous said...

Biarkan manusia bersifat membabi buta dan gila babi

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan