MOTO AKRAMSYAH 'HIDUP MELAYU', KJ AMAL DEFENSIF

on Thursday, September 19


Dalam wawancara dengan akhbar 'The Malay Mail' dua hari lalu, Akramsyah dengan yakin mengemukakan moto perjuangannya 'Hidup Melayu' mengembalikan nostalgia perjuangan pengasas UMNO seperti Dato' Onn Jaafar dahulu.

Semasa Ketua Menteri Singapura berulang-alik terbang ke London untuk meminta kemerdekaan Singapura, ahli-ahli UMNO pula mengumpul wang, menggadai harta emas mereka,rantai, gelang, cincin kahwin, cincin pertunangan, wang tabung dan apa jua yang mereka ada sebagai tambang Tunku Abd Rahman dan wakil-wakil Perikatan ke London.

Tun Hussien Onn yang menerajui Ketua Pemuda UMNO ketika itu tidak punya satu sen pun Saham untuk dijualbeli apatah lagi untuk mengumpul wang beratus juta Dollar. Di akhirnya, ketika Tun Hussien Onn bersara sebagai Perdana Menteri, hanya sedikit harta yang diwariskan kepada anak-anaknya. 

Tan Sri Sanusi Junid adalah bekas pegawai bank sebenarnya, yang banyak membantu orang-orang Melayu pada tahun 1970an. Antaranya Tan Sri Sanusi Junid membantu DS Anwar menubuhkan Yayasan Anda Sebenarnya ABIM ditubuhkan oleh sekumpulan pejuang Melayu berjiwa Islam seperti TS Sanusi Junid, Ustaz Ismail Mina, Allahyarham Ust Fadhil Noor dan bukannya DS Anwar Ibrahim. Tan Sri Sanusi Junid membantu mengatur pinjaman dan kelulusan kepada aktiviti-ktiviti ekonomi, sosial dan pendidikan orang Melayu pada masa itu. 

Sampai ke hari ini, walaupun Tan Sri Sanusi Junid pernah menjadi Menteri dan Menteri Besar, beliau masih belum mampu membeli rumah di atas bukit mahupun di lereng bukit. Begitu juga Tun Dr. Mahathir di mana beliau hidup dengan hasil pencennya, dan sumbangan mereka yang mengingatinya. Hari ini Tun mendapat pendapatan sampingan melalui ceramah-ceramah di dalam dan di luar negara. Soalan saya kepada anda, pernah anda mendengar Tun Dr Mahathir ataupun Tan Sri Sanusi Junid memiliki saham, membeli saham, menjual saham dan seterusnya menjadi kaya dan seterusnya menjadi kaya raya dalam usia muda.

Jika MB Negeri Sembilan memiliki kereta mewah tang banyak atau simpanan dalam KWSP yang banyak itu tidak menghairankan kerana latar belakangnya ialah seorang bisnes jual beli kereta. Jika KM Sabah seorang yang kaya itupun tidak perlu dipersoalkan kerana latar belakang keluarganya sememangnya seorang ahli perniagaan yang berjaya.

KJ DEFENSIF

Perbezaan Akramsyah dengan YB Khairy Jamaludin ialah YB KJ adalah bekas Wartawan Ekonomi dan penglibatan dirinya dalam banyak isu saham tidak menjadi rahsia lagi. Akramsyah pula seorang penceramah jemputan yang bercakap tentang isu Melayu, perjuangan Melayu, Masa Depan Melayu dan cita-cita Melayu.

Ada banyak lagi perbezaan, saya tidak perlu huraikan semua kerana saya harus menghormati privasi YB KJ sebagai anggota pentadbiran kerajaan kita. Hanya kita bercakap tentang parti UMNO dan masa depan orang Melayu. 

Akhir sekali, masa semakin dekat, kelihatan Kempen YB KJ banyak defensif dan bertahan. Walhal Akramsyah semakin konsisten ke depan. Saya menjangka, jika YB KJ terus defensif dan Akramsyah semakin steady, saya bimbang YB KJ akan menerima kejutan. YB KJ harus ingat Pak Lah bukan lagi Presiden UMNO.

Kita harus ingat ahli-ahli UMNO sekarang semakin bijak, walau berapa ringgit yang diberi kepada mereka, akhirnya mereka berfikir UMNO ini bukan perjuangan jual beli. Mereka akan mengundi siapa yang akan menonjol cahaya perjuangan yang sejati. Jika cahaya Perjuangan Akramsyah lebih bersinar, YB KJ perlu menyediakan spotlight dengan kadar segera.

Soalan akhir, Apa moto KJ? 

4 Komen:

Anonymous said...

.. I will vote for Akram. KJ should contest VP post. Lagi bagus if dia contest #2 position. Bila lagi nak take the risk bro? Lagi 3 tahun nak turn 40. Kata nak jadi PM termuda di Malaysia.

Anonymous said...

Anda bias kerana anda adalah penyokong Tun M, anda sepatutnya berhujah tentang kerja-kerja dan sumbangan yg dibuat oleh calon yang bertanding. Ya, melihat sejarah kembali amat penting tetapi sejarah adalah benda yang lepas dan kita berharap mereka yang bertanding belajar dari sejarah untuk diadaptasi kepada realiti kehidupan sekarang...saya pemuda melayu dan sayangkan bangsa saya tetapi apa yg diperjuangkan oleh YB KJ iaitu (3C) Crime, Corruption dan Cost of Living begitu dekat sekali di hati saya dan mengambarkan rialiti kehidupan kini. Kini bukan lagi zaman perjuangan untuk menuntut kemerdekaan tetapi perjuangan untuk kehidupan yg lebih baik dalam dunia yg mencabar. saya berharap perjuangan calon yg bertanding memperjuangkan rialiti semasa tanpa mengadaikan maruah bangsa! Apa-apa pun saya tetap hormati pandangan anda. Ikhlas dari HH

Anonymous said...

Kalau setakat melaung-laungkan 3C tanpa tindakan pun tak ada gunanya.

Boleh tak beritau apa program-program yg telah dijalankan oleh KJ atas kapasiti sebagai KP UMNO dalam memperjuangkan 3C ?

Apakah program-program yg dijalankan oleh KJ untuk membela nasib orang Melayu ? Harus dingat asas UMNO adalah Melayu dan Islam.

Anonymous said...

BRO I LIJE YOUR WORD AEDIAKAN SPORTLIGHT TU hehe....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan