HARI INI AKRAMSYAH ISI BORANG PENCALONAN, ADAKAH KAMU GUNDAH-GULANA?

on Wednesday, September 18

Kemunculannya Semakin Mendapat Perhatian
Mari kita imbas semula jumlah undi yang diterima oleh YB Khairy Jamaludin pada tahun 2008, sekiranya jumlah undi DS Dr. Mohd. Khir Toyo dicampur dengan jumlah undi DS Mukhriz Tun Dr. Mahathir iaitu 486 undi amat jauh meninggalkan undi yang diterima oleh YB Khairy Jamaludin iaitu 304 undi sahaja. Dari segi matematik mudah YB Khairy menang, dari segi matematik tambahan YB Khairy sebenarnya tidak menang tuntas.

Seperti yang pernah saya sebutkan, kemenangan YB Khairy adalah perkara tidak menghairankan kerana ketika itu Pak Lah adalah Presiden UMNO. Sementelahan kekalahan Dato Mukhriz adalah perkara biasa kerana ayahnya Tun Dr. Mahathir hanya seorang pencenis. Persoalannya nanti, apakah YB Khairy boleh mengekalkan kemenangannya tatkala Pak Lah sudah juga menjadi seorang pencenis?

Hari ini, Akramsyah dikhabarkan akan mengisi borang pencalonan Ketua Pemuda UMNO di PWTC. Nampaknya, Akramsyah sudah membaca isyarat ahli-ahli UMNO yang mahukan beliau bertanding.

Apakah calon-calon lain ketakutan dan bala tentera mereka kegerunan? Mengapa perlu bimbang? Pertandingan ini adalah pertandingan insan yang berpendidikan tinggi di dalam sebuah parti yang mengamalkan amalan demokrasi! Adakah saya menyeru anda memberi undi kepada Akramsyah, saya hanya menyeru anda supaya berfikir? 

Akramsyah tidak mempunyai wang yang banyak untuk bergerak ke seluruh negara. Jika orang lain memiliki kekayaan setinggi gunung Kinabalu, Akramsyah hanya memiliki jatidiri Melayu setinggi Gunung Everest. 

Kemenangan Akramsyah banyak bergantung kepada kesedaran ahli-ahli UMNO betapa bahayanya Yahudi, betapa bahayanya ancaman Komunis dan betapa pentingnya UMNO kembali kepada asal niat penubuhannya iaitu memastikan orang Melayu, orang Islam dan tanah air ini terpulihara demi anak cucu akan datang.

Tiada Yahudi di belakang Akramsyah, Tiada American Jews Association (AJA) di belakang Akramsyah, Tiada orang Temasek Holdings di belakang Akramsyah. Dan yang paling penting Akramsyah tiada hubungan dengan DAP, PKM jauh sekali DS Anwar Ibrahim walaupun sebesar lobang jarum.

Saya tidak perlu berjumpa Akramsyah untuk saya mengetahui perjuangannya, kerana saya sudah melihat jatidiri Akramsyah sejak tahun 2009 lagi ketika pertamakali mendengar ucapan beliau. Jika anda ke Wisma Belia di Kuala Lumpur, anda boleh saksikan di situ berlakunya pergerakan suasana Minda Melayu, Pendidikan Melayu, Jiwa Melayu, Sejarah Melayu, Perjuangan Melayu, suasana Melayu dan Makanan Melayu.

Kita mesti menghargai orang-orang Melayu khususnya belia-belia berumur 21 tahun hingga 30 tahun. Semasa PRU13, statitistik jelas membuktikan pemuda-pemuda Melayu ini memberi undi mereka kepada UMNO dan BN. Kira-kira 70% hingga 80% pengundi-pengundi muda ini tidak ragu-ragu memberi undi mereka kepada UMNO dan BN, kecuali segelintir belia berumur 30 tahun hingga 40 tahun yang membesar ketika zaman Reformasi dahulu. Saya tidak hendak menunjukkan statistik itu di sini, anda boleh kaji sendiri melalui data dari parti masing-masing.

Ada komentar kata Akramsyah orang Acheh. Apakah masalahnya dengan orang Acheh dan bumi Acheh? Jika anda mengkaji sejarah jatidiri orang Acheh, tentera-tentera Acheh lah yang begitu berani membantu Sultan Melaka menyerang serangan Portugis dahulu. Tentera-tentera Achehlah yang membantu Sultan Kedah menghadapi serangan Siam dan penipuan Penjajah British dahulu? Bumi Acheh adalah Serambi Mekah di Nusantara yang mengamalkan Undang-Undang Syariah Islami, bukannya Kelantan walaupun Kelantan diperintah oleh kerajaan menggunakan nama Islam. 

PENDAKWAH SEPANJANG HAYAT: USTAZ SYED HASAN ALATTAS
Salah seorang Ulama Acheh yang berjasa di Malaysia di sini. Inilah satu-satunya Ustaz yang pernah merengkok dalam penjara ketika zaman Sukarno dahulu, kemudian menjadi warganegara Malaysia, dan satu-satunya Ustaz yang berani datang ke Rusila berceramah dan berdialog dengan Ustaz Hj Hadi Awang di hadapan ribuan ahli-ahli PAS. 

Ustaz Syed Hassan Alattas ini dalam usia 80 tahun, masih berdakwah dan menyumbangkan sisa-sisa hidupnya kepada dakwah Islam. Rajin-rajinlah bertandang http://www.shiar-islam.com/. Saya nasehat supaya janganlah bersentimenkan suku kaum, kita adalah umat Islam yang bersatupadu, kecualilah anda malas membaca buku sejarah!

Ahli-ahli UMNO mesti kembali kepada fitrah, kata sasterawan negara Usman Awang, "Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar itu Melayu,Minangkabau memang Melayu, Acheh dan Siak adalah Melayu, Jakun dan Sakai lebih Melayu, Arab dan Turki pekat Melayu, Mamak dan Malbari jadi Melayu, Malah Mualaf bertakrif Melayu" (sajak-melayu-oleh-dato-usman-awang-tongkat-warrant-sasterawan-negara) .

Maka, apakah masalahnya jika seorang Perdana Menteri berketerunan Bugis, Ketua Pemuda berketerunan Minangkabau, Ketua Wanita berketerunan Mamak, Ketua Puteri berketurunan Bajau? Kita semua disatukan atas agama yang satu yakni Islam dan bersatu pula atas nama bangsa Melayu.

Selingan
Sekurang-kurangnya Wardina (Acheh) akan memberi sokongan yang kuat kepada UMNO selepas ini, agaknya. Wardina dilihat berjaya mengajak ramai artis-artis wanita kembali kepada ajaran Islam khususnya untuk berhijab.

Bolehkah KJ mengajak 'Ito' Blues Gang (Negeri Sembilan) menjadi ahli UMNO?

Barangkali dua soalan di atas akan saya tanyakan kepada Akramsyah dan YB Khairy Jamaludin jika debat antara mereka berdua menjadi kenyataan.

Nota : Ramai pembaca suka baca artikel mengenai kasut YB Khairy Jamaludin di sini http://merdeka-online.com/home/kasut-mahal-kj-dan-dialog-politik-anwar/

Oleh Kerana Kamu Marah, Mengikut Perjanjian Ini Sesiapa Yang Marah Akan Dijual!!!
http://www.youtube.com/watch?v=GVb4oGkiPh8





5 Komen:

Anonymous said...

hahahaha kenkadag saya ketawa membaca tulisan hebat sedara, sedara menyidir KJ kaw kaw tapi tak terasa denngan sidiran anda, anda sedara AKram tapi sedara tidak nyatakan supaya menyokong dia...mari kita ketawa lagi hahaha. i like your statement kasut mahal kj tu hhehehehe

Anonymous said...

KJ TAK MARAH TAU, KALAU KJ MARAH NANTI KITA JUAL DIA, AKRAM MENANG TANPA BERTANDING..

Anonymous said...

Sindiran kamu cukup tajemm..patut Kj ambik kamu ganti Regina lee tu..

Anonymous said...

Kah kah kah...

Adakah patut ada gundah gulana?

Kalau dia nak lawan Tok Jib sekalipun adakah patut aku kesah?

Kalaulah Akramshah benar-benar pejuang bagai dikata...

aku nak lihat Pejuang Melayu benar-benar perjuangkan Melayu...

bukannya "gerombolan penyamun" perjuangkan "tembolokku" dulu...

dah terduduk kekenyangan disuap kaum cha sampai tak larat nak bangun barulah terhegeh-hegeh menghunus keris pusaka...

menunjuk-nunjuk kununnya akulah pejuang bangsaku nombor satu...

jangan kau mimpi nak usik hak Melayu...

sebelum kau langkah mayat ku dulu...

Ceh!

Anonymous said...

dia ni mahu cabar kj? Dah gemuk, hodoh, gmuk macam badak air. Dia ni tak layaklah dan buat malu pemuda umno. Sedarlah diri sikit tu

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan