MCA PATUT ADA PRESIDEN BAHARU

on Tuesday, September 10

MCA PERLU PRESIDEN BAHARU 
Secara Amnya, statistik PRU13 menunjukkan hampir semua Pusat Daerah Mengundi (PDM), pengundi Cina memberikan hampir 90% undi kepada DAP, di mana parti Gerakan mahupun MCA hanya memperolehi di bawah 10% undi. 

Saya hanya memberikan angka secara umum sahaja, kerana saya yakin parti-parti Cina seperti DAP, Gerakan, MCA, SUPP, LDP dan lain-lain parti Cina sudah melihat sendiri statistik tersebut di kawasan masing-masing.

MCA adalah parti terbesar masyarakat Cina di Malaysia, ianya semakin tidak relevan kepada masyarakat Cina apabila MCA gagal menunjukkan parti MCA lebih baik daripada DAP. Solusinya sangat mudah, pengendali pasukan hendaklah mengundur diri. 

Anda lihat Fandi Ahmad, walaupun berjaya membentuk pasukan Johor sebagai pasukan disegani, tetapi Fandi Ahmad terpaksa berundur kerana Johor masih tidak menjadi juara. KPI nya ialah Juara, bukan Naib Juara.

Ong Tee Keat adalah Calon Popular di Pandan, namun begitu Ong Tee Keat tidak dicalonkan. MCA tidak mahu meletakkan calon boleh menang Ong Tee Keat di Pandan, sebaliknya meletakkan calon baharu yang tidak dikenali dan tidak popular. Apakah peristiwa ini boleh disebut kebodohan atau kesombongan atau sabotaj? 

Selepas sahaja PRU13, taukeh-taukeh besar Cina malu-malu kucing untuk menunjukkan muka mereka kepada DS Najib. Sebelum PRU13, mereka meminta bermcam-macam kepada DS Najib, dan sebagai Perdana Menteri kepada semua kaum, DS Najib memenuhi banyak permintaan masyarakat Cina sehinggakan orang-orang UMNO dan Melayu marah dan geram kepada DS Najib. Itulah DS Najib, kebaikannya kepada masyarakat Cina dibalas dengan tsunami Cina kerana terpengaruh dengan hasutan DAP.

Saya berpendapat Datuk Liow Tiong Lai patut diberi peluang menerajui MCA. Kelihatannya beliau mempunyai wawasan yang jelas, berbeza dengan Presiden MCA sekarang kelihatan konservatif, ortodoks dan tepu. 

MITOS PENGUNDI MUDA PANGKAH PEMBANGKANG SUDAH BERLALU
Jika MCA tidak berubah, jika MCA masih memiliki Presiden yang sama untuk menghadapi PRU14, saya yakin nasib MCA akan lebih buruk berbanding dalam PRU13.

Bayangkan sahaja, sehingga bulan September ini, MCA masih tidak mampu menubuhkan pasukan siber mereka yang tersusun. Berbeza dengan UMNO malah MIC, kedua-duanya memiliki pasukan siber yang berkesan, ramai dan bersungguh-sugguh. 

Salah satu kejayaan UMNO di saluran 3,4 dan 5 ialah generasi muda berusia 20 hingga 30 tahun memberi undi yang sangat besar kepada UMNO. Saya sendiri sangat terkejut dengan statististik ini, sebelum ini semua orang bercakap kononnya pengundi muda menyebelahi Pakata Rakyat. Tetapi statistik di bandar-bandar yang dimenangi UMNO menunjukkan pengundi muda memberi undi mereka kepada UMNO dan BN! Saya yakin kondisi ini adalah hasil daripada kejayaan pasukan siber UMNO.

Bacaan Ulangan anda di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/05/beri-peluang-ong-tee-kiat-liow-tiong.html

Di mana-mana ada masyarakat Cina di seluruh dunia, mereka amat memberikan perhatian kepada empat perkara ini untuk memenangi undi mereka, iaitu Bahasa, Perniagaan, Pendidikan dan Kebudayaan (agama) mereka. 

Jika kita membaca buku-buku kebudayaan sesuatu bangsa, masyarakat Cina amat tersinggung sekiranya empat perkara di atas terganggu. Hari ini, untuk menjaga keempat-empat perkara di atas, masyarakat Cina mahukan kuasa Politik, dan mereka terpengaruh dengan janji-janji dan hasutan DAP. 

Maka berlakulah apa yang dinamakan 'tsunami Cina' iaitu statistik mendapati di kawasan-kawasan Cina majoriti di saluran-saluran yang saya dapati memberikan undi kepada DAP berbanding MCA atau Gerakan. Apakah Presiden MCA masih membutakan mata lagi?

*Pandangan di atas adalah dari kacamata saya secara peribadi. Barangkali anda mempuyai pandangan yang lebih baik. 

0 Komen:

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan