AWAKENING PAK LAH : KHAIRY JAMALUDIN PATUT BUKA MULUT

on Sunday, August 11

Semua orang sudah membaca komen ringkas YB Khairy Jamaludin, selaku Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Belia & Sukan akan buku "Awakening Pak Lah" itu. 

Apabila isu filem "The New Village" atau pun isu padang bola sepak Stadium Bukit Jalil,  kelihatan KJ sangat berani dan tidak ada ketakutan untuk menunjukkan kuasa Menterinya dan kuasa Ketua Pemudanya.

Malangnya, apabila isu besar negara seperti buku "Awakening Pak Lah" ini nampaknya KJ mengecut dan hilang keberanian. Ketua Pemuda UMNO menjadi tidak keruan kerana tidak tahu hendak membela Pak Lah atau termenung dengan serangan baharu Pakatan Rakyat (Anwar Ibrahim) tentang isu-isu dalam buku kumpulan penulis-penulis terpilih itu. 

Apakah KJ ada "sentimental value" dalam isu ini?

KJ membiarkan masa berlalu untuk membiarkan perbezaan politik Pak Lah dengan Tun Dr. Mahathir berpanjangan dalam isu baharu. KJ membiarkan DS Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri menjawab sendiri isu besar ini. KJ membiarkan pembangkang mengumpul kredit keuntungan dan kemenangan moral akibat buku ciptaan mereka ini.

Saya mesti mengkritik Ketua Pemuda kerana saya tidak mahu Pemuda UMNO tiang parti dilihat sebagai tepu, jumud, sindrom bisu dan lembik. Kata ucapan popular Anwar Ibrahim, jika takut dengan ombak, usah berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran, usah bicara soal perjuangan.

APA PATUT KJ BUAT
KJ patut segera mengatur temuramah khas dengan Pak Lah untuk menjawab isu-isu yang telah dimanupulasi pembangkang dengan menggunakan beberapa kerat kata-kata Pak lah dan dijadikan api isu untuk membakar kebencian dan kecelaruan rakyat. Dalam media, perkara ini disebut kehebatan "seekor anjing melanggar sebuah kereta"! 

Ketika Pak Lah berkuasa, saya tidak mempunyai masalah untuk bertemu dan berbual dengan Pak Lah akan hal yang besar seperti kecenderungan SAPP hendak keluar dari BN dahulu. Baca semula di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2008/06/perbincangan-dengan-pak-lah.html

Saya sangat yakin KJ mengetahui banyak perkara tentang isi kandungan buku tersebut, khususnya tentang apa yang dikatakan oleh Pak Lah. Sudah tentu, KJ boleh menjawab dengan meyakinkan kerana beliau sendiri menantu Pak Lah. 

Selepas dilantik sebagai Menteri kabinet, KJ patut membuang kebenciannya kepada Tun Dr. Mahathir jika masih ada, kerana sebagai seorang Menteri dalam kabinet Kerajaan, KJ sudah tentu sudah merasakan betapa sukarnya untuk membuat perubahan dan transformasi dalam kerajaan. Apakah KJ boleh mengubah FAM sesuka hati? Adakah KJ boleh memperbaiki kejelekan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam tempoh 12 bulan? Jika semua perkara ini KJ tidak mampu mendepani, saya saran KJ bertanding di kerusi Naib Presiden UMNO supaya KJ mempunyai kuasa yang lebih besar untuk melakukan pembaharuan dengan lebih berkesan.

Berbalik kepada buku terbitan Pakatan pembangkang ini, kita mahu melihat KJ membuat Press Conference minggu hadapan untuk menjelaskan manupulasi Pak Lah yang juga bapa mertuanya. Daripada 620 Muka surat buku itu, berapa Helai kah yang berkaitan Ucapan Pak Lah? Daripada 620 Mukasurat itu, berapa Baris dan berapa ayat berkenaan dirinya yang turut juga disebut oleh Pak Lah? 

Jika KJ terus berdiam diri, rakyat akan melihat KJ turut bersekongkol. Saya melihat KJ sering mengarahkan exco-exconya untuk menjawab bagi pihak Pemuda UMNO akan isu-isu besar seperti ini, wal hal ianya patut KJ yang bersuara. Bukankah Anwar pernah berkata, jika takut dilambung ombak jangan buat rumah di tepi pantai, jika takut dengan Kritikan jangan jadi bicara soal perjuangan.

Jika KJ bijaksana, KJ juga perlu menjelaskan juga desas-desus apakah Kalimullah yang pernah diberi kuasa oleh Pak Lah mengetuai NST dahulu mempunyai kaitan dalam isu terbaharu ini. 

Sebagai Ketua Pemuda, seseorang Ketua Pemuda mesti berani mendepani hal-hal sebegini, risiko adalah kos melepas kepada KJ yang telahpun dilantik sebagai Menteri Kabinet. Jika seseorang Menteri Kabinet tidak mampu mempertahankan Kerajaannya, kredebilitinya sebagai Menteri Kerajaan wajar dipersoalkan!

*Penulis adalah lulusan Sarjana Sejarah, Universiti Malaya dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD.



4 Komen:

Anonymous said...

Jika sedara yang menulisnya, saya pasti bersetuju kerana sy tahu tahap kesahan maklumat sedara, tidak sia-sia sedara dilatih di barat. Teruskan usaha sedara untuk Islam dan negara kita. Hanya satu jer sy kurang minat sedara, asyik berlapik-lapik, apa salahnya berterus terang, depa nak marah terkejut berok lantaklah bang oi

Anonymous said...

KJ tu pondan, berani masa Pak Lah jadi PM jer, skrg dah srba salah , Izzah kawan dia, Anwar bekas bos dia, KAlimullah partner dia, skrg Ketua Pemuda, Dr Mahathir kebencian dia, dah jadi Menteri dah start jadi jumud bisu lama-lama jadi bahul..malangnya kjat exco-exco pemuda la ne tak dak sorang yg berkarisma mcm KJ!

Anonymous said...

Kata orang barat "Retire gracefully" Pak Lah boleh bersara dengan aman Pok Mat ta boleh. Itu Masalah nya

Anonymous said...

Saya setuju dengan anon Sunday, August 11, 2013...

Zaman ini bukan lagi zaman cakap berlapik-lapik...

Cakap torang-torang kan sonang!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan