BAHAYA, DILEMA PERGERAKAN PEMUDA UMNO

on Monday, August 5

Kempen Pusingan Awal Pemilihan jawatan-jawatan peringkat tertinggi sedang berjalan, dengan beberapa nama di kalangan Majlis Tertiggi, Pemuda, Wanita & Puteri masing-masing menawarkan diri. 

Terkini, mantan Ketua Menteri Melaka, menawarkan diri untuk berkhidmat di kerusi Naib Presiden. Begitu juga mantan Ketua Puteri menawarkan diri ke kerusi Ketua Wanita, di samping semakin ramai yang menyatakan hajat berkhidmat di kerusi Ketua Puteri dan Naib Ketua Pemuda.

Dilema Pemuda
Akhirnya, di peringkat awal ini nampaknya tidak ada sesiapa dalam Pergerakan Pemuda UMNO berani menawarkan diri untuk berkhidmat di kerusi Ketua Pemuda UMNO. Keadaan ini membawa mesej yang tidak baik kepada UMNO dan Pemuda UMNO sendiri pada masa hadapan. Seolah-olah semuanya mahu mengambil jalan selamat dan kurang risiko.

Dalam bahasa mudahnya, Pergerakan Pemuda UMNO semakin kurang memiliki kualiti kepimpinan yang berkaliber, hebat dan beraura. Dalam tempoh 5 dan 10 tahun, saya melihat situasi ini bermaksud selepas YB Khairy Jamaludin, Pergerakan Pemuda UMNO akan mengalami vacum kepimpinan yang merugikan parti.

Pemuda yang hebat ialah Pemuda yang berani menunjukkan prinsip perjuangannya melawan prinsip perjuangan Ketua Pemuda yang ada sekarang dalam konteks pemikiran, pendekatan dan jati diri. Tidak ada kesalahan di dalam Perlembagaan UMNO untuk bertanding ke jawatan Ketua Pemuda. 

Jika saya mempunyai peluang, saya akan hadapi Ketua Pemuda UMNO, kerana saya sendiri pernah memimpin Pemuda Cawangan selama 11 tahun (1991-2002). Walaupun saya sudah tidak aktif di dalam parti, namun saya masih aktif memberikan buah fikiran saya untuk kemajuan parti dan kerajaan.

Kejayaan YB Khairy Jamaludin seperti yang saya pernah dedahkan ialah keberanian beliau menentang arus. Tatkala orang-orang Melayu yang kental jati diri Melayu amat marah dengan YB Khairy Jamaludin dalam isu-isu berlegar seperti ECM-Libra, Scomi, Hospital Pantai, NST, Liberalisme, Pasport Anwar dan campur tangan ketika PRU12 (2008) dahulu, YB Khairy Jamaludin menepis semua isu itu dengan menggerakkan dirinya maju ke depan menentang YB Dato' Mukhriz Mahathir. Akhirnya beliau menang Ketua Pemuda UMNO dengan penuh bergaya.

Hari ini, saya tidak nampak sesiapa di dalam Pergerakan Pemuda UMNO yang memiliki keberanian dan keyakinan seperti Khairy.

Bermakna, jika YB Khairy Jamaludin berjaya mempertahankan jawatannya sekarang, dilema yang akan Khairy hadapi ialah isu kualiti kepimpinan anak buahnya. Bermakna juga Pergerakan Pemuda UMNO akan mengalami sindrom kualiti kepimpinan pada masa hadapan.

Cabaran
Saya ambil satu contoh, siapakah agaknya di kalangan Pergerakan Pemuda UMNO yang boleh mengumpul 1000 atau 2000 ahli UMNO untuk berarak menentang kebiadapan akhbar Singapura "The New Paper" minggu lalu, tanpa bantuan YB Khairy Jamaludin? Atau  bagaimana mereka boleh menangani isu "The New Village"?

Saudara Mohd. Razlan dan Saudara Lokman Nor Adam yang menawarkan diri sebagai Naib Ketua Pemuda, perlu terlebih dahulu membuktikannya, baharulah ahli-ahli akan melihat karektor kepimpinan mereka!

Sedangkan ketika Bersih 2.0 dahulu, Pergerakan Pemuda dengan tagline "Patriot" hanya mampu berarak dengan jumlah yang amat sedikit sekitar 300/500 orang sahaja. Jumlah itu adalah melambangkan kegagalan. Namun, usaha itu juga telah memberi imej yang positif kepada Khairy, Datuk Reezal Naina Merican dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Isunya ialah mereka semua menunjukkan jati diri mereka di dalam Pergerakan Pemuda.

Oleh hal yang demikian, saya ingin mencabar sesiapa di dalam Pergerakan Pemuda UMNO sama ada di peringkat Cawangan atau di peringkat Pusat supaya menawarkan keberanian untuk meletak diri sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Menang atau kalah adalah adat pertandingan. UMNO adalah parti yang matang sudah lama melalui pelbagai episod besar,maka tidak ada sebab untuk takut bertanding di peringkat Ketua Pemuda UMNO. UMNO tidak akan runtuh hanya kerana ada perebutan di peringkat Ketua Pemuda.

Bagi saya, YB Khairy Jamaludin akan lebih Kuat, akan lebih Relevan, akan lebih Hebat jika ada pertandingan dan dia masih menang. Jika YB Khairy Jamaludin menang tanpa bertanding, ianya melambangkan dan akan menonjolkan kelemahan dan kerugian kepada Khairy sendiri pada masa hadapan.








4 Komen:

Anonymous said...

PEMERHATI:-
hmmm dalam maksud sdra...nampaknya sdra puya pengalaman luas dlm pergerakan pemuda dan parti, teruskan membantu parti dan kerajaan walau hanya dgn idea dan mindamu itu...

telinga mata najib said...

PUJUKLAH KHAIRI BERTANDING NAIB PRESIDEN..! TENTU NANTI ADE PERTANDINGAN KETUA PEMUDA..!

Anonymous said...

Pulangkan kembali KEBERANIAN PEGERAKAN PEMUDA di ZAMAN Allahyarham DATO HARUN....

Anonymous said...

kaedah pemilihan dan berubah. pemikiran pemimpin juga perlu berubah. zaman tunggu dan lihat sudah tak sesuai lagi. ramai yg berwibawa dan telah mencurah bakti dengan jayanya dalam parti dan negara. masa untuk tampil tanpa rasa bimbang lagi. parti memerlukan pemimpin yg berani dan bijaksana.silakanlah.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan